- Bab 9 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

==========================
| | THE SECRET POLICE AGENT | | 
==========================

Sebelum mula, Iqa nak minta maaf sebab lama tak update cerita ni. Mesti takde orang tunggu kan... 

Hmm... Ok lah. Happy reading! Maaf andai kata chapter ni tidak memuaskan hati.

SETELAH mereka sampai ke penghujung lorong itu, mereka turun darpada basikal masing-masing. Satu dinding besar menghalangi perjalanan mereka semua.

"Oi Elly, kita nak lalu macam mana ni? Ni kan jalan mati," soal Rine

"Tunggulah sekejap." Tidak sampai beberapa saat, satu robot bulat yang bersaiz kecil muncul dihadapan mereka. Seorang demi seorang diimbas oleh robot itu bagi mengesahkan identiti mereka.

"Welcome to CyberTech Police Agent Training Center. " 

Satu suara menyapa gegendang telinga mereka. Selang beberapa saat dinding yang menghalangi perjalanan mereka tadi terbuka luas. Kelihatan di dalam, terdapat beberapa orang yang sedang berlatih menggunakan pistol.

"Wow! Canggihnya tempat ni!" Lya menjerit teruja melihat isi dalam tempat itu.

Kebanyakkan kerja di dalam itu diuruskan oleh mini robot yang telah diprogram untuk melakukan kerja masing-masing. Seperti, kantin... Mereka tidak perlu beratur seperti tempat lain untuk memesan makanan. Cukup sekadar duduk di meja makan, satu menu hologram akan dipaparkan kepada mereka. Kantin ini menggunakan teknologi AR kepada pelanggan.

"Hahahaha kan... Aku pun dah lama tak datang sini. Dah banyak yang berubah nampaknya," kata Ellyna sambil tersenyum.

"Kak Elly, Haiz nak pergi tempat lain dulu. Nanti Haiz datang balik," pinta Haiz

"Yelah, kejap lagi jumpa je dekat tempat lapor diri." Haiz menganggukkan kepala kemudian, tangan kawan baiknya, Nadz ditarik mengikuti langkah dia. Hampir jatuh Nadz dibuatnya.

"Woi... Woi Haiz! Jatuh aku nanti!"

"Halah kau ni... Kalau kau jatuh aku tepuk tangan jelah. Apa susah," ucap Haiz dengan selambanya. Nadz menghadiahkan jelingan tajam kepada Haiz. Boleh dia buat lawak.

"Lya, Rine, Husna jom ikut aku pergi tempat lapor diri," ajak Ellyna.

"Jom," balas mereka semua serentak.

Langkah mereka diatur pergi ke tempat lapor diri. Sambil-sambil berjalan, sempat mereka melihat-lihat sekeliling mereka. Cool gila tempat ni! Kata mereka di dalam hati. 

"Wehh! tengok tu! Ada hoverbord!"

"Jangan bising lah Lya. Kau ni macam lah tak pernah nampak benda macam tu," tegur Rine

"Nak buat macam mana... memang aku tak pernah nampak pun."

"Serius lah Lya, punyalah berlambak skateboard dekat 'CyberTech City Center' tu. Takkan tak pernah nampak?" soal Husna tidak percaya.

"Che Kiah sayang oii, aku kata hoverboard bukan skateboard. Kalau skateboard dekat rumah aku pun ada. Lain kali dengar betul-betul," perli Lya. Kan dah kena dengan Lya.

"Apa kau panggil aku? Che Kiah? Nama aku punya lagi sedap daripada nama Che Kiah tu ok." Panas hati Husna apabila dipanggil 'Che Kiah'. Dah cantik nama dia Husna boleh pulak panggil Che Kiah!

Rine pula sudah berjalan ke depan bersama dengan Ellyna. Malas nak layan dua orang kawan dia yang tak betul ni. Ellyna menggeleng kepala melihat Husna dengan Lya. Haih, tadi Rine dengan Lya... ni dengan Husna pulak? Memang tak boleh berhenti bergaduh agaknya tiga orang ni! Eh? Kenapa rasa macam Husna dengan Rine tertukar posisi? Hahahaha...

Sampai sahaja di tempat lapor diri, sekeping kad diberikan kepada mereka, kad identiti. Kad itu juga digunakan untuk membayar makanan yang mereka beli di kantin.

"Korang nak pergi makan ke nak pergi berlatih dulu?" soal Ellyna yang menjadi tukan penunjuk jalan itu.

"Makan!"

"Berlatih!"

"Main game!" Lya terus menjadi tumpuan mereka bertiga. Lain yang orang tanya, lain pula jawapan yang dia berikan.

Akibat mendengar tiga jawapan yang berbeza, Ellyna terus membuat kata putus sebelum ada yang bergaduh. Dah bernanah telinga dia dengar orang bergaduh.

"Kita pergi berlatih dulu lah lepastu baru kita pergi makan. Lagipun tak elok berlatih waktu perut penuh," ujar Ellyna.

"Dah tu, yang kau pergi tanya nak makan dulu ke tidak tu dah kenapa? Kan senang kalau dari awal kau cakap je nak pergi berlatih dulu," balas Husna, tidak puas hati. Dia nak makan! Lapar tahu lapar. 

"Alah kau ni... Kejap lagi kita pergilah makan.  Lagipun kau tak topup duit pun lagi kan dalam kad tu." Ellyna melirik senyum. Asyik senyum je Ellyna ni kan? 

"Kena topup duit ke? Aku ingat makan free...," tanya Lya sambil menayangkan sengihan. Wow! Baiknya diorang nak belanja awak Lya. Bankrup nanti tak pasal.

"Gulung tikar tempat ni nanti kalau belanja kau makan setiap hari. Sudahlah kau tu makan banyak!" bidas Rine

"Eh... Ehh kau, macam lah aku sorang je yang makan banyak. Husna pun sama okey?" Tak pasal-pasal nama Husna dikait sekali.

"Eh! Apa aku pulak? Kau je yang makan banyak!" marah Husna. Dia yang makan banyak... ada hati nak kata orang, humph!

"Sudah... sudah, aku yang makan banyak okey. Korang ni kalau tak gaduh satu hari memang tak aman ke hidup korang, huh? Macam budak-budak, childish!" Ayat terakhir sengaja diperlahankan. Tetapi cukup untuk Lya, Rine dan Husna dengar.

"Ha'ah memang tak akan aman pun," tutur mereka bertiga.

"Apa lah nasib aku hari ni... Baik lagi perangai sengal Asy daripada perangai suka bergaduh diorang ni," gumam Ellyna. 

"Che Peah, Che Kiah, Rine... jom kita pergi berlatih. Lepas ni korang nak pergi makan pulak kan? Dah jom cepat!" ajak Ellyna, sekali sekala dia mengeluh dengan perangai kawan-kawannya.

"Kiah? Peah? Siapa tu?" Satu suara garau menyapa mereka berempat.

"Ehh, Haziq? Mana geng kau?" Rine dan Lya melihat-lihat belakang Haziq mencari lagi dua orang lelaki.

"Diorang pergi makan dekat kantin. Korang bila sampai?"

"Baru je..." balas Husna

"Umm... Kami pergi dulu lah Haziq," pinta Ellyna

"Ouh.. okey. Ehh jap! Siapa Kiah dengan Peah?" Belum sempat Haziq bertanya mereka berempat terus mengorak langkah ke tempat latihan menembak.

Usai sampai ke sana Husna menghulurkan penutup telinga kedap udara kepada Lya dan Rine. Ellyna? Dia pergi ke kawasan memanah, katanya dia dah lama tak memanah nanti berkarat pulak skil memanah dia.

Penutup telinga kedap udara dipakai untuk melindungi telinga daripada bunyi tembakan yang kuat. Pistol tangan Glock-17 diangkat menghala ke arah target board.

|| Glock-17 ||

"Dengan kiraan 1, 2, 3. Go!" Husna memberi arahan kepada ahli pasukannya.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan secara serentak. Tembakan yang lepaskan mereka tampak seperti tepat mengena target kecuali Lya yang tersasar sedikit.

"Again! Lya kau cuba fokus pada target tempat yang kau nak tembak," ajar Husna kepada sahabatnya, Lya.

"Aku cuba," balas Lya

Bang!

Satu tembakan sekali lagi dilepaskan oleh Lya. Kali ini, tembakannya tepat mengena sasaran. Lya melepaskan nafas lega.

"Rine? Kau ke tu?" Rine beralih je arah suara yang memanggil namanya. Terkejut dia apabila melihat seseorang yang sudah lama tidak berjumpa berada di hadapan mata.

"Zaim?" Pelbagai soalan bermain dikepala Rine.

'Macam mana dia boleh ada dekat sini?' fikir Rine

|| TO BE CONTINUED ||

------------------------------------
Hai! Setelah sekian lama buku ni tak diupdate... Dah berhabuk~ Tahu-tahu mesti takde yang baca kan... Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi tunggu dan baca cerita ni.

Uhuk... Takde orang tunggu pun-

Aiman: Okeyh author tak betul sikit...

- maaf kalau hambar dan mengarut -

- Assalamualaikum -

- 1122 Words -

-----------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro