18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     SENJA sudah pun tiba, burung-burung juga berterbangan balik ke sarang mereka. Selesai sahaja membersihkan alatan kebun, Hilmi pun mengangkat alatan itu untuk disimpan semula ke dalam stor yang berada di belakang rumah.

"Encik Hilmi." Panggil Puan Nora Elena mematikan langkahnya. Hilmi menoleh ke belakang.

"Ya, Puan?"

"Ini gaji untuk bulan ni." Ujar Puan Nora Elena sambil menghulurkan duit gaji bulanan si pekebun itu. Lantas Hilmi meletakkan alatan kebun itu ke tanah buat sementara. Mengelap tangan pada baju kotornya sebelum duit itu diambil.

Bibir tersenyum lebar. Syukur. Semua ini hasil penat lelahnya juga menjaga tanaman di sini.

"Terima kasih, Puan." Ucap Hilmi. Wanita tua itu sekadar mengangguk kepala.

Sekilas Puan Nora Elena menoleh ke arah pintu utama. Hendak memastikan tiada kelibat sesiapa pun yang keluar dari pintu itu sebelum dia ingin mengatakan sesuatu. Setelah memastikan keadaan selamat, barulah wajah Hilmi dipandang kembali.

"Encik Hilmi." Sekali lagi Puan Nora Elena menyebut nama itu. Langsung Hilmi angkat muka memandangnya.

"Ya, Puan? Ada apa-apa lagi ke?"

"Boleh tak kalau saya nak minta tolong sesuatu?"

Kening Hilmi berkerut. Duit itu disimpan terlebih dahulu ke dalam poket seluarnya.

"Tolong apa, Puan?"

Puan Nora Elena tidak terus menjawab. Dia mengeluarkan satu peti yang disorokkan di belakang tubuhnya. Berwarna hitam dan berkarat. Tampak seperti peti kotak yang telah lama disimpan.

"Tolong simpan peti ni dalam stor awak buat sementara waktu." Pinta Puan Nora Elena. Menghulurkan peti itu kepada Hilmi.

Lambat-lambat Hilmi menyambutnya. Kening masih berkerut. Adakala digoncang sedikit ingin mendengar ada isi apa di dalam.

"Ada apa dalam ni?"

"Itu milik Tuan Brayan. Hanya Saya aje yang tahu apa isi di dalam tu. Cuma Saya rasa tak selamat kalau peti itu terus berad di dalam rumah bila Cik Elly tinggal di sini. Tambah pula kalau dia jumpa dan serahkan kepada Puan Nayra lagilah keadaan bertambah rumit. Jadi, tolong simpankan ya? Jangan beritahu sesiapa pun."

"Baiklah kalau macam tu." Hilmi menerima arahan.

"Pulangkan dekat saya semula bila Tuan Brayan dah balik nanti."

"Baik, Puan."

"Saya minta diri dulu. Terima kasih, Encik Hilmi." Pamit Puan Nora Elena sebelum melangkah masuk ke dalam rumah semula.

Kemudian Hilmi pun mengangkat semula alatan kebun yang diletakkan ke tanah tadi. Membawa sekali menuju ke rumah stor kecil yang berada di belakang rumah. Pintu yang tidak berkunci itu terus ditolak. Lantas alatan kebun itu disusun ke tempat asal dimana dia mengambilnya pagi tadi.

Selesai. Kini peti lama itu pula yang harus disimpan.

"Nak letak dekat mana ek?" Hilmi pandang sekeliling ruang yang agak sempit itu.

"Sini ajelah." Diletakkan peti lama itu ke atas meja kayu yang sedikit bersepah. Tidak mahu ia terlalu terdedah. Maka Hilmi pun mencapai satu kain buruk, menutup peti lama itu daripada sesiapa pun melihatnya.

Baru hendak pusing ke belakang untuk keluar semula, tiba-tiba...

"HUH?!" Lehernya dicekup, Kuat. Hilmi terkejut. Jantung terus diserang debaran. Mata turut terbeliak luas. Hendak menjerit namun mulutnya sudah ditekup dengan sebelah tangan misteri itu. Dalam keadaan takut-takut, anak mata masih berani bergerak perlahan-lahan ke arah besi berkilat yang menampakkan pantulan mereka berdua.

Dengan jelas dia melihat wajah bertopeng putih yang sedang mencekup lehernya dari belakang. Dengusan nafasnya juga kedengaran kasar ditelinga.

"Maaf kalau buat kau terkejut." Kata suara garau yang tenggelam disebalik topeng itu. Mulut yang ditekup itu sedikit demi sedikit dibuka.

Hilmi cuba untuk tetap tenang. Tidak bertindak mengikut perasaan takut yang sedang menyelubungi diri.

"Ka... Kau nak apa?" Tergagap-gagap Hilmi menyoal.

"Kau ada kunci motor?" Soalnya.

Kening Hilmi berkerut. Lah? Muncul dalam keadaan dramatik tetapi cuma nak tanya ada kunci motorsikal atau tidak? Bahkan Hilmi anggukkan sahaja kepala. Memang ada pun. Tidak silap di dalam poketnya. Dia datang ke sini memang naik motorsikal kapcai setiap hari.

"Ada."

"Pinjam sekejap boleh?"

Hilmi angguk kepala. Pertama kali jumpa perompak minta izin.

"Nah, ambil kunci ni untuk kau balik rumah. Aku nak pinjam motor kau sekejap." Dia menyerahkan kunci kereta kepada Hilmi sebelum cekupan pada leher dileraikan.

Membuntang biji matanya tatkala melihat kunci kereta yang baru sahaja diserahkan. Tak silap, ini kunci kereta untuk Mercedes. Biar betul?! Langsung Hilmi memusing tubuh ke belakang. Menghadap figura tinggi yang memakai hoodie berwarna hitam berserta topeng putih itu.

Sedang merenungnya juga.

Hilmi mengecilkan sedikit mata. Mengapa sepasang mata hijau tua itu  seperti seseorang yang dia kenali? Ditunduk pula kepala melihat pemakaian lelaki misteri itu dari bawah hingga ke atas. Tubuh badannya juga nampak sama.

Macam...

"Haih..." Lelaki bertopeng itu mengeluh perlahan. Dia menunduk muka, membuka ikatan pada topeng itu.

Sebaik sahaja ia dijauhkan dari wajah. Mata Hilmi terus sahaja terbeliak besar. Serupa baru nampak hantu.

"Tu... Tuan?!"















KERETA diberhentikan sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah restoran. Dia menjenguk sekilas ke luar tingkap, melihat ada dua orang lelaki yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk restoran. Mungkin itulah teman lelaki Elly yang dia baru katakan tadi. Kemudian, Luthfi menoleh ke belakang.

"Puan Nayra nak saya tunggu dekat dalam kereta atau ikut sekali?" Soal Luthfi.

"Err..."

"Tunggu dalam kereta. Tidak pun pergilah jalan-jalan dulu. Kami nak lepak lama sedikit. Jom, Nayra!" Potong Elly tanpa sempat aku bersuara. Tahu-tahu sahaja wanita itu sudah menarik tanganku untuk sama keluar dari perut kereta.

"Kenapa kau suruh Luthfi pergi? Kan bagus juga kalau dia ikut?" Soalku.

"Ish, tak seronoklah. Dekat situ bodyguard kau ikut, dekat sini pun bodyguard kau nak ikut. Engkau tak rasa rimas ke? Atau nak hidup bebas sedikit?"

Aku geleng kepala. Sejujurnya, rasa lebih selamat jika ada Luthfi yang menemani. Kalau ada apa-apa terjadi, macam mana?

Sedangkan Elly mengeluh penuh meluat.

"Haih, kau ni Nayra... tahulah suami kau Tuan Brayan. Janganlah dengan engkau sekali nak jadi macam dia. Hidup kita sebagai wanita ni kena bebas. Tak perlu ada orang jaga kiri dan kanan. Tengok macam aku. Seronok aje tau!"

"Tapi Elly..."

"Alah, sekejap aje. Luthfi kau tu tak ke mana pun. Apa yang kau nak takutkan sangat? Boyfriend aku bukan makan manusia pun." Degus Elly.

Aku diam tidak tahu ingin membalas apa-apa. Entahlah, hati ini rasa tak tenteram daripada tadi. Kalau nak diikutkan, mahu sahaja aku ikut Luthfi pergi jalan-jalan sementara menunggu Elly bertemu janji dengan teman lelakinya itu.

Baru hendak kembali bersuara, tiba-tiba ada suara yang menyapa.

"Hi, sayang!" Sapa lelaki berbaju kemeja biru itu, dia melangkah menghampiri kami berdua.

Serentak pandanganku dan Elly menoleh. Langsung bibir Elly menyengih tatkala melihat wajah lelaki itu. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari mendapatkan teman lelakinya.

"Hi, Hanif! Handsomenya awak malam ni." Puji Elly.

"Awak pun nampak cantik." Katanya. Elly tersenyum malu.

"Siapa tu?" Soal Hanif, anak matanya tepat memandang ke arah aku yang tercegat ditempat yang sama.

"Itulah kawan saya. Nayra. Eh, mehlah sini Nayra. Kenapa tercegat dekat situ? Dah macam patung pula aku tengok." Panggil Elly. Siap melambai-lambai tangan menyuruh aku mendekati mereka.

Dengan rasa kekok, aku pun melangkah menghampiri. Berdiri di sebelah Elly.

"Wow. Macam sepadan pula. Kau dengan awek kau, aku dengan kawan Elly. Macam ada dua temu janjikan?" Sampuk seorang lagi lelaki. Menyapa bahu Hanif dari belakang. Siap tersenyum nakal lagi.

Tatkala aku pula yang rasa tidak selesa dengan kata-kata itu. Manakala mereka boleh pula ketawa.

"Eh, kau ni Raid! Kawan aku ni isteri oranglah. Jangan nak menggatal ek?" Tegur Elly.

"Isteri orang? Tak nampak macam isteri orang pun. Nampak macam anak dara aje. Pandai suami dia jaga." Ujar Raid. Matanya juga tidak duduk diam dari memerhatikan aku atas dan bawah.

"Biasalah. Isteri orang kaya. Mestilah suami dia jaga baik-baik. Tuan Brayankan?" Kata Elly dengan nada menyindir.

"Elly!" Tegurku. Tidak berapa suka apabila dia memberitahu siapa suamiku.

"Tuan Brayan? Oh, yang ada muzium art tu ke?" Sampuk Hanif. Menyoal ingin tahu. Lantas Elly mengangguk kepala mengiyakannya.

"Wah. Selama ni aku tak pernah tengok muka isteri lelaki tu. Dia tak pernah tunjuk dekat mana-mana media pun. Patutlah. Sebab cantik rupanya." Ujar Raid.

Aku hanya berpaling ke lain. Tidak selesa apabila asyik dipandang daripada tadi. Ada juga yang hilang biji mata tu kejap lagi!

TUK!

"Aduh!" Raid mengaduh sakit tatkala ada botol minuman dibaling tepat mengena kepalanya. Elly dan Hanif juga kelihatan terkejut. Siapa pula yang baling botol air itu? Anak mata mereka bergerak-gerak ke sekeliling kawasan itu. Mencari siapa si pelakunya.

Apabila diperhatikan, ada seorang lelaki membonceng motosikal yang lalu di belakang mereka tadi. Mungkin orang itu hendak membuang sampah. Oleh kerana tidak menjumpai tong sampah, maka dia buang ke tepi jalan tanpa sedar ada manusia lain yang berdiri di situ.

"Hoi, tak reti buang dalam tong sampah ke huh?!" Bentak Raid, geram kepada si penunggang motosikal itu. Bahkan lelaki itu langsung tidak menoleh ke belakang dan meminta maaf. Kurang asam betul!

Aku hanya menunduk kepala menahan tawa. Terima kasihlah kepada orang yang buang sampah itu.

"Nasib botol plastik. Kalau kaca rasanya dah pecah kepala aku." Bebel Raid sambil menggosok-gosok kepala.

"Sudahlah. Jom masuk dalam. Saya dah tempah meja untuk kita." Ajak Hanif. Elly mengangguk kepala tanda setuju. Perutnya pun dah lapar.

Lantas, kami pun melangkah masuk ke dalam restoran itu. Menuju ke satu meja yang telah pun ditempah. Hidangan juga sudah tersedia di atas meja. Baru sahaja aku ingin melabuh punggung di sebelah Elly, namun Elly terlebih dahulu menarik kerusi itu.

"Sorry, Nayra. Tapi aku nak duduk sebelah boyfriend aku. Kau duduklah sebelah Raid." Kata Elly, langsung Hanif melabuh punggung ke kerusi yang dicop Elly tadi.

Hanya tinggal satu sahaja kerusi. Iaitu disebelah lelaki gatal tadi. Ah, kenapalah aku setuju untuk temani Elly? Kalau aku tahu jadi begini, sebaiknya duduk sahaja di rumah.

"Come, sit here." Ajak Raid, siap menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelahnya.

Bawah bibir digigit. Tidak mahu tidak, kena jugalah duduk disitu. Lantas aku pun menarik kerusi itu. Jauh sedikit daripada Raid. Membiarkan ruang kosong ditengah-tengah.

"Jemputlah makan. Lepas ni kita pergi jalan-jalan dekat sekitar kawasan ni." Pelawa Hanif.

Mereka pun mula menjamah hidangan yang disediakan. Tatkala aku pula masih lagi kaku.

"Jalan-jalan?" Keningku berkerut. Ingatkan lepas makan dah boleh balik.

Raid angguk kepala. "Yalah. Tak pernah bercinta ke? Orang kalau bercinta kenalah luangkan waktu lama sedikit."

"Tapi Elly, kita kena balik awal. Kaukan dah jan..."

"Sekejap aje, Nayra. Lepas jalan-jalan kita baliklah. Lagi cepat kau makan, lagi cepat kita balik nanti." Potong Elly.

Aku terdiam. Haih, kenapalah aku kena berada di sini sekarang? Tapi ada betulnya juga kata Elly. Lagi cepat aku habiskan makanan ni, selepas itu biarkan Elly dan teman lelakinya jalan-jalan sebentar kemudian terus balik.

Tanpa berkata apa-apa lagi, pinggan spaghetti itu ditarik mendekat. Digaul terlebih dahulu dengan sosnya. Sambil-sambil anak mata memerhati segenap kawasan restoran yang dipenuhi pasangan bercinta.

Mungkin restoran ini memang lokasi target untuk temu janji. Suasananya pun nampak tenang dan romantik.

Namun, anak mataku terhenti saat melihat ke arah satu meja yang berada paling hujung. Mata automatik mengecil.
Ada seorang lelaki duduk disitu, tanpa memesan makanan dan cuma ada jus oren di atas mejanya.

Pada mulanya aku perasan lelaki itu melihat ke arah meja kami. Kemudian, terus dia berpaling ke lain saat aku memandangnya.

"Kenapa lelaki tu macam... lelaki sengau semalam ya?" Gumamku perlahan. Cukup untuk diri sendiri sahaja yang mendengar. Mata masih lagi memerhatikan lelaki misteri itu. Manakala tangan bergerak menyuap spaghetti ke dalam mulut. Dan perlahan-lahan aku mengunyahnya.

Bahkan, lelaki yang aku sedang perhatikan ini nampak tak senang duduk. Kejap dia mengacau air, kemudian dongak melihat kipas dan adakala membetulkan topeng mulut yang dipakai.

"Comot." Tegur Raid disebelah, tanpa sebarang isyarat terus tangannya mengelap kesan comot di hujung bibirku.

Aku tersentak. Langsung menepis tangan lelaki itu. Dia juga terkejut.

"Apa awak cuba buat ni?"

"What? Bibir awak comot jadi saya tolong lapkan. Itu aje?" Balasnya selamba.

"Jangan sesuka hati sentuh boleh tak? Saya ni isteri orang!" Nada suaraku mula meninggi sehingga mengalihkan mata-mata yang berada disitu ke arah meja kami.

Terkulat-kulat Elly memandang sekeliling. Malu.

"Nayra, relaxlah..." pujuk Elly, perlahan.

Sedangkan aku menjuih bibir.

"Relax? Kau tahu tak berapa lama aku cuba untuk bertenang dengan situasi macam ni? Aku tak selesalah, Elly. Kalau kau nak teruskan temu janji ni. Kau teruskanlah. Aku nak cari tempat lain sementara tunggu kau habis dating!" Hamburku, langsung mencapai beg tangan yang berada ditepi sebelum bangkit berlalu keluar daripada restoran itu.

Manakala si Elly pula sudah terpinga-pinga.

"Eh, Nayra! Tunggulah kejap!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro