22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MATANYA lirik-lirik selalu, rupanya manis-manis ayu... Acewah!" Sambil kemas barang, bibir Mel terkumat-kamit bernyanyi. Senang sungguh hati bila dapat pulang awal daripada tempat kerja. Lampu di dapur sudah ditutup. Hanya ruang makan sahaja yang dibiarkan bercahaya. Suram sungguh restoran ini apabila cuma berseorangan. Bos pula masih ada di dalam bilik kerja. Katanya ada benda nak disiapkan.

Malah menyuruh Mel untuk mengalihkan papan tanda open di pintu kepada close sementara dia hendak siapkan kerja.

"I balik dulu bos!" Jerit Mel, beg sudah digalas pada bahu. Baju cheff disangkut pada sebelah lengannya. Entahlah bos dengar atau tidak, tiada sebarang respon pun. Ah! Lantaklah.

Lantas Mel menerbalikkan papan tanda open itu ke belakang. Jelas menandakan restoran ini sudah ditutup. Selesai, pintu kaca ditolak dari dalam lalu Mel pun melangkah keluar.

Baru sahaja dia hendak meneruskan langkah ke arah kereta yang terparkir di hadapan restoran. Anak matanya sekilas terpandang ke tepi, melihat figura Elly yang sedang berbual dengan seseorang 10 meter dari perfectionist restoran. Tak pasti siapa. Kerana orang itu membelakanginya. Namun, dari tubuh belakang nampak macam figura seorang lelaki.

"Elly?" Terniat dihati untuk menegur, lantas Mel membatalkan langkah menuju ke kereta. Bahkan beralih ke arah Elly yang masih berada di sana. Daripada riak wajah Elly berbual, nampak macam serius sahaja. Apa agaknya yang sedang dibincangkan?

"Hai, Elly!" Sapa Mel, mesra. Siap angkat tangan lagi dan melambai. Dia berhenti di belakang figura yang membelakanginya.

Reaksi Elly tampak sedikit terkejut. Kedua-dua belah keningnya spontan terangkat ke atas.

"Mel?"

"You buat apa dekat sini? Mana Nayra?" Soal Mel, sambil anak mata melilau mencari kelibat Nayra. Namun tiada.

"Nayra ada dekat rumah. Aku tinggalkan dia sekejap sebab nak jumpa..."

"Boyfriend ek? Amboi, bercinta sampai nak kena sorok-sorok ya? Pemalu juga you nikan Elly. Tak nak kenalkan dengan I ke?"

"Aku minta diri dulu." Dan-dan sahaja Si dia bersuara meminta diri. Tanpa menoleh memandang Mel. Kepala tertunduk sedikit saat dia mengatur langkah pergi. Siap menarik tudung hoodie yang dipakai lebih ke bawah agar wajahnya tidak kelihatan. Meninggalkan Elly dan Mel sahaja di tempat itu.

Sedangkan kening Mel berkerut. Kehadirannya mengganggu mereka berduakah? Sombong sungguh lelaki itu.

"Aik, I datang terus nak pergi? Boyfriend you tu pemalu ke? I bukannya nak goda dia pun."

"Dia ada hallah. Kau janganlah terasa." Ujar Elly.

"Kalau ada hal pun, apa salahnya toleh pandang I sekejap. Kenalkan diri. I kan BFF you! Kenalah tahu semua benda."

"Nanti-nanti ajelah aku kenalkan..." kata Elly. Diperbetulkan beg galas yang sedikit senget itu. Sesekali anak matanya melirik ke segenap kawasan yang gelap. Hanya diterangi lampu disepanjang jalan. Rasa tak senang duduk. Seolah-olah ada mata-mata yang memerhatikan mereka.

"Kau seorang aje ke, Mel?" Soal Elly. Dia memandang Mel.

Langsung Mel angguk kepala mengiyakannya.

"Haah. I baru balik."

"Oh..." Itu sahaja yang keluar dibibirnya sambil kepala terangguk-angguk.

Kemudian, Mel memeluk tubuh.

"You tinggalkan Nayra sorang-sorang ni Tuan Brayan tahu ke tidak?" Soal Mel, menukar topik perbualan. Tiba-tiba teringatkan tentang Nayra. Setahunya Tuan Brayan pernah pesan jangan sesekali biarkan Nayra bersendirian di dalam rumah.

Malah Elly menggeleng. "Tak. Tapi aku dah bagitau Nayra. Alah, rumah dia tu penuh dengan alat keselamatan. Apa-apa jadi sekalipun, Nayra mesti tahu nak bertindak. Dia tu dah besarlah bukannya budak lima tahun. "

"Memanglah. Tapi Tuan Brayankan dah arahkan you untuk teman dia? Kalau apa-apa jadi karang you nak jawab apa?"

"Sekejap aje. Aku nak baliklah ni." Balas Elly acuh tak acuh, sambil anak mata melirik ke arah jam tangan yang dipakai.
Tatkala Mel sekadar mengangguk. Baguslah kalau begitu.

"You macam mana duduk dekat rumah besar Tuan Brayan? Best? I ni kalau perempuan, dah lama I tawarkan diri untuk teman Nayra. Bukan selalu tau dapat merasa duduk rumah macam tu."

"Entahlah. Aku pun tak pasti seronok ke tidak."

"Kenapa you cakap macam tu?"

Elly mengeluh sebelum berbicara. Kepala diangkat kembali memandang wajah Mel dengan muka berkerut.

"Selama aku duduk dalam rumah tu, aku rasa macam bukan aku dan Nayra aje tau yang ada dekat situ. Rasa macam diperhatikan. Kau rasa tuan Brayan tu betul-betul pergi ke ek? Atau dia sengaja cakap macam tu sebab nak uji Nayra?"

"Kalau Tuan Brayan ada sekali dalam rumah tu mestilah Nayra tahu. Kan korang duduk dengan pembantu Tuan Brayan tu sekali, siapa nama dia? Aha! Puan Nora. Mestilah engkau rasa ada orang lain."

"Aku tak maksudkan pembantu dia tu. Aku maksudkan orang lain. Setiap malam ada aje bunyi pelik-pelik. Kadang bunyi macam ada benda jatuh. Tapi bila aku check, tak ada apa-apa pun." Ujar Elly.

Automatik tercacak bulu roma Mel tatkala mendengar cerita. Sebelah tangan naik menggosok-gosok belakang tengkuk. Seram sejuk! Bahkan anak mata juga bergerak memerhati kiri dan kanan, takut-takut jika ada 'benda' tak baik menumpang mendengar cerita Elly. Memang dia akan lari pecut dulu!

"You ni biar betul? You nak cakap rumah Tuan Brayan tu berhantu ke?"

"Kalau rumah tu berhantu dah lama Nayra ajak Brayan pindah. Tapi tidak! Bermakna, dia bukan hantu tapi..."

Berdegup-degup jantung Mel menantikan sambungan.

"Entah." Elly jongket bahu.

Sedangkan Mel sudah menjuih bibir dengan mimik muka menyampah. Baru sahaja dia nak excited mendengar cerita seram.

"Eh, sudahlah. Aku nak kena balik dah ni. Kesian Nayra dekat rumah seorang diri." Pinta Elly.

Mel mengangguk kepala. "Yalah. Hati-hati balik tu. Jangan merayau ke tempat lain pula."

"Iya. Aku tahulah. Bye! Jumpa lagi." Pamit Elly, langsung mengatur langkah pergi daripada tempat itu. Mel sekadar melambai tangan. Tercegat dibawah cahaya lampu jalan cerita kelibat Elly hilang dari pandangan matanya. Kemudian, barulah dia pergi.












USAI menyucikan diri, aku melangkah keluar dari bilik air dengan lengkap mengenakan pakaian. Sambil berjalan menuju ke arah meja solek, tangan menggosok-gosok rambut yang masih basah itu dengan menggunakan tuala kering. Bibir turut menggumam menyanyi sekadar untuk mengurangkan rasa sunyi di dalam rumah.

Kerusi ditarik. Lantas aku melabuh punggung disitu. Pengering rambut yang terletak di sebelah kanan dicapai. Kain tualaku taruhkan ke tepi. Suis dibuka, lalu pengering rambut itu pun dihala ke rambut yang lembab dari atas sehingga ke hujung.

"Hmm... Hmm..." Bibir menggumam mengikut rentak lagu sleepwalk. Sebelah tangan lagi mengelus rambut secara lembut. Sedang aku sibuk mengeringkan rambut, tiba-tiba...

"Hmmm...~" sayup-sayup kedengaran suara lain yang turut mengikut aku menggumam. Tidak berapa jelas kerana ditenggalamkan dengan bunyi pengering rambut yang agak bingit. Cepat-cepat aku matikan suis itu untuk memastikan apa yang didengar tadi benar.

Bibir berhenti menggumam. Diam. Tatkala telinga dipasang ingin mendengar suara itu lagi.

Sunyi.

"Aku salah dengar ke?" Aku menyoal kepada diri sendiri. Anak mata merenung cermin yang memantulkan figuraku. Jelas kelihatan riak wajahku berubah pucat. Tipulah jika bulu romaku tidak naik saat menangkap suara asing itu.

"Takkan suara Elly segarau itu?"

Tuk! Tak! Tuk! Tak!

Aku sedikit tersentak. Jantung automatik memainkan peranannya, berdegup dengan laju. Kepala spontan terdongak melihat ke siling atas. Seolah-olah ada seseorang sedang berjalan di tingkat tiga.
Tak silap aku, Puan Nora Elena sudah lama pulang ke rest house waktu senja tadi. Sekarang pula...

Anak mata beralih ke arah jam di dinding. Dah lewat. Tak mungkin Madam ada di atas sana. Kalau benar sekalipun, untuk apa?

Lengan yang terasa sejam sejuk digosok-gosok. Perlahan-lahan aku letakkan pengering rambut itu ke atas meja. Firasat ingin tahu membuak-buak menyuruh aku untuk bangun dan pergi periksa. Namun dalam masa yang sama terselit rasa takut. Apatah lagi bila aku bersendirian sahaja di dalam rumah sekarang.

"Relax Nayra... kau dah lama duduk sini..." bisikku sekadar untuk menenangkan hati yang masih gelisah. Langsung aku bangun dari tempat duduk, dengan mengumpul keberanian yang cuma sipi-sipi ini aku melangkah ke arah pintu bilik.

Menggigil juga tangan saat hendak memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu ditarik aku langsung berteriak kuat.

"Arghhhh!"

"Arghhhh!"

Aku menjerit terkejut apabila Elly tiba-tiba muncul di hadapan mata. Manakala Elly pula terkejut apabila aku tiba-tiba buka pintu. Akhirnya dua-dua ikut menjerit.

Langsung aku bawa kedua belah tangan ke dada. Merasakan jantung yang mengepam dengan laju.

"Elly! Kau buat aku terkejut ajelah!" Herdikku. Nasib baiklah aku tiada lemah jantung.

"Habis kau ingat aku tak terkejut? Aku ingatkan kau dah tidur!"

"Aku baru aje nak tidur, ta... tapi..." perasaan takut kembali menyelubungi diri. Perlahan-lahan kepala terdongak melihat ke tingkat tiga dengan wajah pucat.

"Tapi apa? Kau pun dengar ke?" Soal Elly, nada suaranya kedengaran berbisik.

Terus aku palingkan wajah memandang Elly. Sepasang kening terangkat ke atas. Pasti dia pun dengar benda yang sama.

"Kau dengan apa yang aku dengar?" Soalan berbalas soalan.

Elly angguk kepala. Mukanya turut berubah pucat sepertiku.

"Aku dengar benda yang sama macam semalam. Ada orang berjalan." Ujar Elly.

Mataku membulat. Maknanya aku tak salah dengar!

"Aku pun dengar ada orang berjalan tadi. Le... lepas tu dia ikut suara aku menyanyi. Seramlah..." sekali lagi aku menggosok lengan yang terasa seram sejuk.

"Inilah masa kita untuk check CCTV!" Cadang Elly.

"Tak boleh."

"Kenapa?" Kening Elly berkerut.

"Kunci tu dah hilang sekali dengan kunci rumah." Keluhku. Kepala menunduk ke bawah.

PAP!

Elly menepuk dahi. Bagaimana boleh terselit kunci rumah bersama kunci bilik?

"Aduh, Nayra... kenapa kau pergi selit kunci tu sekali?"

"Aku ni cepat lupalah. Sebab itulah aku letak sekali aje." Rungutku.

Kemudian kami sama-sama diam memikirkan cara. Elly mencekak pinggang tatkala aku pula memeluk tubuh. Setelah beberapa saat, Elly memetik jari seolah-olah ada satu idea.

"Kau ada jarum?" Soal Elly.

"Jarum?"

Elly angguk kepala.

"Ada."

"Bagi aku satu. Aku tahu macam mana nak buka kunci pintu dengan jarum. Waktu kecik dulu aku pernah terperangkap dalam bilik. Aku selit guna jarum untuk buka." Ujar Elly, sempat lagi bercerita tentang pengalamannya.

Tanpa banyak bicara aku pun masuk ke dalam bilik mencari jarum. Tak sampai beberapa minit, aku kembali semula ke arah Elly lalu menyerahkan jarum itu kepadanya.

"Jom ikut aku!" Ajak Elly.

Kemudian kami sama-sama melangkah menuju ke arah bilik kerja Brayan. Sempat lagi kepala menoleh ke segenap ruang yang gelap. Mengapa rasa seperti ada yang mengikut dari belakang? Ah! Itu semua mainan perasaan!

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik kerja itu. Elly membongkok sedikit, lalu menusuk hujung jarum ke dalam lubang ditengah tombol itu. Digerak-gerakkan jarum itu ke kiri dan ke kanan. Lama juga proses hendak membukanya. Apatah lagi buat di dalam suasana yang gelap, menjadikan ia agak sukar.

Aku sekadar memerhati. Kami berdua seakan-akan perompak yang cuba menceroboh masuk pula.

Klik!

Elly tersenyum gembira.

"Dah terbuka!"

"Wah, pandainya kau buat." Sempat lagi aku memuji. Kagum. Tak sangka Elly pandai bab-bab begini.

"Jom kita check CCTV sekarang!" Ajak Elly. Langsung dia menegakkan tubuh. Tombol pintu terus dipulas. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam, tanganku sudah menariknya mengundur ke belakang semula. Hampir-hampir aku melupakan pesanan Brayan.

Kening Elly saling bertaut memandangku penuh tanda tanya.

"Kenapa?"

"Suami aku tak benarkan kau masuk bilik kerja dia. Kau tunggulah sini. Biar aku yang check."

"Alaa... apa salahnya kita check sama-sama? Aku pun nak tahu bunyi tu datang daripada apa?" Elly merengus tidak puas hati. Namun aku tetap menggeleng kepala.

"Tak boleh, Elly. Biar aku yang tolong tengokkan untuk kau. Kau tunggu sini."arahku.

Bibir Elly mencebik.

"Yalah... yalah..." Elly mengalah. Tubuh dipeluk.

Aku tersenyum kecil. Kemudian, aku pun mengatur langkah masuk ke dalam bilik kerja itu. Tanpa membuka lampu terlebih dahulu, aku terus menuju ke arah monitor besar yang menayangkan rakaman CCTV.

"Wait, what? Macam mana boleh jadi macam ni?" Aku sedikit terkejut. Seluruh rakaman CCTV di dalam rumah ini menjadi kabur seolah-olah isyarat terputus. Adakala aku cuba menekan-nekan butang yang ada disitu. Manalah tahu boleh memperbetulkan semula rakaman itu. Malang sekali tidak menjadi. Makin teruk adalah.

"Kenapa Nayra?" Elly menyoal dari luar bilik.

Bahu dijongket. Entah. Aku pun tidak pasti kenapa.

"CCTV ni dah rosak agaknya. Semua jadi kabur. Brayan tak ajar pula cara-cara nak betulkan benda alah ni." Ujarku. Sesekali skrin monitor itu diketuk-ketuk. Tetap tak jadi apa-apa.

"Haih... Pelik betullah. CCTV ni tak pernah rosak selama ni. Rasa macam ada orang sabotaj pula. Tapi siapa aje yang boleh masuk bilik ni selain aku seorang?" Bebelku seorang diri. Masih mencuba memperbetulkan rakaman itu.
Tiba-tiba tanganku berhenti menekan butang tatkala teringatkan sesuatu. Bayangan yang melintas di hadapan pintu saat aku mengintai dari sebalik tombol itu kembali bermain difikiran.

Entah-entah...

CCTV ini rosak angkara bayangan yang aku nampak itu?

"Elly, aku rasa..." kata-kataku termati sendiri tatkala kepala tertoleh ke arah pintu yang terbuka luas. Membuntang mataku apabila melihat Elly sudah terbaring di atas lantai. Pengsan. Padahal aku tidak mendengar bunyi dia rebah pun.

"Elly!" Aku ingin berlari mendapatkannya, namun kaki terhenti apabila anak mata tertancap pada salah satu rakaman CCTV yang tiba-tiba sahaja bernyala seperti biasa. Seolah-olah ingin menunjukkan aku sesuatu.

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah monitor itu. Rakaman yang sedang bermain sekarang adalah di dalam bilik kerja Brayan. Dengan jelas aku dapat melihat diriku sendiri di dalam rakaman itu.

Tetapi bukan itu yang aku fokuskan sekarang. Namun, ada sesuatu yang lebih pelik di dalam CCTV ini.

Aku mendekatkan muka pada skrin. Seakan-akan ada bayangan hitam yang berada 5 meter dari belakangku. Sedang berdiri tanpa berkutik sedikit pun. Lebih tepat sedang memerhatikan perbuatanku sekarang.

Jantung kembali berdegup kencang. Tangan tiba-tiba menggigil. Lutut juga terasa lemah hendak jatuh. Namun aku gagahkan juga untuk tetap berdiri.

GEDEGANG!

Bunyi pintu yang terhempas tutup membuatkan aku terkejut serta menjerit. Terlalu takut untuk terus berada di dalam bilik, langsung aku berlari ke pintu. Tombol pintu cuba dipulas-pulas. Malang sekali, ianya tersekat.

"Elly! Kenapa dengan pintu ni?!" Aku cuba mengetuk pintu. Mungkin Elly boleh tersedar semula apabila mendengar bunyi ketukan pintu.

"Buka pintu ni!" Aku cuba berkeras. Diketuk-ketuk tombol pintu itu, bahkan tetap sama sahaja. Malah tanganku juga yang sakit.

"Auch!" Aku mengaduh. Terus aku genggam sebelah tangan yang terasa berdenyut. Tak guna punya pintu!

Eh sekejap! Benda itu masih di belakang akukah?

Terus aku pusing ke belakang. Tersandar tubuhku ke pintu saat berhadapan dengan figura tinggi yang memakai hoodie. Disebalik samar-samar kegelapan dan cahaya dari luar yang menampakkan wajah bertopeng putih pucat itu sedang merenungku.

Hendak luruh jantung dibuatnya. Tapi mengapa rasa macam kenal sahaja? Ah! Apa-apa pun dia tetap nampak menyeramkan.

"Ka... kau siapa?!" Dalam takut-takut berani juga aku menengking.

Setapak dia bergerak menghampiriku.

"Jangan dekat!" Aku menghalang.

Dia berhenti melangkah.

"Jangan berani dekat! Ka... kalau tak... kalau tak..." anak mata bergerak memerhati kiri dan kanan. Mencari objek yang paling dekat untuk dijadikan senjata. Kemudian, secara perlahan-lahan aku bergerak ke arah kiri. Mendekati almari yang tersusun fail milik Brayan.

Sedangkan kepala lelaki bertopeng itu turut sama ikut menoleh kearah aku yang bergerak ke tepi. Dia masih lagi tercegat di tempat yang sama.

Menggigil tanganku mencapai satu fail yang agak keras. Diangkat tinggi seolah-olah akan baling jika dia cuba mendekat. Harap-harap Brayan tak marahkan aku kerana menggunakan failnya.

"Macam mana kau boleh ada dekat dalam bilik ni? Kau siapa?" Sekali lagi aku menyoal mahukan jawapan.

Dia bergerak setapak lagi.

Tanpa berfikir panjang, terus aku baling fail itu tepat mengena ke dadanya.

"Jangan dekatkan aku cakap!" Tengkingku. Siap mencapai satu lagi fail untuk dibaling jika dia bergerak lagi.

Namun balinganku tadi seakan-akan tidak memberi apa-apa kesan sakit buatnya. Malah dia menunduk melihat fail yang kini berada di lantai. Seolah-olah sedang mengejekku, hanya itu sahaja yang aku mampu buat?

Dia kembali mengangkat muka memandangku. Merenungku tepat ke mataku dengan anak mata hijau tuanya.

Entah mengapa peganganku tiba-tiba sahaja lemah pabila bertentangan mata dengannya. Hijau tua itu mengingatkan aku kepada Brayan. Takkanlah...

"Jangan bergerak!" Aku memberi amaran lagi tatkala sedar dia kembali melangkah setapak demi setapak mendekatiku. Tidak keruan aku dibuatnya.

Langsung aku mencapai beberapa fail yang berada di dalam rak itu lalu dibaling terus ke arahnya. Malang sekali setiap balingan tidak mengena pada tubuh lelaki bertopeng itu. Dia lebih pantas mengelak dari seranganku. Adakala ditepis sahaja fail itu dengan lengannya.

Aku semakin gelisah apabila dia semakin lama kian mendekat. Sebelah tanganku pula tak habis-habis meraba ke rak sebelah mencari fail untuk dibaling lagi. Kenapa tak dapat-dapat ni? Aku toleh ke tepi.

Alamak!

Dah habis!

GULP!

Air liur yang terasa kesat ditelan. Habislah aku!

"Ka... kau nak buat apa ni huh?" Soalku tergagap-gagap. Perlahan-lahan berundur ke belakang. Dan akhirnya terhenti apabila belakang tubuhku sudah mengena hujung kabinet. Tiada ruang lagi untuk aku berundur. Alahai, kenapalah kabinet ni kena ada dekat sini?

Sekejap anak mataku melirik ke tepi. Ada pasu bunga hiasan di situ. Langsung aku mencapainya. Tapi rasa takut pula nak baling pasu kaca ini ke arahnya.

Sedar-sedar sahaja figura lelaki bertopeng itu sudah berdiri betul-betul di hadapanku. Makin menggigil aku dibuatnya. Berpeluh-peluh tapak tangan saat menggenggam pasu bunga itu. Rasa nak jatuh dengan pantas aku memperbetulkan pegangan.

"Finally..." dari sebalik topeng itu, dia bersuara dengan perlahan. Garau.

Tepat anak matanya merenung ke dalam mataku yang masih lagi dalam ketakutan. Pandangannya buatkan aku tenggelam seketika. Membuatkan lututku juga terasa lemah. Tak mampu untuk berdiri. Rasa nak jatuh.

"Huh?!"

Dapat aku rasakan pegangan kuat pada lengan kiri dan kananku saat ingin jatuh. Rapat jaraknya hingga jelas kedengaran deruan nafasnya di sebalik topeng.

"Jangan pengsan sekarang." Dia bersuara lagi.

Aku mengerut kening. Suara itu...

Macam...

Setelah memastikan kakiku kembali kuat untuk berdiri, barulah perlahan-lahan sebelah tangannya melepaskan lenganku. Ditarik topeng dari bawah ke atas, sebelum dicampakkan ke lantai. Kini terserlah wajahnya dengan rambut yang sedikit serabai dalam samar-samar cahaya. Bibirnya sedang tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun rapi, anak mata hijau tuanya yang bersinar merenung tepat ke mataku.

Rasa nak terjojol keluar biji mataku tatkala melihat wajah lelaki bertopeng itu rupa-rupanya...

"Brayan?!" Terkejut bukang kepala aku dibuatnya.

Bahkan dia boleh pula tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku.

"Nice to meet you, Nayra Rausa..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro