BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               “HMM..." sambil tangan yang berurat itu tangkas menekan-nekan huruf di papan kekunci, mulut turut sama gumam menyanyikan lagu Beautiful in white daripada Westlife. Walau dalam keadaan sibuk menyiapkan kerja hatinya tetap merasakan bahagia yang tiada penghujungnya. Muka tetap fokus.

Sekejap mata yang tertumpu pada skrin laptop itu curi-curi melihat ke arah skrin monitor yang menunjukkan rakaman CCTV di setiap sudut dalam rumah.

"Wait."

Dia berhenti menaip. Ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya. Tetikus di sebelah kanan dicapai. Gerak-gerak sedikit sehingga penunjuk itu sampai ke sudut bahagian rakaman di dapur.

Ditekan.

Kini skrin monitor itu menunjukkan rakaman yang berlaku di sana. Bibir terus menyengih tatkala melihat isterinya sedang menari-nari kecil sambil menyiapkan sarapan pagi buat mereka berdua. Terus hal kerja dilupakan sekelip mata.

Laptop ditutup. Kini sebelah tangannya menongkat dagu sambil menatap Nayra yang masih lagi dalam keadaan ceria. Adakala dia tergelak kecil melihat telatah isterinya dari jauh.

"Comel..." pujinya. Pipi memerah menahan malu sendiri. Sekali pun tak pernah jemu apabila melihat muka wanita itu. Siap zoom lagi untuk melihat wajah Nayra secara lebih dekat. Senyuman yang mekar dibibir isterinya buatkan hati diserang debaran.

Entah kali ke berapa, dia obses dengan senyuman itu.

"Ops!" Brayan sedikit terkejut apabila kepala Nayra tiba-tiba mendongak melihat ke arah CCTV. Seolah-olah tahu sahaja dirinya diperhatikan dari jauh. Mata wanita itu nampak mengecil. Sedang merenung. Alamak, rancangan mengintipnya dah kantoikah?

Kemudian dia lihat Nayra meletakkan sepinggan roti bakar dan secawan kopi panas di atas dulang sebelum menatangnya pergi. Brayan sudah terpinga-pinga.

"Dia nak ke mana pula tu?" Soalnya. Tangan pantas bergerak mencapai tetikus. Memeriksa setiap sudut CCTV yang dipasang mencari kelibat isterinya. Oh, dia dah nampak! Wanita itu sedang menuju naik ke tangga tingkat atas. Kemudian, berjalan melepasi beberapa bilik tidur dan...

Berhenti dihadapan bilik kerjanya. Alamak!

Cepat-cepat Brayan mematikan skrin monitor itu menjadi gelap. Laptop yang ditutup tadi dibuka semula. Buat-buat sedang sibuk menaip padahal huruf-huruf ditekan ikut suka hati.

TOK! TOK! TOK!

"Saya nak masuk boleh?" Suara Nayra kedengaran manja dari luar. Brayan menahan bibir daripada tersenyum. Cuba berlagak selamba.

"Sure. Masuklah."

Sebaik sahaja mendapat keizinan, pintu pun ditolak dari luar. Nayra melangkah masuk ke dalam dengan menatang dulang ditangan. Dia terus melangkah menghampiri Brayan, pinggan roti bakar dan secawan air kopi diletakkan di ruang kosong yang ada pada meja tersebut.

"Sibuk sangat ke tu?" Soal Nayra, sambil letak pinggan sambil matanya curi-curi melihat ke arah laptop Brayan yang bercahaya. Entah apalah yang ditulis disitu. Hdjsbsgsjsh bahasa apakah itu? Namun lelaki itu tetap mengangguk kepala dengan muka serius. Langsung tak pandang Nayra di sebelah. Kononnya sedang fokus dan benar-benar sibuk dengan kerja.

Ceh!

Dia fikir budak-budakkah hendak menipu?

"Awak tak intai saya macam sebelum ni, kan?" Soal Nayra lagi.

Brayan mengemam bibir. Cuba untuk sembunyikan senyuman. Ada bau-bau aktivitinya selama ini sudah terkantoi dengan isteri sendiri. Sebab itulah dia pilih bilik ini untuk melakukan kerja. Sambil menyelam minum air. Sambil-sambil melakar lukisan untuk membuat arca patung baru sambil melihat isterinya dari dalam CCTV.

"Mana ada. Tak ada masa aku nak buat semua tu. I'm a busy person, okay?" Balasnya. Tangan masih menari-nari diatas papan kekunci. Mata tetap pada skrin.

Nayra menjuih bibir. Yalah tu! Dia ingat aku tak perasan ke CCTV tu asyik bergerak-gerak seolah-olah ada yang sedang mengawal? Siapa lagi yang boleh buat semua kerja tu selain Brayan seorang.

"Okay fine..." Nayra buat-buat mengalah. Dulang dipeluk rapat ke dada sebelum ingin melangkah pergi daripada bilik itu.
Brayan yang menyedarinya pantas bertindak menarik pergelangan tangan wanita itu sehingga dia terundur kembali ke belakang dan akhirnya terduduk diatas ribanya. Nayra tersentak. Mata membulat. Hendak bangun namun pergelangan tangan Brayan sudah merangkul pinggangnya dari belakang. Mengunci agar terus duduk disitu.

Dulang dipeluk sekuat mungkin. Jantung diserang debaran luar biasa saat bertentangan mata dengan lelaki itu. Perasaan sedaya-upaya dikawal agar tetap tenang. Matanya tak lepas daripada merenung dia dengan pandangan yang penuh romantis. Lagilah buatkan Nayra rasa nak pengsan.

"Yes. I'm stalking you." Akui Brayan. Mungkin dia ingat aku hendak merajuk kerana cuba menyembunyikan perbuatan nakal dia tadi.

Entah mengapa saat mendengar pengakuannya buatkan pipi ini tiba-tiba sahaja bertukar merah jambu. Malu. Sememangnya tidak boleh disorokkan lagi. Dapat dia lihat bibir Brayan yang tersenyum melihat reaksi daripadanya.

"Aku curi-curi perhatikan kau sebab aku rindu. Salah ke kalau seorang suami mengintai kerja isteri sendiri?"

"Saya tak ada cakap salah pun." Laju Nayra menjawab.

Bibir Brayan menyengih. Ada peluanglah dia nak mengintai lagi nanti. Kemudian, matanya beralih melihat cawan kopi dan sepinggan roti bakar diatas meja. Sebelah tangannya mencapai cawan kopi itu manakala sebelah lagi masih erat memeluk pinggang isterinya. Ditiup-tiup dahulu sebelum dicicip sedikit demi sedikit. Pahit bercampur manis terasa ditekak. Terus dia terasa segar kembali ingin melakukan kerja.

"Awak..." Panggil Nayra meleret.

"Hmm?" Brayan sekadar menggumam. Cawan kopi itu dijauhkan daripada bibir sebentar. Dia mendongak memandang Nayra yang seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.

"Selepas ni saya nak tolong kemas rumah ni boleh tak? Memandangkan Madam keluar sekejap pergi beli barang. Tingkat atas sana tu tengok berhabuk sangatlah." Ujarku. Meminta kebenaran daripada sang suami terlebih dahulu. Walaupun rumah ini telahpun menjadi sebahagian milikku, tetapi aku tak naklah membuat tindakan ikut suka hati. Manalah tahu ada sebahagian bilik yang masih terlarang untuk aku memasukinya.

Brayan angguk kepala. Cawan kopi tadi diletakkan semula diatas meja. Cuma tinggal separuh.

"Boleh. Tapi syaratnya... kena kemas sama-sama."

"Eh awakkan banyak kerja? Saya bolehlah buat semuanya sendiri. Lagipun..."

"Buat sama-sama atau tak payah kemas langsung." Laju Brayan memotong. Dua pilihan diberi yang pastinya dia tiada pilihan lain selain memilih untuk melakukan kerja pembersihan sama-sama. Tidak mahu tidak, Nayra terpaksa beralah kali ini. walaupun niat sebenarnya tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

"Baiklah. Kita kemas sama-sama."

"That's my girl." puji Brayan. Dia mencuit hujung hidung mancung isterinya dengan manja. Nayra ketawa kecil. Tergeleng-geleng Kepalanya melayan karenah suami sendiri. Sedar yang dia sudah berada lama diatas paha lelaki itu, lantas wajah Brayan dipandang.

"Jadi bila saya boleh pergi? Saya nak kemas dapur semula."

"Tak boleh ke kalau kau duduk aje dekat sini terus? Teman aku sehingga habis siapkan kerja." Rungutnya.

Nayra menggeleng kepala. "Tak boleh. Dapur tu dah bersepah sangat. Sekejap aje, nanti saya kembalilah semula ke bilik ini teman awak."

"Boleh percaya ke ni? Entah-entah nanti kau terus masuk bilik." Brayan mengecilkan mata merenung isterinya mencari kebenaran. Nayra mengeluh seketika. Takut benar suamiku ini jika aku tinggalkan dia seorang diri di sini. Bukannya nak lari dari rumah pun!

"Iya. Saya datang balik. Saya janji." ujar Nayra. Siap angkat sebelah tangan lagi tanda janji akan kembali ke bilik kerja ini semula.

Brayan tersenyum nakal.

"Itu bukan cara kita berjanji." Tegurnya.

Kening Nayra automatik berkerut.

"Habis tu?"

Masih lagi dengan senyuman yang sama. Sebelah tangannya naik menunjuk-nunjuk ke arah pipi kanannya. Minta dikucup. Barulah dia akan melepaskan aku pergi daripada bilik ini. Muka terus bertukar rona merah. Aish! Yang bukan-bukan sahaja yang diminta. Tapi tak mengapalah, suami sendiri. Lantas, Nayra terus menghadiah satu kucupan ringkas disitu sebagai tanda perjanjian diantara mereka berdua.

Brayan tersenyum puas. Kedua-dua belah tangannya akhirnya terlerai juga.

"Aku pegang janji kau. Tapi kalau kau tak datang ke sini semula, tahulah apa aku nak buat nanti." Ugutnya dalam nada bergurau.

Tangan Nayra spontan bertindak menampar dada bidang lelaki itu. Tengok muka sahaja dia sudah tahu apa yang bermain difikiran Brayan.  Gatal! Tatkala suaminya hanya melepaskan tawa. Suka benar dia menyakat aku!

"Malas saya nak layan awak!" ejek Nayra. Buat-buat mendengus geram sebelum bangkit dari duduk diatas paha lelaki itu lalu terus beredar keluar. Pintu bilik kerja ditutup rapat. Namun dia masih dapat menangkap gelak tawa halus Brayan dari dalam.










     

                 

                     USAI membersihkan barangan dapur yang digunakan tadi. Nayra terus bergerak naik ke tingkat atas. Seperti perjanjian mereka tadi, dia harus menemani Brayan sehingga lelaki itu habis menyiapkan kerja. Selesai. Mereka pun bergerak ke tingkat tiga untuk melakukan kerja pembersihan di sana pula.

Kepala Brayan menggeleng tatkala melihat habuk yang melekat dilantai. Kedua belah tangan mencekak pinggang. Memang benar. Dia sudah lama tidak jejakkan kaki ke tingkat ini. Tak sangka pula sampai begini sekali teruknya. Dah macam rumah tak berpenghuni pun ada!

"Banyaknya habuk. Aku rasa aku kena upah pembantu rumah lagi seorang untuk buat semua ni." Komen Brayan. Ada kala dia duduk mencangkung di atas lantai. Mencelek sedikit habuk yang berada di lantai dengan hujung jari. Bila diangkat. Jelas kesan hitam melekat disitu.

"Itulah awak. Beli rumah besar sangat. Nak bersihkan pun kadang-kadang tak larat." Sampuk Nayra.

"Rumah besar untuk kesenangan kita juga. Tak perlu susah payah nak fikir beli rumah lagi bila kita dah ada anak banyak-banyak nanti. Aku dah fikir semua tu sebelum kita kahwin lagi tahu?" Katanya begitu selamba.

Aku terdiam sekelip mata. Amboi! Bukan main awal lagi dia fikir semua itu? Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan. Tapi si Brayan ini belum sempat tengok cuaca hujan dia dah bina tempat berteduh siap-siap.

"Hmm... betullah. Aku kena upah satu lagi pekerja dekat sini. Takkan aku nak harapkan Madam sahaja nak buat semua ni kan?" Ujar Brayan. Dia kembali berdiri tegak. Sesekali tangannya menepuk-nepuk membuang sisa habuk yang melekat disitu. Dia menoleh memandangku ditepi meminta pendapat.

Aku hanya mampu berdecik kecil mendengarnya. Nak upah pembantu rumah? Silap-silap boleh pitam orang itu membersihkan rumah sebesar ini.

"Ada lagi ke orang yang boleh bersihkan rumah seluas ini?"

Brayan menjongket bahu. Kening turut sama bergerak. Dia memeluk tubuh.

"Well... kalau gajinya lumayan orang selalunya tak kesah. Macam aku heret kau datang ke sini dulu. Upah kau dalam sepuluh ribu ringgit terus kau datang bekerja di sini. So easy." Ujar Brayan. Siap mengungkit lagi kisah dahulu sewaktu aku jejakkan kaki ke sini. Ya. Aku mengaku. Memang salah satu niat aku menerima kerja sebagai pembantu rumah disini adalah sebab gaji yang ditawarkan sangat lumayan.

Habis? Dia nak kata aku golddigger ke macam mana? Mata terus mengecil. Merenungnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Oh, awak nak cakap saya mata duitanlah sekarang ni huh?"

"No! I don't mean like that..." Dia pantas menarik kedua-dua belah bahuku pusing menghadapnya. Nak pujuklah tu! Aku palingkan muka ke lain. Kononnya terasa dengan kata-katanya. Padahal aku tahu, dia tak pernah bermaksud pun hendak berkata begitu.

"You're not golddigger, my sweetheart. But I am the richest because of you." Katanya. Wah! Pujukan orang berduit memang lain macam ya? Aku pula yang terasa kerdil di sini. Bahkan bibir tetap menguntum senyuman. Aku kembali berpaling menatap wajahnya yang turut mempamerkan riak yang sama.

"Tapi kenapa awak umpan saya guna duit? Kenapa tak guna cara lain? Macam... pikat saya dan sebagainya?" Soalku. Masih lagi curiga. Dia tergelak kecil. Kini tangannya turun menggenggam kedua-dua belah tanganku pula. Kepala menunduk melihat jarinya yang sedang mengusap belakang tanganku.

"Sebab aku tak tahu macam mana nak mulakan? Kau tahulah... aku tak reti nak berjiwang macam lelaki diluar sana buat? Jadi aku pun atur rancangan untuk bawa kau sendiri ke sini. Untuk kau kenal dengan aku sendiri. Supaya aku dah tak perlu terangkan lagi siapa Brayan. Cukup kau tengok vibes rumah ini sahaja, you will know who's Brayan Alpha Herman. He's your childhood crush."

"Ada-ada ajelah awak ni!" Mukaku sekali lagi membahang malu. Terus tangan menumbuk lengannya dengan manja. Sudahlah! Aku tak boleh lama-lama mendengar luahan manis yang keluarkan daripada mulutnya. Nanti kerja pembersihan langsung tak berjalan seperti yang dirancang.

"Cukuplah. Jom kita bersihkan tingkat ni. Awak sendiri yang nak tolong sayakan?" Laju aku menukar topik perbualan. Tangannya yang menggenggam tanganku dilepaskan perlahan. Kemudian, dia bergerak mencapai Vacum ditepi lalu diserahkan kepadanya.

"Nah! Awak tolong Vacum lantai kat luar.  Saya nak masuk bilik yang ada dekat tingkat ni nak kutip mana-mana cadar yang ada untuk basuh." Arahku. Namun Brayan langsung tidak mencapai alat yang aku serahkan kepadanya. Dia sedang merenung aku dengan satu pandangan yang seolah-olah tidak setuju dengan arahanku tadi.

Kening mula berkerut. "Kenapa?"

"Macam kerja kau lagi berat daripada kerja aku. Apa kata kita tukar? Kau Vacum, aku kutip cadar." Dia mengubah rancanganku.

Kali ini aku pula yang menggeleng tidak setuju.

"Tadi saya dah turutkan permintaan awak. Jadi kali ini awak pula yang kena ikut arahan saya. Lepas dah vacum, mop pula. Sama-sama beratkan?"

"Fine." Dia mengalah. Akhirnya alat Vacum ditanganku dicapai juga. Aku tersenyum menang. Bukan senang nak tengok Brayan mengalah ni!

"Jadi mana kunci untuk setiap bilik ni?" Soalku. Sebelah tangan dihulur meminta kunci bilik daripada Brayan. Dia menyeluk tangan je belakang seluar mengeluarkan segugus kunci yang bertanda untuk setiap bilik. Senang aku nak cam satu-satu. Lantas aku pun mengambilnya.

"Hati-hati kemas bilik-bilik tu. Kalau nak tukar langsir sekalipun panggil aku yang buat. Jangan pandai-pandai panjat kerusi. Entah-entah kerusi dalam tu pun dah tak kuat."pesan Brayan. Tegas tetapi lembut. Aku hanya angguk kepala tanda menerima arahan.



















DAH! JANGAN RACUN GUE DENGAN KOMEN MANIS ANDA SEMUA YA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro