Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Adik! Bangun! Dah lewat nak pergi sekolah!," jerit Ariq kuat dari luar pintu bilik anak sulungnya, Aaden Ferdy Louise.

Aaden membuka pintu bilik sebelum dia memandang ke arah Ariq yang sedang menari-nari di depan pintu biliknya. Apa kau ni seman? Dah tua-tua pun tak reti fikir mampus ke?

"Eh? Dah siap? Laju betul kau bersiap," kata Ariq sambil memandang ke arah Aaden dari atas hingga ke bawah. Anak lelakinya itu sudah segak memakai uniform sekolah dengan kot sekolah yang disangkut pada bahu.

"Can you stop call me 'adik'? Fer dah besarlah. I'm a big brother," kata Aaden yang membahasa dirinya 'Fer', singkatan dari namanya Ferdy. Jejaka kacak itu sudah berumur 18 tahun dan bakal menamatkan sekolah tinggi pada tahun ini.

"Adik? Who's adik? You are my baby boy!," jerit Erika yang baru muncul di depan pintu bilik Aaden. Dia memeluk Aaden dengan erat sebelum mengucup pipi anak lelakinya berkali-kali.

Aaden hanya mendiamkan diri tanpa sebarang pergerakan. Hanya akur diperlakukan sebegitu. Kadang-kala dia digelar 'abang'. Tetapi kadang-kala dia digelar 'adik' oleh ibu bapanya.

"Hey! Stop it! I'm your favorite girl!," jerit Alara sambil melangkah ke arah Ariq dan Erika.

"Alooo... My baby girl dah siap nak pergi sekolah ya? Alololo," kata Erika sebelum dia mengucup pipi Alara Fairy Louise beberapa kali.

"Hihihi," Alara tersenyum sebelum dia memeluk ibunya.

Aaden dan Ariq hanya memerhati sebelum Aaden terus melangkah mahu turun ke tingkat bawah. Adiknya satu itu memang manja daripada kecil lagi. Menyampah tengok.

Mereka bertiga turut mengekor langkah Aaden sebelum masing-masing mengambil tempat di meja makan.

"It's your first day. Jaga adik elok-elok," kata Ariq kepada Aaden.

"Fer tahulah nak jaga budak ni," kata Aaden sebelum memandang ke arah adiknya, Alara.

"Lara taknak pergi sekolah mama," kata Alara manja. Mukanya dibuat-buat sedih.

"Apa kau ni? Kalau kau tak pergi sekolah, macam mana nak kaya macam mama papa? Kau ingat duit boleh bergolek datang dari lubang kubur ke?," kata Ariq tegas.

"Alah... Mama papa bagi jelah duit banyak-banyak kat Lara, barulah Lara kaya macam mama papa!," kata Alara dengan senyuman lebar.

Aaden hanya mendiamkan diri. Dia sibuk menjamah roti bersama jem strawberi yang disediakan oleh Erika.

"Senang hidup kau? Kau tahu tak papa kerja penat-penat, cari duit banyak-banyak, sebab nak senangkan anak-anak papa? Sampai berpeluh-peluh papa sebab penat cari duit," kata Ariq mendatar. Over.

"Papa penat ke?," tanya Alara manja.

"Penatlah gila. Apa kau ingat papa goyang kaki terus dapat duit ke?," kata Ariq lagi.

"Kesian papa. Takpa! Lepasni Lara belajar elok-elok, kerja bagus-bagus, pastu Lara nak belikan papa rumah besar!," kata Alara bersemangat sekali. Hah.

"Baguslah tu," kata Ariq sebelum menjamah sekeping roti. Rumah besar kepala hotak dia. Aku dah ada berpuluh rumah besar cibai. Simpan jelah rumah besar kau tu.

Aaden hanya memandang Ariq tanpa kata. Kerja penat? Bullshit. Papa ingat Fer tak tahu ke yang papa adalah manusia paling pemalas antara kawan-kawan papa. Semua kerja papa Uncle Hay yang buatkan.

"Lara nak jadi apa bila besar nanti?," tanya Erika lembut.

"Lara nak jadi angkasawan! Nak pergi Pluto dengan Bunny!," kata Alara sambil mengeluarkan anak patung arnab miliknya dari dalam beg sekolah.

Aaden, Ariq dan Erika hanya memandang ke arah Alara tanpa kata. Tahniah, sampai mampus pun kau takkan dapat capai cita-cita kau.

Dingdong... Dingdong...

Loceng rumah mereka ditekan dari luar.

"Diorang dah sampai tu," kata Erika sambil melangkah ke pintu rumah. Pintu rumahnya dibuka dari dalam sebelum menayang senyuman lebar ke arah generasi Sr US Mafia.

"Good morning aunty. Din mana?," kata Silver Daren Riverra ramah.

Cayden, Callisto, Silver dan Javier berdiri di depan pintu rumah Ariq dengan masing-masing lengkap memakai uniform sekolah.

"Sekali lagi kau panggil aku Din, aku cincai kau sampai lumat," kata Aaden sambil menyarung kot sekolahnya dan melangkah ke arah pintu rumah.

"Rileklah Din. Yang kau nak bad mood pagi-pagi ni kenapa? Happy lah sikit. First day school lah katakan," kata Cayden dengan senyuman nakal yang ditayang.

Aaden tidak menjawab malah terus melangkah keluar dari pintu rumah.

"Fer pergi dulu," kata Aaden kepada Erika.

"Hati-hati. Jaga adik elok-elok," kata Erika lembut.

"Lara! Jom!," jerit Aaden sebelum dia terus melangkah meninggalkan yang lain.

"Abang! Tunggu!," jerit Alara kuat.

Mereka berenam melangkah keluar dari lif kondominium mewah itu sebelum masing-masing terus ke lobi.

Kondominium mewah yang bernama Lavish Mansion itu dibina oleh keluarga US Mafia beberapa tahun lepas setelah keluarga jutawan itu bersetuju untuk tinggal di dalam satu bangunan tetapi rumah yang berasingan bagi memudahkan kerja mereka sebagai satu keluarga. Lavish Mansion tergolong dalam kondominium paling mahal dan mewah di Malaysia dengan bangunan yang mempunyai 75 tingkat dan 250 unit rumah di dalam satu bangunan, serta terdapat hanya 3 hingga 4 unit pada setiap tingkat. Unit paling murah telah dijual pada harga RM9.5 juta manakala unit yang paling mahal merupakan penthouse 2 tingkat dengan harga bermula dari RM80 juta.

Kondominium mewah itu lengkap serba-serbi dengan cafe, gym, restoran, kolam renang, gelanggang tennis, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, taman permainan, bilik muzik, perpustakaan, tempat letak kenderaan, dan pelbagai lagi.

Alara hanya memegang lengan abangnya sambil mereka melangkah keluar dari pintu utama kondominium mewah milik keluarga mereka. Sebuah limousine hitam sedang elok menunggu mereka di hadapan kondominium itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam limousine sebelum kereta panjang itu memulakan perjalanannya menuju ke sekolah.

Avia Reana berlari-lari anak dengan tangan yang memegang tiga buah buku miliknya. Dia sudah terlambat untuk ke sekolah memandangkan bilik yang disewa oleh dia dan bapanya terletak agak jauh dari sekolah.

"Dah lambat! Aduh...," kata Avia sambil berlari. Matanya sudah menangkap pintu gerbang sekolah yang tertulis Louise Will. Riverra International School. Sekolah antarabangsa yang menempatkan ribuan pelajar dengan bangsa yang pelbagai itu merupakan sekolah antarabangsa milik haa. Tak payah cakap pun dah tahu.

Tanpa menoleh kanan dan kiri, Avia terus melintas jalan untuk ke sekolah sebelum dia hampir dilanggar oleh jentera putera katak.

Pinnnn!!!!

Kedengaran bunyi hon kereta yang panjang sebelum kereta itu sempat mengelak dari melanggar Avia.

"Arghh!," Avia menjerit sebelum dia terjatuh di tengah jalan. Bukunya berteraburan di atas tar.

"Buta ke?! Tak nampak ke orang tengah lintas jalan!," bisik Avia sendiri. Dia memegang lututnya yang sudah mulai berdarah halus. Aduh pedihnya...

"Hoi! Kau buta ke?!," jerit satu suara perempuan dari arah belakang Avia.

Avia menoleh ke belakang sebelum dia memandang ke arah seorang gadis kacukan yang sangat cantik. Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Pelajar baru ke?

"Kenapa ni?," tanya satu suara garau yang baru turun dari kereta. Matanya terus memandang ke arah Avia yang sedang terduduk di atas tar.

Avia menoleh ke arah lelaki kacak yang baru turun dari kereta. Hensemnya! Siapa diorang ni?

Aaden juga melangkah turun dari kereta selepas beberapa minit dia hanya kaku di dalam kereta. Dengan perlahan dia melangkah ke arah Alara dan Silver yang sedang berdiri di hadapan kereta.

Avia terus terpandang seorang lagi jejaka kacak. Ya Allah! Hensem betul yang ini! Bidadara syurga ke ni?!

"Kau buat apa lagi kat situ?! Berambuslah! Tak nampak ke kereta kitorang nak lalu?!," jerit Alara kuat.

"Hah?," tanya Avia yang baru sedar dari mengelamun. Dia cepat-cepat mencapai buku-bukunya sebelum dia terus berdiri dan menunduk sebagai tanda maaf.

"Maaf... Maafkan saya...," kata Avia lembut sambil menunduk.

"Maaf? Kau ingat kau siapa? Kau tahu tak siapa bapak kitorang?!," kata Alara kuat.

"Maaf... Saya tak kenal siapa bapak awak... Saya cuma nak minta maaf sebab lintas jalan tak tengok kanan kiri," kata Avia sambil menunduk.

"Lain kali ada mata tu guna! Jangan jadi bodoh!," kata Alara sambil melangkah mendekati Avia. Walaupun jarak umur mereka beza beberapa tahun, tetapi Alara dan Avia mempunyai ketinggian yang sama.

"Maafkan saya, tapi saya kena pergi dulu. Saya takut terlambat nak masuk kelas," kata Avia penuh adab.

Aaden dan Silver hanya memerhati dengan kedua belah tangan yang terletak elok di dalam kocek seluar.

"Kau nak lari dari salah ke? Kau ingat alasan kau tu aku boleh terima ke?," kata Alara sinis. Dia menolak kepala Avia dengan agak kuat sehingga Avia tertolak sedikit.

"Pahal ni?," tanya Cayden yang baru melangkah keluar dari kereta. Callisto dan Javier juga turut melangkah keluar dari kereta setelah beberapa minit hanya menunggu di dalam kereta. Mereka terus memandang ke arah gadis berambut hitam yang berada di hadapan Alara.

Avia menoleh ke arah Callisto, Cayden dan Javier sebelum dia menunduk lagi. Kenapa semua hensem-hensem ni? Diorang ni datang dari mana? Syurga ke?

Callisto hanya memerhati Avia dari atas hingga ke bawah. Salah, kami datang dari neraka.

"Enough Lara," kata Aaden kepada adik perempuannya. Alara yang mendengar arahan dari abangnya itu terus menjeling ke arah Avia.

"Are you okay? I can see you're bleeding," kata Silver mendatar. Dia memandang ke arah lutut putih Avia yang sudah calar dan berbekas merah itu.

"No, it's fine. Luka sikit je ni," kata Avia lembut. Dia yakin lelaki itu mampu berbahasa Melayu memandangkan gadis cantik yang kurang ajar di hadapannya itu mampu berbahasa Melayu.

"Dahlah. Jom," kata Aaden kepada yang lain. Tanpa menghiraukan keadaan Avia, dia terus melangkah masuk ke dalam kereta sebelum yang lain hanya mengekor kecuali Silver.

"Kami budak baru kat sini. Baru balik dari States. Hati-hati jalan tu. Jumpa lagi!," kata Silver ramah sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam kereta.

Avia yang mendengar itu hanya tersenyum malu. Budak baru? Wah... Hensemnya budak-budak baru...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro