Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     "Hi!," sapa Avia yang baru masuk ke dalam bilik rehat sekolahnya. Bilik rehat itu adalah tempat utama pelajar sekolah itu untuk berehat dan melepak. Mungkin kerana ada pelbagai kemudahan yang berada di bilik itu seperti televisyen, komputer, mini bar, dan sebagainya lagi.

     Alpha menoleh ke arah Avia yang sudah berdiri di sebelahnya.

     "Sorang jeke? Mana yang lain?," tanya Avia sambil mengambil tempat di sebelah Alpha. Komputer yang berada di hadapannya terus dihidupkan untuk bermain game.

     "Hm," jawab Alpha perlahan. Dia hanya memerhati Avia yang sedang membelek komputer yang berada di meja hadapannya itu.

     "Awak tengah study ke?," tanya Avia sambil menoleh ke arah komputer riba yang berada di atas meja hadapan Alpha.

     "Hm," jawab Alpha lagi.

     "Thanks tau pasal semalam. Saya tak tahu kenapa Ferdy marah sangat dekat saya sampai macam tu sekali," kata Avia lembut.

     "Saya tak tahu saya buat salah apa dekat dia," sambung Avia lagi. Jarinya sibuk bermain permainan komputer tanpa menoleh ke arah Alpha.

Alpha yang mendengar itu hanya memerhati tangan gadis itu yang sedang menekan-nekan papan kekunci.

     "Ferdy tu memang macam tu ke? Ke dengan saya je dia macam tu?," tanya Avia perlahan. Mata masih ditumpukan ke arah skrin komputer.

Alpha tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri.

     "Ala! Kalah lagi!," kata Avia kuat dengan dahi yang berkerut.

Alpha terus menoleh ke arah skrin komputer Avia.

     "Kalini kalau saya kalah lagi, saya dah taknak main game ni lagi!," kata Avia sebelum menyambung permainannya.

     "Tolonglah jangan kalah... Tolonglah... Nak menang!," kata Avia bersungguh.

Alpha masih lagi memerhati tanpa kata.

     "Agak-agak kalau Ferdy tu ada girlfriend ke?," tanya Avia tiba-tiba.

Alpha yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia yang sedang fokus dengan permainan komputernya.

     "Alah! Kalah lagi! Saya memang takda bakat la!," kata Avia sebelum dia kebelakangkan kerusinya untuk menjarakkan dirinya dari meja komputer itu.

     "Meh sini," kata Alpha sebelum dia mendekatkan kerusinya ke arah meja komputer di hadapan Avia.

Avia hanya terdiam selepas Alpha mendekatkan dirinya dengan meja yang berada tidak jauh darinya. Jarak antara diorang kini hanya beberapa inci.

Alpha menekan-nekan papan kekunci sebelum skrin komputer menjadi hitam dan penuh dengan tulisan hijau dalam bahasa yang tidak difahami.

     "Awak buat apa?," tanya Avia perlahan. Dengan jarak mereka yang hanya beberapa inci, dia dapat menghidu bau lelaki itu. Sangat wangi. Sesiapa sahaja yang terhidu bau lelaki itu pasti akan tergoda.

Avia hanya mengerutkan dahi melihat skrin komputer dengan bahasa yang tidak difahami. Apa dia buat?

     "Nah. Cuba main," kata Alpha sebelum dia menjarakkan dirinya dengan Avia. Skrin komputer bertukar menjadi sediakala semula.

     "Err... Awak buat apa?," tanya Avia keliru.

Alpha menunjukkan isyarat tangan ke arah komputer di hadapan Avia supaya Avia teruskan bermain permainan komputer itu.

     "Okay," kata Avia sepatah. Dia kemudian terus bermain permainan komputer dengan bersungguhnya.

Alpha pula hanya memerhati gadis itu. Untung jadi normal, hidup hanya bermain game tanpa perlu belajar sistem apa-apa.

     "Yeay! Saya menang! Saya menang! Awak nampak tak tadi tu?! Saya menang!," jerit Avia kuat sehingga semua yang berada di bilik itu menoleh ke arahnya. Nampaknya lelaki itu telah menggodam permainan komputer itu.

Alpha hanya tersenyum nipis sebelum dia bangun dari duduknya untuk melangkah pergi dari situ.

Avia terus memandang ke arah Alpha sebelum dia mengerutkan keningnya. Apa yang dia buat? Aku taj pernah menang game ni, tapi macam mana.... Macam mana dia boleh buat aku menang?

Alpha mencapai komputer riba miliknya sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

Dengan sepantas kilat Avia menutup komputer yang berada di hadapannya sebelum dia berlari mengekori Alpha.

     "Cayden, balik karang jom kita...," kata-kata Avia terhenti di situ selepas menyedari empat orang jejaka yang sedang berdiri di hadapan Alpha.

Aaden, Callisto, Javier dan Silver terus menoleh ke arah Avia yang berada di belakang Alpha.

     "Hi Via," sapa Silver dengan senyuman lebar.

Aaden hanya mendiamkan diri sebelum dia terus melangkah pergi dari situ.

     Aaden, Callisto, Javier dan Silver berjalan seiringan untuk ke kereta mereka yang berada di hadapan bangunan utama sekolah.

Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi bewarna putih berhenti betul-betul di hadapan mereka.

Aaden, Callisto, Javier dan Silver hanya mengerutkan dahi mereka. Siapa pulak ni? Selamba je berhenti kat sini macam nak langgar kitorang.

     "Callisto!," jerit seorang perempuan yang baru melangkah turun dari kereta.

Callisto memandang ke arah gadis itu sebelum dia tersenyum ikhlas. Alah first time dia senyum dengan ikhlas.

     "Hi kak. Akak takda kelas ke harini?," tanya Javier yang menyedari gadis itu merupakan kakak kepada Callisto, Ferris Louise.

     "Akak saja datang nak tengok adik akak ni! Dah lama tak jumpa! Call sihat?," tanya Ferris sambil menarik Callisto ke dalam dakapannya. Walaupun dia lebih tua berbanding Callisto, tetapi Callisto berkali ganda lebih tinggi berbanding kakaknya itu.

     "Gorgeousnya hakak kita sorang ni! Rawr!," kata Silver dengan mata yang elok memandang ke arah Ferris. Gadis itu elok bertudung dengan pakaian yang longgar. Sangat ayu. Langsung tidak menampakkan dia adalah anak kepada mafia.

     "Sorry sebab tak datang jumpa korang. Akak ada exam baru-baru ni. Harini baru free nak datang sini," kata Ferris ramah.

Aaden hanya memandang ke arah gadis itu tanpa kata. Cantik gadis itu seperti ibunya. Hanya warna mata sahaja yang jauh berbeza.

     "Akak rembat kereta siapa ni?," tanya Silver sambil menunjuk ke arah Myvi putih milik Ferris.

     "Oi! Kereta akaklah! Akak beli guna duit sendiri tau!," kata Ferris sangat merendah diri. Dia langsung tidak pernah memberitahu kawan-kawan di tempat belajarnya bahawa dia adalah anak seorang jutawan malah mafia.

     "Seriuslah kak? Uncle Froy tak bagi akak duit belanja ke selamani?," tanya Javier pula.

     "Ada je. Uncle Froy belikan akak kereta mahal sangat. Akak tak suka bawa kereta mahal-mahal. Nanti orang kata apa pula, kan?," kata Ferris lembut.

     "Habistu akak letak mana kereta yang uncle Froy bagi kat akak?," tanya Silver ramah.

     "Ada kat rumah sewa. Takda siapa tahu akak ada Porsche. Akak duduk kat rumah sewa pun sorang-sorang sebab takut kawan-kawan semua perasan yang akak ni anak jutawan," kata Ferris dengan lemah-lembutnya.

     "Apa nama kereta ni? Ni brand apa kak?," tanya Javier sambil menunjuk ke arah Myvi putih milik Ferris.

     "Korang tak tahu ke ni siapa?! Ini King tau! Myvi king!," jawab Ferris sambil tangan kanannya mengusap-usap jentera kesayangannya itu.

     "Apa Vi?," tanya Javier sekali lagi.

     "Tengok tu Din. Orang pakai Myvi je kat sini tau. Kau sibuk bawak Porsche kau tu," perli Silver sambil memandang ke arah Porsche milik Aaden yang terparkir tidak jauh dari situ.

Aaden menoleh ke arah Silver sebelum dia menoleh ke arah Porsche Cayenne Turbo miliknya.

     "Ha nanti aku tukar kereta sorong. Dengan syarat kau kena pergi sekolah jalan kaki. Deal?," kata Aaden kepada Silver. Sedap cakap orang, kau tu datang sekolah naik Limousine lagi tak sedar diri.

     "Taknak. Kalau kau nak tukar kereta sorong, aku nak naik dengan kau. Kau tolak, aku duduk dalam. Deal?," kata Silver dengan senyuman lebar.

     "Hahahahah. Apa bendalah korang ni. Jomlah balik! Naik dengan akak nak?," pelawa Ferris ramah.

Mereka semua terus mengerutkan dahi sambil memandang ke arah Myvi putih milik Ferris.

     "Naik ni?," tanya Javier sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arah kereta putih yang berada di hadapannya.

     "Iyalah! Amboi! Jijik sangat ke? Itulah korang ni, dimanjakan sangat dengan duit. Tak pernah rasa susah sikit pun. Patutlah perangai masing-masing mashaAllah," kata Ferris panjang.

     "Takpalah kak. Driver kitorang dah tunggu tu," kata Silver pula.

     "Driver korang tak jemput korang harini. Akak yang suruh dia takyah datang huhuhu," kata Ferris dengan kening yang diangkat beberapa kali.

     "Oooooo. Kereta kau kosong kan Din?," tanya Silver sambil memandang ke arah Aaden.

     "Penuh," jawab Aaden sambil melangkah ke arah Porsche miliknya.

     "Tunggulah!," jerit Silver dan Javier serentak. Kaki terus berlari ke arah kereta Aaden.

     "Hi Alpha!," sapa Ferris tiba-tiba.

Alpha yang baru melangkah keluar dari bangunan sekolah itu hanya menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat sebelum dia melangkah ke arah Bugatti Chiron yang terparkir elok di sebelah Porsche Cayenne Turbo milik Aaden.

Aaden, Silver dan Javier hanya memerhati Alpha yang melangkah masuk ke dalam keretanya.

     "Waaaa... Coolnya dia... Aku nak balik dengan dialah!," kata Javier tiba-tiba sebelum dia terus melangkah ke arah kereta Alpha yang berada di sebelah kereta Aaden.

     "Apa benda budak bodoh ni?," tanya Silver sambil memandang ke arah Javier.

Alpha yang menyedari Javier sedang berdiri di depan keretanya terus mengerutkan dahi. Kaki terus melangkah keluar dari kereta.

Alpha kemudian mengangkat keningnya ke arah Javier seperti memberi isyarat 'apa?.'

     "Nak tumpang oley?," tanya Javier dengan muka yang gedik.

     "Sejak bila Alpha balik sini?," tanya Ferris pada adik lelakinya. Matanya masih memandang ke arah Bugatti Alpha.

"Baru je," jawab Callisto mendatar. Matanya turut memandang ke arah Alpha yang sudah sedang memandang ke atah Javier.

"Hm," kata Alpha dingin. Dia terus melangkah masuk semula ke dalam keretanya.

"Yeay! Naik dengan crush!," kata Javier sebelum dia melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Gila dia ni," kata Silver yang sudah berada di tempat duduk penumpag sebelah Aaden.

Aaden pula hanya memerhati tanpa kata.

"Budak Alpha ni ada lesen ke?," tanya Ferris kepada adiknya.

"Takda," jawab Callisto sepatah.

"Callisto!," panggil Avia tidak jauh dari mereka.

Callisto dan Ferris terus menoleh ke arah Avia yang sedang berlari-lari anak ke arah kereta Ferris.

"Err... Hi. Girlfriend Callisto ke?," tanya Avia sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ferris.

"Hi! Eh takdalah. Saya kakak dia. Awak ni girlfriend Call ke?," tanya Ferris sambil menyambut huluran tangan Avia.

"Eh tak! Saya Avia, classmate Silver," kata Avia ramah.

"Ohh. Saya Ferris. Nice to meet you!," kata Ferris lembut.

"Nice to meet you too. Saya cuma nak tanya, ada nampak Cayden tak?," tanya Avia dengan perlahan.

"Tu," kata Ferris sambil menunjuk ke arah Bugatti hitam yang sudah memulakan pemanduan untuk keluar dari kawasan sekolah.

"Alah awak terlambat sikit je. Dia baru je balik," kata Ferris lembut.

"Oh. Takpalah kalau macamtu. Terima kasih," kata Avia sebelum dia menunduk dan beredar dari situ.

Callisto hanya mendiamkan diri sebelum dia melangkah masuk ke dalam Myvi putih milik kakaknya.

"Balik rumah ke?," tanya Callisto kepada Ferris yang baru masuk ke dalam perut kereta.

"Iyalah. Akak nak jumpa mummy dengan daddy," jawab Ferris sebelum memulakan pemanduannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro