Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa tahun yang lalu...

Alpha melangkah masuk ke dapur rumah keluarga Avrin sebelum dia menoleh ke arah Alara yang berada di sinki dapur. Gadis itu menjengketkan kakinya sebelum terlompat-lompat seperti ingin mencapai kepala paip. Mungkin untuk membasuh tangannya.

Alpha mendekati Alara sebelum dia terus mendukung gadis itu supaya tangannya dapat mencapai kepala paip.

"Alpha," kata Alara dengan senyuman lebar. Dia terus membasuh tangannya sebelum merenjiskan air ke wajah Alpha.

Alpha hanya menutup matanya sebelum dia meletakkan Alara di atas lantai dengan perlahan.

"Hehe," kata Alara yang suka bermain dengan air itu.

"Don't do that. You'll get wet," kata Alpha mendatar.

"Can we play?," tanya Alara dengan bahasa pelatnya.

"Let's go outside," kata Alpha sambil menarik tangan Alara untuk keluar dari dapur.

"Hi Alpha," sapa Nur yang baru masuk ke dapur. Dia terus menunduk di tepi Alpha dan Alara.

"Siapa yang pilih nama awak ni masa awak kecik ya? Awak tak rasa ke nama awak tu pelik?," tanya Nur mendatar.

Alpha yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Langsung tidak memberi sebarang reaksi.

"Awak tahu tak bapak awak tu pembunuh?," tanya Nur tiba-tiba sambil mendekati Alpha dan Alara sebelum menunduk. Dia terpaksa menunduk dek kerana bercakap dengan budak yang baru berumur 6 tahun.

Alpha terus menarik Alara supaya berdiri di belakangnya. Naluri protector dalam dirinya sangat kuat untuk menjaga ahli keluarga itu walaupun mereka tidak tinggal sebumbung.

"Awak kenal siapa saya?," tanya Nur sambil tersenyum di sebalik niqabnya.

"Sorry, we have to go," kata Alpha sebelum menarik tangan Alara supaya mengekorinya.

"Saya tahu awak akan jadi sangat kuat bila besar nanti. Awak akan jadi sangat berkuasa bila besar nanti. Sebabtu nama awak Alpha, kan? Dalam erti kata lain, awak akan jadi paling berkuasa antara ahli keluarga awak yang lain," kata Nur sambil dia memegang tangan Alpha supaya tidak beredar dari situ.

Alpha hanya terdiam tanpa kata.

"Awak tahu keluarga awak semuanya pembunuh?," tanya Nur sinis.

"It's none of your business," kata Alpha dingin. Apa makcik ni nak?

"Bukan urusan aku? Haha," kata Nur sebelum merentap tangan Alpha dengan kuat. Jejaka kecil itu jatuh terduduk di atas lantai. Suaranya yang lembut tadi berubah menjadi seperti syaitan.

"Alpha...," kata Alara sambil melangkah ke arah Alpha yang berada di atas lantai.

"Mungkin kau rasa benda ni takda kaitan dengan aku. Tapi hakikatnya, keluarga kau yang dah bunuh abang aku," kata Nur mendatar.

Alpha menoleh ke arah Nur tanpa suara.

"Tepi!," kata Nur sebelum dia menarik Alara supaya jauh daripada Alpha.

Dengan pantas Alpha berdiri dari duduknya sebelum dia terus menarik Alara ke dalam pelukannya.

"Don't touch her," kata Alpha dingin.

"Buat apa ni?," tanya satu suara dari arah pintu dapur.

Alpha, Alara dan Nur terus menoleh ke arah Ashron yang berada di pintu masuk dapur.

"Takda apa. Ashron buat apa kat sini?," tanya Nur sambil berdiri tegak seperti tiada apa-apa yang berlaku itu.

"Ash nak minum air," jawab Ashron sebelum dia terus melangkah untuk mengambil segelas air.

Alpha menarik Alara untuk keluar dari dapur sebelum Nur menghalang menggunakan tangannya. Ini sahaja peluang yang dia ada.

Dengan pantas Nur mencapai sebilah pisau sebelum dia menarik tangan Alara untuk memegang pisau itu sebelum dengan laju pisau dihala ke arah Alpha. Sengaja dia menarik tangan Alara supaya menyentuh pisau itu untuk meninggalkan cap jari.

Dengan sepantas kilat Alpha mengelak dari tikaman Nur sebelum dia memusingkan badannya.

     Ssup!

     "Arghhhhh...," Ashron mengerang kesakitan sebelum dia terus terbaring di atas lantai.

Nur mengundur ke belakang beberapa langkah sebelum dia takut sendiri. Apa aku dah buat?

Alpha menoleh ke arah Ashron yang sudah terbaring. Disebabkan dia mengelak dari serangan makcik gila itu, tikaman itu terkena di tepi badan Ashron yang sedang mengambil segelas air.

Alara terus berdiri di hujung dapur sebelum menangis dengan perlahan.

Nur menoleh ke arah penjuru dapur, terdapat dua CCTV yang berada di dapur. Dengan pantas Nur mencuci tangannya yang terkena darah sebelum dia berlari keluar dari dapur.

Alpha melangkah ke arah Ashron sebelum dia terus menarik pisau itu keluar dari perut Ashron. Tangan kirinya pula cuba untuk menutup luka Ashron supaya darah berhenti dari mengalir.

Nur berlari menuju ke bilik kawalan rumah mewah itu sebelum dengan pantas dia membuka pintu bilik yang menempatkan semua rakaman CCTV di rumah itu. Walaupun dia masih dalam pantang, tetapi dia kuatkan dirinya juga untuk berlari sepantas yang dia mampu.

Nur melangkah masuk ke dalam bilik kawalan CCTV sebelum dia terus menekan-nekan papan kekunci dan mengawal tetikus. Aku mesti ambik rakaman tu!

Setelah dua minit dia cuba untuk mencari rakaman kejadian di dapur beberapa minit lepas, dia gagal. Rakaman itu telah tiada. Ianya seperti telah diambil oleh seseorang terlebih dahulu.

Nur sudah berpeluh-peluh. Tangannya menggigil ketakutan. Macam mana rakaman tu boleh takda?! Siapa yang ambik?! Tak mungkin! Tak mungkin!

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar sebelum Nur menoleh ke arah pintu.

     "Hi," tegur Rayden sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik kawalan. Levi yang berada di belakang Rayden turut melangkah masuk. Kedua-dua jejaka itu kelihatan sangat tenang malah kacak.

Nur menelan liurnya sebelum dia dengan pantas mahu melangkah keluar dari situ. Dua orang jejaka itu sentiasa nampak menakutkan walau dimana mereka berada.

     "Are you looking for this?," tanya Rayden tanpa menoleh ke arah Nur yang sudah melangkah ke arah pintu. Pendrive kecil bewarna hitam diangkat paras bahu.

Nur menoleh ke arah Rayden sebelum dia memandang ke arah pendrive hitam yang dipegang oleh Rayden. Lelaki ni... Lelaki ni ke yang dah ambik rakaman tu... Tak mungkin... Tak mungkin...

Levi mengambil tempat di kerusi di dalam bilik itu sebelum dia hanya memandang ke arah Nur.

     "Kau rasa kau dah cukup pantas. But you can't beat us," kata Rayden sebelum mengukir senyum sinis.

     "Apa... Apa maksud awak?," tanya Nur yang cuba untuk berpura-pura tidak tahu apa-apa.

"So kita nak settle macam mana ni? Kau nak aku beri masa berapa lama untuk kau get ready?," tanya Rayden dengan senyuman sinisnya.

Levi hanya memilih untuk mendiamkan diri. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek hoodienya.

Nur yang sudah ketakutan itu terus menoleh untuk melangkah keluar dari bilik itu.

"Atau kau nak aku tamatkan semuanya harini?," tanya Rayden sambil melangkah mendekati Nur.

"Selamanya...," kata Nur perlahan.

"Beri masa selamanya...," sambung Nur lagi.

"Arghhhhhhhh!," kedengaran jeritan dari arah dapur rumah itu. Jantung Nur berdegup dengan semakin pantas. Apa aku nak buat?!

"Okay. Aku takkan tamatkan benda ni selagi kau tak usik keluarga aku. Once kau sentuh keluarga aku, aku akan kembali," kata Rayden dingin.

"And I'll bring you to the hell with me," sambung Rayden sebelum dia menyentuh punggung Nur tanpa ada rasa takut. Senyuman sinis diukir khas buat Nur.

Nur terus menjauhkan dirinya daripada Rayden sebelum dia terus berlari keluar dari bilik itu. Gila lelaki ni.

"We'll wait until she starts the game," kata Levi sebelum Rayden menghulur pendrive hitam ke arah Levi. Pendrive itu bertukar tangan sebelum Levi menyimpan ke dalam kocek hoodienya.

"I love games," kata Rayden dengan senyuman sinis.

"Me too," kata satu suara dari arah pintu. Spencer elok mengintai dengan kepala yang terjulur di pintu. Senyuman lebar ditayang di bibir.

Levi dan Rayden hanya menghela nafas panjang. Budak pelik ni ada je kat mana-mana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro