Bab 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alpha duduk di kerusi meja kerjanya dengan tangan yang sibuk menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya. Dia tahu Fellen terseksa hidup di sini, tetapi jika mereka melarikan diri begitu sahaja, mereka tahu Rayden tidak akan teragak-agak untuk menyentuh ahli keluarga mereka yang tidak bersalah.

"Kau buat apa?" tanya Fellen yang baru melangkah masuk ke dalam bilik kerja Alpha. Alpha menoleh ke arah Fellen sebelum dia menoleh ke skrin komputer ribanya semula.

"Aku nak mintak tolong kau something, kau boleh tolong aku?" tanya Fellen sebelum dia bersandar pada meja kerja Alpha.

"Hm?" tanya Alpha yang masih fokus pada skrin komputer ribanya.

"Kau tahu uncle Ray layan aku macam mana, kan?" kata Fellen mendatar.

"Hmm," jawab Alpha tanpa membuka mulutnya.

"Aku terfikir, macam mana kalau one day aku...," kata-katanya terhenti sebelum dia menoleh ke arah pintu bilik yang sedang dibuka dari luar.

"Fellen," panggil Rayden mendatar. Mendengarkan panggilan itu, Alpha terus menoleh ke arah Rayden sebelum dia menoleh ke arah Fellen.

"He's drunk," kata Fellen yang sedang merenung ke arah Rayden dengan muka yang merah. Lelaki itu melangkah dengan terhuyung-hayang ke arah Fellen sebelum dia memeluk Fellen. Alpha pula hanya memerhati tanpa kata.

"Fancy isn't here. Come...," kata Rayden sambil mencium leher Fellen. Fellen hanya membiarkan dia diperlakukan sebegitu sebelum dia memegang tangan Alpha.

"You're drunk, Ray," kata Alpha sebelum dia bangun dari duduknya. Dia menolak Rayden supaya menjarakkan dirinya daripada Fellen. Fellen ditarik supaya berdiri di belakang badannya sebelum dia memegang lengan Rayden.

"Let's go to your room," kata Alpha sebelum dia terus memimpin Rayden keluar dari bilik itu.

Fellen hanya mendiamkan diri di tempatnya. Dia kemudian mengambil tempat di sofa bilik kerja Alpha.

Selepas beberapa minit, Alpha muncul semula dengan tangan yang memegang segelas air. Gelas itu dihulurkan ke arah Fellen sebelum ianya bertukar tangan.

"Thanks," kata Fellen sebelum dia meneguk air kosong itu. Alpha mengambil tempat di sebelah Fellen sebelum dia memegang tangan gadis berambut putih itu.

"Dah tak lama. Semua ni akan berakhir," kata Alpha mendatar. Fellen hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum dia bersandar pada bahu Alpha.

"Prepare yourself," kata Alpha lagi. Mata helangnya sudah besedia untuk berperang, walau perlu pertaruhkan nyawanya sendiri. It's time for the best against the best. Es hora de que los mejores contra los mejores.

Avia hanya tersengih di sebelah bapanya. Aaden telah bersetuju untuk berjumpa dengan bapa kepada gadis itu untuk mendapatkan jawapan kepada perkahwinan mereka.

"Jadi, abah rasa patut ke Via kahwin sebelum balik US? Abah tak rasa macam cepat sangat ke?" tanya Avia lembut.

"Apa yang cepat tu? Okaylah tu. Kamu kahwin jelah dengan Ferdy ni. Dia pun baik budaknya. Abah yakin dia boleh jaga kamu," kata Encik Harris dengan senyuman lebar.

     "Jadi abah setuju untuk kami kahwin dalam masa dua minggu ni?" tanya Avia dengan mata yang bulat.

     "Iya. Buatlah apa yang kamu nak buat asalkan itu adalah yang terbaik untuk kamu," kata Encik Harris masih tidak lekang dengan senyumannya.

     "Lagipun kamu tu dah besar Avia. Tak salah pun kalau kamu betul-betul dah bersedia untuk jadi seorang isteri," kata Encik Harris lagi.

     "Errr... Baiklah abah. Nanti apa-apa Via akan beritahu abah okay? Abah jaga diri tau," kata Avia lembut.

     "Avia," panggil satu suara garau sekali gus mengejutkan Avia ke dunia realiti. Dia teringat tentang perjumpaan dia, Aaaden dan bapanya pada pagi tadi. Begitu mudah bapanya bersetuju untuk dirinya mendirikan rumah tangga. Macam mana boleh senang sangat eh?

     "Apa yang kau fikirkan tu? Kau masih fikir pasal perkahwinan kita ke?" tanya Aaden yang berada di tempat duduk pemandu.

     "Errr... Bukan macam tu. Saya cuma pelik kenapa abah senang sangat bagi saya kahwin. Macam pelik pun ada," kata Avia perlahan. Aaden yang mendengar itu hanya menggelengkan kepalanya sedikit. Sudah tentulah itu kerja anak-anak buahnya.

     Dua hari yang lepas...

     "Assalamualaikum pakcik!" Silver memberi salam di hadapan rumah baru Encik Harris yang telah dibeli oleh Aaden.

     "Waalaikumsalam," Encik Harris menjawab salam sambil membuka pintu pagar rumah. Dia tersenyum melihat Cayden, Callisto, Javier dan Silver yang berada di depan rumah dengan kereta mewah mereka.

     "Abah apa khabar?" tanya Cayden sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan orang tua itu.

Callisto, Javier dan Silver hanya memerhati Cayden yang selamba memanggil orang tua itu dengan gelaran 'abah,'

     "Baik je. Kamu semua ni dari mana? Avia mana?" tanya Encik Harris sambil bersalaman dengan Callisto, Javier dan Silver.

     "Kami dari office. Avia ada je dekat rumah. Pakcik jangan beritahu dia yang kami datang ni. Kami datang ni sebenarnya ada hajat," kata Javier lembut.

     "Masuklah dulu. Kita borak kat dalam," pelawa Encik Harris ramah.

     Pin! Pin!

Tiba-tiba sebuah Audi memarkir kereta betul-betul di belakang BMW milik Cayden.

     "Erk? Apa dia ni buat dekat sini?" kata Cayden yang mengenali pemilik kereta tersebut.

Ariq, Erika dan Alara melangkah keluar dari kereta sebelum mereka terus melambai-lambai ke arah Encik Harris.

     "Assalamualaikum. Apa khabar?" sapa Ariq sambil menghulurkan tangannya.

     "Waalaikumsalam. Baik. Eh masuklah dulu semua," kata Encik Harris dengan senyuman lebar.

     "Kau buat apa dekat sini?" tanya Cayden kepada Alara.

     "Korang tu buat apa dekat sini? Lara cuma ikut mama dengan papa je," jawab Alara sambil menjelingkan matanya.

Mereka semua duduk di ruang tamu rumah Encik Harris ambil menjamu kerepek pisang.

     "Apa benda ni?" bisik Cayden sambil memegang kerepek pisang.

     "Makan jelah bodoh. Tak baik hina makanan macam tu," bisik Javier pula.

     "Bila masa pulak aku hina?!"

     "Shhh!" kata Ariq mendatar.

     "Sedap tak kerepek tu? Pakcik buat sendiri tu," kata Encik Harris dengan senyuman lebar.

     "Sedap!" kata Silver kuat.

Cayden menoleh ke arah Silver sebelum dia mengerutkan dahinya. Kau tak makan pun lagi, macam mana kau tahu sedap?!!

     "Saya datang ni ada hajat sebenarnya," kata Ariq ramah.

     "Apa dia tu?" tanya Encik Harris sambil menuang kopi ke dalam cawan.

     "Kami sebenarnya...," kata-kata Ariq terhenti di situ.

     "Kamu dah minum kopi? Kopi ni sedap tau," kata Encik Harris ambil menghulurkan cawan ke arah Callisto, Cayden, Javier dan Silver.

     "Errr... Kami sebenarnya...," sambung Ariq semula. Matanya hanya memandang ke arah Encik Harris yang sibuk menghulurkan cawan berisi kopi.

     "Makanlah lagi kerepek ni. Ada banyak lagi kat dapur. Kejap lagi pakcik ambikkan," kata Encik Harris kepada Callisto yang hanya menjamu selera tanpa kata.

     "Kami sebenarnya...," Ariq mencuba sekali lagi.

     "Eh apa nama kamu tadi?" tanya Encik Harris kepada Cayden.

     "Cayden," jawab Cayden sepatah.

Cayden, Callisto, Javier dan Silver menoleh ke arah Ariq yang sudah menunduk dengan nafas yang turun naik dengan pantas.

     "Eh maaf. Dekat mana kita tadi?" tanya Encik Harris kepada Ariq. Ariq menepuk dahinya sendiri sebelum dia memandang ke arah Encik Harris.

     "Kami sebenarnya...,"

     "Eh hari macam nak hujan je. Kejap saya nak pergi tengok kain jemuran," kata Encik Harris sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke belakang rumah.

     "KENAPA DIA SANGAT MENGUJI KESABARAN AKU?!" kata Ariq sambil bangun dari duduknya.

     "Sabarlah pakcik. Anak dia pun apa kurangnya," kata Cayden selamba.

     "Korang buat apa dekat sini?" tanya Ariq mendatar.

     "Nak masuk meminang Avia," jawab Silver selamba.

     "Haa?! Kenapa korang sibuk-sibuk nak masuk meminang untuk anak aku? Pandai-pandailah aku masuk meminang sendiri," kata Ariq sambil mencapai kerepek pisang yang berada di atas meja.

     "Siapa kata kitorang nak masuk meminang untuk anak pakcik? Kami nak masuk meminang untuk kami sendirilah. Saja nak bagi abah Avia tu pilih nak yang mana satu untuk dijadikan menantu," jawab Cayden selamba.

     "Apa kau merepek ni setan?" kata Ariq sambil mengecilkan matanya.

     "Maaf, maaf. Dekat mana kita tadi?" tanya Encik Harris yang baru muncul dari belakang rumah.

     "Kami sebenarnya," kata Ariq sebelum dia terus melangkah ke tepi Encik Harris. Kepala lelaki itu dipegang supaya memandang ke arahnya.

Callisto, Cayden, Javier, Silver dan Alara hanya mendiamkan diri. Erk??

     "Kami sebenarnya datang ni nak merisik anak encik yang nama Axia tu," kata Ariq sambil sambil memegang kepala Encik Harris. Mata bertentang mata.

     "Eh! Bukan! Bukan! Avia lah!" kata Silver dan Alara serentak.

     "HAAAHHH?!!!!" Encik Harris terbungkam selepas mendengar niat mereka datang ke rumahnya.

     "Arghhhhhhh!!!!!" Ariq, Cayden, Javier dan Silver menjerit dek kerana terkejut apabila Encik Harris tiba-tiba menjerit.

Callisto hanya memerhati sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali. Making lambatlah urusan ni selesai kalau semua orang bodoh yang datang.

     "Saya tak salah dengar, kan?" kata Encik Harris dengan matanya yang luas.

     "Tak," jawab Ariq dan Erika sepatah.

     "Cuba ulang sekali lagi. Saya takut saya tersalah dengar tadi," kata Encik Harris mendatar.

     "Kami nak kahwinkan anak kami dengan anak encik," kata Ariq dengan ayat yang lebih mudah difahami.

     "HAHHHHH???!!!!" jerit Encik Harris sekali lagi.

     "Arghhhhhhhh!!!!" jerit Ariq, Cayden, Javier dan Silver sekali lagi.

     "Betul ke ni? Saya tak salah dengar, kan?" tanya Encik Harris lagi.

     "BETULLAH!!!!" kata Ariq, Cayden, Javier dan Silver serentak. Ya Allah stressnya...

     "Nak kahwinkan dengan yang mana satu?" tanya Encik Harris sambil memandang seorang demi seorang jejaka muda kacak yang berada di hadapannya.

     "Anak lelaki saya takda dekat sini. Diorang memang tengah bercinta sekarang. Saya rasa better kita percepatkan semuanya. Benda elok tak elok ditangguh, kan?" kata Erika mendatar.

     "Anak encik tu kerja apa ya?"

     "CEO syarikat," jawab Ariq mendatar.

     "Ohhh hahahaha. Bolehlah kalau macam tu. Saya tak kisah pun asalkan anak saya hidup selesa. Saya percaya anak kamu orang yang baik memandangkan dia yang belikan saya rumah ni. Baik betul dia...," kata Encik Harris dengan senyuman lebar.

     "Jadi encik setuju?" tanya Ariq mendatar.

     "Iya, saya setuju," jawab Encik Harris ringkas.

Mendengarkan itu, mereka semua terus bangun dari duduk masing-masing. Kaki melangkah ke pintu rumah.

     "Eh? Nak pergi mana tu? Dah nak balik ke?" tanya Encik Harris dengan dahi yang berkerut.

Callisto hanya mendiamkan diri. Baliklah pakcik. Boleh jadi gila saya kalau duduk sini lama-lama.

Avia tersentak sebelum dia memandang ke arah Aaden yang berada di sebelahnya.

     "Pilihlah cincin mana yang kau nak," kata Aaden mendatar. Mereka berada di sebuah kedai permata terkemuka untuk mencari cincin dan barang kemas untuk Avia.

     "Errr... Kenapa semua ni mahal sangat?" tanya Avia sambil membaca tag harga cincin permata yang bewarna perak di dalam kaca di hadannya.

     "Ini diamond, bukan batu biasa. Memanglah mahal. Pilih jelah yang mana kau nak," kata Aaden mendatar.

     "Tapi... Saya tak biasa pakai barang mahal macam ni!" kata Avia dengan dahi yang berkerut. Matanya membaca tag harga yang terdapat di cincin permata yang berada di dalam kaca. RM10,000, RM12,000, RM25,000. Arghhhhhh mahalnya!

     "Kena kena kena!" kata satu suara garau dari suatu sudut kedai. Aaden dan Avia menoleh ke arah Cayden, Javier dan Silver yang berada di hujung kedai. Seorang pelayan wanita sedang melayan mereka.

     "Perghhh! Cantik ah! Memang kena dengan kau!" kata Javier teruja.

Cayden elok memakai seutas rantai dengan permata yang sangat besar di lehernya. Dia menyelak rambutnya ala-ala diva sebelum dia berjalan keliling kedai.

     "Wahhhhhh! Piwwit! Piwwit!" usik Silver kuat. Satu kedai sudah memandang ke arah mereka.

     "Kenapa diorang ada dekat sini?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Diorang follow kereta kita tadi," jawab Aaden mendatar.

     "Hey miskin, belum pilih cincin lagi ke?" tanya Cayden dengan tangan yang penuh dengan cincin permata yang mungkin berharga berpuluh ribu.

     "Belum," jawab Avia sepatah.

     "Cepatlah sikit! Kitorang dah bosan ni!" kata Cayden sambil menanggalkan kesemua barang kemas yang berada di badannya.

     "Yang korang pergi ikut kitorang tu kenapa?" tanya Aaden mendatar.

     "Eh! Suka hati gua lah! Lu pahal?" jawab Cayden dengan lagaknya.

     "Pergi main jauh-jauh sana!" kata Aaden sebelum meraup rambutnya dengan kasar.

     "Taknak~" kata Cayden sebelum dia terus melangkah ke arah seorang pekerja wanita yang sedang memandang ke arahnya.

"Hi, dah kahwin ke?" tanya Cayden dengan senyuman nakalnya.

"Cayden," panggil Aaden mendatar.

"Belum? Eh samalah kita. Nak tukar contact number tak?" kata Cayden sambil mengangkat keningnya beberapa kali.

Pekerja wanita itu hanya tersenyum malu sebelum dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Cayden," panggil Aaden lagi.

"Meh sini telefon you," kata Cayden sambil menghulur tangannya. Gadis itu menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Cayden sebelum telefon bimbit itu bertukar tangan. Cayden menekan-nekan skrin telefon bimbit pekerja wanita itu sebelum dia menghulur semula telefon itu ke arah si pemilik telefon.

"Nanti jangan lupa call tau? Call hari-hari lagi bagus," kata Cayden sambil mengenyitkan matanya.

Javier dan Silver hanya memerhati tanpa kata.

"Kal!" panggil Aaden agak kuat. Callisto yang berada di luar kedai terus masuk ke dalam sebelum dia melangkah ke arah Cayden yang sedang menggatal. Telinga lelaki itu ditarik dengan kuat.

"Huarghhhhhh! Sakitlah bodoh!" kata Cayden sebelum Callisto menariknya keluar dari kedai.

"See ya!" kata Silver dan Javier kepada semua pekerja di dalam kedai itu sebelum mereka berdua turut melangkah keluar dari kedai.

"Sekarang kau boleh pilih dengan tenang," kata Aaden mendatar.

"Macam-macamlah perangai Cayden tu," kata Avia sambil membelek sebentuk cincin yang cukup minimalis dengan hanya mempunyai satu permata.

"Ambik yang ni jelah," kata Avia sambil menunjuk cincin itu ke arah Aaden.

"Ambiklah lagi. Gelang dengan rantai," kata Aaden mendatar.

"Ha? Alah... Cincin ni pun dah cukuplah. Itu pun dah RM7,000," kata Avia perlahan.

"Okay, okay. Satu je lagi. Rantai atau gelang," kata Aaden mendatar.

"Taknak," kata Avia tegas.

"Tolong ambik yang ni sekejap," kata Aaden kepada pekerja yang sedang melayan mereka. Pekerja wanita itu terus mengeluarkan seutas rantai dengan permata putih yang cantik.

"Cantik tak?" tanya Aaden mendatar.

"Cantik tapi saya taknak," kata Avia mendatar.

"Okay, bungkus yang ni," kata Aaden kepada pekerja itu.

"Ha?!!!! Janganlah macam tu! Saya tak sukalah," kata Avia dengan kening yang berkerut.

"Hi makhluk bumi," kata satu suara garau dari arah pintu kedai. Aaden dan Avia terus menoleh ke arah Cayden yang sudah elok memakai gaun pengantin yang kembang. Atas kepalanya pula terletak elok mahkota yang cukup cantik.

Avia dan Aaden hanya memandang tanpa kata. Cayden melangkah masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambaikan tangannya.

"Bila dia akan stop buat macam ni?" tanya Avia perlahan.

"Selagi kau tak pilih barang kemas untuk perkahwinan kita, selagi tu dia akan ganggu kita macam ni," kata Aaden mendatar.

"Okay! Kalau macam tu ambik jelah yang mana ada," kata Avia mendatar.

"Hah!!!! Korang dengar tak tu tadi?! Dia kata bungkus semua sekali barang kemas yang ada! Tunggu apa lagi?! Bungkuslah semua sekarang!" kata Cayden sambil menunjuk ke arah Avia.

"Woiii!" jerit Aaden kuat.

Aaden berjalan beriringan dengan Avia sambil mata memandang ke arah Cayden, Javier dan Silver yang sedang menikmati aiskrim mereka. Callisto pula hanya berdiri dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam poket seluar.

"Kat mana kau dapat baju pengantin tu tadi?" tanya Javier sambil menjilat aiskrimnya.

"Kedai sebelah," jawab Cayden ringkas.

"Tak sangka dah nak kahwin dah kau ya?" tegur satu suara wanita dari belakang mereka.

Aaden, Avia, Callisto, Cayden, Javier dan Silver terus menoleh ke belakang.

"Ramai betul stock kau, kan? Tak malu ke jadi perempuan murah?" tanya wanita itu sambil memandang ke arah Avia.

"Ibu?" kata Avia sepatah.

"IBU?!!" kata Cayden, Javier dan Silver kuat.

"Aku ingat ibu kau dah lepak underground," kata Cayden mendatar. Mulut masih sibuk menjilat aiskrimnya.

"Tahniah. Aku dengar cerita kau dah nak kahwin. Tak sia-sia kau masuk sekolah jutawan tu dulu. At least kau dapatlah lelaki material yang macam kau nakkan," kata Puan Lina dengan lagaknya.

Avia hanya mendiamkan diri. Dia hanya menundukkan kepalanya.

"Berapa ribu jantan ni bayar kau untuk jadi mainan diorang? Bukan sorang, tapi lima orang pulak tu! Barai jugak kau, kan?!" kata Puan Lina agak kuat.

"Apa maksud barai?" kata Javier kepada Cayden.

"Aku pun tak tahu, apa kata kau tanya makcik tu sendiri," kata Cayden sambil menunjuk ke arah Puan Lina.

"Maksudnya perempuan murahan kut," celah Silver perlahan.

"Apa?!! Dia cakap Avia perempuan murahan?!" kata Cayden kepada Silver.

"Aku pakai agak je tu! Manalah aku tahu maksud dia apa!" kata Silver pula.

"Ibu buat apa dekat sini?" tanya Avia sambil menunduk.

"Aku buat apa dekat sini? Aku datang sini sebab aku dengar cerita kau dapat jantan jutawan untuk dijadikan suami. Pandai kau kan? Kau guna ilmu apa untuk goda jantan-jantan ni?" kata Puan Lina sambil memandang ke arah Avia.

"Apa yang ibu merepek ni? Boleh tak jangan nak fitnah Via macam-macam?" kata Avia dengan tangan yang menggenggam penumbuknya.

"Fitnah apa?! Eh budak! Kau dengan bapak kau tu sama je! Dua-dua tak guna. Hidup tak habis-habis menyusahkan orang!" kata Puan Lina sambil mencekak pinggang.

"Saya rasa makcik macam dah takda point je tu. Rasanya makcik dah boleh pergi balik kut. Sebab makin lama saya tunggu makcik habis cakap, makin cair aiskrim saya ni," kata Cayden sambil melangkah ke hadapan.

"Kurang ajar betul mulut kau! Kau sedar kau tengah bercakap dengan siapa ni?!" kata Puan Lina kuat.

"Dengan mak yang beranakkan Avia," jawab Cayden selamba. Aaden dan Callisto hanya memerhati tanpa kata.

"Ibu!" panggil Avia kuat. Cuba untuk menghentikan perbalahan antara dua orang itu.

"Aku ni CEO kepada Xeen Group tahu tak?!" kata Puan Lina kuat. Aaden, Callisto, Cayden dan Javier terus menoleh ke arah Avia. Itu bermakna Avia sebenarnya orang berada?

"Ibu!" kata Avia kuat.

"Glad to see you, miss CEO of Xeen Group. Now let me introduce you to my team. Cayden, Ferdy, Callisto, Javier and Silver. We're the CEO of Louise Jr Holding and Louise Will Riverra Group. Oh tak lupa jugak, kami anak kepada The Louise, Louise Airlines, A.F Brand, Riverra Brand, William's Transportation, LWR Holding dan sebagainya lagi. Boleh makcik ulang semula apa nama syarikat makcik tadi? Saya dah terlupa sebab banyak sangat nama syarikat yang makcik sebutkan tadi," kata Cayden sambil mengangkat keningnya sedikit.

"Ergh! Kau tak payah nak berlagak dengan akulah!" kata Puan Lina kuat.

"Aik? Kalau kita kaji semula perbualan antara kita tadi. Saya rasa makcik yang mulakan sesi lagak riak dan takbur tu tadi. Atau makcik malu sebab kami lebih kaya dan berkali ganda lebih jutawan berbanding makcik?" kata Cayden dengan senyuman sinis.

Avia hanya menunduk sambil mendengar. Itulah baru pertama kali dia mendengar semua nama syarikat keluarga itu yang jauh lebih hebat berbanding syarikat ibu kandungnya itu.

"Ergh! Kurang ajar!" kata Puan Lina dengan tangan yang menggenggam penumbuk,

"Kalau makcik dah takda point, saya rasa kami boleh beredar dahulu. Saya sedang cuba menahan marah sebab makcik punca aiskrim saya dah cair. Tapi takpa, kalini saya maafkan makcik. Lepasni kalau kita berjumpa lagi, saya akan pastikan makcik kenal siapa kami yang sebenarnya," kata Cayden mendatar. Dia kemudian terus melangkah mendekati Puan Lina.

"Sekali lagi aku dengar kau panggil anak kau barai, aku sendiri akan baraikan kau. Jangan cabar aku," bisik Cayden dingin. Puan Lina membungkamkan matanya sebelum dia menjarakkan diri daripada lelaki tinggi lampai bermata biru itu.

Cayden tersenyum sinis sebelum dia terus menoleh ke belakang. Kaki melangkah ke arah Avia dan yang lain-lain.

"Jomlah. Tercegat apa lagi kat situ?" kata Cayden sebelum mereka terus beredar dari situ.

Avia hanya mendiamka diri sepanjang perjalanan mereka ke tempat letak kereta. Dia terharu apabila Cayden terus membantu dirinya walau tidak diminta.

"Kau okay?" tanya Aaden mendatar. Bukan dia tidak mahu membantu, tetapi dia tidak pernah tahu tentang Avia dengan lebih dalam. Dia takut untuk terus lompat kepada konklusi sedangkan dia tidak tahu apa masalah Avia dengan ibunya.

"Hm," jawab Avia perlahan. Cayden yang berjalan di hadapan Avia terus menghentikan langkahnya sebelum Avia terus terlanggar Cayden yang berhenti secara mengejut itu.

Bukkk!

Avia terus terjatuh ke atas lantai sebelum dia memegang dahinya sendiri.

"Kau kenapa?" tanya Aaden mendatar kepada Cayden. Cayden terus menoleh ke belakang sebelum dia duduk bercangkung di hadapan Avia.

"Lepasni kalau kau perlukan pertolongan, boleh tak kau mintak je. Jangan nak diam macam batu. Tak perlu berlakon kuat depan kitorang, faham?" kata Cayden mendatar.

"Cayden...," kata Avia sepatah. Matanya berkaca-kaca menahan diri daripada terus menangis di situ. Dia cukup terharu dengan Cayden yang nampak jahat tetapi sebenarnya lelaki itu sangat baik.

"Apa?" jawab Cayden dingin.

"Huaaaaaaaa!! Huaaaaaaa! Terima kasih! Terima kasih Cayden! Huaaaaaaaaaa!" Avia menangis denga teresak-esak seperti kanak-kanak berumur 6 tahun.

"WOI! Pahal kau nangis pulak ni?! Aku tak buat apa-apa pun dekat kau! Asal kau nangis?!" kata Cayden dengan muka yang cuak. Dia menoleh ke arah Aaden yang berada di sebelah Avia.

"Kau nampak sendiri Din! Aku tak buat apa-apa pun dekat dia! Kau nampak sendiri!" kata Cayden sambil mengangkat kedua belah tangannya. Dia kemudian menoleh ke arah Callisto yang hanya terdiam sedari tadi.

"Kau nampak sendiri Kal! Aku tak buat apa-apa pun dekat dia!" kata Cayden kepada Callisto pula.

"Haaa haaa tak tayok... Cay buat Avia nangis...," usik Silver pula.

"TAK!!!!! Aku tak buat apa-apa pun!" jerit Cayden kuat.

"Pujuk balik! Cay buat Via nangis!" kata Javier pula.

"Berhentilah nangis!" kata Cayden sambil melambai-lambaikan tangannya di depan muka Avia.

Tangisan Avia terhenti sebelum dia tersenyum dengan lebar.

"Hahahahahahaha," Avia melepaskan tawanya terbahak-bahak. Dia menyeka air matanya menggunakan belakang tangan kanannya. Cukup menghiburkan melihat Cayden dalam keadan cuak sebegitu rupa, Aaden, Callisto, Javier dan Silver hanya memerhati tanpa kata.

"Kau ni kan! Kau ingat kelakar ke ha?!" kata Cayden kuat. Dia kemudian terus mengetuk kepala Avia menggunakan telefon bimbitnya.

"Sakitlah! Apa Cay ni?!" kata Avia kuat.

Aaden hanya mendiamkan diri. Tawa... Tawa tu... Aku tak pernah tengok perempuan tu ketawa macam tu sebelum ni...

Ting!

Ferris melangkah masuk ke dalam rumah sebelum dia memandang ke sekeliling. Kosong. Nampak gayanya tiada orang berada di rumah. Dia kemudian terus mengambil tempat di sofa ruang tamu sebelum dia berbaring di situ.

"Menyesal pulak aku ikut korang berdua shopping barang kahwin. Tak pasal-pasal aku pulak kena angkat semua ni," kata Cayden sambil membawa berbelas beg kertas yang telah dibeli oleh Aaden dan Avia.

"Siapa suruh kau kalah tadi. Kan kita dah osom siapa kalah kena jadi bibik," kata Silver sebelum dia membuka pintu rumah dengan luas.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah sebelum mata masing-masing terus terpandang seorang gadis yang sedang tidur di atas sofa.

Callisto mengerutkan dahinya sebelum dia terus melangkah ke arah Ferris yang sedang tidur.

"Ferris...," panggil Callisto perlahan. Dia memegang bahu kakaknya dengan lembut. Dia langsung tidak mencari kakaknya itu sebelum ini kerana dia tahu kakaknya berada di tempat selamat.

Ferris mencelikkan matanya dengan perlahan-lahan sebelum dia terus menoleh ke arah Callisto yang berada di tepi sofa.

     "Kal... Kal kena tolong Fellen dengan Alpha. Korang kena tolong diorang!" kata Ferris dengan nafas yang tercungap-cungap.

     "Sabar, sabar. Cuba cakap satu persatu. Apa yang nak kena tolong diorang ni? Apa sebenarnya dah berlaku ni?" kata Javier mendatar.

Ferris menghela nafas panjang sebelum dia terus menundukkan kepalanya ke bawah.

Callisto menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya dengan pantas. Sudah tiba masanya untuk menggunakan bakat masing-masing. Rayden, Arisha dan Levi bukanlah lawan yang mudah atau boleh dipandang sebelah mata. Mereka sangat handal dalam semua benda.

     "Kalau diorang letak GPS tracker dalam badan Alpha dengan Fellen, maknanya kita boleh hack untuk cari lokasi diorang lah kan?" kata Javier mendatar.

     "Hm," jawab Callisto yang sedang cuba menggodam sistem GPS tracker yang telah digunakan oleh Rayden.

     Ting!

     "Got it," kata Callisto yang berjaya menggodam sistem GPS tracker yang telah ditanam di dalam badan Alpha dan Fellen.

     "Tapi kenapa ada tiga?" tanya Silver sambil menunjuk ke arah tiga GPS tracker yang berada di dalam rumah yang sama.

     "Arisha ataupun Levi. Mesti salah seorang diorang pun ada GPS tracker dalam badan," kata Aaden mendatar.

     "Tapi takkan Arisha pulak? Dia kan girlfriend Ray. Takkanlah Ray nak tanam GPS tracker dalam badan girlfriend dia sendiri?" kata Javier pula.

     "Rayden tu psycho. Sekejap boleh jadi baik, sekejap boleh jadi jahat. Tak mustahil pun kalau dia tanam GPS tracker dalam badan girlfriend dia sendiri," kata Aaden lagi.

     "Cuba kau tutup GPS tracker tu supaya Ray tak dapat kesan lokasi diorang," kata Aaden kepada Callisto.

Callisto langsung tidak mengeluarkan kata-kata malah hanya tangannya bergerak melakukan kerja.

     Teet!

'Failed to disconnect. System lock'

     "Tak boleh. Ray dah lock sistem dia," kata Callisto mendatar.

     "Aku dah agak dah. Mamat tu hacker kut, takkanlah dia bodoh sangat sampai nak biarkan sistem dia senang kena hack dengan hacker lain kan?" kata Cayden yang sedang makan popcorn di sofa bilik. Langsung tidak menghiraukan dengan apa yang berlaku.

     "Habistu? Nak buat apa ni?" tanya Javier mendatar.

     "Hanya Ray mampu buka sistem dia sendiri," kata Aaden perlahan.

     "Train to be the best," kata Silver tiba-tiba. Mereka semua terus menoleh ke arah Silver.

     "Ha? Apa kau cakap ni?" tanya Javier mendatar.

     "Alpha dengan Fellen dilatih oleh Ray dengan Levi untuk jadi yang terbaik. Boleh dikatakan Alpha dan Fellen dilatih untuk jadi sama macam diorang. Diorang adalah cerminan Rayden dan Levi," kata Silver mendatar.

      "Kalau Rayden mampu bina sistem sendiri dan lock sistem dia, maknanya?" tanya Javier mendatar.

     "Maknanya Alpha dengan Fellen pun boleh," sambung Aaden mendatar.

     "Yup," jawab Silver sepatah.

     "Sebenarnya diorang adalah kunci untuk diorang bebas. Mungkin diorang sendiri tak sedar benda tu," sambung Silver dengan yakin.

Alpha hanya memerhati telefon bimbitnya yang berdering sejak siang tadi. Dia tidak kenal dengan nombor si pemanggil. Malah dia tidak ada rasa ingin tahu langsung siapa si pemanggil.

Ting!

Tiba-tiba dia menerima mesej daripada nombor yang sama.

'Hi! Saya Leena. Staff dekat kedai Royal Diamond yang awak datang siang tadi. Ingat tak?'

Alpha hanya mengerutkan dahinya sebelum dia mencampak telefon bimbit itu ke dalam tong sampah biliknya. Sial punya kembar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro