Bab 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah keluar dari kedai aiskrim sebelum dia menghulur kon berisi aiskrim vanilla ke arah suaminya yang sedang menunggu di luar.

"Nah!" kata Avia dengan senyuman lebar.

"Gracias (Terima kasih)," kata Cayden sambil menyambut huluran isterinya. Kon berisi aiskrim itu bertukar tangan sebelum Cayden menjilat aiskrim vanilla itu dengan khusyuk.

"Dah dua bulan kita duduk dekat sini. Rindu Malaysia la," kata Avia sambil menjilat aiskrimnya.

"Tak lama dah. Lagi dua bulan je lagi. Lepas kau habis belajar kita terus balik Malaysia, okay?" kata Cayden sambil berjalan beriringan dengan Avia.

"Tak sabarnya nak balik Malaysia. Rindu abah, rindu Lara, rindu semua!" kata Avia sebelum dia duduk di kerusi taman.

"Diorang pun mesti rindukan kau. Yalah, kalau kau takda, siapa nak masak untuk diorang? Mesti hari-hari order makanan dari luar," kata Cayden mendatar. Dia turut mengambil tempat di sebelah Avia.

"Awak?" panggil Avia lembut.

"Hm?" sahut Cayden tanpa menoleh.

"Saya sayang sangat dekat awak tau. Sayang sangat-sangat. Saya cintakan awak sampai tahap saya sanggup mati demi awak," kata Avia perlahan.

Cayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia. Mata coklat pekat isterinya ditenung.

"Boleh janji dengan saya satu benda?" sambung Avia sambil menghulur jari kelinkingnya.

"Hm?"

"Walau apa pun yang berlaku, jangan pernah tinggalkan saya?" kata Avia lembut.

"I will never let you go. Hidup mati aku hanya untuk kau," kata Cayden sebelum dia menyambut jari kelinking Avia dengan jari kelinkingnya.

"Terima kasih hensem!" kata Avia dengan senyuman lebar.

"My pleasure, pretty," kata Cayden lembut.

"Tengok tu," kata Avia sambil menunjuk ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman.

Cayden menghabiskan aiskrimnya sebelum dia menoleh ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman.

"Comel kan diorang? Saya suka budak-budak," kata Avia dengan senyuman lebar.

Cayden mengerutkan dahinya sebelum dia menoleh ke arah Avia.

"Kau teringin nak anak ke?" tanya Cayden dengan dahi yang masih berkerut.

"Errr... Nak. Tapi saya tengok awak macam belum bersedia lagi untuk ada anak," kata Avia perlahan.

"Hm. Aku takut nak ada anak buat masa sekarang. Aku takut tak dapat nak jadi ayah yang baik. Aku takut tak dapat didik anak-anak dengan baik," kata Cayden mendatar.

"Takpa, saya faham. Tak perlu tergesa-gesa pun. Anak ni kan satu amanah. In syaa Allah nanti ada lah tu rezeki kita," kata Avia sambil memegang tangan Cayden.

Cayden terus menarik bahu Avia sebelum gadis itu melentokkan kepalanya di atas bahu Cayden.

"Dah dua bulan kita kahwin, tapi kita tak pernah gaduh pun walau sekali," kata Avia perlahan.

"Hm?"

"Maksud saya, awak ni matang. Kalau tengok sekilas nampak macam tak matang. Tapi bila dah jadi isteri awak, saya nampak awak matang sangat. Kadang-kadang ada je kita salah faham antara satu sama lain. Tapi awak mengalah je. Awak pandai control emosi. Awak takdalah sweet sangat, tapi awak pandai pujuk saya guna cara awak," kata Avia lembut.

Cayden hanya mendengar tanpa kata. Dia mengusap bahu Avia dengan lembut sebelum dia menolak isterinya itu sedikit.

"Aku nak pergi toilet kejap. Kau tunggu dekat sini, okay?" kata Cayden sebelum dia terus bangun dari duduknya.

"Okay. Jangan lama-lama tau"

"Okay," kata Cayden sebelum dia terus melangkah pergi dari situ.

Avia hanya memerhati kanak-kanak yang sedang bermain gelongsor bersama-sama itu sebelum dia menoleh ke arah seorang lelaki agak berumur sedang memandang ke arahnya. Walaupun dia nampak agak berumur, tetapi dia kelihatan masih kacak dengan warna anak matanya yang berbeza. Sebelah mata kanannya bewarna biru cair manakala mata kirinya berwarna hazel. Unik dan sangat kacak.

"Hey lil girl. Whatchu doing here all alone?" tegur satu suara garau dari tepi Avia. Avia terus menoleh ke arah tiga orang lelaki bertatoo yang sudah berdiri di tepi kerusi taman.

"Sorry. I got to go," kata Avia sebelum dia bangun dari duduknya. Kepalanya ditundukkan sebelum dia melangkah betentangan dengan lelaki itu.

"Hey, hey. Calm down. We're not a bad guys anyways," kata lelaki itu sambil menarik tangan Avia dengan agak kuat.

"Let me go!" kata Avia sebelum dia menyentak tangan lelaki yang memegang tangannya. Avia menoleh ke arah lelaki tua yang sedang duduk di hujung taman mengharapkan bantuan darinya. Lelaki itu masih lagi di situ sambil merenung ke arahnya.

"You know what? I love asian girl! They're so hot!" kata salah seorang dari tiga lelaki itu.

Avia menoleh sebelum dia terus memulakan pecutannya tetapi pantas sahaja lengannya dipegang oleh salah seorang dari mereka.

     Bukkk!

Lelaki itu jatuh ke atas tanah selepas menerima satu tumbukan yang padu. Dua lagi lelaki terus menoleh ke arah rakannya yang sudah terbaring di atas tanah.

"Seronok nampak?" tegur Cayden dengan wajah yang tenang.

"What the hell? Who are you?!" kata salah seorang dari mereka.

"Your worst nightmare," jawab Cayden sebelum dia terus menarik kolar baju seorang lagi lelaki.

"Cay!" kata Avia kuat. Lega hatinya selepas suaminya itu datang tepat pada waktunya.

     Bukkk!

Cayden menumbuk lelaki itu dengan kuat sebelum dia turut jatuh ke atas tanah.

"Fuh! Hilang kempunan aku. Aku ni dah lama tak tumbuk orang," kata Cayden sambil meregangkan lehernya, Siapa tidak kenal dengan Cayden? Lelaki yang dari zaman sekolah sangat menggemari tumbuk-menumbuk.

"Cay, dahlah tu. Jom kita balik," kata Avia sebelum dia menoleh ke arah lelaki tua yang berada di hujung taman. Lelaki bermata unik itu hanya tersenyum sebelum dia melangkah pergi dari situ.

"Crazy man! I'll call the cops!" jerit seorang lagi lelaki. Semua orang yang berada di taman itu sedang elok memandang ke arah mereka.

"I am crazy," kata Cayden sebelum dia melangkah ke arah seorang lagi lelaki yang sedang berdiri.

"I'm crazy over her," kata Cayden sebelum dia memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala lelaki itu dengan kuat.

     Pakkk!

"Cay!"

Lelaki itu terus terpelanting ke atas tanah sebelum dia memegang bibirnya yang sudah mengalirkan darah.

"Jom!" kata Avia sambil menarik tangan Cayden dengan kuat. Avia menarik Cayden sebelum mereka melangkah pergi dari situ.

"Oi. Aku tak habis lagi," kata Cayden mendatar.

"Sudahlah tu. Janganlah bergaduh dekat public," kata Avia sambil menarik tangan Cayden.

"Tu bukannya bergaduh. Itu cuma nak beri pengajaran. Biar dia tahu yang dia tak boleh sentuh perempuan sesuka hati dia. Aku bayar dua juta kut hantaran kau, takkan mamat tu boleh sentuh free je? Banyak cantik muka dia," kata Cayden sambil berjalan beriringan dengan Avia.

"Dua juta?" tanya Avia sebelum dia menghentikan langkahnya.

"Hm. Kau tak tahu?" tanya Cayden mendatar.

Dengan perlahan-lahan Avia menggelengkan kepalanya.

"Din minta dua juta dari aku. Katanya tu modal untuk buka kedai. Tapi lepas dah kahwin, dia kata tu duit hantaran kau," terang Cayden ringkas.

"Kenapa abah takda cakap apa-apa dekat saya?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

"Tak tahu. Aku bukan abah kau," jawab Cayden mendatar.

"Ish awak ni!" Avia terus melangkah meninggalkan Cayden di situ.

Cayden hanya mengerutkan dahinya sebelum dia mengekor langkah Avia dengan laju.

"Oi," panggil Cayden mendatar.

"Apa?" Avia menoleh ke arah Cayden sebelum dia terus memandang tangan Cayden yang sedang memegang sebatang bunga mawar merah.

"Wah! Mana awak dapat ni?" tanya Avia sambil menyambut huluran suaminya. Sebatang mawar merah bertukar tangan.

"Kedai," jawab Cayden sepatah.

"Oh kedai. Ingatkan kutip dekat tepi jalan. Hihi," perli Avia yang mengingat kembali kali terakhir dia terima bunga dari lelaki itu. Bunga tahi ayam.

"Ah. Sebelum kahwin bolehlah tepi jalan. Lepas kahwin takkan nak kutip tepi jalan lagi. Jatuhlah maruah aku," kata Cayden sebelum dia melangkah meninggalkan Avia di situ.

"Oi! Tunggulah."

Alara melangkah masuk ke dalam Audi miliknya sebelum dia menghidupkan enjin kereta. Sejak Avia meninggalkannya di Malaysia, dia lebih berikan sepenuh tumpuan pada kerjanya.

Hari ini dia akan melawat sekolahnya lima tahun dahulu. Kini dialah yang menguruskan semua berkenaan sekolah antarabangsa itu.

Audi putih meluncur masuk ke dalam pagar sekolah yang tertulis Louise Will. Riverra International School.

Kakinya melangkah keluar dari perut kereta sebelum matanya hanya memandang ke arah pintu depan sekolah. Kenangan lima tahu lepas menggambit kembali di minda.

"Rindunya...," bisik Alara perlahan. Pintu kereta ditutup dengan kasar sebelum dia membetulkan kot kerjanya.

"Miss Fairy?" tegur satu suara.

"Yup!" sahut Alara dengan senyuman nipis.

Satu jam kemudian...

Alara melangkah masuk ke dalam Audi putih miliknya sebelum enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan dengan kuat sebelum kereta itu meluncur keluar dari pagar sekolah.

Vroom!

Sebuah kereta Hummer bewarna hitam bergerak laju ke arah kereta Alara yang baru keluar dari pagar sekolah.

"The heck?" bisik Alara yang menyedari sebuah kereta hitam sedang menuju ke arahnya.

Alara terus menekan pedal minyak dengan kuat sebelum dia memusingkan stereng bertentangan dengan kereta tersebut. Pedal minyak ditekan dengan kuat sebelum Audinya bergerak laju di hadapan Hummer hitam itu.

Tangan kanan Alara sibuk memusing-musingkan stereng kereta sebelum tangan kirinya mencapai telefon bimbitnya.

"Sial!" kata Alara sebelum dia masuk ke dalam kawasan jalan yang kosong.

Telefon bimbitnya dicampak ke tepi sebelum dia menoleh ke cermin sisi kereta. Brek tangan ditarik sebelum dia memusingkan keretanya. Gear ditukar kepada 'reverse' sebelum dia memandu secara mengundur. Kini Hummer hitam itu betul-betul berada di hadapannya. Cermin Hummer yang gelap itu membuatkan Alara tidak dapat mengecam siapa pemandu yang sedang mengejarnya itu. Nombor plat dibaca di dalam hati. 'RAY 1111.'

Alara membuka tingkap kereta sebelum dia mengeluarkan pistol dan diacukan ke arah Hummer hitam yang sedang mengejarnya.

Bang! Bang! Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan tetapi tiada satu pun peluru dapat menembusi kereta itu.

Tiba-tiba pemandu Hummer itu mengeluarkan pistol dari tingkap.

Bang! Bang!

Prang!

Alara sempat menunduk sebelum cermin hadapan keretanya pecah berderai.

Alara memusingkan keretanya semula sebelum dia menekan pedal minyak dengan kuat. Sial punya Ray!

"Oh shit," kata Alara sambil matanya memandang ke arah kon merah yang berada di hujung jalan. Jelas jalan itu ditutup atas sebab-sebab tertentu.

Alara menoleh ke arah cermin sisi kereta sebelum dia menekan pedal minyak dengan lebih kuat. Kelajuan maksimum digunakan sebelum dia terus membuka pintu kereta dan melompat keluar dari kereta. Alara terus berguling-guling di atas tar sebelum dia memegang badannya yang terluka.

Audi putihnya meluncur laju masuk ke dalam gaung sebelum Hummer hitam itu melepasi Alara yang berada di tepi jalan.

Sretttt!

Hummer hitam itu memusing sebelum dia berhenti betul-betul di depan kon merah.

Vroom!

Alara menoleh ke arah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang berhenti betul-betul di sebelahnya. Ducati Panigale V4 bewarna hitam itu diperhati lama.

"Let's go!" kata si penunggang motosikal itu.

"Who the hell are you?" tanya Alara sambil mengerutkan dahinya. Penunggang motosikal itu memakai topi keledar penuh yang menutup wajahnya sekali gus tidak menampakkan sedikit pun wajahnya yang tertutup.

"Do you want to die or what?!" kata penunggang motosikal itu kuat.

Vroom!

Alara menoleh ke arah Hummer hitam yang sedang meluru laju ke arahnya.

"I choose the second one," kata Alara sebelum dia terus melompat naik ke belakang penunggang motosikal berkuasa tinggi itu sebelum penunggang itu memulas minyak dengan kuat.

Vroom!

Ducati hitam itu meluncur laju sebelum Alara memeluk si penunggang motosikal dengan kuat.

"Arghhhhhhh!" jerit Alara yang berada di belakang.

Ducati hitam itu meluncur dengan laju sehingga Hummer hitam yang tadi mengejar mereka kini sudah hilang dari pandangan.

Ducati hitam itu memarkir betul-betul di hadapan kondominium mewah keluarga Alara sebelum dia mematikan enjin motornya.

Alara terus melangkah turun sebelum dia berdiri betul-betul di sebelah motor berkuasa tinggi itu.

"Kau siapa? Macam mana kau tahu rumah aku dekat sini?" tanya Alara dingin.

"Lara!" panggil satu suara garau.

Menyedari kehadiran semua jejaka-jejaka kacak itu, dia terus menghidupkan enjinnya semula sebelum terus memulas minyak dengan kuat.

"Woi!" jerit Alara kuat tetapi dia langsung tidak mengendahkan jeritan gadis itu malah terus memecut pergi dari situ.

"Siapa perempuan tu?" tanya Aaden yang sudah berada di belakang Alara.

"Aik? Macam mana abang tahu dia perempuan? Kan tak nampak muka tu," kata Alara sambil mengerutkan dahinya.

"Sebab kami lelaki. Kami tahulah nak bezakan lelaki dengan perempuan," celah Javier pula.

"Lara tak nampak muka dia. Suara dia pun tak dengar jelas sebab helmet dia tu. Tapi dia yang selamatkan Lara," jawab Alara turut musykil dengan kehadiran gadis bermotor itu.

"Ducati siak. Bukan biasa-biasa ni," celah Silver yang berada di sebelah Aaden.

"Kau kenapa?" tanya Callisto kepada Alara yang kelihatan kusut itu. Pahal location kau ada dalam gaung?

"Uncle Ray kejar Lara tadi! Mujur Ducati tu datang selamatkan Lara," jawab Alara mendatar.

"Ray? Dia dah kembali selepas dua bulan menghilangkan diri?" tanya Javier.

"Kalau dia dah kembali, maknanya Fellen pun mesti dah kembali, kan?" kata Silver pula. Sudah dua bulan wanita itu menghilangkan dirinya. Yang paling tidak boleh dimaafkan, dia langsung tidak datang pada hari pernikahannya bersama Levi. Tetapi berita baiknya, Levi sudah pun memeluk agama Islam dan masih single.

Bukkk!

Alara memukul kepala Aaden dengan agak kuat.

"Kau kenapa?" tanya Aaden mendatar.

"Abang pergi mana?! Kenapa tak selamatkan Lara?!" jerit Alara kuat.

"Kau call aku cakap kau kena kejar dengan anjing. Lepastu kau nak aku buat apa? Kejar anjing tu balik?" kata Aaden sebelum dia menoleh untuk naik ke rumah mereka.

"Entah. Manalah kitorang tahu anjing tu Rayden. Lain kali cakap biar jelas sikit. Lain kali cakaplah manusia perangai anjing. Haa kalau macam tu kitorang fahamlah. Kalau tak Ray, mesti Cay," kata Javier pula.

Alpha hanya berdiri kaku di tempatnya. Rayden?

Mereka semua masuk ke dalam rumah sebelum Aaden terus menoleh ke arah Alara.

"Jangan beritahu apa-apa dekat Cay. Aku taknak dia risau kat sana. Nanti dia balik sini, dia akan tahu sendiri," kata Aaden tegas.

"Bosanlah Cay dengan Avia takda! Lara penat dengan hidup ni! Menci! Menci! Nak bunuh diri!" kata Alara sebelum dia mencekik dirinya sendiri.

"Ikut kaulah," kata Aaden sebelum dia melangkah ke ruang tamu.

"Tak caring langsung! Cay lagi caring dari abang! Patutlah Avia sayang Cay berbanding abang!" kata Alara sambil melipat tangannya.

Langkah Aaden terus terhenti sebelum dia kaku tidak bergerak. Callisto, Javier dan Silver terus memandang antara satu sama lain. Alpha pula hanya kaku di sofa ruang tamu.

"Betullah tu," kata Aaden perlahan. Dia kemudian terus melangkah naik ke tingkat atas sebelum menghilangkan diri ke dalam biliknya.

"Belajar cara hormat orang sikit," kata Callisto sebelum dia turut melangkah naik ke tingkat atas.

Alara yang mendengar itu terus terdiam. Sepanjang 19 tahun dia hidup, jejaka dingin itu tidak pernah menegurnya sebegitu. Itulah pertama kali dia ditegur oleh Callisto.

"Lara salah cakap ke?" tanya Alara perlahan.

Dengan perlahan Alpha menganggukkan kepalanya.

Aaden melangkah turun dari tingkat atas dengan baju yang sudah ditukar. Dia mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja kopi sebelum dia terus melangkah ke pintu rumah.

"Abang nak pergi mana?" tanya Alara perlahan.

"Keluar kejap. Pha, jaga rumah," kata Aaden kepada Alpha.

"Dia suruh Alpha jaga rumah? Dia tak nampak ke kita berdua tercongok dekat sini?" kata Javier mendatar.

"Ayah aku cakap aku tak boleh jaga rumah. Sebab nanti kalau pencuri masuk rumah, aku ajak dia minum kopi," kata Silver sambil tersenyum lebar.

Alara hanya mendiamkan diri sebelum Aaden melangkah keluar dari rumah. Dengan perlahan-lahan Alara melangkah ke arah Alpha.

"Abang Din merajuk dengan Lara ke? Macam mana Lara nak pujuk abang?" tanya Alara kepada Alpha.

Alpha hanya mendiamkan diri sebelum dia membuka telefon bimbitnya. Dia menaip di skrin telefon bimbit sebelum skrin itu ditunjuk ke arah Alara. Alara merenung ke arah gambar biskut yang ditunjuk oleh Alara.

Alpha menganggukkan kepalanya beberapa kali. Sudah lama dia teringin biskut cip coklat buatan sendiri.

"Lara kena buat biskut ni ke untuk pujuk abang Din?" tanya Alara dengan dahi yang berkerut.

Alpha tidak menjawab malah hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Okay! Sil, Vier! Jom teman Lara buat biskut!" kata Alara kuat.

"Wah! Sedapnya biskut! Yeay nak sekut!" kata Silver kuat.

Aaden melangkah keluar dari keretanya sebelum dia terus berjalan-jalan di tengah bandar Kuala Lumpur. Kedua belah tangannya terletak elok di dalam poket hoodie hitam yang dipakai.

Aaden membelek jam tangannya yang sudah menginjak pukul 12.00 malam. Sudah lima jam dia mengambil angin di luar. Otaknya kusut memikirkan kata-kata adiknya siang tadi. Aku tak caring? Sebab tu ke Avia tak cintakan aku?

Tiba-tiba kedengaran bunyi kekecohan dari belakang kedai sebelum ramai lelaki berlari lintang-pukang menyelamatkan diri.

Aaden mengerutkan dahinya sebelum dia melangkah ke arah bunyi bising tersebut. Perlahan-lahan Aaden mengintai di belakang kedai. Terdapat seorang lelaki sedang memukul seorang lagi lelaki manakala lima orang lagi lelaki sudah terbaring di atas tar. Di tepi tong sampah belakang kedai itu pula terdapat seorang gadis yang sedang menangis ketakutan. Apa pulak ni? Gangster jalanan ke?

Tiba-tiba bahu Aaden dipegang dari belakang. Aaden terus menoleh ke arah lelaki berpakaian serba hitam itu sebelum dia terus ditarik dengan kuat oleh lelaki itu.

"Bro. Ada sorang lagi terlepas ni," kata Ezra sambil membawa Aaden ke arah lelaki yang sedang memukul seorang lagi lelaki.

Dia terus menghentikan pukulannya sebelum dia menoleh ke arah Aaden. Dahinya dikerutkan. Aaden hanya diam tanpa kata.

"Lepaskan dia," kata Ardy sebelum dia terus menoleh ke arah gadis yang sedang menangis di tepi tong sampah. Dia kemudian melangkah ke arah gadis itu.

"Pergi balik. Bahaya duduk sini sorang-sorang," kata Ardy mendatar.

Gadis itu terus bangun dari duduknya sebelum dia berlari pergi dari situ.

Ezra melepaskan pegangannya sebelum Aaden hanya diam tanpa kata.

"Pergilah. Buat apa lagi kat sini wahai mat saleh celup?" tanya Ezra mendatar.

"Dia faham Melayu," kata Ardy mendatar.

"Hah? Macam mana kau tahu?" tanya Ezra dengan dahi yang berkerut.

"Mestilah aku tahu. US Mafia, right?" tanya Ardy sebelum dia menoleh ke arah Aaden.

"Mafia? Dia ni mafia ke? Asal nampak macam tak? Macam lembab je," kata Ezra selamba. Aaden masih lagi kaku di tempatnya. Matanya menoleh ke arah dua buah Ducati yang berada tidak jauh dari mereka.

"Kau siapa? Macam mana kau boleh kenal aku?" Aaden yang diam sedari tadi akhirnya mengeluarkan kata-kata.

"Haha. Tak sangka kita akan berjumpa dengan cara macam ni," kata Ardy sebelum mengukir senyum nipis. Dia melangkah ke arah Ducati hitam sebelum enjin motornya dihidupkan.

Ezra turut melangkah ke arah motornya sebelum dia turut menghidupkan enjin motor.

"Jumpa lagi, Aaden Ferdy Louise," kata Ardy sebelum mereka berdua terus meninggalkan Aaden sendirian di situ.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aaden melangkah masuk ke dalam rumah sebelum dia menutup pintu dengan rapat. Matanya terus terpandang sepinggan biskut yang berada di atas meja kopi. Di sebelah pinggan itu terdapat sekeping surat bewarna ungu. Aaden mencapai surat itu sebelum dia membaca di dalam hati.

'Khas buat abangku Din. Sorry kalau Lara buat abang marah. Janganlah merajuk lama-lama. Nanti tak hensem dah muka tu! Rasalah biskut yang Lara buat ni. Sedap tau! Dibuat dengan penuh kasih sayang! Love you abang!'

Aaden mengukir senyum nipis sebelum dia mencapai biskut cip coklat yang berada di atas pinggan. Biskut itu terus disuap ke dalam mulut sebelum dia menyimpan surat itu ke dalam poket seluarnya.

Kaki melangkah ke dapur untuk mengambil air sebelum dia membuka suis lampu dapur yang gelap gelita itu.

Mata terbungkam selepas melihat Alpha yang sedang duduk di meja makan. Terkejut aku sial. Macam hantu.

"Kau buat apa dekat dapur pagi buta ni?" tanya Aaden sambil mengerutkan dahinya.

Alpha tidak menjawab malah terus mengangkat tangannya yang sedang memegang biskut cip coklat. Mulutnya sibuk menyunyah biskut.

Aaden mengerutkan dahinya sebelum dia menutup kembali lampu dapur. Dia ni gila ke apa makan dalam gelap? Ya Allah tak tahanlah aku hidup dengan mamat rambut putih ni.

Aaden melangkah naik ke tingkat atas sebelum dia terus berdiri di depan pintu bilik adiknya. Tombol pintu dipegang sebelum pintu bilik itu dibuka dengan perlahan. Kepalanya diintai ke dalam sebelum dia memandang ke arah Alara yang sudah nyenyak di atas katil.

Aaden melangkah masuk ke dalam bilik adiknya sebelum dia terus ke tepi katil Alara. Dia menarik selimut hingga ke bahu adiknya sebelum dia mengusap rambut Alara dengan lembut. Love you too, Lara.

Rayden melangkah masuk ke dalam rumahnya sebelum dia mencampak kunci kereta di atas sofa rumahnya yang baru.

Otaknya ligat memikirkan dengan apa yang berlaku pada siang tadi. Siapa perempuan tu? Kenapa dia tolong Lara?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro