Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua minggu kemudian...

Aaden melangkah masuk ke dalam kelasnya sebelum dia menoleh ke arah Hans yang sedang memandang ke arahnya. Pahal?

          Hans menoleh ke arah berlainan sebelum dia menekan-nekan papan komputer ribanya. Hensem betul mamat ni. Tak peliklah kalau semua perempuan minat dia. Mak bapak dia kerja apa agak-agaknya?

          "Ferdy! Nah, I ada bawak sushi yang mummy I buat sendiri. Rasalah," kata Fify sambil menghulur sebekas sushi yang dibawa dari rumah khas untuk Aaden.

          "Thanks," kata Aaden sebelum menyambut huluran Fify. Bekas bewarna merah itu bertukar tangan sebelum Aaden terus melangkah ke mejanya.

          "Weh! Dia ambik weh!," kata Fify kepada Azreen dan Jeni.

          Azreen dan Jeni hanya tersenyum lebar melihat kawannya yang kegembiraan itu.

          Aaden meletakkan bekas merah itu di atas mejanya sebelum dia memasang airpod miliknya.

          Hans melangkah ke arah Aaden sebelum dia hanya memandang ke arah Aaden. Aaden yang menyedari kehadiran Hans itu terus mengangkat keningnya sedikit. Airpodnya ditanggal semula.

          "Miss Vivian dah beritahu kau belum yang kau kena reseat paper semula?," tanya Hans mendatar.

          "Asal?," tanya Aaden sepatah. Pahal aku kena reseat paper pulak? Aku gagal ke? Takkanlah. Aku bukannya bodoh macam bapak aku.

          "Kertas jawapan kau rosak. Kertas kau penuh dengan air kopi. Tak tahu siapa yang buat macamtu. Miss tak sempat tanda lagi paper tu tapi dah rosak. Tu je pilihan yang kau ada," kata Hans mendatar. Dia merupakan ketua pelajar di grade 12 dan merupakan pembantu guru-guru yang mengajar di dalam kelas itu. Dia terpilih menjadi ketua pelajar hanyalah kerana dia  pelajar terbaik di grade 12.

          Aaden hanya terdiam mendengarkan itu. Kopi? Rosak? Bullshit lah semua ni. Celaka mana yang dengki sangat dengan aku ni?

          "Kau okay tak? Nak aku tolong?," tanya Hans perlahan. Niatnya baik untuk membantu Aaden.

          Aaden yang mendengar itu hanya merenung ke dalam anak mata milik Hans. Nak tolong? Boleh. Tolong duduk tempat kau jangan nak semak depan aku ni.

          Pintu kelas dibuka dari luar sebelum Miss Vivian melangkah masuk dengan buku di tangannya.

          "To your seat class!," kata Miss Vivian kuat. Semua pelajar terus mengambil tempat masing-masing termasuklah Hans.

          "Ferdy. I'm sorry to tell you this. Awak terpaksa jawab ujian semula memandangkan kertas jawapan awak rosak," kata Miss Vivian kepada Aaden yang sedang memandang ke arahnya.

           Satu kelas terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Miss Vivian. Jawab semula?! Gila! Soalan dahlah susah. Macam mana nak jawab semula? Gila. Jawab sekali pun rasa dah nak mati, inikan pula jawab semula.

          Zain, Zareef dan Zafriel hanya tersenyum mendengarkan itu. Kertas jawapan rosak? Hahaha padan muka kau.

          "Are you okay Ferdy?," tanya Miss Vivian lembut.

          Aaden hanya mendiamkan diri.

          "Kamu boleh jawab exam dekat dalam studio muzik memandangkan bilik itu tidak digunakan dalam masa terdekat. Kalau boleh, siapkan sebelum waktu break. Can you do that?," kata Miss Vivian lagi.

          "Sure," kata Aaden sepatah. Dia terus bangun dari duduknya. Sebatang pen diambil sebelum dia terus melangkah untuk ke studio muzik.

          Aaden berdiri di hadapan Miss Vivian sebelum dia mendekatkan wajahnya ke telinga gadis itu.

          "If something like this happen again, aku takkan duduk diam," bisik Aaden perlahan. Hanya Miss Vivian dan dirinya sahaja yang mampu mendengar.

          Miss Vivian terdiam dengan kata-kata Aaden. Benar, lelaki itu berhak marah. Siapa je yang suka jawab exam berulang kali? Takda siapa.

          Aaden tersenyum nipis sebelum dia terus melangkah keluar dari kelas. Hans hanya memandang lelaki itu dengan rasa simpati.

          Tiga jam kemudian...

          Aaden melangkah ke arah meja bulat yang sedang diduduki oleh kawan-kawannya yang lain.

          "Apa cerita? Macam mana kau boleh reseat paper pulak?," tanya Javier kepada Aaden.

          "Entah. Malas fikir," jawab Aaden sebelum dia mencapai jus oren yang berada di atas meja. Jus oren itu disedut dengan rakus.

          "Kalau ya pun agak-agaklah. Tu air aku cibai. Jangan buat dahaga sangat boleh tak?," kata Cayden mendatar.

          "Eh suka hati akulah. Kau pergi ambik air lain," kata Aaden sambil menghabiskan jus oren milik Cayden.

           "Avia!," jerit Silver kepada Avia. Gadis itu sedang elok berjalan menuju ke cafe dengan tangan yang elok memegang dua buah buku.

           Aaden, Callisto, Cayden dan Javier terus menoleh ke arah Avia yang sedang tercegat di hujung cafe.

          "Marilah sini!," jerit Silver agak kuat.

          Avia memandang ke arah kumpulan mat saleh hot itu sebelum dia menoleh ke arah berlainan. Dia kemudian terus meninggalkan cafe.

          "Pahal awek kau tu? Gaduh ke?," tanya Cayden kepada Silver.

          Silver hanya mendiamkan diri. Sejak semalam Avia cuba untuk mengelak dari bercakap dengannya. Masa exam haritu elok je? Kenapa minah ni?

          Aaden dan Callisto mengerutkan dahi masing-masing. Aik? Pahal minah tu?

          Avia melangkah masuk ke dalam tandas wanita sebelum dia memandang ke arah cermin. Kejam ke aku? Kenapa aku kena layan dia macam tu?

          Avia membelek telefon bimbitnya sebelum membuka gambar yang telah ditangkap pagi semalam.

          Semua yang ditangkap adalah gambar keputusan peperiksaan Callisto, Cayden, Javier dan Silver. Hanya keputusan Aaden sahaja masih tiada rekod. Mereka semua mendapat markah penuh. Straigh As plus bagi semua subjek kecuali Javier yang mendapat A minus bagi beberapa subjek. Gila! Macam mana diorang boleh dapat straight As sedangkan diorang baru masuk sekolah seminggu dan terus kena ambik exam?!

          Avia kemudian membelek lagi gambar yang seterusnya. Di situ terdapat gambar data maklumat pelajar yang telah dia curi-curi tengok di komputer riba gurunya.

          'Aaden Ferdy Louise'

          'Callisto Louise'

          'Karl Cayden William'

          'Mark Javier William'

          'Silver Daren Riverra'.

          "Diorang... Diorang anak pemilik sekolah...," bisik Avia sendiri. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya semalam. Tapi kenapa diorang sorokkan benda tu?

          "Patutlah...," bisik Avia lagi. Dia baru teringat yang Silver sentiasa tulis namanya 'Silver Daren' di semua bukunya. Langsung tidak ditulis 'Riverra' pada bukunya.

          "Apa kau buat?," tanya satu suara yang baru masuk ke tandas wanita.

          Avia menoleh sebelum dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kot sekolahnya.

          "Aku tanya apa kau buat?," tanya Alara sambil melangkah mendekati Avia.

          "Takda... Takda apa...," kata Avia sebelum dia mengambil buku-bukunya untuk melangkah pergi.

          Alara ditinggalkan di situ sendirian sebelum gadis itu tersenyum nipis. Apasal dia takut sangat dengan aku?

          Alara membelek rambutnya yang panjang itu sebelum dia mencuci tangan di sinki tandas.

          Tiba-tiba lampu di dalam tandas berkelip beberapa kali. Alara memandang ke arah lampu tandas sebelum dia berlari keluar dari tandas.

          Zain, Zareef dan Zafriel melangkah mendekati Avia sebelum dua buah buku bertukar tangan.

          "Good job," kata Zain sambil membelek buku-bukunya.

          Avia hanya menundukkan kepalanya tanpa suara. Takut kalau-kalau dia dibuli lagi.

          "Nah upah kau. Pergi bawak bapak kau keluar makan sedap-sedap. Mesti bapak kau hari-hari makan roti je kan? Hahhaha," kata Zain sambil melempar not 50 ke atas lantai.

          Avia menunduk untuk mengutip not 50 ringgit itu sebelum tangannya dipijak oleh Zain.

          "Argghhh...," Avia mengerang kesakitan selepas tangannya dipijak dengan agak kuat.

          Zareef terus menuang jus oren ke atas kepala Avia sebelum gadis itu basah lencun dengan jus oren.

          "Hahahahahaha," gelak Zain, Zareef dan Zafriel.

          Zain terus menyepak Avia supaya menjauhinya. Jijik!

          "Aduh...," Avia mengerang kesakitan selepas perutnya disepak kuat oleh Zain. Dia terduduk di atas lantai. Air mata sudah mulai mengalir dengan perlahan.

          "Kau tu orang miskin! Sedar sikit diri yang kau tu tak layak duduk kat sekolah ni!," kata Zain kuat.

           Avia hanya menundukkan kepalanya. Air matanya sudah mengalir dengan deras. Abah... Tolong Avia... Tolong Avia abah.... Via datang sini cuma nak belajar... Via cuma nak banggakan abah... Kenapa Via dilayan seperti ini... Hina sangat ke jadi miskin...

          "Siapa yang tak layak? Kau ke dia?," tanya satu suara garau dari arah belakang Zain, Zareef dan Zafriel.

           Mereka bertiga terus menoleh ke arah si pemilik suara.

          "Seronok nampak?," tanya Cayden lagi. Aaden, Callisto, Javier dan Silver turut berada di sebelah Cayden. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

          "Kau nak apa sial? Tak payah nak berlagak hero kat sini boleh tak?," kata Zain sambil tersenyum sinis.

          Avia mengangkat kepalanya sebelum dia memandang ke arah kumpulan mat saleh itu. Coolnya mereka.

          Cayden melangkah menghampiri Zain sebelum dia menarik tali leher lelaki itu supaya mendekatinya.

          "Kau nak mati ke setan?!," jerit Zain kuat.

          "Kau tu yang nak mati!," tengking Cayden kuat.

          Zain terdiam selepas ditengking sebegitu. Anak mata biru milik Cayden menikam anak mata hitamnya sedalam-dalamnya.

          "Jangan uji kesabaran akulah anjing," kata Cayden sebelum dia terus menumbuk pipi Zain dengan kuat.

          Bukk!!

          Zain tersungkur ke atas lantai sebelum dia menyeka darah halus yang mengalir di bibirnya.

          "Tak guna!," jerit Zareef sebelum lelaki itu mengangkat tangannya untuk menumbuk Cayden semula.

          Malangnya Cayden sempat mengelak sebelum menyepak dadanya dengan kuat. Lelaki itu turut tersungkur ke atas lantai.

          Zafriel yang melihat itu hanya mendiamkan diri.

          Avia jelas terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia terkejut dengan Cayden yang telah menunjukkan taringnya. Hebat gila dia!

          "Your turn. Come here," kata Cayden kepada Zafriel.

          Lelaki itu menggelengkan kepalanya beberapa kali tanda takut.

          Aaden dan Callisto hanya mengukir senyum nipis. Huh! Lemah. Tu baru Cayden. Macam mana nak lawan kitorang ni?

          "Berambus sekarang. Puih!," kata Cayden sebelum dia meludah ke arah Zain.

          Zain, Zareef dan Zafriel terus melangkah jauh dari Cayden.

          "Kau tunggu...," kata Zain sambil menunjuk jari tengah ke arah Cayden. Mereka terus melangkah meninggalkan kumpulan mat saleh dan Avia di situ.

          "You okay?," tanya Silver sambil melangkah menghampiri Avia yang sudah basah lencun itu.

          Avia mengambil not 50 ringgit sebelum disimpan ke dalam kocek kot sekolahnya. Dia terus bangun dari duduknya. Kaki mahu melangkah meninggalkan mereka.

          "Tunggu," kata Silver sambil menarik kot sekolah Avia.

          "Korang nak apa?!," jerit Avia kuat. Air matanya masih mengalir tetapi tidak sederas tadi.

          Aaden, Callisto, Cayden, Javier dan Silver jelas terkejut dengan tengkingan gadis itu.

          "Kenapa? Apa salah I? Apa salah kitorang? Kenapa you nak lari daripada kitorang?," tanya Silver mendatar.

          "Saya nak balik kelas. Tolong lepas," kata Avia mendatar.

          "Kenapa kau sanggup jadi hamba diorang hanya semata nak duit? Banyak sangat ke RM50 tu bagi kau?," tanya Cayden mendatar.

          "Korang tak tahu apa-apa... Korang tak tahu apa-apa...," kata Avia perlahan.

          Aaden hanya memerhati tanpa kata. Biar mereka yang uruskan semuanya.

          "Sebab kitorang tak tahulah kau kena bagitahu!," kata Cayden agak kuat.

          "Saya orang susah! Saya perlukan duit! Saya dah tak sanggup nak tengok abah makan roti hari-hari! Apa salahnya saya tolong diorang buat homework hanya untuk dapatkan upah?! Saya bukan macam korang! Anak pemilik sekolah! Tak study pun boleh dapat straight A!," kata Avia kuat.

          Mereka berlima terkejut dengan pengakuan gadis polos di hadapannya itu. Macam mana dia tahu?

          "Saya bukan anak jutawan macam korang... Datang sekolah naik kereta panjang... Saya jalan kaki je... Saya orang susah... Saya perlukan duit untuk tolong ayah saya...," kata Avia dalam tangisannya.

          "Habistu kenapa kena abaikan I macam I ada buat salah dekat you? Apa salahnya jadi anak owner sekolah?," tanya Silver yang masih tidak berpuas hati.

          "Sebab awak dah jadi pelajar terbaik...," kata Avia perlahan. Dia menundukkan kepalanya sedikit.

          "Ha?," tanya Silver tidak mengerti.

          "Saya pergi bilik guru semalam untuk ambil buku latihan saya. Tapi saya ternampak rekod keputusan exam dekat dalam bilik guru," kata Avia lagi.

          "Pastu?," tanya Cayden pula.

          "Awak dah kalahkan saya... Saya pegang rekod pelajar terbaik di grade 10 dari dulu. Tapi lepas awak datang, saya jatuh. Awak dapat pelajar terbaik. Awak dapat straight As plus. Tapi saya ada dapat A solid," terang Avia lagi.

          "Takkan sebab tu pun kau nak marah sangat? Kau memang suka bersaing macam ni ke?," tanya Cayden lagi.

          "Biasiswa saya akan ditarik kalau result saya jatuh... Macam mana saya nak bahagiakan abah kalau biasiswa saya kena tarik...," terang Avia supaya mereka faham mengapa dia terlalu kecewa.

          Aaden dan Callisto masih diam seperti batu. Oh jadinya dia ni lah satu dalam sepuluh yang dapat biasiswa penuh dari syarikat bapa mereka? Nak respond apa ni? Nak kena bagi dia tisu ke? Ke nak kena lap air mata dia?

          "Avia... Janganlah macam ni...," pujuk Silver lembut.

          "Korang penipu! Saya tak percaya korang boleh dapat result bagus macam tu sedangkan korang baru mula sekolah seminggu sebelum exam! Korang mesti gunakan mak bapak korang untuk dapat result macam tu kan?! Betul tak apa saya cakap?!," kata Avia kuat.

          "Apa you merepek ni? Kitorang tak pernah gunakan mak bapak kitorang untuk dapat result bagus," kata Silver dengan kening yang dikerut.

          "Tepi!," kata Avia kuat sebelum dia terus menyentak tangan Silver yang memegang kot sekolahnya. Kaki terus berlari meninggalkan mereka di situ.

          "Korang dapat straight As tu aku tak pelik pun. Yang kau pahal boleh dapat straight As?," tanya Aaden kepada Cayden.

          "Aku suruh hantu jawabkan paper aku," jawab Cayden selamba. Kening diangkat beberapa kali. Bangga la tu?

          "Hantu?," tanya Aaden, Javier dan Silver serentak.

          "Hantu tu," kata Cayden sambil menunjuk ke arah Callisto. Benar, Callisto lah yang menjawab semua kertas soalan peperiksaan milik Cayden.

          Callisto menayang senyuman manis sebelum dia mengangkat jari 'peace' ke arah mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro