Bab 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah keluar dari bilik wad bapanya sebelum dia terus berjalan-jalan di kawasan hospital. Tinggal di hospital menemani bapanya sangat membosankan kerana tiada apa yang boleh dibuat di sana.

Avia berjalan ke sekeliling sebelum dia merasakan ada seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Dengan perasaan takut, dia melangkah dengan lebih pantas untuk melarikan diri. Tetapi bunyi tapak kaki yang mengekornya itu masih kedengaran malah lebih kuat.

Tanpa berfikir panjang, Avia terus melangkah masuk ke dalam sebuah bilik tanpa membaca papan tanda yang berada di depan pintu bilik itu.

"Avia?" tegur satu suara garau dari tengah bilik itu.

Avia terus menoleh ke arah si pemilik suara yang sedang duduk di atas katil hospital.

"Uncle?" Dahi Avia kerut seribut. Dia memang ke arah sekeliling bilik yang menempatkan lelaki yang agak berusia itu.

"Why are you here?" tanya Levi mendatar.

"Abah saya sakit. Saya teman abah dekat hospital. Uncle buat apa dekat sini? Uncle sakit ke?" tanya Avia dengan wajah tanpa reaksi.

"Oh...," kata Levi sebelum dia terus bangun dari duduknya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Avia yang berada di tengah-tengah bilik.

"Uncle sakit apa? Yang lain tahu tak uncle sakit?" tanya Avia prihatin.

"They don't need to know I am here. And you're gonna keep the secret for me, don't you?" kata Levi dengan wajah tanpa reaksi.

"Tapi kenapa?"

"Aku tak nak dia orang risau. Lagi, lagi Alpha," kata Levi sebelum dia melangkah ke arah peti sejuk kecil yang berada di dalam bilik itu.

"Uncle sakit apa?" soal Avia lagi. Jejaka kacak bermata hijau itu langsung tidak menjawab soalannya sedari tadi.

"Doesn't matter. I think you should leave now," kata Levi mendatar sambil membuka tin air yang baru sahaja diambil dari dalam peti sejuk. Air tin diteguk dengan perlahan.

"Tak ada orang yang teman uncle dekat sini ke?" soal Avia yang masih tertanya-tanya.

Levi tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri. Soalan Avia dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Kalau uncle tak nak sesiapa tahu yang uncle sakit, uncle kena beri saya teman uncle dekat sini. Dan saya nak tahu uncle sakit apa. Kalau uncle tak nak beritahu saya, apa kata kalau saya call...," belum sempat Avia menghabiskan ayatnya. Levi terus merampas telefon bimbit Avia yang berada di tangan.

"Alright, alright. No need to blackmail me," kata Levi sebelum dia melangkah ke arah katil semula.

"Hihi. Jadi? Uncle tak nak cerita pada saya ke?" Avia melangkah mendekati katil milik Levi sebelum dia mengambil tempat di sofa sebelah katil.

"Rayden," kata Levi sepatah.

"Uncle Rayden? Kenapa dengan dia?" 


Airis melangkah keluar dari Mercedes miliknya sebelum dia terus masuk ke dalam pasaraya untuk membeli barangan dapur. Sudah menjadi rutin mingguannya untuk membantu menyediakan barangan dapur buat keluarganya.

"Tepung, gula, susu...," kata Airis sendiri. Matanya sibuk mencari-cari barangan yang hendak dibeli.

"Sorang je?" tegur satu suara garau dari belakang Airis.

Airis terus menoleh ke arah si pemilik suara sebelum dia memandang ke arah Aaden dan Callisto silih berganti.

"Ha'ah sorang je. Buat apa dekat sini?" tanya Airis mendatar.

Callisto hanya memerhati tanpa kata. Beli baranglah, takkan memancing pula.

"Beli barang dapur sikit. Need a company?" tanya Aaden mendatar.

"Boleh juga. Berdua je ke?"

"Hm. Yang lain tengah tidur dekat rumah," jawab Aaden sebelum dia terus menolak troli Airis.

Mereka berdua berjalan beriringan sambil mencari barangan yang diperlukan sebelum Airis menoleh ke arah Callisto yang berada di belakang mereka. Lelaki dingin itu hanya mengekor mereka berdua seperti anak ayam. Langsung tidak berkata-kata.

Callisto yang menyedari dirinya diperhati terus memandang ke arah Airis tanpa reaksi. Asal? Nak tumbuk?

"Kenapa?" soal Aaden sambil menoleh ke arah Airis dan Callisto.

"Saya nak bercakap dengan awak sekejap, boleh?" kata Airis kepada Aaden.

"We are"

"No, I meant... Berdua," kata Airis dengan senyuman nipis. 

"Oh... Kal, kau tunggu dekat kereta," kata Aaden kepada sahabatnya. Callisto tidak membantah malah terus melangkah pergi meninggalkan mereka berdua di situ. Finally...

"Apa dia?" 

"Emm... Berkaitan perkara yang awak cakap semalam," Airis cuba untuk memulakan perbincangan yang serius.

"Hm? Perkara apa?" soal Aaden dengan kening yang diangkat sedikit.

"Emm... K—Kahwin?"

"Oh... Kenapa dengan kahwin?" soal Aaden tidak mengerti.

"Awak serius ke ajak saya kahwin? Awak tak rasa terlalu awal ke untuk kita pergi ke tahap tu?" soal Airis sambil menggosok tangannya sendiri.

"Jarang aku main-main. Kenapa? Kau tak nak kahwin dengan aku?" 

"Bukan macam tu. Saya cuma rasa kita ni macam terlalu awal untuk pergi ke arah tu. Lagipun awak tak kenal saya sepenuhnya. Saya pun tak kenal awak sepenuhnya," kata Airis lembut.

"Mungkin aku tak kenal kau sepenuhnya. Tapi kau kenal aku sepenuhnya," kata Aaden mendatar.

"Hah? Apa maksud awak?" Airis menoleh ke arah berlainan. Cuba untuk tidak bertentang mata dengan jejaka yang telah mencuri hatinya itu. Apa yang dia tahu?! Dia tahu ke aku stalker dia?!

Aaden mengukir senyuman nipis sebelum dia menghela nafas panjang.

"Sebab itulah aku ajak kau kahwin. Sebab aku nak kenal kau dengan lebih dalam. Aku nak tahu segala-galanya pasal kau," kata Aaden sebelum dia masukkan beberapa barangan dapur ke dalam troli.

"Tapi awak tahu tak kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main? Perkahwinan ni bukan sementara tau! Ianya sampai bila-bila. Lagipun ada berjuta lagi perempuan lain dekat dunia ni yang nak dekat awak," kata Airis sambil mengekor langkah Aaden yang sudah ke hadapan.

"Betul. Dan aku pilih kau," jawab Aaden ringkas dan penuh keyakinan.

Airis yang mendengar itu terus merah menyala wajahnya. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada lelaki itu. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tetapi dia sedar diri dan tidak pernah beranikan diri untuk berkenalan dengan lelaki itu.

"Kenapa awak pilih saya? Macam mana kalau suatu hari nanti awak kecewa dengan saya?" soal Airis yang memikirkan tentang statusnya yang merupakan jutawan sama seperti Aaden.

"Belum apa-apa kau dah rancang nak kecewakan aku?"

"Bukan macam tu maksud saya. Saya cuma takut awak kecewa lepas dah kenal saya dengan lebih dalam. Saya takut awak menyesal," kata Airis sambil menunduk.

"I won't. Aku akan lebih menyesal kalau lepaskan kau pada lelaki lain," kata Aaden sebelum dia menayangkan senyuman nipis yang ikhlas.

"Kenapa awak macam terburu-buru?"

"Kenapa kau nampak macam takut?" soal Aaden kembali. Kening sebelahnya diangkat sedikit.

"Hah? Takut? Mana ada saya takut? Buat apa saya nak takut?" kata Airis sebelum dia menoleh ke arah berlainan. Kakinya terus melangkah ke hadapan meninggalkan Aaden di belakang.

"Habistu?" cepat-cepat Aaden mengekor langkah gadis itu.

"Perkahwinan bukannya satu permainan, Ferdy. Macam mana kita nak kahwin kalau kita tak ada rasa suka...," tidak sempat Airis menghabiskan ayatnya, laju sahaja dipotong.

"Siapa kata aku tak suka kau?" potong Aaden dengan pantas.

Airis terus terdiam tanpa kata. Lelaki itu benar-benar membuatkannya terdiam seribu bahasa.

"Atau kau yang tak suka aku?" soal Aaden lagi.

"Errr..."

"Okey, tak apa. Kalau kau tak suka aku, aku pergi ajak perempuan lain kahwin dengan aku," kata Aaden selamba sebelum dia terus meninggalkan troli milik Airis di situ. Kaki melangkah meninggalkan Airis seorang diri.

"Ferdy!" panggil Airis kuat. Kaki cepat-cepat mengejar lelaki itu dari belakang. "Tunggulah!"

"Hm? Nak apa?" soal Aaden mendatar.

"Aik? Takkan merajuk kut?" tanya Airis sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"So? Kau kan tak suka dekat aku, buat apa kau nak peduli aku merajuk atau tak?" Aaden melipat kedua belah tangannya ke dada.

"Hahahaha. Comel betul awak merajuk," Airis tersenyum lebar. Sungguh dia berasa jejaka di hadapannya itu sangat comel apabila merajuk.

"Apa yang kelakar?" Aaden menjelingkan matanya.

"Alolo comelnya dia merajuk. Tak macholah abang mafia merajuk hahahahaha," Airis melepaskan tawanya terbahak-bahak.

Aaden yang mendengar itu terus mengukir senyuman nipis. Mafia? Kau tahu aku mafia? Haha. You're so easy to read, Airis Arken.

"Tak habis lagi?" soal Aaden mendatar.

"Okey, okey. Saya dah habis gelak. Jomlah. Kesian kawan awak dah tunggu lama dekat kereta," kata Airis yang teringat tentang Callisto yang sedang menunggu Aaden di kereta.


Airis hanya berdiri kaku di hadapan pasaraya dengan tangan yang tidak henti menggosok tangannya sendiri.

"Sampai bila kau nak berdiri dekat sini? Mana kereta kau?" soal Aaden yang berada di sebelah Airis. 

"Errr...," Airis hanya memandang ke arah Mercedes miliknya yang tidak jauh dari situ. Basaklah aku kalau dia nampak kereta aku!

"Airis," panggil Aaden mendatar.

"Hah? Oh ya... Saya datang naik teksi tadi," kata Airis yang cuba untuk menutup kekayaannya itu.

"Teksi? Mana kereta yang aku belikan untuk kau?" kening Aaden sudah dinaikkan tinggi.

"Kereta tu tak ada minyak tadi. Sebab tulah saya naik teksi," jawab Airis dengan yakin.

"Naik akulah. Biar aku hantar kau balik," pelawa Aaden sambil menolak troli ke arah keretanya.

"Eh? Awak dah tak miskin ke? Dah dapat kad kredit awak semula?" tanya Airis yang menyedari lelaki itu menggunakan kad kredit bewarna hitam semasa membuat bayaran sebentar tadi.

"Tak. Aku pinjam kawan aku punya kad kredit," jawab Aaden jujur.

"Oh... Baik betul kawan awak. Mesti dia kaya macam awak juga, kan?" kata Airis mendatar.

"Jomlah. Kau berdiri dekat situ lagi buat apa?" soal Aaden yang menyedari Airis langsung tidak bergerak dari tempatnya.

Perlahan-lahan Airis melangkah juga mengekor langkah Aaden ke arah sebuah Lamborghini milik lelaki itu. Callisto yang berada di dalam kereta terus melangkah keluar untuk membantu Aaden mengangkat barangan dapur.

"Rumah kau dekat mana?" tanya Aaden sambil memasukkan barangan dapur ke dalam but belakang kereta.

"Errr... Dekat... Dekat...," tersekat-sekat Airis cuba untuk menjawab. Dekat mana?! Takkan aku nak tunjuk rumah aku dekat mana?! Arghh! Boleh jadi gila aku macam ni!

"Masuk," arah Aaden sepatah. Dia melangkah masuk ke tempat duduk pemandu sebelum Callisto membuka pintu tempat duduk belakang.

"Eh! Biar saya duduk belakang!" kata Airis sebelum dia terus memotong Callisto yang baru sahaja mahu masuk ke tempat duduk belakang.

Callisto hanya menjelingkan matanya sebelum dia terus melangkah ke tempat duduk sebelah pemandu.

"Rumah kau dekat mana?" tanya Aaden sambil menaikkan lengan bajunya hingga ke siku.

"Err...," Airis masih buntu tidak tahu apa yang mahu dijawab.

"Ke kau nak ikut aku balik?" usik Aaden mendatar.

"Hah?! Tak nak. Desa Setapak! Hah! Desa Setapak nama tempat tu," kata Airis dengan yakin.

Aaden terus menoleh ke arah Callisto yang berada di sebelah. Lelaki itu turut memandang ke arahnya.

"Okey"

Selepas beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di taman perumahan Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur.

"Lorong mana satu?" soal Aaden yang sedang memandu.

"Lorong ni! Haa awak berhenti dekat sini je," kata Airis sambil menunjuk ke arah lorong.

"Mana?" soal Aaden yang masih lagi tidak menghentikan pemanduannya.

"Berhenti jelah dekat sini. Awak!" kata Airis kuat.

"Aku nak pastikan kau selamat masuk dalam rumah," kata Aaden dengan wajah tanpa reaksi.

"Haih... Tu... Tu rumah saya," kata Airis sambil menunjuk ke arah sebuah rumah teres di lorong itu. 

Aaden terus menghentikan kenderaannya di hadapan rumah kepada rumah yang ditunjuk oleh Airis.

"Thanks hantarkan saya balik! Jumpa lagi nanti," kata Airis sebelum dia terus melangkah keluar dari kereta.

Aaden dan Callisto melangkah turun dari kereta sebelum Aaden membantu mengangkat barangan dapur milik Airis.

"Tak apa... Biar saya angkat. Tak berat pun," kata Airis sebelum merampas dua plastik barangan dapur dari tangan Aaden. Dia terus berdiri di hadapan rumah yang ditunjuk tadi dengan mata yang memandang ke arah Aaden.

Aaden dan Callisto hanya bersandar di tepi kereta sambil menunggu Airis masuk ke dalam rumah.

"Errr... Awak buat apa lagi dekat sini? Pergilah balik," halau Airis lembut.

"Masuklah dulu," kata Aaden sengaja mahu mengenakan gadis itu.

"Hah? Aduhhh...," bisik Airis sendiri sebelum dia terus menoleh ke arah 'rumahnya.' Bismillahirahmanirahim...

"Assalamualaikum...," Airis memberi salam sebelum dia membuka pagar rumah itu.

Aaden elok bersandar dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam poket seluar. Callisto pula bersandar pada kereta dengan kedua belah tangan dilipat ke dada.

"Airis?" tegur seorang jejaka dari dalam rumah itu.

"Hah! Abang! Jom masuk!" kata Airis kuat sebelum dia terus menolak lelaki itu supaya masuk ke dalam.

Aaden dan Callisto hanya memerhati tanpa kata.

"Abang?" soal lelaki itu dengan dahi yang berkerut. Mereka berdua melangkah masuk sebelum Airis terus menutup pintu rumah dengan rapat. Fuhh!

"Apa kau buat dekat sini? Dah gila ke?" tanya Danial yang masih keliru dengan apa yang berlaku. Danial Ashraf, merupakan kawan kepada Airis semasa zaman universiti.

"Kau ni diamlah! Janganlah cakap kuat-kuat," kata Airis sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.

"Airis! Ni rumah lelaki! Apa yang kau fikir kau dah buat?" tanya Danial dengan dahi yang berkerut.

"Mana mak bapak kau?"

"Mak bapak aku dah lama pindah. Sekarang aku tinggal dengan...," belum sempat ayatnya dihabiskan.

"Awek kau ke?" tanya satu suara garau dari arah dapur.

Airis terus menoleh ke arah dua orang jejaka yang baru melangkah keluar dari dapur. Kedua-dua mereka hanya memakai seluar pendek tanpa baju. Oh sh*t...

"Okey... This is totally a mistake...," kata Airis perlahan.

"Tak. Ni bukan awek aku. Ni kawan aku," kata Danial jujur.

"Cantik. Dia buat apa dekat sini?" tanya Syakir sambil bersandar pada dinding.

"Aku pun tak tahu," jawab Danial sambil mengangkat kedua bahunya.

"Okey, saya pergi dulu," kata Airis sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu. Matanya terbungkam selepas menyedari kereta Lamborghini milik Aaden masih berada di luar rumah. Dengan pantas Airis melangkah masuk ke dalam rumah semula.

"Lari dari siapa?" tanya Aizat sebelum dia terus melangkah ke pintu rumah.

"Jangan keluar!" kata Airis dengan wajah yang cuak.

"Kejap... Kau lari dari mamat bawa kereta mahal tu ke?" tanya Danial yang menyedari kereta mewah itu berada di hadapan rumah mereka.

"Panjang cerita... Boleh tak aku duduk sini sementara tunggu diorang blah?" tanya Airis dengan wajah yang dibuat-buat sedih.

"Boleh je. Tapi kau tak takut ke masuk rumah lelaki macam ni?" 

"Err..."

Danial, Syakir dan Aizat hanya memandang ke arah Airis yang tidak senang duduk itu.

"Tapi aku tak rasa perempuan ni boleh duduk sini lama. Sebab kejap lagi awek aku nak datang. Aku tak nak dia...," belum sempat Aizat menghabiskan ayatnya tiba-tiba kedengaran bunyi kereta diparkir di hadpan rumah.

"Panjang umur," kata Syakir dengan senyuman nakal.

Airis terus mengintai ke luar rumah. Seorang gadis yang cukup seksi sedang melangkah masuk ke dalam pagar rumah. Alamak!

"Babe!" panggil Liyana kuat.

Danial terus menepuk dahinya sendiri. Aduh!

"Kejap! Tunggu dekat luar!" kata Aizat dari dalam rumah.

"Kau bawak perempuan datang rumah?!" soal Airis dalam nada berbisik.

"Bukan aku okey!" kata Danial juga dalam nada berbisik.

"Tunggu luar? Tak pernah-pernah you suruh I tunggu dekat luar? Tiba-tiba je? You ada sorok apa-apa dari I ke?" tanya Liyana di hadapan pintu rumah.

"Pergilah sorok!" kata Syakir kepada Airis.

"Nak sorok dekat mana?" tanya Airis dengan wajah yang cuak.

"Tunggu kejap! Kawan I tengah bogel ni!" dalih Aizat.

"Wait... I dapat bau perfume perempuan. You bawa siapa datang rumah ni?! Buka pintu ni sekarang!" kata Liyana kuat. Dengan menggunakan kekuatan yang ada, dia terus menolak pintu dengan kuat.

Dengan kuat Syakir dan Aizat cuba menahan pintu dari terbuka.

"Buka pintu sekarang! Kalau tidak, I hancurkan motor you!" kata Liyana sebelum dia terus melangkah ke arah motor Yamaha RXZ yang berada di parkir rumah.

"Tunggulah sekejap!" kata Aizat kuat.

     Prang!

Liyana menyepak motor RXZ itu dengan kuat sehingga ia jatuh ke atas lantai.

"Bodohlah. Motor siapa dia sepak tu?" tanya Danial yang risau jika motornya menjadi mangsa.

"Liyana!" kata Aizat kuat sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah. Melihatkan pintu yang terbuka dengan luas, Liyana terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Mana? Mana perempuan tu?!" Liyana terus berlari ke dapur atas selepas melihat tiada siapa yang berada di ruang tamu kecuali dua jejaka Melayu yang kacak.

"Tak ada sesiapalah dekat sini. Kau nak cari apa?" soal Syakir sambil menjelingkan matanya. Cukup kenal dengan perangai teman wanita kawannya itu.

"I boleh bau perfume perempuan! Mana dia?!" tanya Liyana sebelum dia terus melangkah ke arah bilik teman lelakinya.

"Woi! Liyana!" 

"Arghhhhhh!" jerit Airis dan Liyana kuat.

Danial, Syakir dan Aizat menepuk dahi masing-masing.

"Kau siapa?! Perempuan tak guna!" jerit Liyana kuat. Dia melangkah ke arah Airis yang berada di belakang pintu sebelum menarik rambut Airis dengan kuat ke ruang tamu.

"Sakitlah! Sakit!" 

"Liyana! Bawak bersabar sikit!" kata Aizat sambil menarik tangan teman wanitanya.

"Lepaslah!" kata Airis kuat.

Mereka berdua bergelut di ruang tamu tanpa mempedulikan Aizat yang sedang cuba menarik teman wanitanya.

"Berani kau masuk dalam bilik pakwe aku?! Sial! Perempuan murahan!" jerit Liyana kuat.

"Manalah aku tahu tu bilik pakwe kau!" kata Airis kuat.

"Habistu kau buat apa dalam rumah ni?!"

"Korang! Sudahlah tu!" Aizat menarik Liyana dengan kuat sebelum gadis itu menggigit lengan Airis.

"Arghhhhhhh!" jerit Airis kuat.

     Bang!

Pintu rumah dibuka dengan kasar dari luar sebelum Danial, Syakir dan Aizat menoleh ke arah Aaden yang berada di hadapan pintu.

"Perempuan tak guna!" kata Airis kuat sambil memegang lengannya yang sudah berdarah.

Airis ditarik dengan kuat sebelum dia masih sibuk mahu membelasah perempuan yang telah menggigitnya itu.

Aaden terus mengangkat Airis ke atas bahu sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

Liyana jelas terkejut dengan kehadiran jejaka mat saleh yang telah mendukung Airis. Danial, Syakir dan Aizat pula hanya memerhati tanpa kata.

"Argh! Lepaslah! Turunkan aku!" jerit Airis sambil memukul belakang badan Aaden.

"I'll take care of her. Thank you," kata Aaden sebelum terus melangkah pergi dari situ.

Callisto melangkah masuk ke dalam rumah itu sebelum dia mencapai dua plastik barangan dapur milik Airis yang berada di atas kerusi sebelum dia terus melangkah keluar tanpa sepatah kata.

Danial, Syakir, Aizat dan Liyana masih terdiam tanpa kata.

"Lepaslah!" kata Airis kuat. Aaden menurunkan Airis ke bawah sebelum gadis itu membetulkan bajunya yang sudah comot.

"Awak dah kenapa?! Kenapa dukung saya macam tu depan dia orang?!" marah Airis kuat.

"Habistu? Kau nak aku biarkan kau bergaduh dengan perempuan tu?" soal Aaden mendatar.

"Biarlah saya nak gaduh dengan siapa pun! Yang awak tak reti nak balik lagi kenapa?! Kalau awak balik, mesti semua ni takkan jadi macam ni!" kata Airis sambil membetulkan rambutnya yang sudah kusut.

"Balik?" soal Aaden semula.

"Iyalah! Awak buat apa dekat sini lama-lama?! Tak reti nak balik ke?!"

Aaden menghela nafas panjang sebelum dia menoleh ke arah Cayden, Alpha, Javier dan Silver yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

"Dah tenang nanti baru kau bercakap dengan aku," kata Aaden sebelum dia terus melangkah masuk ke pagar. Malas mahu mendengar makian gadis itu.

Callisto melangkah ke arah Airis sebelum dia meletakkan dua plastik barangan dapur di tepi gadis itu.

Nafas Airis turun naik dengan pantas sebelum dia menoleh ke arah empat jejaka kacak yang sedang berdiri merenung ke arahnya. Hell no! Ni rumah dia orang?!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro