1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAYKAL memandang sekeping gambar yang sudah menjadi penghuni tetap di dalam wallet-nya selama tiga tahun. Tengku Aryana Raina, pemilik nama itu masih melekat dalam hatinya walaupun sedikit susah untuk dia menerima apa-apa khabar berita daripada gadis itu di Malaysia.

Tanpa disangka tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan gadis itu sejak dia terbang ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya bersama dengan empat lagi rakannya.

Sepanjang tempoh itu juga dia tidak mempunyai masa untuk pulang ke Malaysia akibat kesibukan yang melampau.

"Kal, we are off to class now" muncul Afieq di muka pintu bilik Haykal untuk memberitahu lelaki itu bahawa mereka akan ke kelas sebentar lagi.

"Coming" balas Haykal lalu menyimpan semula gambar Aryana. Beg galas yang sudah disediakan lebih awal di atas kerusi diambil lalu berjalan meninggalkan bilik tidurnya. Pintu ditutup rapat.



SEORANG gadis berjalan menuju ke arah cafeteria. Kaki terus berhenti apabila sudah tiba di hadapan kaunter untuk membuat pesananya.

"One vanilla latte" pesannya lalu menghulurkan sekeping kad untuk membuat pembayaran.

Mata meliar mencari tetap duduk yang kosong selepas mendapat minuman yang dipesannya. Kaki melangkah menghampiri meja kosong yang terletak di hujung cafeteria.

Buku diletakkan di atas meja manakala beg tangannya di kerusi kosong di sebelahnya.

"Awal kau hari ni" bahunya disentuh dari belakang. Pemilik suara itu berjalan ke hadapannya lalu mengambil tempat duduknya.

"Macam biasa" jawabnya mendatar.

"Untung la. Kalau aku ni geram betul dengan Prof. Hen tu" adunya.

"Prof. Hen? You mean Prof. Henry?" tebak gadis itu.

"Obviously, Tengku Aryana. Prof mana lagi yang suka cari pasal dengan aku" ujar Firna lalu menepuk dahinya.

"Aku rasa dengan semua lecturer kau macam tu, Firna Aulia" perli Aryana kembali.

Firna mencebik apabila dirinya tidak mendapat sokongan daripada kawannya sendiri. Tangan menongkat dagu di atas meja lalu membaca message yang diterima daripada Amelya.

Matanya membulat selepas membaca dengan teliti setiap baris ayat yang dihantar oleh Amelya itu.

"Seriously?" gumam Firna perlahan.

Namun, masih boleh ditangkap oleh Aryana yang duduk di hadapannya.

"What's wrong?" soal Aryana pelik. Pantas Firna menggelengkan kepalanya.

"Kau tak ada class ke lepas ni?" soal Firna menukar topik perbualan mereka.

"Ada. Kejap lagi" balas Aryana mengerling ke arah jam tangannya.

Firna hanya mengangguk.



"MANA Amel?" soal Raisya yang sudah duduk di tempatnya. Sementara menunggu kedatangan pensyarah, Raisya terlebih dahulu menjadi susuk tubuh Amelya.

"Kenapa kau cari aku?" tidak sempat Qirana membuka mulut, Amelya muncul di sebelah Raisya meletakkan buku di atas meja.

"Betul ke apa yang kau hantar tadi?" soal Raisya masih tidak percaya.

"I don't think so Airil main-main" balas Amelya dengan nada serius.

"Zariel tak bagitahu apa-apa pun dekat aku masalahnya" ujar Raisya. Masih sukar untuk dia percaya apabila Amelya memberitahu lima jejaka itu akan pulang ke Malaysia sekaligus menukar tempat belajar mereka ke sini.

Hal ini kerana, Zariel tidak memberitahu apa-apa kepadanya. Adakah jejaka itu merahsiakan sesuatu daripadanya? Mengapa secara tiba-tiba?

Mata Raisya jatuh melihat tubuh Aryana yang berjalan masuk ke dalam auditorium menuju ke arah mereka.

"Aryana is coming" tuturnya sekaligus memberi amaran kepada Qirana dan Amelya untuk menutup mulut mereka.

Aryana memijak anak tangga hingga ke barisan kerusi yang diduduki oleh Raisya, Amelya dan Qirana. Manakala Firna sudah pulang terlebih dahulu kerana kelasnya pada hari itu sudah tamat terlebih dahulu berbanding mereka yang mempunyai kelas sehingga petang.



"FIQRI Daniel, have you submitted your documents?" soal Zariel yang turun ke ruang tamu untuk ke dapur untuk mengisi air minumannya.

Fiqri yang sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen mengangguk.

"Kau ada bagitahu mereka kita balik ke?" soal Fiqri.

"Belum. But I think Airil has already told Amelya about us" balas Zariel sambil menuang air masak ke dalam gelas lalu meneguknya. Botol airnya yang sudah diisi dengan air diambil lalu berjalan ke ruang tamu.

"Kau ada dengar pasal Aryana?" soal Fiqri. Zariel memandang pelik kerana Fiqri tiba-tiba sahaja bertanyakan soal Aryana kepadanya. Tetapi sebenarnya dia juga tertanya-tanya soal Aryana kerana Raisya langsung tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya soal Aryana selama tiga tahun ini.

"Tak ada. For three years, she never said a word about Aryana" balas Zariel.

"Aku dengar nama Aryana" muncul Airil di ruang tamu menyertai mereka berdua.

"Mana Afieq dengan Kal?" soal Airil tidak melihat dua kawannya itu.

"Gym" balas Fiqri.

Fiqri menghampiri meja kopi di hadapan sofa lalu mengambil iPad Pro miliknya dan dihidupkan. Setelah itu, iPad itu dihulurkan kepada Zariel. Airil yang mula tertanya-tanya terus menghampiri Zariel.

"My friend sent me this" tutur Fiqri lalu bersandar pada sofa.

Bola mata Zariel dan Airil bergerak membaca apa yang terpapar di skrin iPad Fiqri yang diberikan oleh lelaki itu sebentar tadi.

"Ni bukan nombor plat kereta Shah?" soal Airil apabila perkara pertama yang menarik perhatiannya ialah gambar pada berita itu dan bukan tajuk utamanya.

"The driver was Aryana" tutur Zariel apabila membaca artikel tersebut. Matanya jatuh memandang tarikh pada artikel tersebut.

"Ni tarikh kita pergi UK" tambah Zariel lagi lalu memandang wajah Fiqri.

"Bila kawan kau hantar ni?" soal Airil. Mengapa mereka tidak tahu apa-apa sedangkan tiga tahun sudah berlalu?

"Last week" balas Fiqri.

Zariel dan Airil memandang sesama mereka. Pada masa yang sama, kedengaran bunyi pintu rumah mereka dibuka. Pantas Zariel menekan button off lalu meletakkan iPad itu di belakang badannya.

"Jangan bagitahu Haykal lagi. Kita tak tahu apa yang terjadi" pesan Zariel.

"Korang asal?" tegur Afieq sewaktu melihat rakan-rakannya yang duduk di ruang tamu memandang mereka cuak.

"Tak ada apa" balas Airil dengan nada bermain-main lalu berjalan meninggalkan ruang tamu.

Haykal hanya melihat sekilas kemudian berjalan masuk ke dalam biliknya.



ARYANA setia menunggu kedatangan orang yang sepatutnya menjemputnya pulang setiap kali dia habis kelas.

"Ary" panggil Raisya. Aryana lantas menoleh melihat Raisya yang berdiri di sebelahnya.

"Yea" sahut Aryana.

"Shah tak datang lagi?" soal Raisya lalu melihat jam tangannya.

"Belum. He said he was going to be late today" balas Aryana. Raisya hanya mengangguk. Diam dia memandang wajah Aryana dari tepi.

Tengku Aryana Raina, nama yang masih sama namun, gadis itu sudah berubah baginya. Berat untuk dia meluahkan, apa yang boleh dilakukannya kini hanya berdoa agar suatu hari nanti keadaan akan menjadi seperti biasa.

Bunyi hon kereta menyentakkan Raisya. Lamunanya terhenti.

"Aku balik dulu" ujar Aryana apabila melihat kereta Shah berhenti tidak jauh daripada mereka berdiri. Shah menurunkan tingkap kereta lalu menegur Raisya.

Raisya hanya membalasnya dengan anggukan kepala.

'Macam mana aku nak bagitahu dia, Ary?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro