TTS 02 | EP

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Danish memandang Shah yang duduk termenung di hadapannya.

"Kau fikir apa?" soal Danish tidak dapat melihat keadaan lelaki itu lagi. Sakit pula matanya.

"Haykal" jawab Shah dengan sepotong nama. Sebelah kening Danish terangkat. Agak lama dia tidak mendengar nama itu memandangkan pemilik nama tersebut sudah tiga tahun tidak pulang ke Malaysia.

"Hah? Kenapa dengan Haykal? Tiba-tiba je kau ni. Ary ada ingat siapa Haykal ke?" soal Danish bagaikan berdas-das tembakan dilepaskan kepada Shah.

Shah menggeleng kepalanya.

"He is going back anytime around next week" tutur Shah.

"Mana kau tahu?" soal Danish pelik bagaimana cara Shah boleh berhubung dengan lelaki itu.

"My friend at the same university told me about their transfer to FLC" jelas Shah mengenai berita yang diterimanya. Danish terdiam. Berita itu benar.

"Kau ada tanya Ary?" soal Danish.

"When she decided to stop the treatment last year, I thought it best if she didn't know. Perhaps she doesn't want to remember the past or refuse do to so" jelas Shah mengapa dia pernah menceritakan soal Haykal kepada Aryana walaupun lelaki itu pernah menjadi bahagian dalam hidup sepupunya.

Danish, Darwish, Kayla dan Queenz juga dilarang keras oleh Shah jika perkara itu akan menjejaskan kesihatan Aryana. Mungkin ada sebab kenapa memori Haykal hilang dalam ingatan Aryana. Dia percaya Aryana ada jawapannya dan dia tidak mahu memaksa.

"I've got nothing else to say" tutur Danish bagaikan sudah mengangkat bendera putih. Shah terlalu bijak bermain dengan kata-kata.

"Habis tu kau nak buat apa sekarang?" soal Danish berkenaan rancangan Shah yang seterusnya.

"Let's wait for others to comeback" ujar Shah memandangkan Kayla sedang bercuti di Paris bersama kawan-kawannya manakala Darwish ke Australia atas urusan kerja yang diberikan oleh datuk mereka.

"If you say so" Danish akur dengan arahan lelaki itu. Benda yang penting sekarang hanyalah berkaitan dengan keselamatan Aryana.


SHAH memberhentikan keretanya di kotak parking tempat selalu dia menunggu untuk mengambil Aryana pulang jika dia tiba lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Kaki melangkah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup lalu badannya disandarkan pada badan kereta. Figura Shah yang berada di situ mula menarik perhatian mahasiswi yang melalui kawasan tersebut tambahan pula memang masa untuk mereka pulang.

Shah menanggalkan kaca mata hitam yang melindungi matanya apabila melihat susuk tubuh Raisya yang sedang berjalan ke tempat letak kereta bersama Firna.

"Rai, Fir" tegur Shah ke arah mereka berdua. Raisya dan Firna memandang ke arah Shah.

"Oh dude, you are attracting them" seloroh Firna lalu ketawa.

"So funny, Fir" balas Shah.

"Ary is with Amel at the back" ujar Raisya memberitahu kedudukan Aryana kepada lelaki itu.

"May we talk for a sec?" ujar Shah yang ditujukan buat Raisya. Firna yang memahami maksud Shah itu lantas mengundurkan dirinya terlebih dahulu meninggalkan Shah dan Raisya untuk menyelesaikan urusan mereka.

"I'm sure you've heard from Zariel that they're returning to Malaysia and will finish their studies here soon" tutur Shah tanpa membuang masa memberitahu tujuan sebenarnya.

"And yet you ask that kind of question to Ary? Are you ready to spill everything to Haykal?" balas Raisya pula memandang lelaki itu tepat ke dalam anak matanya.

"If he loves Ary, he should fight for his memory and place in Aryana's heart" balas Shah mendatar. Raisya diam. Sejak Aryana sedar Shah sedikit berubah. Jejaka itu kini tampak serius lagi-lagi apabila perkara yang melibatkan Aryana.

"Shah Irham" perbualan mereka terhenti apabila terdengar suara Aryana memanggil nama Shah. Kedua-dua mereka serentak menoleh.

Kelihatan Aryana dan Amelya sedang berjalan ke arah mereka.

"You're early today" tutur Aryana.

"Aha... I have something to ask Rai" Shah cuba menyembunyikan tujuan asalnya.

"Where is Firna?" soal Amelya.

"She's going home first" balas Raisya. Amelya hanya mengangguk.

"We should go too" celah Shah memandang Aryana. Spontan tangannya mengambil buku yang dipegang Aryana.

"Okay. Bye guys" ujar Aryana.

"Be careful ladies" pesan Shah lalu mereka berdua berjalan ke arah kereta Shah yang terletak hanya beberapa langkah sahaja.

Shah membukakan pintu kereta buat Aryana. Segera Shah memandu keretanya keluar dari kawasan FLC.

"What were you and Rai talking about just now?" soal Aryana dalam perjalanan mereka pulang ke rumah. Shah yang fokus memandang jalan mengerling kejap ke arah Aryana.

"Nothing special. Just a random topic" balas Shah dengan riak biasa.

"Oh, okay" Aryana tidak menyoal lebih walaupun dia dapat merasakan yang Shah menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Namun, bukan Shah sahaja. Dilihat seperti kawan-kawannya juga kelihatan pelik minggu ini. Dia hanya memerhati dan tidak bertanya lebih walaupun dia yakin seperti ada sesuatu yang tidak kena.


"HAYKAL are you done?" soal Zariel yang berdiri di hadapan pintu bilik Haykal. Haykal menoleh memandang Zariel. Di tangannya terdapat passport, tiket dan telefon.

"Good to go?" soal Zariel sekali lagi. Haykal mengangguk lalu bangun. Beg digalas pada bahu lalu memandang sekeliling biliknya buat kali terakhir.

Hari ini mereka akan kembali ke Malaysia semula setelah 3 tahun berada negara orang. Zariel dan Haykal masuk ke dalam lif manakala yang lain sudah menunggu di dalam kereta selepas membawa barang-barang mereka turun ke bawah terlebih dahulu.

Sebelah tangan Zariel mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket jaket varsity yang terdarung pada tubuhnya. Dilihat Raisya masih belum membalas mesejnya mungkin gadis itu masih tidur atau belum melihat telefonnya lagi.

"The girls who are going to pick us up?" soal Haykal mendatar.

"That is what Airil said to me" balas Zariel menyimpan semula telefonnya. Airil ada memberitahunya semalam bahawa Queenz akan menjemput mereka di aiport namun tidak memberitahunya sama ada Aryana akan ada atau tidak.

"What are you thinking, bro?" soal Zariel setelah melihat Haykal diam. Mereka melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu terbuka.

"Nothing" balas Haykal lalu membuka pintu kereta.

Mendengar jawapan Haykal, Zariel tidak meneruskan soalannya lalu masuk ke dalam kereta. Kereta bergerak keluar dari kawasan kondominium yang menjadi rumah mereka selama tiga tahun di situ.

Akhirnya, pada hari ini mereka akan pulang semula ke Malaysia setelah berfikir panjang. Awalnya, perkara ini disuarakan oleh Haykal. Jejaka itu berniat untuk menghabiskan tahun terakhirnya di Malaysia. Walaupun mereka yang lain tahu itu bukan tujuan sebenar Haykal, setelah berbincang dan berfikir panjang yang lain turut bersetuju untuk kembali ke Malaysia.


"HEYYO, I'm home!" laung Kayla menarik bagasinya masuk ke dalam rumah selepas menyarung selipar rumah.

Suara lantang Kayla mengejutkan Shah yang sedang berada di ruang tamu menonton Netflix.

"Oioioi anak dara salam kau mana?" tegur Shah melihat Kayla sudah berdiri di gerbang masuk ke ruang tamu.

"Ops, sorry my bad. Assalammualaikum" tutur Kayla meletakkan beberapa beg kertas di atas meja lalu duduk di atas sofa.

"How is your vacation?" soal Shah yang kini memberi perhatian kepada sepupunya itu sambil tangan memunggah satu per satu beg kertas yang berada di atas meja.

"Good. Where's the rest?" soal Kayla kerana kediaman itu senyap tanpa penghuni. Sejak Kayla membuat keputusan untuk pindah ke Malaysia, gadis itu terus menetap bersama keluarga Shah kerana keluarganya semua menetap di Denmark.

Aryana pula memang tinggal bersama Shah selepas kakaknya, Tengku Arynna berkahwin dengan seorang peguam.

Manakala Danish dan Darwish selalu datang untuk menziarahi ibu dan ayah saudara mereka yang merupakan ibu bapa kepada Tengku Shah Irham.

"Ary dekat atas, Danish dengan rumah dia and Darwish esok baru balik" ulas Shah mengenai keberadaan sepupu mereka yang lain.

"Is Ary okay?" soal Kayla menanyakan khabar Aryana sepanjang ketiadaannya di situ.

"Okay, good as always. Did not talk much. You know her" balas Shah. Setelah lama diperhatikan, baru dia sedar yang Aryana kembali kepada personality lamanya sebelum gadis itu bertemu dengan Haykal. Aryana yang lama. Tidak banyak bercakap atau mengambil tahu hal orang lain. Bukan dia sahaja yang sedar akan hal itu tetapi Aryssa dan Queenz juga berpendapat yang sama dengannya.

"How about Haykal?" nama Haykal meluncur keluar dari mulut Kayla selamba.

Shah menggeleng tanda Aryana tidak pernah menyebut nama jejaka itu sejak dia bangun dari koma.

"But you said, he is coming back right?" soal Kayla lagi.

"Yea, today. But I think Queenz didn't say anything about the boys coming back in front of Ary" terang Shah mengenai berita kepulangan Haykal yang diterimanya.

"What do you think about her decision when she said she wanted to stop the treatment?" soal Kayla mengenai pendapat lelaki itu tentang keputusan yang diputuskan oleh Aryana.

"I just... I mean, we cannot force her if she doesn't want to do it anymore. That is her choice. You understand what I mean?" jelas Shah kepada Kayla mengenai keputusan yang sudah dibuat oleh Aryana.

Kayla mengangguk tanda mengerti.

"Shah, who are you talking with?" suara Aryana menamatkan topik perbualan mereka.

"Kayla is home" balas Shah apabila kelihatan Aryana di gerbang ruang tamu.

"Ary, I miss you so much, girl" pantas Kayla bangun lalu memeluk tubuh Aryana ceria.

"Aaa Kay, I'm not going anywhere, so don't need to hug me like this" kata Aryana yang hampir tidak boleh bernafas. Lantas, Kayla meleraikan pelukan mereka.

"I bought you something" kata Kayla mengambil hadiah yang dibelikannya buat Aryana. Aryana pula mengambil tempat duduk di sofa yang sama dengan Shah.

"Kau jangan nak excited sangat. Macam tak jumpa lagi lepas ni" celah Shah dengan wajah menyampah.

"Shah, you are just being jealous. So cute of you, boy" perli Kayla. Shah memutarkan bola matanya ke atas tanda menyampah. Mula dah perangai gedik si Kayla ni.

Aryana yang duduk di tengah antara mereka hanya diam memerhati sambil melihat hadiah yang diberikan oleh Kayla. Nampaknya, hari-hari yang akan dilaluinya kembali normal apabila Kayla pulang dari trip percutiaannya.


RAISYA turun dari kereta lalu menaikkan hoodie menutupi bahagian kepalanya. Dilihat keadaan di lapangan terbang agak lengang pada jam empat pagi waktu Malaysia.

"Hah kau dekat mana?" soal Raisya sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Amelya.

"Coming" balasnya selepas Amelya memberitahu dia dan Firna sudah menunggu di dalam. Manakala Qirana tidak dapat dihubungi, mungkin gadis itu terlalu lena dalam mimpinya sehingga tidur mati.

Raisya berjalan masuk ke dalam kawasan lapangan terbang lalu matanya meliar mencari kedudukan Amelya dan Firna. Mata melihat jam tangannya. Masih mempunyai masa sebelum ketibaan Knight.

"Raisya Nabila"

Raisya menoleh saat mendengar namanya dipanggil. Kelihatan Amelya dan Firna yang duduk tidak jauh dari tempatnya berdiri. Kaki bergerak melangkah ke arah Amelya dan Firna yang sedang duduk menunggu ketibaan Knight.

"Qirana?" soal Firna kerana tidak melihat tubuh mahupun bayang kawan baik mereka yang seorang itu.

"She's missing in action. Maybe tidur mati dekat rumah" balas Raisya selamba tidak ditapis. Bayangkan sudah hampir beratus kali dia menelefon Qirana namun hanya masuk ke voicemail sahaja.

"Should we grab some coffee?" soal Amelya apabila mereka masih mempunyai masa sebelum Knight mendarat.

"As usual" tutur Raisya lalu bersandar pada kerusi dan mengeluarkan telefon pintarnya.

"Me too" balas Amelya memandang ke arah Firna.

"Aku? Aku lagi kena" omel Firna apabila dia dapat membaca situasi di situ. Melihat Raisya dan Amelya yang tidak menjawab soalannya, Firna bangun lalu mencebik.

"Call aku kalau ada apa-apa" pesan Firna sebelum meninggalkan mereka berdua untuk membeli air buat dua puteri raja itu.


FIRNA berjalan ke arah Starbucks yang tidak ramai dengan pelanggan hanya dilihat beberapa pekerja yang memakai uniform duduk sambil menikmati minuman mereka.

Mata meliar melihat papan menu yang tergantung pada dinding sebaik sahaja kaki berhenti di hadapan kaunter.

"Yes?" soal pekerja yang berdiri di kaunter untuk mengambil pesanan Firna.

"One iced Americano, one hot chocolate, and one hot latte with vanilla cold foam" pesan Firna.

"Your name, miss?"

"Firna" balas Firna pendek lalu menghulurkan kad Starbucks tanpa melihat jumlah yang perlu dibayar.

"Thank you" ucap pekerja itu sambil menghulurkan kembali kad dan resit kepada Firna.

Firna hanya membalasnya dengan sebuah senyuman dan anggukan kepala. Kaki berjalan ke arah sebuah kerusi yang tidak jauh dari kaunter untuk dia mengambil airnya nanti. Bosan menunggu, Firna mengeluarkan telefonnya dari dalam poket jaket yang tersarung pada tubuhnya. Tangan naik menguak rambut panjangnya ke belakang kerana menghalang pandangan pada skrin telefon.

"Aulia?"

Firna yang sedang menunduk memandang skrin telefonnya terpaku saat mendengar ada suara lelaki memanggil nama belakangnya yang sudah lama tidak didengarinya.

"Aulia, right?" sekali lagi pemilik suara itu bertanya. Perlahan-lahan Firna memberanikan diri mengangkat wajanhnya lalu mata tepat memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya saat itu.

Firna terpanar saat melihat wajah lelaki itu.


"RAI" Amelya menolak bahu Raisya apabila gadis itu terlalu fokus pada telefonnya sehingga tidak sedar kapal terbang dari London sudah mendarat.

"Fir tak balik lagi?" soal Raisya lalu berdiri.

"Entah dia tu. Pandai-pandai la dia tu. Jom" balas Amelya mengajak Raisya untuk berdiri di hadapan balai ketibaan. Raisya akur.

Raisya mengemaskan hoodie yang terletak di atas kepalanya apabila melihat orang mula keluar dari pintu balai ketibaan.


AIRIL menolak troli yang berisi bagasi mereka. Zariel dan Haykal mendahului mereka di hadapan manakala Afieq dan Fiqri berada di berada di belakang menolak troli sama sepertinya.

Zariel dan Haykal melangkah keluar dari balai ketibaan. Tubuh Raisya dan Amelya yang berdiri pada penghadang besi itu menarik perhatiannya.

"Tu" kata Zariel kepada Airil.

Pantas mereka melangkah menghampiri dua gadis itu, Amelya sudah melambai ke arah mereka sebaik sahaja dilihat tubuh Zariel keluar dari pintu utama balai ketibaan tersebut.

"Good morning, ladies" tegur Zariel bersama sebuah senyuman.

"Just two of you?" soal Fiqri pelik.

"Oh my God, we have Fir with us but dia pergi beli air tak balik lagi" balas Amelya terlupa mengenai Firna apabila terlalu teruja untuk berjumpa dengan Airil.

"How are you my baby girl?" bisik Airil saat merapatkan wajahnya pada cuping telinga Amelya. Amelya tersenyum malu lalu berundur ke belakang.

"Gila" marahnya lalu memukul bahu Airil.

"Aduh" adu Airil sengaja ingin bergurau.

"Hey hey hormat sikit orang single dekat sini" marah Afieq.

"Get a room, man" celah Fiqri pula menyokong Afieq apabila melihat pasangan yang sedang melepaskan rindu itu. Zariel hanya menggelengkan kepalanya lalu melihat Raisya yang diam dari tadi. Tangannya naik mengusap kepala Raisya yang ditutup dengan hoodie.

Raisya hanya mengukir senyuman pendek.

"Tu, Fir" tutur Haykal apabila dia menoleh susuk tubuh Firna menyapa retina matanya dengan memegang tiga cawan minuman bersamanya.

Namun, gadis itu kelihatan seperti sedang melarikan diri dari sesuatu.

"Fir, lamanya kau..." kata-kata Amelya terhenti apabila Firna tiba-tiba sahaja mahu jatuh. Pantas tubuh itu disambut Fiqri.

"Fir?" panggil Fiqri.

Firna bagaikan bangun semula ke realiti.

"Kau okay tak ni?" soal Amelya risau. Cawan minuman yang dipegang Firna diambil lalu diberikan kepada Airil.

Fiqri menunduk memandang Firna yang mencengkam erat bahagian lengan swearshirt yang tersarung pada tubuhnya. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada gadis itu. Tubuh Firna juga dirasakan menggeletar apabila dia memegang bahu gadis itu.

"Okay. Aku okay" balas Firna sambil mengangguk. Bagaikan tersedar yang dia masih memegang baju Fiqri, pantas dilepaskan baju lelaki itu semula.

"Sorry" tutur Firna lalu mengemaskan rambutnya.

"It's okay" balas Fiqri tidak kisah akan hal itu tetapi dia risau melihat Firna tika ini.

"How about Qirana and Aryana?" soal Afieq apabila bilangan ahli Queenz masih tidak cukup. Walaupun dia sedikit kecewa apabila tidak melihat Qirana sebaik sahaja dia berjalan keluar dari balai ketibaan sebentar tadi.

"Oh, Qir tu dia tidur mati. Rai dah seratus kali call tak bangun. Ary..." jawab Amelya namun berhenti apabila dia menyebut nama Aryana lalu memandang Raisya.

Raisya menggelengkan kepalanya.

"Ary ada hal" sambung Firna apabila dapat membaca pandangan Raisya.

Raut wajah kecewa Haykal disembunyikan daripada kawan-kawannya. Adakah dia terlalu berharap untuk mengetahui jawapan buat soalan tiga tahun lalunya?


FIRNA meletakkan kunci keretanya di atas meja lalu duduk di atas sofa. Rambutnya ditolak ke belakang lalu meraup wajahnya kasar. Kejadian semasa berada di Starbucks ketika menunggu airnya berputar kembali.

"Aulia, right?" sekali lagi pemilik suara itu bertanya. Perlahan-lahan Firna memberanikan diri mengangkat wajanhnya lalu mata tepat memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya saat itu.

Firna terpanar saat melihat wajah lelaki itu.

'Don't tell me he's back'

"It's you, Aulia. What are you doing here?" soal lelaki itu setelah mendapat kepastian gadis itu merupakan gadis yang dikenalinya.

"Wh... Why are you here?" soal Firna gagap.

"I'm back for good" tuturnya.

Firna menyimpan telefon pintarnya lalu melirik senyuman sinis.

"You are back for good? Are you sure?" sinis nada Firna menyoal sepertinya lebih memerli lelaki itu.

"You sound different now, Aulia" tegurnya apabila sedar akan perubahan terhadap Firna.

"You rasa siapa je dalam dunia ni tak berubah including you" balas Firna lalu bangun dari kerusi.

"Firna" panggil barista menandakan air yang dipesan Firna sudah siap.

"Aulia, wait" pantas lelaki itu menangkap lengan Firna saat gadis itu ingin melangkah mengambil airnya.

"Apa ni Adam?" marah Firna lalu menepis kasar tangan lelaki yang dipanggil Adam sebentar tadi.

Firna segera melangkah mengambil pesanannya lalu beredar. Mengapa lelaki itu perlu kembali?

Adam?

Siapa lelaki itu dalam hidup Firna sebelum ini?


HAYKAL membuka pintu bilik yang sudah lama ditinggalkan selepas kepulangannya disambut oleh kedua-dua orang tuanya. Walaupun agak lewat, namun orang tua Haykal masih setia menunggu kepulangan si anak yang sudah lama berjauhan.

Kaki melangkah menghampiri meja belajar yang tiga tahun ditinggalkan namun tetap bersih dari sebarang habuk dan kotoran. Matanya jatuh memandang majalah sekolah yang berada di atas meja.

Majalah tahun terakhirnya di Glatic itu tiba saat dia sudah berada di London untuk menyambung pengajiannya. Kerusi ditarik lalu Haykal mengambil tempat di meja belajarnya.

Helaian demi helaian diselak, pergerakannya terhenti apabila matanya jatuh memandang gambar Aryana pada muka surat khas buat badan disiplin.

'I'm missing you'


"SHAH, I'm going to be late at this rate" jerit Aryana yang tergesa-gesa mencari kasut tumit tingginya.

"Kayla, Danish is here" panggil Aryana apabila kereta Danish masuk ke dalam perkarangan rumah.

Pagi itu kelihatan kelam-kabut bagi mereka kerana masing-masing tidak sedarkan diri akibat tidur lambat.

"Coming. Coming" sahut Kayla tergesa-gesa dengan roti yang elok digigit sambil menyarungkan kasutnya.

Manakala Danish yang melihat dari dalam kereta hanya menggelengkan kepalanya.

"Bye, Ary" tutur Kayla lalu berlari anak masuk ke dalam kereta Danish.

"Tengku Shah Irham!" panggil Aryana dari muka pintu.

"Coming my dear" tutur Shah tenang. Manakala Aryana sudah memberikan pandangan maut kepada lelaki itu kerana dia mempunyai kelas pada pagi itu.

Shah dan Aryana masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu Shah menuju ke FLC tempat di mana Aryana menyambung pengajiannya manakala Shah pula menuntut di Flancy University bersama Danish, Darwish dan Kayla.


"HONEY? What are you thinking about?" soal Zariel selepas memetik jarinya di hadapan Raisya.

Raisya tersedar dari lamunannya. Mata memandang ke luar kereta. Ah, mereka sudah sampai di tempat letak kereta.

"Hey, you dengar tak I panggil you?" soal Zariel lagi kerana Raisya kelihatan tidak memberikan perhatian kepadannya.

"Ah, yea sorry apa you cakap tadi?" soal Raisya semula.

"I tanya you fikir apa sampai tak sedar kita dah sampai?" Zariel memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu semasa menerangkan semula soalannya.

"Nothing" balas Raisya sambil menggeleng kepalanya. Zariel memandang Raisya tidak percaya.

"Are you sure? Or do you have something to tell me?" soal Zariel sekali lagi menunjukkan tanda dia tidak mengalah.

"Yes betul. Jom la, nanti you lambat pula" balas Raisya lalu membuka pintu kereta.

Namun, pergerakannya terhenti apabila sebuah kereta yang dikenalinya berhenti di hadapannya. Seluruh tubuhnya keras membatu. Manakala Zariel sudah menutup pintu keretanya.

Melihat Raisya, pantas Zariel mengalihkan pandangannya memandang ke arah tempat yang sama dilihat Raisya.

Matanya jatuh melihat seorang gadis keluar dari kereta. Mulut menyebut nombor pendaftaran kereta tersebut.

"TS 13" gumam Zariel.

'Shah? Kalau tu Shah... Maknanya...'

Mata kembali memandang ke arah gadis tersebut. Tekaannya tepat.

'Aryana'


SHAH memberhentikan keretanya. Ditoleh memandang Aryana yang sedang memeriksa barang-barangnya supaya tiada yang tertinggal.

"Ada tak semua?" soal Shah.

"Ada" balas Aryana lalu membuka pintu kereta.

"I will text you when I finish with class" tambah Aryana sebelum keluar sepenuhnya dari perut kereta.

"Okay, dear" balas Shah terselit sebuah senyuman. Pintu kereta ditutup Aryana.

Saat Shah ingin menukar gear, matanya terpandang satu figura yang berdiri di sebelah kereta yang juga sedang memandang ke arahnya dari luar.

"Zariel" gumamnya.

'Kalau Zariel ada, maknanya Haykal pun ada'

Segera Shah memandu meninggalkan kawasan FLC selepas menghantar Aryana. Kepulangan Haykal menandakan memori Aryana yang hilang akan kembali. Hanya masa yang akan menentukannya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro