[17]Boys,The Pain,Face It

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ouch!Ouch!Ouch!!!"

Fang menepuk-nepuk kuat lantai gelanggang kerana rasa sakit apabila dia melalui kesakitan oleh gusti ketam yang dilakukan oleh Misa.

Misa bagaikan termenung,tak sedar yang Fang dibawahnya sedang meraung kesakitan.Kaizo pula melihat jam,mengira berapa lama Fang boleh bertahan.

"Menyerah!Saya menyerah kalah!",jerit Fang dengan kuat.Bahagian bawah badannya rasa sangat sakit.

Namun,Kaizo dan Misa bagaikan tidak mendengarnya.

"Saya menyerah ka...lah...",suara Fang semakin lemah.

Misa yang perasan Fang tiba-tiba melemah,menjeling ke belakang untuk melihatnya.

"Ah,dia pengsan",kata Misa.Mukanya beriak biasa sahaja.

"Buat lebih kuat,nanti dia sedar balik",ucap Kaizo dengan pantas,selamba.

"Itu terlalu kejam,ayah.."

"Buat sahaja"

Nak tak nak,Misa melakukan gusti ketam keatas Fang yang tidak sedarkan diri dengan lebih kuat,menyebabkan dia terus terjaga.

"ARGH!!!!SAKITNYA!!!",jerit Fang sekuat hati.

Tenshi yang melihat,keningnya terangkat-angkat.

"Dear,that's...too much for him....",ucap Tenshi.

"Dalam pertandingan nanti,dia akan rasa lebih sakit dari tu",Kaizo berkata dengan tenang.

Tenshi hanya menggeleng-geleng perlahan kepalanya.

"Bertabahlah anakku...."

-------

TAP!TAP!

Permukaan meja kayu diketuk-ketuk dengan jari telunjuk Arie yang kebosanan.Mereka sekeluarga berada didalam sebuah bar.

"Kenapa ni sayang?",soal Hana apabila melihat anak daranya yang monyok itu.Arie mencebikkan bibirnya.

"Arie bosan dan penat!Bila boleh balik ke istana semula~?",ucap Arie dengan nada yang manja.

"Tak boleh balik lagi...abang masih tak jumpa orang itu",balas Arago.

"Masalahnya abang,boleh kata ini daerah yang keberapa dah kita jelajah dalam negeri yang ke-5,tau tak?",soal Arie dengan geram.

"Jangan mudah berputus asa,itu yang Arie beritahu Arago sebelum ni kan?",soal Luxalia.

"Kan lebih mudah kalau minta tolong Protectors of Asteon untuk cari orang itu!",bentak Arie.

"Kalau abang minta tolong mereka,abang akan kekal kat pangkalan dan boleh bertembung dengan Mimi,tahu tak?Nanti Tenshi dan yang lain-lain pasti akan menyoal abang kenapa abang dengan Mimi dingin semacam.Dan sudah tentu mereka salahkan abang!"

Luxalia,Hana dan Arie membuat muka datar.

"Memang salah kau pun",kata mereka bertiga serentak.Batu besar bagaikan menghempap tubuh badan Arago.

"Abang pun satu,tinggalkanlah nota sebelum kita bertolak lima minggu yang lepas",Arie masih tak selesai menghamburkan rasa tidak puasnya.

"Alah....abang nak buat drama sedikit...lelaki yang dicintai seorang gadis yang mengalami kesedihan berpanjangan meninggalkannya tanpa memberitahu apa-apa tentang pemergiannya.Apa yang gadis itu tahu,lelaki itu mahu meninggalkannya..."

DUSH

Arago tertunduk sakit apabila perutnya ditumbuk kuat oleh adiknya.

"Bagus sangatlah drama tu!Meh adik tambah lagi.Apabila lelaki itu kembali kepada sang gadis,lelaki itu terkejut apabila mendapat tahu gadis itu sudah menjadi milik orang lain,kerana gadis itu terlalu terluka dengan lelaki yang meninggalkannya...",ujar Arie dengan selamba.

Ternganga mulut Arago mendengarnya.

"Untuk mak pula,yang menanti kepulangan lelaki itu hanyalah mayat gadis itu yang mati kerana kesedihan melampau",ucap Hana.

"Ayah pula,sang gadis itu masih hidup dan tidak bersama dengan orang lain.Namun dia tidak menerima semula lelaki itu dalam hidupnya.Cintanya pada lelaki itu sudah dikuburkan",Luxalia join  isteri dan anak perempuannya untuk kenakan Arago.

Arago dah kaku macam patung batu.Tinggal nak diketuk untuk pecahkan patung batu tersebut kepada ketulan yang kecil.Ada sesiapa nak ketuk tak?

"Kejamnya korang ni...",menangis Arago atas meja itu.

-----

SHREEK!

Ikatan pada pahanya yang cedera diketatkan.Mimi berada diatas dahan sebuah pokok yang tinggi dan lebat dengan daunnya.Dia sedang menjalankan sebuah misi,iaitu membunuh kumpulan yang menculik beberapa anak gadis.

Dia menjumpai dimana kumpulan itu berada,iaitu dalam sebuah hutan yang jauh daripada kawasan orang tinggal.

Sudah pastu dia terus meluru ke arah mereka,ingin hapuskan mereka dalam sekelip mata.Namun,kerana dia terleka,salah seorang dari mereka berjaya cederakan dia,walaupun hanya kecederaan yang ringan.

Mimi terus melarikan diri dari situ.Bukan kerana dia merasakan keadaan tak berpihak kepadanya waktu itu,tetapi ada tebusan yang membuatkan Mimi tak dapat bertarung mengikut kehendaknya sesuka hati.Risau tebusan akan terkena tempias kuasa magiknya.

Tapi,bila difikirkan balik,dah lama Mimi tak gunakan kuasa magiknya bila jalankan misi.Dia hanya gunakan kemahiran berpedangnya sahaja.

'Dah lama tak guna...agaknya kemahiran aku merosot tak...?',soal Mimi pada dirinya sendiri.

"Di sana!"

BOM!

Serangan angin yang menuju kearah pokok yang diduduki Mimi hancur.Debu yang tebal terhasil,menyebabkan kumpulan tersebut tak dapat melihat Mimi.

"Tapi,siapa gadis itu?",soal salah seorang ahli tersebut.

"Entah.Rasanya budak perempuan yang cuba nak tunjuk he-"

Percakapannya terhenti apabila lehernya ditusuk,dan kelihatan Mimi berada dihadapannya,tanpa sebarang kecederaan dari serangan angin yang dilancarkan sebentar tadi.

Tapi,apa yang mengejutkan mereka,bagaimana leher rakan mereka ditusuk?Kerana ditangan Mimi,tiada pedang!

DUSH!

Mimi menendang badan orang yang sudah mati itu dengan kuat hingga melayang ke belakang.

"Tak guna...serang budak perempuan tu!",jerit ketua mereka.

Konco-konconya terus meluru laju kearah Mimi.

TAP

Mimi menghentak perlahan kakinya keatas tanah,dan bulatan magik yang besar muncul diatas permukaan tanah.

"Bind...",ucap Mimi,lalu bulatan magik tersebut bercahaya terang.

Cahaya dari simbol magik itu membuatkan mereka yang berada dalam lingkungan bulatannya,terkunci pergerakan mereka kecuali Mimi.Gadis itu memunculkan jam poket yang kecil.

Jarum jam tersebut mula bergerak.Kelihatan Mimi sedang mengira masa.Untuk apa?

'Perempuan ni....apa yang dia buat...?Bukan ke dia boleh bunuh kami semua sekarang?Apa yang dia rancangkan?',fikir ketua kumpulan tersebut.

Krak...

Semakin lama masa berlalu,bulatan magik yang diseru Mimi mula retak.Tubuh badan mereka yang terkumci mula dapat digerakkan sedikit.

Namun,fokus Mimi hanya pada jam poket yang dipegangnya.

KRAK!

Bulatan magik Mimi pecah sepenuhnya dan menghilang.Musuhnya dapat bergerak dengan bebas semula,meluru kearahnya.

"ARGH!!!!"

"Kau akan menyesal sebab lepaskan peluang untuk bunuh kami tadi!"

Mimi,mengeluh.Dia menghilangkan jam poket tersebut.

BUSH!!

Hentaman yang kuat pada permukaan tanah menyebabkan debu tanah yang tebal terhasil.Ketua kumpulan itu tersengih,dia pasti yang konco-konconya dah hapuskan Mimi.

Namun,sangkaannya meleset apabila angin yang kencang tapi lembut,menghilangkan debu tanah dalam sekelip mata.

"T....tak mungkin..."

"Ia hanya dapat kunci pergerakkan lawan selama 5 minit...",ucap Mimi,yang berdiri atas timbunan mayat.

Darah tercalit pada mukanya,begitu juga pakaiannya.Ketua kumpulan itu melopong.Mimi melompat turun daripada timbunan mayat tersebut.

Hujung jari telunjuk kirinya bercahaya dan dia menulis simbol-simbol magik diudara,disekelilingnya,membentuk lingkaran.Sebaik sahaja dia selesai menulis,simbol-simbol tersebut bercahaya dan lingkaran tersebut berputar dengan laju.

"Yang tinggal,hanya kau..",ucap Mimi,mengangkat tangan kirinya ke atas,dan lingkaran tersebut menghilang,berubah menjadi sekumpulan rama-rama ungu bercahaya,mengelilingi Mimi.

'Hmph!Kau fikir hanya aku sahaja yang tinggal?Memang silap besar!',fikir ketua kumpulan dengan rasa angkuh,sebaik sahaja Mimi menurunkan tangan kirinya,menghala ke arahnya.

Namun,sepantas itu juga Mimi menghalakan tangan kirinya ke arah sisinya.Dan sepantas itu juga semua rama-rama yang mengelilingi dirinya menuju ke arah yang dihalakannya,dalam kepantasan luar biasa.

Berada dalam hutan,sudah pasti serangan Mimi akan berkurang kerana mengenai pokok-pokok yang ada dihutan tersebut.Namun,pergerakkan rama-rama itu dapat dikawal dengan minda Mimi,menyebabkan ia tidak mengenai sebarang pokok langsung.

"Hei,hei...kita boleh bermain dengan gadis-gadis ni semua sebelum jual mereka kan?",soal seorang ahli kumpulan yang diarahkan untuk bawa gadis-gadis yang diculik keluar dari hutan.

Dia dan seorang lagi kawannya sedang bersedia untuk keluar dari hutan tersebut.Lambat betul buat kerja mereka ni.

"Mestilah.Tapi rasanya tak boleh.Sebab bunga yang hilang madunya,nilainya berkurang,kan?",balas kawannya,menghidu rambut salah satu gadis yang mereka culik.

Mereka berdua ketawa riang,namun ketawa tersebut hilang apabila serangan Mimi menuju ke arah mereka.

SPLASH!

Darah merencik ke mana-mana sahaja.Tubuh badan dua lelaki itu dihancurkan sepenuhnya oleh serangan Mimi.Gadis-gadis yang diculik menggigil ketakutan selepas melihatnya.

"D....Demon...!",kata salah seorang dari mereka.

ZUP!

"ARGH!!!"

Ketua kumpulan itu menjerit kesakitan kerana lengannya dipotong apabila Mimi menghayun tangan kanannya.

Gadis itu berjalan mendekati ketua itu yang sudah terbaring kesakitan.

"T...tolong lepaskan aku!Aku akan beritahu kau apa-apa!Jangan bunuh aku!",rayunya dengan air nata berlinangan.

"....okey"

Lelaki itu mengukir senyuman,namun ia luntur secepat mungkin apabila Mimi memijak kuat bahagian pentingnya.

"Baiklah....beritahu aku,kenapa kau culik semua gadis itu?Sudah tentu kau nak jual mereka,tetapi...semua gadis itu ada aura magik yang berlainan sedikit daripada pengguna magik yang lain...",soal Mimi.

"I...itu kerana...mereka semua adalah pengguna magik dari Puak Fairy...salah satu penduduk asal di Magic World...",jawab ketua itu dengan mulutnya berbuih.

"Puak Fairy?",kata Mimi.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro