[32]Who's The Cruel One?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kakak ni kejam betullah...mengembara ke seluruh dunia sementara saya menderita dengan kerja saya!"

"Ahaha!Merajuk ke sebab tak dapat ikut?*****  boleh lakukan semua kerja tu tanpa kakak,kan?Kawan-kawan kamu kan ada"

"Memanglah...tapi saya akan rindukan kakak...sebab sekarang saya cuma ada kakak saja di dunia ini"

"Kakak pun akan rindukan kamu juga.Janganlah risau,suatu hari nanti kakak akan balik!"

"Janji ya!"

"Mestilah,si adik comel kakak ni!"

*******

"Kakak...memang tunaikan janji kakak untuk pulang semula....tapi,dalam keadaan yang saya tak harap akan berlaku.Kenapa kakak pun tinggalkan saya di dunia ini?"

------------

"--hi!Tenshi!"

Mata Tenshi yang tertutup rapat terbuka luas apabila dirinya dikejutkan dari tidur.Orang yang mengejutkannya ialah Nad.

Tenshi melihat sekelilingnya.Dia berada di bilik bacaan Einhart kerana puteri itu mengatakan dia ingin berjumpa dengannya.

".....kenapa...?",soal Tenshi,menggosok matanya.

"Kau mimpi buruk ke?Sebab kau menangis..",kata Nad,menunjuk pada air mata yang mengalir di pipi Tenshi.

Tenshi melihat jarinya,basah.

"Mungkin...tapi ianya seperti lebih dari mimpi..."

Air mata yang mengalir di pipinya dilap dengan lengan bajunya.

"Lebih daripada mimpi...maknanya,memori silam kau?",soal Nad.

Tenshi mengangguk.

"Ianya seperti memori seseorang....ia selalu muncul sejak kebelakangan ni"

"Huh...takkan memori kelahiran Goddess of War sebelum kau?Tapi itu mustahil,kan?",soal Nad.

"Betul.Ia mustahil.Kelahiran Goddess of War tidak bermakna kami orang yang sama.Memori dan kuasa magik memang takkan diwariskan ke kelahiran semula.Apa yang diwariskan hanyalah gelaran tersebut sahaja.."

Tenshi menyentuh pipinya.Tiada air mata lagi mengalir di pipinya.

"Mana Einhart?",soal Tenshi.

"Puteri Einhart akan tiba tak lama lagi.Sila bersabar",jawab Nad bersama senyuman.

Tenshi mengangguk kepalanya.

'Kalau betul mimpi tadi adalah memori kelahiran Goddess of War sebelum aku,kenapa baru sekarang ianya muncul?'

Fikir Tenshi.Dia mengeluh lalu menyandarkan kepalanya pada sofa.

'All of my memories will appear in your dream...help that dear princess to solve that mystery...'

Ucap seseorang,ditujukan kepada Tenshi.Namun,Tenshi tak dapat mendengarnya.

---------

Kenapa sejak kebelakangan ni aku dapat rasakan kehadiran kau....

Roh gadis yang terperangkap dalam batu kristal itu berada di bawah tanah,duduk atas batu kristal tersebut.

Pasti kau munculkan diri di hadapan kelahiran semula kau...tetapi tak munculkan diri di hadapan aku...ini ke cari kau balas dendam terhadap aku?

Pandangan mata gadis itu menjadi sayu.

What a cruel little sister i have...

---------

Pada masa yang sama di bilik Chi,gadis itu menghubungkan dirinya dengan semua komputer miliknya.

Paparan yang ditunjukkan oleh skrin komputernya adalah rakaman kamera yang dipasang di semua gunung berdasarkan arahan Einhart untuk menangkap dalang kejadian Life Drain.

Chi sedang memeriksa semua rakaman tersebut untuk melihat sekiranya ada kamera yang merakam dalang tersebut.

"Ah...."

Chi menanggalkan helmetnya dan turun dari kerusinya.Dia menuju ke komputer yang paling besar dan menaip sesuatu pada papan tekan.

Paparan salah satu rakaman kamera yang dipasang ditayangkan.Gadis itu memainkan rakaman tersebut dengan kelajuan yang cepat,dan hentikannya apabila jumpa apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.

Dia zoom ke arahnya.Seorang lelaki yang menutup kepala dan badannya dengan cape yang ber hoodie.Namun wajahnya tidak ditutup dengan apa-apa.

"Bagus....dapat juga kau!",kata Chi dengan senyuman yang lebar,teruja.

-----------

Di pangkalan organisasi bawah istana,Misa dan Fang sedang merenggangkan badan mereka.

"Hahaha!Pertandingan tu akan bermula 3 hari lagi!Tak sabarnya aku!",Fang menggepalkan penumbuknya.Matanya berkilauan,menunjukkan betapa terujanya dia.

"Tak sabar untuk dikalahkan?",soal Misa.

Fang menjeling ke arah Misa yang buat muka selamba.

"Kau memang tak pernah nak cakap benda baik kat aku,kan?",soal Fang.

"Whatever.It's not like i care if you win or lose",balas Misa dengan nak tak nak.

"ARGH!!!KALAU AKU PERANG MULUT DENGAN KAU,MEMANG AKU TAKKAN MENANG!"

"Jadi,jangan mulakan perang tersebut terhadap aku"

Balasan Misa membuatkan Fang semakin berang.

Namun,Fang menenangkan dirinya dengan menarik nafas.

"Ada kau beritahu ke kak Mimi tentang ini?",soal Fang.

"Tak dan selamanya aku takkan beritahu.Untuk apa aku beritahu,kalau dia tak akan datang langsung?",kata Misa.

Fang hanya merenung Misa.

'Perempuan,memang makhluk yang susah untuk difahami dan banyak emosi...'

---------

"Ya,lakukan sahaja seperti yang saya dah ajar untuk pertandingan tu",Mimi bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Rambutnya basah,baru sahaja keluar dari bilik mandi.Dia berjalan menuju ke tingkap besar bilik hotelnya,melihat permandangan malam di Paris.

Katilnya bersepah dengan pakaian miliknya dan sebuah beg besar dengan beberapa pakaian di dalamnya.

"Ingat,menang semua pusingan dan masuk ke pusingan akhir.Sebab Misa pasti ada di pusingan akhir.Don't hold back against her",arah Mimi dengan nada yang serius.

---------

Di suatu tempat yang misteri,dua orang sedang berbincang antara satu sama lain mengenai sesuatu.

"MAM tu akan berlangsung selama 3 minggu.Mengikut maklumat yang aku dapat,penerbangan dari Paris ke sini mengambil masa 3 minggu"

"Jadi,kalau dia bertolak sekarang,dia akan sampai bila pusingan akhir bermula.Memang hari yang tepat untuk kita jalankan operasi kita,kan?"

"Betul.Ikut plan asal,aku akan menyamar sebagai salah seorang peserta dan serang stadium tersebut pada pusingan akhir,dan kau pula..."

"Aku akan serang lapangan terbang sebaik sahaja Demon Princess tiba di sana dan lengahkan masa dia"

Kedua-duanya tersenyum jahat.Apa motif mereka lakukan semua tu?

-------

"Nampaknya,semua pelakon akan berkumpul tidak lama lagi.Kita patut tengok persembahan yang akan ditunjukkan oleh mereka,bukan?"

Lelaki yang berjumpa dengan Mimi di lapangan terbang memandang buku di tangannya.

Buku tersebut bercahaya,seolah menjawab soalan yang ditujukan oleh lelaki tersebut.

---------

Ketika itu,di syarikat yang mengeluarkan berita dan surat khabar di Asteon Kingdom,

"Pasti ke mahu saya tulis artikel tentang ini?",soal seorang lelaki kepada gadis yang duduk dihadapannya,Nad.

"Ya.Tolong tulis tentangnya,dan kalau boleh sebelum pusingan akhir MAM berlaku",jawab Nad,dengan wajah yang serius

Lelaki itu tersenyum dan mengambil sekeping gambar yang berada atas meja,diberikan oleh Nad.

"Kau tahu kan,kalau aku tulis tentangnya,reputasi Puteri Einhart akan makin tercemar?",soal lelaki itu,memegang gambar tersebut di antara jari telunjuk dan jari hantunya.

Gambar seorang gadis yang baring atas katil dengan mata tertutup,tidur barangkali dengan seorang lelaki berdiri di sisi gadis tersebut,memegang rambut gadis itu.

Einhart dan Robert.

"Lakukan sahaja.Jangan banyak tanya.Kau juga akan dapat untung",kata Nad,dengan tersenyum.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro