[41]The Sisters

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak saya lahir,orang yang sentiasa bersama dan membesarkan saya adalah kakak saya.

Saya tak pernah jumpa ibu dan ayah.Hanya kakak sahaja yang saya tinggal bersama.

Saya tak pernah bertanya keberadaan ibu dan ayah kepada kakak kerana saya lebih sayangkan kakak saya,yang bersama saya sejak saya masih bayi lagi.

Kami berdua sentiasa bersama.

Saya sentiasa perhatikan kakak saya yang hanya tua 4 tahun dari saya berlatih berpedang dan magiknya.

Apabila saya mencapai usia yang bercakap dengan lancar dan boleh berjalan,kakak mula mengajar saya berpedang dan berlawan menggunakan magik saya.

"Tapi kakak....kenapa saya kena berlatih juga...?Kakak kan ada untuk lindungi saya...?"

Pernah saya bertanya soalan tersebut kepadanya,dan dia membalas,

"Kakak boleh lindungi kamu,tapi siapa yang nak lindungi kakak?Kakak tak mampu untuk lindungi kamu selamanya..."

Dengan senyuman yang lembut di wajahnya.

Walaupun latihan sangat susah dan buat saya menangis banyak,namun kakak tetap bersabar.Tapi ianya menyeronokkan,kerana dengan berlatih,saya dapat luangkan masa bersama kakak.

Namun kegembiraan kami tak bertahan lama apabila pengganas malancarkan serangan ke kerajaan.

Kakak,memeluk tubuh saya dengan erat,melarikan diri ke tempat yang selamat.Pengganas yang cuba menyerang kami berdua juga ditewaskan oleh dirinya yang ketika itu baru sahaja berusia 9 tahun.

Kebolehan berlawannya ketika itu jauh lebih hebat dari sekumpulan orang dewasa.

Dan disebabkan itulah,dia membuat keputusan untuk hentikan pengganas yang lain selepas menyembunyikan saya ditempat yang selamat dan jauh dari kawasan serangan.

Begitulah,dia berjumpa dengan Raja dan Ratu kerajaan kami.

Setelah serangan pengganas berakhir dan mereka ditangkap, kakak pulang kepada saya semula, bersama dengan Raja dan Ratu.

Mereka berdua tertarik dengan kakak saya, kerana kekuatan yang dimiliki oleh gadis semuda dia. Disebabkan itu, mereka mengajaknya untuk menyertai satu kumpulan magik dibawah mereka berdua.

Mendengar tawaran tersebut, wajah kakak nampak sangat serba salah.

"Maaf.... tapi,patik tak boleh tinggalkan adik patik...."

Berkata demikian, kakak memeluk saya dengan erat. Nada suaranya penuh dengan kerisauan.

Dia risau tentang saya.

"Jangan risau. Kami akan sediakan rumah dan segala keperluan untuk adik kamu. Jadi, kamu tak perlu risau tentangnya"

Raja memberikan satu lagi cadangan kepada kakak saya. Nampaknya mereka tidak berputus asa untuk mengajak kakak saya menyertai mereka.

"Kakak, terimalah tawaran itu"

Apabila mendengarnya, kakak memandang saya dengan wajah yang penuh terkejut.

"Kalau kakak sertai mereka, pasti kakak akan jadi lebih kuat, bukan? Dengan itu, kakak pasti akan dapat bawakan keamanan dunia!"

Namun, itu bukan sebab saya mahu kakak menerima tawaran Raja dan Ratu.

Sebab utamanya, sepanjang saya bersama kakak, dia lebih utamakan saya daripada sesiapa,termasuk dirinya sendiri.

Jika dia terima tawaran Raja dan Ratu, kami berdua akan berjauhan dalam tempoh yang lama. Dengan tempoh perpisahan kami, saya harap kakak akan menghargai dirinya lebih daripada saya.

".... baiklah. Saya terima...."

Raja dan Ratu tersenyum gembira apabila mendengarnya. Tidak untuk kakak saya.

Wajahnya penuh dengan kesedihan.

Itulah wajah terakhirnya yang saya nampak, pada hari terakhir kami bersama.

Sejak kakak menerima tawaran tersebut, kami berdua tidak pernah berjumpa. Dia juga tidak pernah menulis surat kepada saya, atau memberikan hadiah ketika hari jadi saya.

Saya berasa sunyi.

Ratu menggantikan tempat kakak saya. Dia selalu berjumpa saya ketika lapang. Malah, dia selalu sambut hari jadi saya bersama.

Kerana kehadirannya, saya berasa sangat gembira dan dapat lupakan kesedihan saya.

"Saya harap yang kakak saya adalah Ratu! Kakak langsung tak datang jumpa saya! Dia teruk!!"

Saya pernah merungut sedemikan kepada Ratu.

Dan itu adalah saat yang saya sangat menyesal, kerana kakak saya ada bersama Ratu, datang untuk berjumpa saya.

Wajah kakak ketika itu tak dapat saya lupakan. Wajahnya jelas menunjukkan dia terluka dengan apa saya katakan.

"...... saya perlu pergi sekarang...."

Ratu cuba untuk menahannya pergi, tetapi kakak saya berkeras.

"Tolonglah jangan pergi! Dia tak tahu yang kamu sibuk jalankan misi!!"

Namun, Ratu tetap cuba menghalangnya pergi. Dan perkara tersebut menyebabkan mereka berdua bergaduh teruk.

"Dia tak tahu! Sebab saya tak nak dia fikir yang saya gunakan alasan 'sibuk' untuk tidak luangkan masa dengan saya! Saya tahu perkara tu!!"

"Jadi....!"

"Diam!! Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut kau! Saya kakak dia! Saya yang patut luangkan masa dengan dia! Saya yang patut sambut hari jadi dia! Tetapi....kenapa kau.....? "

Kakak menangis. Itu adalah kali pertama saya nampak kakak mengalirkan air matanya.

" Kau dan suami kau sama sahaja!! Langsung tak beri perhatian kepada benda lain! Pernah ke korang fikir untuk berikan saya rehat?! Setiap hari, saya dapat misi!Setiap hari, saya melihat mayat!!Saya dah tak tahan!!"

Kakak terus berlari dengan laju, meninggalkan saya dan Ratu yang masih dalam keadaan terkejut.

Saya mahu mengejar kakak. Saua mahu minta maaf kepadanya. Tetapi badan saya tak mahu bergerak.

Kerana saya fikir ianya salah saya.

Kakak melakukan semua misi yang diberikan oleh Raja dan Ratu, mungkin untuk membawa keamanan kepada dunia.

Kerana itulah yang saya katakan kepadanya pada hari tersebut.

Dia lakukannya untuk saya, bukan untuk dirinya atau orang lain. Dia masih pentingkan saya berbanding orang lain.

"Hiks..... WAAAA!!!!!!"

Sedar akan perkara tersebut, saya menangis sekuat hati. Ratu memeluk saya, cuba tenangkan saya.

Saya menangis sekuat hati,langsung tak berhenti. Kerana saya ada orang untuk tenangkan saya ketika sedih, tetapi kakak langsung tiada sesiapa.

▫️▪️▫️

" Saya nak jumpa kakak.... boleh saya jumpa dia di istana….?"

Sehari selepas kejadian tersebut, saya memohon agar boleh berjumpa kakak kepada Ratu.

Dan permintaan tersebut diterima oleh Ratu.

Namun, kakak langsung tak memandang saya ketika kami berjumpa. Dia juga langsung tak bersuara.

Tiada lagi senyuman lembut di wajahnya.

Dia seperti orang lain.

"Adik kamu nak minta maaf sebab semalam.... kesiankanlah dia....Dia masih lagi kecil...."

Mendengar apa yang Ratu katakan, kakak saya ketawa.

Dia memandang kami berdua dengan mata yang dingin.

"Aku tak peduli. Kakak dia sekarang adalah kau, bukan aku. Aku tak ada adik. Apa yang aku ada, hanyalah diri sendiri"

Saya hanya mampu menunduk kepala apabila mendengar perkara tersebut. Saya dah hancurkan hatinya.

▫️▪️▫️

Sejak hari itu, perasaan bersalah kepada kakak saya semakin meningkat.

Saya cuba lakukan segalanya untuk berbaik dengannya.

Saya menulis surat kepadanya.

Saya menghantar hadiah kepadanya.

Saya juga cuba berjumpa dengannya.

Tetapi semuanya usaha yang sia-sia.

Hubungan kami langsung tak semakin baik. Ianya semakin teruk.

Ratu juga sudah berhenti meluangkan masanya bersama saya, kerana dia berasa bersalah kepada kami berdua.

Saya keseorangan diri.

Sehinggalah suatu hari, saya menerima surat daripada kakak saya.

Surat yang mengatakan dia akan datang melawat saya, bersama dengan Ratu.

Membaca surat tersebut, membuatkan saya mengalirkan air mata kegembiraan.

Saat yang saya selalu nantikan, akhirnya akan menjadi nyata.

Saya akan dapat berbaik dengan kakak saya semula.

Kami bertiga akan meluangkan masa bersama-sama.

Setiap saat penuh dengan kegembiraan.

▫️▪️▫️

Namun, tak kira berapa lama saya menunggu, mereka berdua tak pernah datang.

Semuanya hanyalah harapan palsu.

Seolah marah dengan kakak saya dengan harapan palsu yang dia berikan, saya berhenti menulis surat kepadanya.

Saya berhenti berharap untuk memperbaiki hubungan kami berdua.

Saya sibukkan diri dengan berlatih berpedang dan menggunakan magik setiap hari.

Dan ketika saya mencapai usia 15 tahun, surat tawaran ke X. A. X Akademik tiba di tangan saya.

Tidak berfikir panjang, saya menerima tawaran tersebut. Namun, surat tawaran tersebut datang bersama dengan gelang tangan.

Gelang tangan terukir nama saya padanya.

Arisalkyrie Nightfall.

Melihat gelang tersebut, saya terus dapat agak siapa yang berikannya.

Kakak saya,pastinya.

Saya tidak dapat menahan diri daripada tersenyum.

Gelang tangan yang diberikan olehnya, saya sentiasa pakai sepanjang masa dan menghargainya.

Gelang tangan tersebut merupakan bukti untuk saya.

Bukti yang kami berdua masih sayang antara satu sama lain.

Bukti yang hubungan adik beradik kami masih dapat diperbaiki.






Yahooo~~

Setelah sekian lama, akhirnya author update juga chapter baru! Walaupun rasanya semua readers dah larikan diri.....

Chapter ini dan chapter sebelumnya adalah flashback.

Flashback Arisalkyrie ni masih belum tamat. Panjang lagi kisah dia. Tapi author dah malas nak menulis.....

Itu sahaja! Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro