[5]General,Grim Reaper & Demon Princess

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa minit yang lepas,

PRAK!

Cawan pecah berderai apabila dibaling ke lantai dengan kuat.Lelaki yang bertanngungjawab atas kepecahan cawan itu mendencit geram.

"Huh!Tak guna betul!Berani Puteri Einhart tolak permintaan aku untuk berjumpa dengannya!",kata lelaki itu,namanya Vincent Rogue.

Satu-satunya pewaris keluarga Rogue yang hidup.Vincet geram kerana dia tak dapat jumpa dengan Einhart.

Memang dia selalu jumpa dengan Einhart apabila ada majlis atau parti di mana-mana rumah bangsawan,tetapi bukan secara berdepan atau personal kerana kelibat gadis itu pasti akan hilang kalau dia alihkan perhatian walaupun sesaat.

Vincent teringin sangat jumpa Einhart.Bukan kerana ada urusan yang penting untuk dibincangkan,tetapi kerana lelaki ini mahu jadikan sang puteri miliknya.

Lelaki mana yang tak mahu jadikan Einhart milik mereka apabila melihat kecantikkan yang dimilikinya?Mungkin lelaki yang hatinya sudah menjadi milik orang lain,ataupun lelaki yang homoseksual.

Vincent antara lelaki yang mahukan Einhart.Tentang peraturan pemerintah Asteon tak boleh kahwin?

Dia kisah apa.Untuk dia,tak dapat kahwin pun tak apa asalkan dia dapat ambil harga diri ataupun dipanggil sebagai mahkota untuk kaum perempuan.

Mungkin ada sesetengah orang tak faham makna mahkota yang dimaksudkan dalam ini.

Vincent meraup mukanya beberapa kali,sebelum tersenyum sinis.

"Tak apa....aku tak dapat jumpa dia dengan cara baik,jadi aku akan jumpa dia sendiri!Dan aku akan hancurkan maruahnya sebagai perempuan,supaya dia menjadi milik aku!!"

Ketawa Vincent memenuhi biliknya dan ianya berhenti selepas beberapa minit berlalu.

Nafasnya tidak teratur,bukan kerana ketawa,tetapi kerana nafsunya mula menguasai dirinya apabila terbayang akan 'show'  yang akan ditunjukkan oleh Einhart.

"Tunggu aku,Puteri Einhart...."

Katanya lalu menjilat bibirnya.

---------------

Sekarang......

"Hmph-!Hmph!!!!"

Dia cuba untuk keluarkan suaranya,tetapi tak dapat kerana sesuatu menghalangnya untuk keluarkan suara.

Dia juga tak dapat gerakkan anggota seluruh badannya,tak kira sekuat mana dia cuba.

Apa yang dia mampu buat,hanyalah memandang dengan mata yang dibesarkan kepada Einhart yang duduk atas kerusi sambil menghirup minuman panas.

Lampu tidak dipasangkan dalam bilik itu.Hanya cahaya bulan yang memasuki bilik tersebut melalui tingkap menjadi cahaya dalam bilik itu.

Einhart meletakkan cawannya atas piring.Dia tersenyum manis.Terasa tubuhnya menjadi hangat apabila minum minuman yang panas pada waktu malam yang sejuk.

"Tak kira apa yang kau cuba lakukan,tak mungkin akan dapat lepaskan diri dari rantai yang melilit seluruh badan kau",kata Einhart,tersenyum kepada Vincent.

Vincent menjegilkan matanya apabila melihat senyuman Einhart.

"HMPHH!!HMPHH!!!!"

'PEREMPUAN TAK GUNA!KAU PERANGKAP AKU!'

Einhart berdiri dari kerusi dan letakkan piring sekali dengan cawannya atas kerusi tersebut.

"Kenapa nak marah pada saya pula?Sebab saya perangkap kau?Tapi,apa yang saya buat hanyalah pertahankan diri saya daripada lelaki yang berniat jahat terhadap diri saya",kata Einhart.

Dia memandang Vincent yang seluruh tubuhnya dililit dengan rantai besinya,dengan satu berada di antara kedua gusinya,membuatkan lelaki itu tak dapat tutup mulutnya itu dengan pandangan sinis.

Lelaki itu berada di atas katilnya.

Dia menjangkakan yang Vincent akan datang ke biliknya selepas melihat maklumat mengenai Vincent yang diserahkan Nad petang tadi.

Vincent Rogue,berusia 34 tahun.Satu-satunya pewaris keluarga Rogue yang masih hidup.Ahli keluarganya mati,dibunuh dengan tangannya sendiri 5 tahun lepas.Perniagaan keluarganya yang menghasilkan senjata berubah menjadi penjualan dadah,membuka pusat pelacuran,perdagangan manusia dan penjualan organ dalaman perempuan yang cuba larikan diri daripada pusat pelacuran apabila dia menjadi ketua keluarga.

Melalui maklumat itu,Einhart yakin yang Vincent mahu berjumpanya bukan kerana urusan penting.

Disebabkan itu,dia meminta Chi untuk hasilkan satu patung boneka yang menyerupai dirinya.Dalam boneka tersebut,perangkap magik diletakkan.

Perangkap tersebut akan aktif jika boneka tersebut disentuh dan rantai besi yang banyak akan keluar dari dalam badan boneka,melilit orang yang menyentuhnya.

Kesimpulannya,'Einhart' yang berada di atas katil adalah boneka.Manakala Einhart yang sebenar berada di dapur,menunggu minumannya dibancuh oleh Nad.

Vincent tak habis-habis menyumpah Einhart dalam dirinya.

'Sekarang kau boleh pandang aku dengan pandangan sinis tersebut,tapi bila semua pengawal aku selesai bunuh semua orang dalam istana ni,dan masuk ke dalam bilik ni,kau takkan mampu tersenyum lagi!'

Einhart memandang ke luar tingkap.

"Hmph....agak banyak juga pengawal kau bawa ke istana sekali.Tapi tak ada seorang pun yang berjaya lepasi pagar utama",kata Einhart.

Vincent terperanjat mendengar apa yang Einhart katakan.

'Di.....dia tahu aku bawa pengawal...?!'

Einhart kembali memandang Vincent.

"Janganlah terkejut saya tahu kau bawa pengawal ke sini.Sebab mustahil kau akan ke sini seorang diri tanpa pengawal.Memandangkan kau adalah lelaki yang tak berotak dan pengecut

Sama seperti orang bawahan kau yang sedang 'berurusan' dengan Jeneral Robert",kata Einhart dengan senyuman manis.

------------


Di pagar utama,

SLASH!

"ARGH!!!"

Seorang lelaki menjerit kesakitan apabila lengannya dipotong.Darah memancut keluar dengan banyak.

ZUP!!

Riwayat lelaki itu tamat apabila Robert memancung kepala lelaki tersebut dengan pedangnya.

"Banyaknya...bilalah nak habis semua tikus-tikus ni...",kata Robert apabila melihat banyak lagi 'tikus' keluarga Rogue yang dia kena bunuh.

----------

"Bukan mereka yang kat luar sana sahaja 'berurusan'.Pengawal di pangkalan rahsia kau,sekali dengan tempat kau jalankan kerja juga dengan 'berurusan'!Pasti mereka gembira dapat 'berurusan' dengan Demon Princess",kata Einhart,kekal dengan senyuman manis.

Mata Vincent membulat mendengar gelaran Demon Princess.Geralan kepada gadis yang digeruni ramai.

-----------

ZUP!

SPLASH!

Darah memancut keluar dimana-mana sahaja.Sesiapa sahaja yang dibenarkan dibunuh,tidak dapat terlepas darinya.

Sekumpulan orang yang bersenjata berada dihadapannya.Mereka mengacukan senjata ke arahnya,namun baru sahaja mereka mahu menyerang,kepala mereka terpisah dari badan.

Dia berada dibelakang mereka,dengan berlumuran darah.Darah orang yang dibunuh dengan pedang putih miliknya.

"Ada banyak mayat.Tapi, masih tak cukup untuk Arago dan yang lain makan",Mimi menghayun pedangnya untuk buang darah,tetapi tanpa sengaja membelah badan seorang lelaki yang mahu menyerangnya,terpisah bahagian bawah badan dan bahagian atas.

Mimi hanya memandang mayat tersebut dengan pandangan datar.

"Oh,well....aku akan bunuh juga dia nanti.Buat apa rasa bersalah?",kata Mimi,memandang hadapan.

Ada banyak orang untuk dirinya bunuh.Gadis itu tersenyum kejam dan matanya menjadi warna merah tanpa sebab yang diketahui.

Semua yang ada di situ merasai aura membunuhnya.Ianya sangat kuat.Dengan bajunya penuh dengan darah dan wajahnya tercalit darah,tersenyum macam tu,sesiapa pun akan takut dan akan memikirkan Mimi seorang psiko.

"Dah lama saya tak bunuh manusia....bosan juga kalau bunuh monsters  sahaja...Hei,please let me have a little fun,okey?",soal Mimi.

Semua musuhnya menggigil ketakutan.Mereka tak dapat gerakkan badan.

Mimi masih lagi tersenyum dengan sinaran mata merah.Pedangnya diangkat tinggi sebelum meluru ke musuhnya.

"HAHAHA!!"

SPLASH!

-----------

"Tapi rasanya dia mungkin akan melebih sikit,memandangkan dah lama dia tak bunuh manusia"

Einhart memandang Vincent.

"Robert dan Mimi sedang jalankan tugas mereka sebagai orang saya,jadi saya pun kena jalankan tugas saya juga",kata Einhart,mengangkat tangan kanannya hingga ke paras dada.

Secara tetiba,urat tangannya timbul pada kulit putihnya.

"HMPPH!!!!!!"

Vincent menjerit kesakitan apabila dia merasakan lilitan rantai besi pada seluruh badannya semakin kuat,mencengkam badannya.

"Saya boleh sahaja berikan kematian yang cepat kepada kau,tetapi disebabkan jenayah yang kau lakukan,termasuk niat buruk terhadap saya....jangan harap kau akan mati dengan mudah.

Seksaan takkan diberi,memandangkan saya tak suka berikan seksaan kepada seseorang,sebab mereka akan mati perlahan-lahan.Lagipun,Grim Reaper  mencabut nyawa sasarannya dengan cepat"

Einhart tersenyum manis,lalu penumbuknya dikepal.

SPLASH!!!!

Darah memancut dengan sangat banyak.Einhart mengeluh melihat semua darah itu.

"Ah....saya patut buang dia ke luar dulu sebelum bunuh dia...sekarang habis katil saya kotor dengan darah dia....",katanya dengan sayu.

BEEP!

Alat perhubungan di telinganya berbunyi,menandakan ada panggilan masuk.Disentuhnya alat itu dengan jari telunjuknya.

"Semua dah dihapuskan,tuan puteri",beritahu Robert melalui alat perhubungan dipasang di telinganya.

"Bagus.Serahkan sahaja pembersihan kat luar itu kepada Arie.Naga muda tu takkan tinggalkan walau sedikit sisa pun",kata Einhart.

"Baik,tuan puteri"

Robert tamatkan talian.Einhart melepaskan keluhan berat.

"Hmph....nak tak nak,terpaksalah aku tidur kat bilik lain~siapalah nak tidur kalau ada mayat dan darah dalam bilik mereka",kata Einhary dengan rasa kesal sebab bunuh Vincent dalam biliknya itu.

Einhart tidak mahu hubungi Mimi kerana mungkin akan ganggu gadis itu berseronok.

----------

"Hahahaha!!"

Mimi ketawa dengan riang,mengejar tiga orang lelaki yang melarikan diri darinya sambil menangis ketakutan.

"Huhuhu!Memang sesuai dia dipanggil Demon Princess!",kata salah seorang.

"Itu tak pentinglah walaupun ia memang betul!"

"Tadi dia guna pedang,sekarang guna gergaji elektrik pula!Mana pergi pedang dia oi!Aku lebih rela kena bunuh dengan pedang!"

"Pahal pula?!"

"Bodohlah kau ni!Kalau pedang,dia potong sekali,putus terus.Kalau gergaji,tak!Gergaji lebih menyakitkan!"

"Ya eh?Tak pernah tahu pula?"

"Kau tahu apa?Tahu main cinta dengan perempuan jer!"

"Ish!Diamlah kau!"

VRMM!!!!(macam mana bunyi gergaji oi!)

"Hahaha!Sempat lagi korang berbual ya!Tak sabar nak dengar jeritan kamu bertiga!",kata Mimi dengan senyuman menakutkan.Dia melajukan lariannya.

"Wah!Mommy,help!",jerit mereka bertiga.

..................

"Huh....bosannya.Mereka bertiga pengsan pula bila aku dapat tangkap mereka.Kena potong dengan gergaji pun tak sedar-sedar langsung.Harap jer lelaki.Hmph",Mimi mengeluh melihat tiga lelaki yang dikejarnya tadi dengan gergaji.

Mata ketiga-tiga lelaki itu terbeliak besar dengan mulut ternganga luas yang mengeluarkan buih yang banyak.

"Erm.....tapi betul juga.Mana aku pergi letak pedang aku eh?",soal Mimi pada dirinya sendiri.

Gergaji elektrik yang dipegangnya dicampak sahaja lalu pergi mencari pedang putihnya yang entah tercacak kat mayat mana.

Kau melebih sangat Mimi,sampai mereka bertiga mati terkejut.




Siapa tu gift tu dari anime apa?😅Nampak bestlah pula sebab watak2 perempuan dalamnya nampak psiko~~

Adakah anda suka sisi Mimi yang ini?😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro