[52]Past Memoir - Third Act

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Millialkyrie meletakkan Arisakyriel ke bawah apabila dia menjumpai tempat persembunyian yang selamat dan jauh daripada bahaya.

Baru sahaja Millialkyrie mahu pergi, Arisakyriel memegang tangan kakaknya dengan erat.

Tangan Arisakyriel yang lebih kecil daripada tangan Millialkyrie yang masih kanak-kanak, menggigil. Adiknya ketakutan.

Bukan takut kerana penampilan kakaknya. Dia takut dengan keadaan sekelilingnya.

Semuanya musnah. Bangunan yang ada semua runtuh. Mayat juga dapat dilihat dengan jelas.

Pada usia yang muda sebegitu, sangat wajar untuk Arisakyriel berasa takut.

Dia tak dapat berhenti menangis, merayu kepada kakaknya supaya jangan meninggalkannya.

Millialkyrie, memandang Arisakyriel tanpa berkata apa.

Dia tidak berasa kasihan. Dia juga tidak berasa risau melihat adiknya sebegitu.

Dia tidak rasa apa.

Walaupun begitu, Millialkyrie tahu, yang adiknya mungkin sahaja akan mengejar dirinya jika dia pergi tanpa berkata apa-apa, menenangkan adiknya yang ketakutan.

Namun, Millialkyrie tidak tahu bagaimana untuk tenangkan seorang kanak-kanak yang dalam ketakutan.

Dia selalu menyanyikan lagu untuk adiknya sebelum mereka tidur, kerana itu yang makhluk mitos selalu lakukan pada dirinya ketika dia masih tinggal bersama ibu dan ayahnya.

Tetapi, Millialkyrie merasakan, untuk menyanyi dalam keadaan sebegitu adalah sesuatu yang bodoh. Terlalu bodoh untuk dilakukan oleh dirinya.

Kerana itu, Millialkyrie hanya mencium dahi adiknya, lalu memeluk erat tubuh kecil tersebut.

Ciuman dan pelukan yang tiada kasih sayang.

Namun,Arisakyriel yang tidak tahu personaliti sebenar Millialkyrie, tenang dengan mudah apabila menerima layanan tersebut, yang dianggap sebagai bukti kasih sayang kakaknya.

Tanpa berkata apa-apa, Millialkyrie terus meninggalkan Arisakyriel.

Baginya, itu sudah cukup untuk Arisakyriel, kerana adiknya berhenti menggigil dan menangis.

▫️▪️▫️

Millialkyrie tidak berlari tanpa hala tuju.

Dia berlari untuk berjumpa dengan seseorang, atau mungkin dua.

Dua orang yang akan membawa perubahan besar dalam hidupnya, iaitu Raja Zack dan Ratu Elis.

Itulah yang suara tersebut memberitahu dirinya.

'Rasanya... saya akan jumpa mereka di sekitar ini...'

SKRECH!!!

Millialkyrie menghentikan dirinya daripada terus berlari apabila matanya dapat melihat seorang lelaki dewasa terapung di udara, berlawan dengan seorang lelaki yang berpakaian jubah hitam dan topeng, menutup seluruh dirinya.

Raja Zack.

Millialkyrie tahu itu dirinya, kerana dia pernah nampak lelaki tersebut ketika pergi ke bandar untuk membeli bahan makanan.

Raja Zack melawan lelaki berjubah hitam tersebut dengan seimbang.

Kekuatan Raja Zack jauh lebih kuat daripada lelaki tersebut, namun lelaki itu dapat berlawan dengannya tanpa sebarang masalah.

Lelaki berjubah hitam itu lebih berpengalaman dalam pertarungan daripada Raja Zack.

Melihat gaya bertarung lelaki berjubah hitam, Millialkyrie mengeluh.

Dia kenal akan gaya tersebut.

'..... kalau saya bantu si Zack berlawan, lokasi Arisakyriel akan terdedah dengan mudah.... Kalau itu berlaku, dia takkan dapat bertambah kuat'

Millialkyrie hanya memandang pertarungan mereka berdua.

Keseimbangan pertarungan tersebut mula menjadi berat sebelah, dengan lelaki berjubah hitam menguasai pertarungan tersebut.

Melihat perkara tersebut, Millialkyrie mendapat idea.

Ketiga jari kanannya, iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis, dikelilingi dengan aura hitam.

Dia menghalakan tangannya ke hadapan, ke arah lelaki berjubah hitam. Kemudian, dia menarik tangan tersebut ke belakang, seperti gaya memanah, dengan tiga jarinya tidak digepal seperti ibu jari dan jari kelingkingnya.

Tiga tombak berwarna hitam muncul.

Mata Millialkyrie fokus kepada lelaki berjubah hitam, sebagai sasaran serangannya.

ZWOSH

Seperti melepaskan tali panah untuk memanah, tiga tombak hitam tersebut terbang dengan laju ke arah lelaki berjubah hitam.

STAB

Terlalu fokus dengan Raja Zack, lelaki berjubah hitam tidak sedar akan serangan Millialkyrie, menyebabkan dirinya ditusuk tombak tersebut.

Satu pada kaki kanannya, satu pada paha di kaki yang sama, dan satu menusuk badannya, sehingga tembus keluar.

Walaupun terkejut, Raja Zack tidak melepaskan peluang tersebut untuk menyerang lelaki berjubah hitam tersebut, berniat untuk membunuhnya.

Tangan kanannya dilingkari dengan api merah yang menyala, kelihatan seperti cahaya matahari di mata Millialkyrie.

Raja Zack menghayunkan penumbuk kanannya dengan laju ke arah lelaki tersebut,namun tidak disangka, seekor haiwan mitos, Chimera terbang ke arah mereka.

Chimera tersebut menolak tubuh lelaki berjubah hitam, menggantikan tempatnya.

BOOM!!!

Serangan Raja Zack menyebabkan letupan yang kuat. Runtuhan bangunan terbang merata-rata, tiupan angin yang kuat, cukup untuk menerbangkan seseorang.

Walaupun begitu, Millialkyrie langsung tidak terkesan. Dia berdiri tegak, memerhatikan dengan betul kejadian tersebut.

Tubuh Chimera yang terkena serangan Raja Zack, hangus menjadi debu.

Raja Zack mencari lelaki berjubah hitam, namun tidak kelihatan. Sepertinya dia telah melarikan diri,mengetahui kecederaan yang dialaminya tidak akan membawa manfaat dalam pertarungannya.

Raja Zack memandang sekeliling, bukan untuk mencari.Dia mencari orang yang menyerang tiga tombak hitam kepada lelaki berjubah hitam.

Ketika itu, dia ternampak Millialkyrie yang berdiri tidak jauh dari dirinya.

Dengan sengaja, Millialkyrie berlari ke arah lain,tanpa berkata apa-apa.

Melakukan perkara tersebut, pasti akan membuatkan Raja Zack mencari dirinya.

'Lelaki itu, ada gaya bertarung yang sama dengan ayah. Jadi, pasti dalang serangan ini adalah ayah. Pasti untuk cari Arisakyriel'

Millialkyrie melompat untuk melepasi runtuhan bangunan. Dia ada satu tugas yang lain untuk dilakukan.

Matanya menangkap kelibat seseorang memakai jubah hitam, memakai topeng yang sama dengan orang yang melawan Raja Zack.

TAP

Millialkyrie terus melompat, menuju ke arah orang tersebut.

Tanpa sebarang amaran diberikan, dia menendang kepala orang tersebut.

Tendangan cukup kuat sehingga orang tersebut melayang jauh, melanggar kuat dinding bangunan, sehingga hancur.

Orang tersebut mengerang kesakitan apabila dirinya jatuh dengan kuat ke bawah setelah melanggar dinding.

Dia cuba untuk bangkit, namun lehernya dipijak dengan kuat oleh Millialkyrie.

"Kau tahu, nama Nightfall, bukan?"

Millialkyrie menyoal orang tersebut dengan suara yang dingin. Nada suaranya merupakan satu amaran yang diberikan kepada orang tersebut.

Amaran supaya menjawab soalannya tanpa berbuat apa-apa, atau dia akan mati.

"Siapa.... kau?!"

'Ya, memang ayah....'

GRIK....

Millialkyrie menguatkan pijakan kakinya.

"Urgh....!"

"I won't kill you.Not now. Do something for me"

Millialkyrie menggepal penumbuknya dengan kuat, sehingga kulit tapak tangannya terluka kerana kukunya.

Topeng yang dipakai orang tersebut melayang apabila disepak oleh Millialkyrie.

Dia membawa tangannya yang berdarah, mendekati wajah lelaki tersebut.

"Tell your master, the child you want, please wait until her age is 16.Because,that time.... her power will surely grow stronger. Even her special power"

Darah Millialkyrie menitik atas mulut lelaki tersebut,memasuki ke dalam.

Darah yang ditelannya menyebabkan lelaki tersebut berada dalam kesakitan. Dia meronta-ronta, dengan wajah yang menunjukkan dirinya berada dalam kesakitan.

Millialkyrie menjauhkan dirinya daripada lelaki tersebut. Luka di tangannya dicium, lalu ianya tertutup.

Apabila lelaki itu berhenti meronta kesakitan, dia memandang ke arah Millialkyrie dengan mata yang membulat, terkejut.

Penampilan lelaki itu berubah sedikit. Hujung telingannya menjadi tajam, panjang. Matanya yang berwarna coklat berubah menjadi merah. Warna kulitnya berubah menjadi pucat. Gigi taringnya juga menjadi panjang.

Penampilan seperti Vampire.

Lelaki itu adalah manusia biasa.

Apabila manusia meminum darah Puak Demon, badan mereka akan mengalami perubahan. Kerana darah Puak Demon sangat istimewa.

Mereka adalah Puak yang terkuat dengan kekuatan yang sangat menakutkan. Darah mereka dapat membuatkan perubahan kekuatan dalam diri seseorang. Ianya juga perkara yang sama untuk haiwan.

Meminum darah Puak Demon, adalah perkara yang sama seperti membuat kontrak dengan mereka.

Manusia akan berubah menjadi Vampire apabila meminum darah Puak Demon. Berbeza dengan True Vampire, yang berdarah asli sejak lahir, manusia yang berubah menjadi Vampire tidak dapat menahan kehausan terhadap darah.

Mereka perlu meminum darah, atau akan mati. Kematian mereka bukanlah mudan. Mereka akan mati, dengan terbakar dari dalam,bermula dengan saluran darah mereka.

Namun, mereka tidak boleh minum darah sesiapa sahaja. Mereka perlu minum darah ahli Puak Demon yang menukarkan mereka kepada Vampire.

Mereka dapat bertahan tanpa meminum darah selama 3 hari. Dan mereka mesti minum darah yang segar, terus daripada badan Puak Demon.

"Selepas kamu beritahu tuan kamu apa yang saya katakan tadi, datanglah kepada saya. Saya akan berikan darah kepada kamu, itu pun kalau tuan kamu benarkan kamu untuk hidup"

Millialkyrie tersenyum.

Senyuman yang kejam.

"Urgh......!!"

Lelaki itu mengetap giginya dengan kuat. Dia memandang dengan penuh kemarahan kepada Millialkyrie, yang seolah tidak terkesan langsung dengan pandangan lelaki itu.

ZWOOSH

Tanpa melakukan apa-apa kepada Millialkyrie, dia terus terbang pergi.

Wajah Millialkyrie terus berubah menjadi bosan.

'Saya ingatkan dia akan serang saya... rupanya tak. Sungguh mengecewakan'

▪️▫️▪️

Serangan orang berjubah hitam telah dihentikan sepenuhnya setelah berlangsung selama 6 jam.

Arisakyriel terus memeluk Millialkyrie apabila nelihat kakaknya selepas enam jam mereka berpisah.

Millialkyrie mengusap kepala adiknya. Sudah tentu, usapan yang tiada kasih sayang.

Dia hanya berbuat demikian untuk menenangkan adiknya, mengelakkan dia dari menangis.

Millialkyrie menyengetkan kepalanya, berfikir.

'Pasti.... yang Raja Zack akan datang dengan Ratu Elis ke sini. Mereka ingin melihat orang yang terselamat....'

"Bukankah kamu.....?"

Millialkyrie terus menoleh ke belakang.

'Ah.... bingo'

Raja Zack berdiri di belakang Millialkyrie , dengan seorang wanita muda dan jelita di belakang lelaki tersebut, yang sudah tentunya Ratu Elis.

Millialkyrie menutup mulutnya dengan tangannya, berpura-pura terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

"Ah! Tuanku......!"

Millialkyrie terus menunduk kepalanya, memberi hormat kepada Raja Zack dan Ratu Elis.

Melihat kelakuan tersebut, Raja Zack terus menggelebah.

"Tak,tak perlu berikan tunduk hormat kepada saya. Kamu yang selamatkan saya, bukan?"

Dengan kepalanya menunduk, Raja Zack tidak dapat melihat wajah Millialkyrie.Wajah Millialkyrie, yang tersenyum dengan penuh niat licik miliknya.

"...... tak mungkin, untuk seseorang macam saya dapat berikan bantuan kepada tuanku. Saya pasti tuanku salah orang.... "

Walaupun nada suaranya penuh dengan rasa rendah diri, tapi itu hanyalah lakonan oleh Millialkyrie.

"Tak mungkin dia salah orang. Mata suami saya tak mungkin akan salah. Saya percaya, kamu adalah orang yang dia beritahu. Angkat kepala kamu, gadis muda"

Millialkyrie mengangkat kepalanya dengan perlahan-lahan.

Dia memandang mereka berdua dengan wajah yang penuh dengan kerisauan. Tangannya merangkul erat tubuh Arisakyriel.

Ianya juga satu lakonan.

Sesuatu yang membuatkan mereka akan terfikir, bahawa dirinya mempunyai seorang adik kecil untuk dijaga. Kerana adiknya, dia tidak mahu memberitahu Raja Zack tentang dirinya.

Dia akan menanamkan imej kakak yang sangat menyayangi adik perempuannya dalam diri Raja Zack dan Ratu Elis.

Dan dia akan menggunakan imej tersebut, sehinggalah tiba hari yang dinantikan olehnya.

Itulah pertemuan pertama Millialkyrie dan Arisakyriel Nightfall dengan Raja Zack dan Ratu Elis.

▪️▫️▪️

But, seriously.... they got tricked so easily. Saya ingatkan mereka berdua lihat penipuan saya, kerana mereka merupakan Raja dan Ratu.

Einhart tidak berkata apa. Kerana, walaupun dia memiliki sepasang mata yang dapat melihat penipuan seseorang, namun matanya juga tertipu dengan penipuan Millialkyrie.

Millialkyrie terlalu bagus dalam melakukan sesuatu penipuan. Terlalu bagus, sehingga mata Einhart tidak dapat mengesan penipuan Millialkyrie.

Millialkyrie sememangnya layak mewarisi darah Puak Demon, menipu orang sekelilingnya dengan penipuan yang seperti sebuah kebenaran.

Mereka tidak akan dapat melihat penipuannya, sehinggalah Millialkyrie sendiri yang memberitahu mereka tentangnya.

Millialkyrie memandang ke arah Einhart, dengan senyuman.

Senyuman yang sangat cantik, tetapi penuh dengan kejahatan di sebaliknya.

Walaupun begitu, tiada siapa di antara mereka semua dapat menafikan, bahawa Millialkyrie kelihatan sangat cantik dengan senyuman tersebut.

Kerana senyuman tersebut jauh lebih sesuai dengan dirinya, berbanding senyuman peramah dan lemah lembut.

A truly devious woman, adalah kata-kata yang sesuai untuk Millialkyrie.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro