[57]What She Seeks For

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sara.... adalah anak Millialkyrie.....?"

Mereka semua terkejut,terutama sekali Sara. Gadis itu memegang kepalanya, berasa sangat pening. Dia merasakan segala yang didengarinya mungkin satu pembohongan.

Namun, dia juga merasakan perkara tersebut benar.Kerana, melihat Millialkyrie, menimbulkan keinginan untuk memeluk wanita tersebut.

Memang benar. Dia anak dari hasil hubungan saya dengan lelaki yang kamu kurung dalam Battle Dimension sekarang.

Tapi, ada kemungkinan besar yang Sara tidak ingat dirinya pernah membesar di istana ini. Kerana dia telah hidup dengan lama, hampir seabad. Mustahil untuk dia dapat kekalkan segala memorinya, hidup dengan tempoh yang sangat lama.

Jika dia ingat, mungkin ianya ingatan yang kabur. Tapi, saya pasti yang dia masih ingat sesuatu yang Arisakyriel pesan kepadanya.

"......."

Sara diam, tidak berkata apa-apa. Matanya yang sentiasa terpejam, dipejamkan dengan lebih rapat lagi, cuba untuk memaksa dirinya mengingati memorinya yang kabur.

Memaksa dirinya untuk ingat semula memori tersebut menyebabkan kepala Sara berasa sakit. Walaupun begitu, dia tetap memaksa dirinya untuk ingat semula memorinya.

'Sara... my lovely niece....'

Wajar kabur seorang gadis berambut perak, tersenyum ke arah Sara, perlahan-lahan semakin jelas.

Gadis itu tidak lain adalah Arisakyriel.

Semua ingatan Sara ketika dia dibesarkan di istana Asteon, semua saat dia luangkan bersama Arisakyriel, perlahan-lahan kembali menjadi ingatan yang jelas buat dirinya.

Sara tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum gembira. Air mata kegembiraan juga mengalir dari matanya.

"Aunt Arisakyriel..... I love you so much....."

Sara mengucapkannya dengan meletakkan tangannya pada dadanya.

Tenshi, mendengar luahan Sara, air mata mengalir dari matanya.

Tenshi tidak mengalirkan air mata kerana kehendaknya sendiri. Air mata itu mengalir kerana emosi Arisakyriel yang kekal berada dalam memorinya yang diberikan kepada Tenshi.

Kerana itu, Tenshi juga terkesan.

"..... jadi,peraturan itu dicipta, kerana Arisakyriel tidak mahu Sara untuk mewarisi takhta Asteon Kingdom ke?"

Biarpun merasa kekok untuk dirinya menyoal soalan dalam suasana tersebut, Einhart tetap menanya soalan.

Libra mengangguk kepalanya.

"Kerana Arisakyriel tidak mahu kahwin, sudah pasti orang lain akan memaksa Sara untuk menjadi Ruler of Asteon yang seterusnya, memandangkan dia ahli keluarga Arisakyriel.

Walaupun kewujudan Sara dirahsiakan daripada sesiapa, Arisakyriel tidak dapat menjamin perkara tersebut dapat berterusan. Terutama sekali, dia akan mati sebaik sahaja usianya mencecah 100 tahun"

Arago memegang dagunya, memikirkan sesuatu.

Dia pasti yang Demigod boleh hidup beberapa ribu tahun atau lebih lagi, selagi mereka tidak dibunuh. Itu yang dia tahu daripada satu lagi Demigod selain Tenshi, iaitu Astral,Demigod yang merupakan bekas kawan baik Elliot.

Jadi,kenapa pula Arisakyriel, yang merupakan Demigod, digelar sebagai Goddess of War, Ruler of Asteon Kingdom yang dikatakan paling kuat, mati apabila usianya mencecah 100 tahun, iaitu tempoh hayat manusia?

"Kerana itu, Arisakyriel membuat sistem yang baharu, dan ianya berkekalan sehingga sekarang. Iaitu mengambil anak yatim yang telah dilatih sepenuhnya untuk menjadi Ruler of Asteon Kingdom.

Dia juga meminta Sara untuk pergi jauh dari Asteon Kingdom setelah kematiannya, untuk mengelakkan asal usul Sara diketahui.

Dan, Sara tetap kembali ke Asteon Kingdom, tempat dia dilahirkan. Malah, dia berjumpa dengan Tenshi, yang mempunyai penampilan yang sangat serupa dengan Arisakyriel,dan seorang gadis berambut hitam, yang Arisakyriel meminta Sara untuk lindung,iaitu Mimi"

"...ya.Walaupun saya tak dapat ingat perkara lain dengan jelas sebelum ini, tapi saya dapat ingat dengan jelas pesanan Aunt Arisakyriel untuk lindungi seorang gadis berambut hitam yang muncul bersama seorang gadis berambut perak, yang merupakan kelahiran semulanya"

Sara tersenyum. Senyumannya sangat lemah lembut.

"......dan, apa yang akan terjadi kepada Ruler of Asteon Kingdom, yang melanggar kedua peraturan tersebut?"

Einhart teragak-agak untuk menanya soalan tersebut. Kerana, setelah mendengar penjelasan tentang dua peraturan yang lain, dia seolah dapat meneka tentang kebenaran tentang perkara buruk yang akan terjadi pada Ruler Of Asteon Kingdom yang melanggar dua peraturan tersebut.

Namun, dia tetap menanya. Dia berharap sangat, jawapannya berbeza dengan apa yang Libra akan katakan.

Tiada.

Millialkyrie yang menjawab soalan tersebut. Tubuh Einhart menggeletar.

Tiada apa yang akan terjadi kepada kamu semua, sekiranya melanggar dua peraturan tersebut. Arisakyriel hanya membuat peraturan tersebut, untuk memastikan Ruler of Asteon Kingdom yang seterusnya tidak akan melanggar dua peraturan yang lain.

Semuanya agar, Sara tidak akan menjadi Ruler of Asteon Kingdom. Kerana itu, dia juga meninggalkan pesan, bahawa kamu semua perlu membongkar tentang kebenaran mengenai gadis yang terperangkap di dalam batu kristal di bilik bawah tanah, iaitu saya.

Bongkarkan, dan kedua peraturan tersebut akan dihapuskan sepenuhnya. Walaupun hakikatnya, ianya hanya untuk melengahkan masa selama 1000 tahun.

Agak mengagumkan, yang tiada siapa dapat bongkarkan perkata tersebut, sehingga sekarang.

Einhart terduduk. Seluruh tenaga dalam badannya telah meninggalkan dirinya apabila dia mendengar tentang kebenaran tersebut.

Dia berasa dirinya bagaikan dipukul di wajah dengan sangat kuat. Selama ini, dirinya boleh sahaja melanggar kedua peraturan tersebut, kerana tiada perkara buruk yang akan terjadi padanya. Dia boleh bersama dengan lelaki yang dicintainya,begitu juga untuk Ruler of Asteon Kingdom sebelum dirinya.

"..... what a joke.... I can't believe this...."

Senyuman terukir di wajah Einhart. Senyuman seseorang yang mula hilang kewarasan diri mereka.

Namun, Einhart dengan cepat, mengawal dirinya semula. Dia terus berdiri setelah menenangkan dirinya.

"Apa tujuan Arisakyriel untuk lengahkan masa selama 1000 tahun?"

"Tentang itu, saya tak berapa jelas. Miss Arisakyriel tidak memberikan penjelasan yang lebih mendalam. Dia memberitahu saya, tempoh 1000 tahun itu mungkin cukup.

Cukup untuk dirinya mengubah takdir kakaknya,dengan kelahiran jasad baharu"

"Kelahiran jasad baharu? Dia maksudkan Mimi ke?"

Hanya Mimi sahaja yang muncul dalam fikiran mereka. Ianya kerana, Mimi paling menyerupai Millialkyrie dari segi penampilan, biarpun Millialkyrie lebih mempunyai aura wanita dewasa.

"Saya rasa begitu. Perkara yang terjadi pada Mimi sebelum ini...."

Babak Mimi meminum darah Arago dengan duduk atas lelaki itu terus muncul dalam fikiran mereka. Wajah Arago memerah apabila mengingat semula tentang perkara tersebut. Einhart menyiku perut Arago.

" Ianya kerana saya memasukkan sesuatu yang diberikan oleh Arisakyriel. Sebuah permata yang berwarna putih jernih. Dia mengatakan kepada saya, untuk memasukkan permata tersebut ke dalam jasad baharu yang akan muncul selepas 1000 tahun.

Saya hanya lakukan apa yang dia beritahu. Oleh itu, saya juga sangat terkejut apabila melihat pemandangan tersebut"

"Tak apa. Saya dapat merasai sesuatu yang sangat hebat"

BOK

Pukulan yang kuat diberikan pada belakang kepala Arago oleh Einhart.

"Tetapi, kenapa Millialkyrie masih hidup?Dia sepatutnya dah mati, bukan?"

Hampir mati. Itu yang terjadi pada saya apabila badan saya dibawa semula ke Asteon Kingdom.

Selepas Sara keluar dari badan saya, lahir ke dunia ini, jantung saya mula berdegup semula,namun ianya lemah dan akan berhenti berdegup bila-bila masa.

Arisakyriel terus membuat keputusan untuk membekukan badan saya dengan batu kristal yang mempunyai tenaga magik yang besar.

Dia lakukannya untuk pastikan yang jantung saya takkan berhenti berdegup, dengan harapan saya akan membuka mata saya semula.

Tapi, itu tak berlaku untuk beberapa ratus tahun. Selepas hampir 400 tahun, baru saya sedar yang saya masih hidup di dunia ini.

Selama 400 tahun, saya tidak sedar yang saya masih hidup, kerana roh saya berada di satu tempat yang sangat menyenangkan. Terapung di tempat tersebut, sehinggalah sedar yang saya masih hidup.

Saya cuba untuk masuk semula ke dalam badan saya, lepaskan diri daripada batu kristal tersebut. Namun, saya tak dapat lakukannya.

Tubuh saya menolak roh saya.

"Macam mana perkara tersebut boleh berlaku?"

Saya tak tahu. Mungkin, kerana badan saya dikurung dalam batu kristal yang mempunyai skala yang besar, menyebabkan badan saya berubah menjadi sesuatu yang lain.

Ianya menjadi container, yang menyimpan tenaga magik yang sangat besar dalamnya. Dengan kata lain, membebaskan badan saya daripada batu kristal tersebut, mungkin akan membawa bencana yang besar pada dunia ini.

Tetapi, itu juga bermakna, yang saya takkan dapat meninggalkan dunia ini.

Wajah Millialkyrie kelihatan sayu.

Melihat wajah sayu tersebut, menggerakkan hati Miyu untuk menanya satu soalan kepada Millialkyrie.

"Millialkyrie, beritahu saya"

Millialkyrie memandang ke arah Miyu.

"Apa yang kamu paling mahukan, sepanjang kehidupan kamu?"

Soalan tersebut mengejutkan Millialkyrie, kerana mata gadis itu membulat. Mulutnya juga terbuka, walaupun hanya terbuka kecil.

Wajahnya yang terkejut, perlahan-lahan berubah menjadi gembira. Air mata juga mengalir.

Millialkyrie berasa gembira. Dia hanya berasa gembira, tiada sebab lain. Hanya perasaan itu sahaja yang dirasainya mendengar soalan Miyu.

"Saya hanya mahukan satu sahaja. Sesuatu yang sejak saya lahir di dunia ini, saya selalu mahukannya. Kamu orang pertama yang menanya apa yang saya mahukan, Miyu"

Millialkyrie tersenyum. Senyuman yang penuh dengan rasa gembira yang asli,pure happiness. Ianya tidak mempunyai niat jahat langsung.

"Saya mahu kematian"

Terdiam.Semua yang mendengar, terdiam mendengar perkara tersebut.

"Hanya itu saya mahukan"






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro