BAB 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dalam renyai hujan rintik-rintik, aku berlari sekuat hati tanpa ada hala tuju. Air mataku mengalir deras bersama turunnya hujan yang dimuntah langit. Hati aku runtun dan jiwa aku sakit.

Sanggup Thaqif buat aku macam ni? Dia kata dia cintakan aku, dia kata dia takkan lupakan aku dan dia kata dia hanya setia pada aku seorang saja tapi sekarang?? Kenapa!! Kenapa sekarang dia begitu senang gantikan tempat aku dengan seorang gadis?!

"Iesya?!"

"Kenapa you nampak terkejut sangat ni, babe? You lupa ke yang I pun alumni? So, how's long you tak contact I, hah babe?" ujarku dengan senyuman yang sangat lebar.

Siapa yang tak gembira bila berjumpa dengan lelaki yang dia sayang. Setelah hampir berbulan, akhirnya Tuhan berikan aku peluang ini untuk bersemuka dengan Thaqif. Lelaki yang tak pernah hilang namanya dari hati jambu aku ni.

"Sorry, sejak kebelakangan ni.. I-I terlampau busy dengan kerja I sampai I-I lupa siapa orang sekeliling I." hambur Thaqif dengan wajah yang sedikit bercampur baur.

Sedari tadi, matanya asyik dilarikan daripada aku. Dia pun.. nampak begitu janggal dengan aku. Nampak lain kemesraannya kali ini. Tak sama seperti dahulu. Jauh beza Thaqif yang dulu dengan Thaqif yang sekarang. Dia pun.. nampak sangat tak selesa bila bersama aku.

Tapi, ada aku kisah ke? Hmm.. mungkin hati Thaqif terluka? Yurp! Terluka sebab aku sudah berkahwin dengan lelaki lain. Hmm.. but now i'm single! So.. maybe...

"I dengar cerita yang you dah cerai dengan husband you. Erm.. I tak sangka you akan bercerai secepat tu dengan Zafriel."tambahnya dengan nada mendatar.

Aku meleret senyum. Wajahnya aku pandang suka. Bila nampak wajah Thaqif berjanggut ni, aku nampak wajah limnya di situ. Walau tak setampan dulu tapi.. nampak sudah kematangannya. Huh, nampaknya kehilangan aku disisi Thaqif berjaya ubahkan lelaki itu jadi yang lebih baik.

Fikirku, mungkin Thaqif terseksa. Yurp.. terseksa. Kami bercinta hampir tiga tahun dan tiba-tiba berita perkahwinan aku dengan Zafriel mematikan segalanya. Kerana Zafriel, aku kehilangan Thaqif. Lelaki itu bawa dirinya di hari pernikahan aku dan sejak itu kami tidak berhubungan sampailah ke hari ini.

"Yurp. I dah bercerai dengan dia. Now, I'm single. Selama I kahwin dengan dia, hati I bukan pada dia.. but, hati I pada you, babe. Even I nampak muka dia setiap hari, but apa yang ada dalam kepala I adalah kenangan kita waktu bersama dulu. I masih tak dapat lupakan you. But now, I nak bersama dengan you.. I nak jadi milik you semula." jelasku memandang anak matanya bila pandangan Thaqif berikan padaku.

Aku sangka Thaqif akan tersenyum bila aku hamburkan semuanya namun aku silap. Tiada senyuman timbul di bibirnya malah wajah Thaqif berubah resah. Anak matanya yang memandangku dijatuhkan ke tempat lain.

"I think that we cannot get back. Keadaan kita berdua sekarang dah tak sama macam dulu. I-I.." tergagap Thaqif mahu menyambung ayatnya.

Aku disebelah sudah berkerut dahi. Bila lihat wajah resah yang bermain di wajah lelaki itu, aku sudah tidak sedap hati. Reaksi yang Thaqif berikan berbeza dengan apa yang aku sangka.

Aku ingat dia akan gembira dan teruja tapi nampaknya apa yang aku kata mengundang pelbagai reaksi pelik dari lelaki itu.

"Abang... maaf sebab saya lambat. Saya pergi surau tadi." berdesing telingaku apabila ada suara lunak gadis menyapa.

Tergamam aku seketika apabila melihat apa yang dilakukan gadis bertudung labuh berwarna merah jambu itu. Tanpa signal apa, dia peluk lengan sasa Thaqif. Bibir gadis itu menguntum senyum bila lihat aku. Sangat mesra..

"Awak kawan suami saya ke?"

Suami?

Jantungku berdegup laju tatkala dengar pernyataan gadis itu. Su-suami? Thaqif sudah mengeluh berat. Matanya serba-serbi memandangku. Aku pula masih diam. Entah reaksi apa yang patut aku berikan pada dia sekarang. Yang pasti, senyuman gembiraku takkan menyinggah.

"Zulaikha, kenalkan ini kawan abang.. Qaliesya. Dia kawan abang, junior abang.." perkenalan yang diujarkan Thaqif buatkan aku rasa naik bulu roma.

Kawan? Kawan apanya kalau setiap hari kata cinta dilafazkan oleh lelaki itu? Kawan apanya kalau jalan berdua, bergandingan dan keluar setiap masa? Itu ke kawan? Itu ke kawan yang dimaksudkan Thaqif sekarang ni..

Pang!!

"Abang!"

"Nice, Thaqif. Bagus! Bagus sebab dah hancurkan hati aku jadi macam ni. Jantan tak guna macam kau ni memang patut pupus dari dunia ni. Huh.. setelah apa yang aku buat pada kau, ini yang kau balas pada aku! Tak guna!!!" tengkingku lantang.

Tetamu yang lain sudah diam. Hanya bunyi rancak sahaja yang berdendang. Peduli apa aku kalau orang nak pandang pun? Hati aku sakit. Sangat sakit! Pedih..

Masih terbayang dalam kepalaku bila lihat Thaqif diam selepas  kena lempang dengan aku. Gadis di sebelahnya sudah mengurut pipi Thaqif yang sudah pijar. Sakit namun terpaksa aku telan..

Aku terjatuh menyembah bumi. Dalam basah kuyup, aku kesejukan dan aku sendiri. Mataku yang sedikit kabur, aku cuba gagahkan.  Tak.. aku tak boleh pengsan kat sini. Tapak tangan yang terasa pedih dan berdarah aku biarkan.

Dengan kekuatan yang masih ada, aku bangkit. Langkahku tidak sepantas tadi. Setapak demi setapak aku melangkah. Hampir seluruh tubuhku terasa perit. Bila bahagian perutku terasa mencengkam, pandanganku makin kabur. Kepalaku sudah mulai menyengat. Argh!!

Dalam kabur, mataku berjaya menangkap lampu kereta yang meluru perlahan ke arahku sebelum akhirnya, tubuhku rebah menyembah bumi.

"Qaliesya!!!" hanya suara itu aku dengar. Suara yang sangat aku kenali.

"Tha-Thaqif.."sebutku sebelum akhirnya mataku tertutup rapat. Akhirnya, aku tidak sedarkan diri.
...
Kereta Honda Civic dipandunya merentasi hujan yang merintik turun. Matanya berkali-kali menilik telefon pintarnya. Sambil memandu, dia membelek telefon pintarnya.

'Bos, Daniel kata dia dah muktamad nak letak jawatan. Macam mana bos? Kalau Daniel pergi, siapa nak isi tempat pengurus itu sementara ni?'-Rashid.

Zafriel sudah ketap bibir. Satu keluhan akhirnya terlepas dari bibirnya. Belum habis problem lama, sekarang problem baru pula muncul. Kalut Zafriel jadinya.

Baru sahaja dia mahu membalas whatsapp daripada anak buahnya itu, panggilan daripada Engku Ziemah masuk. Terpana Zafriel seketika. Mahu tak mahu, dia terpaksa angkat juga panggilan itu. Nenda penting, sama penting dengan cafenya.

"Tini beritahu nenda yang kamu terburu-buru tinggalkan dia. Betul ke Zafriel? Betul ke apa yang nenda tanya ni?" mendatar saja suara Engku Ziemah.

Zafriel mengeluh perlahan. "Zaf bukan sengaja tinggalkan dia. Zaf ada kerja nak kena selesaikan sekarang sebab itu Zaf pergi."

"Kamu jangan nak bagi alasan, Zaf. Kamu dah pandai nak buat onar sekarang? Sejak bila, kamu berubah macam ni Zaf?!" gertak nendanya yang tidak percaya.

Kali ini, Zafriel benar-benar terkesima. Apa yang dikatakan Engku Ziemah menyiat hatinya. Tak sangka tipis sangat kepercayaan Engku Ziemah padanya.

"Nenda, Zaf tak buat alasan. Zaf terpaksa tinggalkan makan malam itu. Zaf ada problem sekarang ni..."

"Apa problem kamu yang besar sangat itu? Nak mencari lagi bekas bini kamu itu? Masih nak perlukan masa lupakan dia, macam itu ke? Perempuan tak guna itu yang kamu masih cari?!"

"Nenda? Kenapa nenda nak kaitkan Qaliesya dalam hal ini? Dia.. dia tak ada kaitan dalam topik kita sekarang ni.."tegas Zafriel bila nama Qaliesya dikaitkan nendanya.

Berdesing juga telinganya bila nendanya panggil Qaliesya perempuan tak guna. Selama dia jadi suami gadis itu, carutan seperti itu langsung tak pernah disebutnya walaupun perangai Qaliesya sangatlah hareemmnya.

"Kenapa kamu nak marah pula nenda kata macam itu? Kenapa kamu nak melenting?!"

Akhirnya satu keluhan berat Zafriel lepaskan. Dia sudah hilang mood untuk bersembang. Tak habis dengan masalah cafe, sekarang masalah nendanya pula.

"Sorry nenda. Zaf malas nak serabutkan kepala..Zaf tutup dulu. Assalamualaikum.."ucap Zafriel. Belum sempat Engku Ziemah menyambung leterannya, Zafriel terus menamatkan talian.

Dia mencampakkan telefon pintarnya ke sisi sambil keningnya disapu berkali. Ergh!! Kenapa malam ni, semua nak kacau moodnya?

Zafriel mengeluh lemah. Moodnya jatuh mendadak bila Engku Ziemah menghina Qaliesya. Walaupun perangai Qaliesya tak serupa bikin namun ada sesuatu yang istimewa pada Qaliesya yang buatkan Zafriel tertarik hati.

Tak semena-mena bibir Zafriel meleret sengih bila fikirannya terbayangkan rungutan manja Qaliesya. Sangat kebudak-budakan dan tak begitu matang. Ya, perangai manja dan superdivanya itu berjaya buatkan Zafriel mula sukakan gadis itu.

Kadang, dia geram juga dengan Qaliesya. Siapalah yang suka tengok isterinya keluar malam. Setiap hari, ada saja tempat dia mahu tuju bila waktu malam menjelma. Bila siang, gadia itu reload tenaga. Tidur. Kerana itu, mereka jarang bercakap dan juga jarang meluangkan masa bersama. Zafriel pun kekadang sibuk dengan perniagaan kafenya jadi.. yurp, tak ada masa.

Bila terkenangkan itu, Zafriel jadi rugi. Rugi kerana tak dapat luangkan masa yang banyak bersama Qaliesya. Bersama manja gadis itu.. Bila kehilangan pandai pula hatinya kata rindu. Bila ada depan mata, bertekak saja mereka dua puluh empat jam nonstop!

Ketika melintasi selekoh, Zafriel memperlahankan kenderaannya bila matanya terpandangkan sesosok tubuh di hadapan. Makin dekat, dia lihat wajah gadis itu makin jelas. Matanya dipicing sehingga akhirnya Zafriel tergamam.

"Qaliesya!"sebutnya.

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari kereta, gadis itu sudahpun rebah menyembah bumi. Segera Zafriel dapatkan Qaliesya yang masih terbuka matanya sedikit. Wajah gadis itu memandangnya dalam sakit.

"Qaliesya.." seru Zafriel perlahan. Bahu Qaliesya dipegangnya.

Bibir Qaliesya menguntum senyum nipis. "Tha-Thaqif.."sebut gadis itu sebelum menutup mata.

Zafriel diam seketika. Dalam renyai hujan, basah kuyup.. dia telan liur. Satu keluhan dilepaskannya. Qaliesya..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro