BAB 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi aku sudah berkemas untuk ke Pulau Pangkor. Yurp, buat masa sekarang.. aku perlukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk kenal siapa diri aku malah mungkin masa untuk aku terima dugaan sebagai seorang gadis yang sedang hamil pada usia muda.

"Kak Iesya!"seru Fatihah sambil berlari meluru ke arahku yang sedang memasukkan beg pakaian ke dalam bonet keretaku.

Bibirku menguntum senyum tatkala melihat adik aku seorang itu. Dia manja tapi manja itu comel aje. Sejuk mata memandanglah kiranya. Hmm.. patutlah Adam nakkan si Fatihah ni. Penyejuk hati, penyejuk mata.

"Kenapa, Fati?"soalku sambil menutup bonet kereta Myviku.

Untuk seketika, Fatihah diam. Gayanya seperti sedang berkira mahu menyatakana hasratnya pada aku. Aku dihadapannya masih setia menunggu.

"Kak, kalau Fati nak ikut akak bercuti, boleh tak? Fati pun tak buat apa sebenarnya sekarang ni." hasratnya dinyatakan.

Kali ini, dahiku sudah berkerut. Terus aku alihkan mataku ke tempat lain. Bukan tak bagi tapi masalahnya sekarang ni aku perlukan masa sendiri. Hanya bersendirian.

"Tak. Tak boleh."ringkas saja jawapanku.

Namun, ia mengundang rasa tak puas hati bagi Fatihah. Gadis itu sudah berpeluk tubuh sambil muncung sedepa.

"Kenapa tak boleh pula? Fati tak pernah lagi keluar dengan akak kan?" Fatihah sudah berdegil.

"Untuk kali ini, akak tak boleh ikut apa yang Fati nak. Akak perlukan masa sendiri sebab itu akak bercuti.." ujarku mengerling ke arahnya dengan perasaan serba-serbi.

Fatihah masih berkerut tak puas. Berkerut comel gitu. Tudung bawal maroon yang dipakainya pagi itu pula menaikkan lagi kecomelannya. Untunglah, comel.

"Bila kamu nak bergerak, Iesya? Semalam kata nak keluar awal pagi, ni tak gerak lagi ni?" soalan abah mencelah perbualan kami adik beradik.

Mata aku dan Fatihah sama-sama mengerling ke arah ibu bapa kami yang jalan bergandingan mendekati kami berdua. Abah sudah siap dengan sut kerjanya manakala ibu pula dengan kebaya nyonyanya. Al-maklumlah, tengah hari nanti dia ada perjumpaan jadi bersiap untuk majlis itulah.

"Tadi, Iesya terlajak tidur. Bangun-bangun aje dah pukul 8 pagi." balasku meleret sengih. Silap sendiri sebab lupa nak set jam.

Ibu sudah menggelengkan kepala. Haha, maafkan anak ibu yang comel ni, bu..

"Nasib baik Fati ada untuk bangunkan kak Iesya kalau tak sampai ke petang agaknya dia akan tidur."celah Fatihah menyindir aku.

Terus aku mencerlung pada Fatihah yang buat muka tak bersalah kerana menyindir aku. Kata-katanya disambut tawa oleh kedua orang tua kami.

"Ni, kamu yakin nak pergi sendiri? Taknak minta Fatihah temankan ke?" soal ibu. Soalan ibu itu buatkan senyuman Fatihah meleret sampai ke telinga.

"Iesya ingat nak.."belum sempat aku habiskan ayatku, pantas suara lunak Fatihah memintas.

"Fati pun dah cakap dengan kak Iesya tadi. Hmm.. tapi dia tak bagi Fati pergi. Ibu pujuklah anak sulung ibu ni." Fatihah sudah mengada.

Aku mengeluh perlahan. "Iesya perlukan masa sendiri untuk lepaskan stress."

"Owh, so.. akak nak kata kalau pergi dengan Fati ni tambah stresslah? Hmm.. sampai hati akak kan?!" argh, sudah!

Aku mencebik. Wajah Fatihah yang pura-pura merajuk itu aku pandang sebal. Nasib baiklah dia aje satu-satunya adik yang aku ada, kalau tak.. mau naik tangan aku ni tarik tudung dia itu.

"Alah, sekali sekala kamu keluar dengan Fati, Iesya. Sejak kebelakangan ni, kamu pun jarang luang kan masa dengan adik kamu kan?"ibu sudah berdiri di pihak Fatihah.

"Betul apa yang ibu kamu itu kata. Gunakan masa ni sebaiknya. Lagipun tak lama lagi, Fati akan jadi isteri Adam. Waktu itu, nak keluar berdua pun dah terhad. Selagi ada masa ni gunalah betul-betul." damn! Abah pun bela Fatihah.

Kini, Fatihah sudah buat muka bangga. Muka yang tadi berkerut merajuk terus berubah dengan sematan senyuman lebar sampai ke telinga. Aku menggumam sendiri. Phuh!!

Fine! Akhirnya aku kalah. Wajah Fatihah aku pandang.

"Akak bagi masa lima minit aje untuk pack barang. Kita pergi naik kereta akak."arahku dengan nada mendatar.

Fatihah sudah menyeret sengih. "Dah lama dah pack. Tinggal tunggu akak ajak aje sebenarnya."lantang dia bersuara.

Ibu dan abah sama-sama ketawa mendengar telatah Fatihah yang manja itu. Aku pula sengih pun tidak. Masih geram sebenarnya. Tak puas hati pun ada sebab.. ada orang tu kacau masa cuti aku.

Selesai sahaja menyimpan bagasi Fatihah ke dalam bonet keretaku, aku terus ambil tempat duduk pemandu. Fatihah pula disebelahku. Belum sempat aku buka enjin kereta, kepalaku teringatkan sesuatu.

"Fati perasan tak akak bawa keluar purse tadi?"soalku bila teringatkan perkara tersangat penting itu. Lol, benda itu pun aku boleh lupa.

Adik aku itu sekadar gelengkan kepala. "Nope. Fati tak nampak pun. Erm.. maybe, ada dalam bilik akak kot?"duga Fatihah.

Aku menarik nafas. Haih, aku pun rasa dalam bilik. Qaliesya,Qaliesya.. excitednya kau ni sampai purse pun kau tak bawa.

Tak membuang masa, aku terus berlari sepantas yang mungkin ke bilik. Masuk sahaja ke dalam kamar, aku terus mencari ke dalam almari. Ya, itulah tempat aku selalu letak barang berharga aku.

Setelah aku gapai purse yang terletak dalam laci almari, mataku tak semena memandang pada sebuah kotak yang masih berbungkus pembalut hadiah. Aku diam untuk seketika sebelum kotak itu aku capai.

Hmm, bukan ke ini..

"Akak,cepatlah!" laung Fatihah dari bawah.

Terus mati menunganku. Huh! Lah, budak ni. Tak sabar betullah!

"Ya, ya.. nak turunlah ni."
...
Akhirnya, setelah beberapa jam perjalanan, aku tiba juga di Pulau Pangkor Perak. Lama juga, aku tak bercuti sakan ni. Selalu sangat terperap dalam rumah sampai kekadang langit bumi pun aku tak pernah tengok.

Selesai sahaja mendapatkan kunci di kaunter, aku terus bergegas ke bilikku yang berada di tingkat tiga manakala bilik Fatihah di tingkat 2. Sengaja aku tempah bilik yang berpisah. Kalau aku dah kata aku nak masa bersendiri, that's mean memang aku nak bersendiri. Tak ada sesiapa boleh kacau even Fatihah sekalipun.

Masuk sahaja ke dalam bilik hotel ku,  aku terus terlompat kecil. Yurp, memang puas hati. Sudahlah bilik yang aku tempah itu besar dan pemandangannya seratus peratus pantai. Sangat mendamaikan. Beg pakaian yang aku angkut, aku tolak tepi lalu aku terus melompat baring ke atas katil.

"Yah, akhirnya dapat juga aku berehat. Tenangkan fikiran." ujarku sendirian.

ku lelapkan mata sambil menikmati suasana itu. Telingaku mendengar cicipan burung kecil di beranda dan juga riuh rendah di luar.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Kak Iesya. Nak masuk bilik akak boleh tak?"laung Fatihah dari luar.

Aku mendengus kecil. Haih. Inilah susahnya kalau bawa adik aku itu sekali. Keluar pergi mana-mana pun tak sah kalau nak berkepit dengan aku..

"Ih, akak nak tidurlah. Nanti-nantilah tengok bilik akak." keluhku malas. Aku masih tak bangkit dari baringku. Malah, aku pusingkan tubuhku meniarap.

"Ala.. nak. Nak juga!" rungut Fatihah di luar. Dia buat pemberontakan. Ketukan dipintu dia ketuk bertalu.

Pada mulanya, aku berkeras namun bila ketukannya masih tak berhenti. Akhirnya aku mengalah. Dengan hati yang panas, aku meluru ke pintu lalu aku buka.

Terjengul wajah kemenangan Fatihah. Dia masuk sambil matanya meliar memandang sekitar bilik yang aku dapat. Erm.. not bad.

"Nice juga bilik akak ni.  Wau, boleh nampak pantai! So, seronok.." terujanya berlari ke beranda. Aku pula sudah duduk di birai katil kerana malas nak dengar dia bercakap. Dakit telinga bila dengar dia terpekik melolong.

"Kalau dah puas, dipersilakan balik ke bilik anda."selamba aku hambur kan ayatku.

Fatihah tersengih kerang. Kakinya beralih merapatiku lalu dia duduk di sebelahku. Kedua-dua tanganku digapainya lalu digenggam dengan senyuman masih mekar di birai bibirnya.

"Kak, jom keluar jalan-jalan malam ni." ajaknya sambil angkat kening.

Aku mengeluh berat. "No way. Malam ni, akak nak tidur aje. Kalau adik nak keluar, adik keluarlah." balasku.

Fatihah sudah buat muka. "Hmm.. jomlah kak. Bosanlah kalau duduk hotel aje. Kita keluar, kita shopping." gadis itu masih berusaha memujukku. Badanku sudah digoncangnya, meminta aku menuruti kehendaknya.

"Fati kena ingat yang sekarang ni Fati tengah ikut akak bercuti. My holiday, my rules. Okey?!"tegasku sudah bagi peringatan.

Terdengar keluhan meniti di birai bibirnya. Dia terus lepaskan tanganku dan pusingkan tubuhnya ke depan. Wajahnya berubah sedih. Bila lihat itu, aku jadi serba salah. Argh.. sudah.

"Kita tak pernah cuti ke luar lagi. Hmm.. Fati ingat bila dapat keluar dengan akak ni, Fati dapatlah spent time masa banyak-banyak dengan akak sebelum Fati kahwin nanti. Masa itu, nak keluar dengan akak pun mungkin tak boleh.." getusnya sebak.

Bila dengar ayat Fatihah itu, aku pula jadi serba-serbi. Ini yang tak suka ni. Mulalah guna ayat drama nya itu. Haih, aku ni pun bukannya kuat sangat. Pekena ayat itu, aku sudah mulai tangkap leleh.

"Fine. Kita keluar. Pukul 8."putusku. Tak boleh lah tengok Fatihah sedih-sedih macam itu.

Tersemat senyuman di birai bibir Fatihah. Sukalah itu sebab orang turutkan permintaannya itu. Haih, nasib dapat adik manja ni.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro