BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai melilitkan selendang biru laut itu di kepala, aku tersenyum puas. Nampaknya selendang satin yang dipinjamkan Fatihah padaku nampak sangat sesuai untuk aku. Beberapa kali aku pusing depan cermin. Suka! Aku suka pakai tudung macam ni!!

Telefon pintarku yang berdering serta-merta mematikan dongeng acah Cinderella ku itu. Nama pemanggil aku belek lalu aku jawab. Panggilan daripada Fatihah.

"You're late for 15 minute, kak Iesya!!"lantang suara lunak adikku menyapa corong telefon. Bingit. Sedikit aku jauhkan coromg speaker dari telingaku.

Serta-merta jam tanganku aku belek. Buntang mata aku bila jam sudah menuding angka 9.15 pagi. Pfft.. patutlah menyinga si Fatihah itu pagi-pagi.

"Wait. Akak tinggal nak pakai perfume aje then I'm done." ujarku sambil mencapai botol minyak wangi yang selalu aku pakai. Aku buat tiga kali semburu pada seluruh tubuhku. Rasanya manis dan itu sangat menenangkan aku.

"Ish, if.. akak late 5 minit. Adik tinggal akak!"ugutnya dengan nada geramnya yang terselit suara comelnya.

Haihlah, macam manalah si Am itu boleh terpikat dengan singa betina macam Fatihah ni? Jarang boleh nampak Fatihah mengamuk. Selalu nya gadis itu akan senyum, gelak, senyum dan lepas itu.. rajin nak menyakat aku aje kerjanya.

Beg tanganku aku capai lalu aku betulkan sedikit tudungku supaya nampak lebih kemas. Aku langsung rasa tak terugut dengan Fatihah. Pfft.. small matter lah.

"Tinggallah. Lupa ke yang kunci kereta ada pada akak? Pfft.. so comel lah adik akak ni." aku sudah menyindir gurau dengan Fatihah.

Terus Fatihah merengek. Nampaknya, dia kalah. Bendera putih terpaksa dibentangnya. "Fine. Lambat lima minit, Fati serang bilik akak!"ugutnya dengan nada tak puas hati.

"Try me.." cabarku lalu menamatkan talian.

Telefon pintarku aku masukkan ke dalam beg tanganku. Sebuah gelengan kecil aku berikan bila teringatkan kata-kata Fatihah tadi. Kenapalah aku boleh tak sangka perangai manja Fatihah yang mengada itu? Betullah, nampaknya dah lama aku tak spent time dengan Fatihah sampai aku jadi tak kenal perangai adik aku itu macam mana.

Tombol pintu aku pulas dan pintu terbuka. Selesai aku tutup pintu, aku berura-ura mahu melangkah ke arah lif. Belum sempat selangkah aku pergi, tubuhku dilanggar dari arah tepi membuatkan aku hampir saja terjatuh.

Namun sempat tangan seseorang menarik lenganku membuatkan aku kembali berdiri. Satu nafas lega aku lepaskan. Phuhh!! Nasib baiklah aku tak jatuh.

"Ter-"belum sempat aku habiskan ucapanku, aku terpana bila terpandangkan wajah lelaki itu depan mata aku.

What? Sekali lagi!!!

"A-awak buat apa kat sini?"soalku terkejut bila lihat Zafriel ada depan mataku.

Dia sekadar menyungging sengih. "Aku tinggal dalam bilik ni."beritahu nya sambil menuding ke arah bilik di sebelahku. Makin buntang mata aku dibuatnya.

Ya Allah, entah petunjuk apa yang kau mahu berikan pada aku ni? Kenapa kau wujudkan pertemuan antara aku dengan Zafriel? Apa yang kau mahu rancangkan? Aku ketap bibir. Pertemuan demi pertemuan buatkan aku makin tak selesa. Yurp, tak selesa.

"Kau nak pergi mana ni?"soal Zafriel membelek aku atas bawah.

Aku sudah berpeluk tubuh. Muka jengkel aku hadiahkan pada lelaki itu. "Lepas bercerai pun still nak tanya soalan itu, hmm.. Encik Zafriel?"sengaja aku menyindir.

Kalau itu cara terbaik untuk mengelakkan rasa janggal antara aku dan dia.. kenapa tidak?

Sindiranku buatkan Zafriel tertawa kecil. Wajahku dipandangnya. "Salah ke aku nak bertanya sebagai seorang kawan?"soalan berbalas soalan.

"Nope. As I mentioned before, saya tak nak kenal awak dan tak berkawan dengan awak."penuh berlagaknya aku menghamburkan ayat.

Zafriel menyungging sengih. "Hmm, still perangai you yang bodoh sombong itu you pelihara. I.." belum pun habis Zafriel menyusun kata, suara seorang wanita menyapa kami dari belakang.

"Kau buat apa kat sini?"herdik wanita itu melangkah merapatiku. Datang saja dekat dengan aku, tubuhku ditolaknya kasar.

Hampir saja aku mahu jatuh namun sempat aku imbangkan. Wajah tua itu aku pandang dengan rasa takut. Matanya yang tajam mencerlung anak mataku buatkan rasa gentarku menebal. Mana mungkin aku tak takut, mana mungkin aku tak gentar? Dia, Engku Ziemah.. wanita paling berpengaruh di Malaysia. Buat dia marah, padah orang itu akan terima.

Kartini di sebelah Engku Ziemah sudah merapati Zafriel. Bibirnya meleret sengih sinis bila lihat wajah cuakku. Padan dengan muka kau, Qaliesya.

"Eng-engku?"tergagap aku menyebut namanya.

Wajahnya serius memandangku. "Buat apa kau kat sini? Kau nak goda Zafriel balik? Kau nak rampas dia pula? Macam itu ke?!"jerkahnya lantang.

Aku terdiam bila soalannya itu menyapa. Pandangan aku hanya tundukkan memandang lantai. Sejak dulu lagi, aku memang takutkan wanita itu. Yurp, dia pun tak pernah tunjukkan rasa sukanya kepada aku sepanjang aku jadi isteri kepada Zafriel.

"Nenda, Qaliesya tak buat apa pun. Kami cuma terserempak aje. Tak ada apapun."celah Zafriel mencuba untuk memujuk nendanya itu. Tangan nendanya cuba ditarik namun wanita itu kuat menepis.

Mata Engku Ziemah masih mencerlung aku. Pandangannya ibarat singa lapar yang memerhati kan mangsanya. Matanya membelek wajahku garang. Satu sengihan sinis dia berikan

"Huh, perempuan macam kau nak bertudung pula sekarang? Kenapa? Kenapa baru sekarang nak bertudung? Owh, aku tahu. Kau cuba nak pikat Zafriel semula kan sebab kau tahu.."kata-kata Engku Ziemah mati bila aku memangkas.

"Tak ada kaitannya saya bertudung dengan keluarga Engku. Saya harap engku fahamkan itu."tegasku masih menundukkan pandanganku ke lantai.

Aku dengar dia berdecit sinis. "Dulu, jadi murah sekarang nak jadi seorang penipu pula? Haih, kau satu keluarga sama aje. Entah apalah arwah anak aku itu pandang tinggi sangat pada keluarga penipu kau tu!"lantang dia menghina keluargaku.

Aku tergamam. Tubir mataku sudah mulai panas dengan air mata. Huh! Memang aku berhak dihina tapi bukan keluarga aku, bukan mereka. Salah kau, Qaliesya.. kerana perangai bodoh kau, nama keluarga kau jadi buruk.

"Cukuplah, nenda. Jom, kita pergi." Zafriel sudah berdesing bila dengar ayat Engku Ziemah makin melukakan hati Qaliesya. Dia cuba untuk menarik Engku Ziemah, wanita itu terus alihkan pandangannya pada Zafriel.

"Kamu tak habis-habis nak membela dia ni kenapa? Kamu tak ingat apa yang dia buat pada kamu? Pada nenda?! Nenda tak boleh nak maafkan. Sebab apa yang dia kata fasal kamu kat mahkamah itu, kamu kena tempiasnya! Kamu masih boleh fikirkan perasaan dia sekarang ni?! Ni masih tak setimpal."jerkahnya sudah bersuara kuat. Ada nada marah dan geram dalam hamburan nya.

Bibirku aku ketap. Bila Engku Ziemah menyebut kejadian di mahkamah, aku rasa bersalah. Yurp, dalam hal itu memang aku bersalah. Aku langsung tak fikirkan perasaan Zafriel ketika itu. Apa yang penting pada aku waktu itu, aku cuma taknak orang lain menuduh aku sebagai seorang pesalah. Aku nak saksi dan pihak hakim nampak aku sebagai mangsa yang diseksa mental dan fizikal oleh Zafriel.

Engku Ziemah mengacip giginya geram. Aku yang masih menunduk dipandangnya dengan perasaan marah yang membara. Lantas, dia mendekatiku.

Tubuhku ditariknya kasar menghampirinya. Zafriel cuba menghalang namun pantas Kartini memeluk lengannya kuat.

"Apa yang aku buat pada kau ni tak setimpal dengan apa yang kau buat pada cucu aku. Kau conteng arah pada wajah dia, kau buat orang nampak buruk dia. Perempuan jenis apa kau sebenarnya hah, Qaliesya! Isteri jenis apa yang cerita buruk fasal suaminya?! Kau fitnah Zafriel, kau tahu tak!!!"keras dia mengherdik ku.

"Nenda, cukuplah! Zafriel dah lama maafkan dia. Tolong jangan apa-apakan dia!"Zafriel sudah mulai bertegas.

Aku terpana. Wajah Zafriel aku pandang dengan rasa serba-serbi. Di-dia bela aku?! Wajahnya yang sudah berkerut resah makin buatkan rasa bersalahku menebal.

"Sa-saya minta ma-maaf, nenda.." ucapku perlahan.

"Huh?! Maaf? Itu aje yang kau mampu bagi lepas apa kau buat ni.. maaf aje?"sinis dia memerliku.

Engku Ziemah pantas menarik tudung yang aku pakai berkali-kali. Bahuku dipukulnya tanpa belas. "Kau tak layak pakai tudung ni! Perempuan iblis macam kau tak layak hidup?!!!! Kau faham tak?! Tanggalkan! Tanggalkan tudung ni?!"jerkahnya lalu menarik tudung yang aku pakai.

Aku cuba untuk melawan. Diriku cuba aku jauhkan namun kekuatannya buatkan aku kalah. Walaupun sudah tua namun tenaganya sangat kuat. Aku jadi terundur. Air mataku menagih simpati namun langsung tak dipedulikan oleh wanita itu.

"Nenda!"gertak Zafriel. Tangan Kartini yang menggenggam lengannya ditepis lalu dia menghampiri kami yang sedang bergelut.

Aku cuba untuk melepaskan diri namun bila Engku Ziemah melepaskan ku, tak semena-mena tubuhku menghempas dinding kuat. Argh!! Belakangku sakit. Perutku juga mulai senak. Aku akhirnya tersungkur dan terbaring di lantai. Air mataku mengalir deras. Perutku aku raba. Erghh..

"Qaliesya!"aku dengar suara Zafriel menghampiri.

Dalam samar-samar, aku lihat kelibat nya menghampiri. Wajahnya yang kusut aku pandang. "Za-Zafriel.. sa-sakit.." terketar-ketar aku menyebut patah demi patah perkataan. Sakit dan kelat.

Tangan Zafriel yang memegang tanganku, aku genggam erat. "Sa-sakit, Za-Zafriel.."aduku lagi dengan air mata berbirai.

"Jangan pedulikan dia, Zafriel. Dia berlakon aje tu. Mari kita pergi.." spontan wanita itu mengarah. Langsung tiada riak bersalah bermain pada wajahnya.

Zafriel langsung tak pedulikan. Tanpa berlengah, tubuh Qaliesya dipapahnya. Aku yang sudah lemah hanya membiarkan dia bawa aku pergi.

"Kamu nak ke mana tu, Zaf? Kamu biarkan dia! Biarkan!!"Engku Ziemah sudah lantang bersuara. Geram betul tengok perhatian melebih yang Zafriel berikan pada Qaliesya.

Zafriel kacip gigi. "Zaf kecewa dengan nenda!"ujar Zafriel sebelum pantas meninggalkan Engku Ziemah terkebil-kebil sendirian.

"Zaf!! Zaf!!"berkali-kali wanita itu memanggil namun Zafriel pekakkan telinga. Kakinya menghentak geram!

Kartini cuba memujuk Engku Ziemah walaupun kenyataannya, dia juga sudah panas hati. Yurp! Dia sakit hati.. tengok Zafriel bela Qaliesya, dekati Qaliesya dan papah Qaliesya begitu! Huh, siap kau Qaliesya! Ugutnya dalam hati.

Kau mampus lagi baguslah, Qaliesya!
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro