BAB 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu persatu butang pada baju melayu putih yang dipakainya dipasang. Pantulan imejnya dalam cermin dipandang dengan penuh rasa kekosongan. Tak terselit rasa gembira, tak ada rasa kecewa malah rasa sedih juga sepi saja dari hatinya.

"Engku, tinggal lagi 15 minit ya?" sorak staff dari luar bilik hotelnya.

Zafriel tidak menyahut dari dalam. Dia masih lagi begitu. Senyap dan termenung memandang cermin. Memandang wajahnya yang tak nampak senyum bahagianya itu.

Padahal ini adalah harinya. Hari 'bahagia'nya. Dalam hitungan detik, dia bakal melafazkan akad nikahnya. Dalam hitungan detik itu jugalah, dia bakal menjadi suami kepada Kartini. Yurp, hanya dalam hitungan detik saja lagi.

Sepatutnya, seorang pengantin perlu tersenyum gembira. Dia akan berkahwin, menamatkan zaman 'bujang' nya bersama seorang perempuan. Tapi.. bagaimana mahu wujud rasa bahagia kalau, perempuan yang menjadi pengantin nya bukanlah orang yang dia cinta?

Akhirnya, Zafriel terduduk atas kerusi meja solek itu. Wajahnya diraup kasar. Sugul, malas.. rasa nak lari, semuanya dia rasakan dalam hati. Kalaulah dia boleh pilih untuk lari, dia akan lakukan juga tapi..

Memikirkan fasal Engku Ziemah, Zafriel mulai berdolak dalih. Tak mungkin dia mahu lukakan hati orang tua itu? Hati orang tua yang sudah berkorban masa dan tenaga membesarkannya sehingga dia dapat berjaya seperti sekarang ni.

Zafriel tak kejam. Dia bukannya orang yang jenis lupa budi. Namun kerana budi lah, hati dan perasaan nya menjadi masa. Yurp, kerana budi.. dia korbankan rasa cintanya. Qaliesya..

Semalaman, Zafriel mimpikan gadis itu. Mimpi itu beri petanda yang sangat buatkan Zafriel rasa tak mengerti.

"Awak pilih dia, awak hilang saya." tutur Qaliesya mendatar. Wajah gadis itu tidak menggambarkan rasa sedih mahupun kecewa. Biasa dan tenang saja.

Zafriel ketap bibir. Tubuh gadis itu didekatinya. Entah kenapa, perasaan nya jadi resah bila dengae Qaliesya tuturkan ayat itu.

"Kau sendiri yang suruh aku kahwin dengan dia kan? Kenapa sekarang kau ugut aku macam ni?"soal Zafriel tidak mengerti.

"Sebab saya tak sanggup awak lukakan hati orang yang awak sayang. Saya tahu nenda lagi penting untuk awak. Betul kan, Zafriel?"kali ini nada sebak kedengaran dari bicara gadis itu.

Zafriel mengeluh perlahan. Tangan Qaliesya dicapainya lalu cincin pernikahan yang terselit pada jari manis gadis itu dibelainya lembut. Wajah Qaliesya dipandangnya dengan penuh rasa cinta.

"Tapi, aku lagi tak sanggup untuk luka kan hati kau, Qaliesya. Aku sayang kau. Aku cuma cintakan kau." ujar Zafriel tulus.

Akhirnya, terlafaz juga rasa cinta yang terpendam dalam hatinya. Biarkan lah. Walaupun semuanya hanya mimpi namun sekurang-kurangnya, dia berjaya lafazkan semua itu.

"Jadi, awak pilih saya.. Saya sedih kalau awak pilih orang lain selain saya." ucap gadis itu. Air matanya mengalir membasahi pipi.

Zafriel tergamam. "Tapi, kau tak cintakan aku."

"Saya cintakan awak, Zafriel. Hati saya sudah terbuka untuk awak. Hanya awak."

Arghh!!!

Susah betullah kalau macam ni. Kenapalah hidup ini perlu ada pilihan? Tak boleh ke letak satu aje sebagai jawapan? Huh!! Zafriel menggerutu sendiri.

"Engku, lagi 10 minit majlis pernikahan akan bermula." laung staff dari luar.

Zafriel ketap bibir. Rambutnya diramas. Hilang terus kekacakan nya. Punyalah elok dia punya juru 'make up' dia buat jambul depan itu supaya bagi nampak smart. Zafriel hancurkan semuanya.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Siapa?" soal Zafriel memandang ke arah pintu.

Tiada sahutan.

Tak semena-mena dahi Zafriel berkerut. Sekali lagi, ketukan itu bergema pada permukaan pintunya. Zafriel sudah mulai diterpa rasa hairan.

Akhirnya, dia mengatur langkah ke arah pintu hotel. Tombol pintu bilik dipulasnya. Pintu biliknya terbuka dan kelibat seorang wanita berdiri di depan pintu biliknya dipandang.

Bukan main tergamam Zafriel dibuat nya. "I-ibu?" sebutnya bila melihat kelibat Puan Ainun di depan pintu nya.

Puan Ainun mengukir senyum nipis. "Boleh bagi ibu masa bercakap dengan kamu, Zaf?"

Zafriel terus menganggukkan kepala. Walaupun masih diterpa rasa terkejut, Puan Ainun tetap diajak masuk. Pintu biliknya dikunci.

"Macam mana ibu boleh datang sini?  Qa-Qaliesya datang sekali ke?" bertubi soalan Zafriel hamburkan.

Puan Ainun sekadar menggeleng kan kepala. "Qaliesya tak ikut. Dia pun dah tak tinggal rumah ibu. Sekarang.. dia duduk rumah kamu itu. Seorang."beritahu wanita itu dalam nada berbisik. Takut-takut ada yang mendengar.

Dahi Zafriel berkerut. "Seorang?"

Puan Ainun menganggukkan kepala. "Sebenarnya, ibu nak cakap sesuatu pada kamu. Tentang Qaliesya.. tentag kamu berdua." tambahnya lagi.

"Tentang kami?"
...
"Dipersilakan pengantin lelaki kita, Engku Zafriel Syeikh untuk naik ke pentas untuk majlis pernikahan yang bakal berlangsung dalam hitungan detik saja lagi." ucap pengacara majlis.

Serentak itu, tepukan gemuruh mulai kedengaran. Pelbagai sorakan yang dilontarkan sekaligus memeriahkan lagi majlis mewah itu.

Kartini di pelamin sudah mulai diterpa rasa berdebar. Bibirnya tak henti-henti tersenyum lebar nampak gigi. Bahagianya dia tidak terkata. Terasa hari ini seperti mimpi yang sangat indah.

Akhirnya, Zafriel bakal menjadi milik nya. Lelaki itu bakal bergelar suami nya. Bila lelaki itu sah menjadi suami, Kartini takkan biarkan lelaki itu jauh lagi dari hidupnya. Jangan harap!

Semua mata tertumpu pada sesosok tubuh lelaki yang mulai memasuki dewan. Dia sangat segak mengena kan baju melayunya. Ketampanan nya terserlah. Songkok hitam yang dipakainya juga menambahkan lagi kemaskulinan si empunya badan.

Mata Kartini juga langsung tak beralih dari menatap tubuh itu. Terasa pipinya sudah merona merah. Bila lihat Zafriel berpakaian baju melayu, jiwa perempuannya mahu meraung histeria. Mana tidak nya, semacam tak percaya lelaki itu bakal menjadi miliknya.

"Sungguh bergaya si Raja kita pada majlis ini. Engku Zafriel Syeikh tak ubah seperti seorang putera raja saja lagaknya ya?" sempat si pembawa majlis mengusik Zafriel yang tenang merapati pentas akad.

Tiba sahaja di pentas, Zafriel mengambil tempat di hadapan meja akad. Wajah papa Kartini dipandang nya sejenak kemudian ekor matanya berpaling pada Kartini yang duduk di atas pelamin. Gadis itu nampak malu-malu kucing bila dipandang olehnya.

"Zafriel, kamu dah sedia ke?" soal papa Kartini bila melihatkan Zafriel masih tidak menghulurkan tangan.

Zafriel terus mengalihkan matanya pada lelaki itu. Lama dia diam sebelum sebuah anggukan dia berikan. "Sudah, uncle." jawab Zafriel.

Tangan kanannya dihulur dan disambut oleh papa Kartini. Nafasnya ditarik dalam sebelum perlahan dia hembuskan perlahan. Kini, kesemua mata memandang ke arahnya.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Puteri Kartini Irwani binti Darwani Dzar dengan mas kahwin berjumlah RM3,051 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar lafaz taklik itu diucapkan oleh papa Kartini.

Zafriel diam sejenak. "Aku... aku terima ni.. huh!" Zafriel mematikan lafaznya. Dia diam lama.

"Boleh cuba sekali lagi?"pinta Zafriel bila merasakan dia tidak dapat menyambung lafaznya itu.

Papa Kartini mengulang semula takliknya namun buat kali kedua, Zafriel masih tak mampu untuk melafazkan akadnya. Tergamam semua orang dibuatnya.

Suara orang saling berbisikan sudah mulai menerjah seluruh dewan. Engku Ziemah yang turut duduk bersama dengan Kartini juga tergamam. Apakah? Takkanlah lafaz nikah pun tak boleh nak sebut?!

"Aku.. terima nikahnya.. huh!" kali ketiga masih sama. Akhirnya, Zafriel membisu.

"Kamu okey ke, Zaf?" Tan sri Darwani sudah mulai resah bila lafaz kali ketiga pun Zafriel masih tak mampu ucapkan.

Zafriel ketap bibir. Soalan lelaki tua itu tak dibalasnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Kartini yang sudah geram semacam.

Mikrofon di atas meja akad dicapai nya lalu wajah gadis itu kembali ditatapnya. "Boleh abang jumpa Tini kejap?"ujarnya.

Suasana majlis sudah mulai bising. Keadaan sudah mulai tidak terkawal. Namun, Zafriel tenang.

Perlahan-lahan Kartini mengangguk kan kepala. "Okey."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro