BAB 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta jenama Audi yang dipandu oleh Zafriel akhirnya berhenti di bahu jalan. Bangunan Empayar Ziemah Holdings yang megah itu aku pandang dengan perasaan yang penuh gentar. Bibirku aku ketap kejap. Entah kenapa, menghadap Engku Ziemah adalah satu-satunya perkara yang buatkan perasaan aku jadi haru-biru begini.

Tak semena-mena, aku rasakan ada tangan yang menyentuh belakang tanganku. Serentak itu aku menoleh ke arah Zafriel yang sudah erat menggenggam tangan yang terletak elok di atas pehaku. Bibirnya menguntum senyum pendek.

"Qaliesya jangan risau. Abang akan ada di sisi Qaliesya. Kita selesaikan semuanya hari ini juga. Kita terangkan semuanya secara baik dengan nenda."ujar Zafriel cuba meredakan rasa  resah di hatiku.

"Saya takut nenda takkan dengar apa yang kita cakapkan nanti." balasku masih diserbu rasa risau.

Zafriel sekadar meleret senyum pendek. Pipiku dibelainya lembut sebelum tangannya jatuh membelai perutku yang sudah lihat buncitnya. Aku sekadar biarkan dia buat begitu.

"Jangan takut. Kalau Qaliesya takut, Qaliesya fikir fasal anak kita. Qaliesya nak ke anak kita membesar tanpa salah satu daripada kita?" duga Zafriek cuba mengajak aku untuk berfikir lebih jauh lagi.

Sebuah gelengan aku berikan. Memang taklah aku nak tengok anak aku membesar tanpa belaian seorang ayah. Malah, aku juga perlukan Zafriel untuk membesarkan anak ini. Dan.. aku juga sudah mula cintakan dia dan aku tak mahu kehilangan lelaki itu dalam hidup aku.

"Jadi, mari kita jumpa nenda. Kita selesaikan semuanya hari ini juga." ujar Zafriel dengan penuh semangat.

Aku sekadar melirik senyum nipis. Lucu pula lihat semangat Zafriel yang tiba-tiba sahaja membara pagi itu. Ekor mataku memerhati saja tindak-tanduknya yang berura-ura mahu membuka kan pintu untuk aku.

Keluar sahaja dari perut kereta, Zafriel bantu aku untuk bangun. Dia pimpin tangan aku. Al-maklumlah, badan makin berat, pinggang pun makin lama makin sakit pula. Namun, memandangkan aku ni masih muda jadi tak rasa sangatlah benda itu. Boleh tahan lagi ni.

Aku dan Zafriel jalan bergandingan menuju ke gedung syarikat tersebut. Tipulah kalau aku tak gemuruh? Dalam hati, sudah berapa banyak kali agaknya aku beristighfar. Bertemu dan bersemuka dengan Engku Ziemah memang perkara paling aku takuti. Dia tegas dan dia juga tak sukakan aku.

Semasa perkahwinan kali pertama aku dengan Zafriel dulu itu pun, Engku Ziemah tak pernah baik dengan aku. Depan ibu dan abah saja dia layan aku mesra tapi bila di belakang, wanita itu langsung tak ramah malah nak ajak bersembang sakan pun seperti tak lalu.

"Nenda." seru Zafriel apabila melihat kelibat Engku Ziemah yang ketika itu sedang mahu melintas jalan menuju ke kereta Mercedez nya.

Pelik juga aku. Selalunya wanita itu, datang berjemput, pulang di hantar tetapi hari ini.. rajin pula dia memandu. Tukar mood, maybe.

Wanita itu yang ketika itu berura-ura mahu melintas terus menjedakan perbuatannya. Matanya terus beralih ke arah kami berdua yang sudah menyusun langkah laju merapatinya. Apabila melihat kelibat aku di sisi Zafriel, serentak itu bibirnya menguntum sengih sinis.

"Wou, unexpected. Kau still bersama dengan Zafriel?" perlinya apabila kami mendekati.

Aku hanya mendiamkan diri di sebelah Zafriel. Terus kecut perutku bila perliannya menyapa halwa telingaku. Pandanganku aku tundukkan memandang lantai tar.

"Nenda, kenapa nenda buat Qaliesya macam ni? Apa salah yang dia buat pada nenda sampai nenda hukum dia macam ni?" Zafriel bersuara membela aku.

Tersengih sinis wanita itu bila dengar ungkapan Zafriel. "Salah? Zaf, perempuan ni memang dah banyak buat salah pada keluarga kita. Tak cukup-cukup bawa sial pada keluarga kita!" nada suaranya sudah meninggi.

Aku tergamam.

"Tolonglah nenda. Jangan ungkit perkara yang lalu. Qaliesya pun dah jadi isteri Zaf, tolong lupakan semuanya dan buka buku baru. Sampai bila nenda nak berdendam kerana sejarah silam?"

"Sampai dia tak ada depan mata nenda." balas Engku Ziemah bertegas.

Sebak dadaku bila dengar permintaan Engku Ziemah itu. Air mataku terasa bertakung di tubir mata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaiman sedihnya aku ketika ini. Hina betul aku di mata wanita itu.

"Nenda!! Kenapa nenda cakap macam itu depan Qaliesya?"tegas Zafriel sedikit membentak.

"Biarlah. Biar dia tahu rasa benci nenda pada dia itu macam mana. Hmm.. sampai bila-bila nenda takkan terima dia dalam keluarga kita. Zaf ingat benda itu. Nenda takkan terima dia." ujar Engku Ziemah seperti memerliku.

Kali ini, rasa sedihku sudah mulai menyapa. Air mata yang tadinya bertakung akhirnya jatuh membasahi kedua-dua belah pipiku.

 Zafriel di sebelahku sudah pun memujuk aku. Bahuku diurutnya perlahan. Berharap agar apa yang dia lakukan mampu meredakan tangisanku yang makin menjadi-jadi. Huh! Nampaknya, aku memang lemah. Aku tak kuat.

"Nenda, Zaf minta nenda jangan apa-apakan Qaliesya dengan keluarga dia. Please.." rayu Zafriel masih tak berputus asa.

Tersengih sinis wanita itu. "You know me, Zaf. Sekali nenda bagi amaran, jangan cakap nenda tak beritahu."balasnya seperti mengugut.

Air mata yang tadinya mengalir aku kesat. Wajah Engku Ziemah aku pandang dengan perasaan serba-serbi. "Saya tahu nenda bencikan saya tapi saya harap nenda takkan bencikan anak yang saya kandungkan dalam perut saya ni."

"Kalau darah anak itu bercampur dengan darah kau, itu..bukannya cicit aku." spontan wanita itu membalas.

Aku tergamam. Sanggup. Sanggup dia tidak mengaku nasabnya? Anak ini..cicit dia. Hina sangat ke aku untuk mengandungkan keturunan dia?

"Nenda!" Zafriel sudah membentak geram.

"Nenda malas nak buang masa. Banyak lagi kerja yang nenda nak kena buat daripada melayan kamu,Zaf."ujar Engku Ziemah.

Tanpa pedulikan kami, wanita itu terus melintas jalan. Tanpa dia sedar, sebuah kereta jenama BMW hitam meluru laju menghampirinya. Aku yang ketika itu sedar dengan kehadiran kereta itu terus meraung memanggil nenda. Dia langsung tak pedulikan sahutan ku. Makin lama kereta itu makin menghampirinya.

"Nenda!!" laungku.

Tak semena-mena, aku berlari ke arah Engku Ziemah. Tubuhnya aku tolak kasar ke bahu jalan. Kami berdua berguling untuk seketika . Nasib wanita itu selamat namun aku..

"Qaliesya!!"

Aku rasakan perutku sudah senak. Aku rasakan ada cairan pekat yang membasahi kain yang aku pakai. Air mataku mengalir deras apabila aku rasakan sakit yang amat sangat pada rahimku. Aku.. aku taknak hilang anak ni. Anak Zafriel! Mataku sudah mulai berpinar, pandangan jadi kelam.

"Ab..abang.."seruku seperti suaraku tersekat di kerongkong.

"Qaliesya!!" aku dengar suara Zafriel. Aku rasakan tangannya memangku kepalaku.Dalam samar-samar aku lihat air mata jantannya mengalir deras. Rasa sakit yang makin mencengkam buatkan aku di bawah sedar. Wajah Zafriel aku tatap lama sebelum akhirnya perlahan-lahan mataku tertutup rapat.

"Qaliesya!!!!" Zafriel meraung sekuat hati. Tubuh Qaliesya digoyangnya berkali namun gadis itu langsung tak memberi sebarang respons.

Engku Ziemah yang seakan-akan masih terkejut, sudah tercegat di sebelah Zafriel. Kejadian tadi berulang-ulang kali bermain dalam kepalanya.

Qa-Qaliesya selamatkan a-aku?

....

"Sampai bila lagi kau nak terbaring macam ni, Zu? Bangunlah. Itu aje yang aku nak dari kau sekarang. Tolonglah, bangun."ujar Thaqif masih tak lekang bersembang dengan Zulaikha.

Sudah dua minggu Zulaikha tidak sedarkan diri. Setiap hari itulah, Thaqif akan selalu duduk dan temankan gadis itu. Sesekali dia rapikan isterinya itu. Huh.. bila sudah kehilangan, pandai pula dia mahu bermanja dengan isterinya.

"Zu, bangunlah. Sanggup kau buat aku tunggu kau macam ni?"soal Thaqif lagi.

Tiada sahutan.

Akhirnya,satu keluhan Zafriel lepaskan. Air matanya menitis membasahi pipi. Air mata yang penuh kekesalan itu  terus disekanya. Sebak dadanya apabila melihat isterinya begitu. Dia mahu lihat senyuman Zulaikha. Dia mahu lihat mata cantik yang dimiliki Zulaikha. Senang cerita, dia mahu gadis itu ada di sisinya semula.

Tangan Zulaikha dicapainya lalu dikucupnya lembut. Kemudian, tangan sejuk itu dibawanya ke pipi. Wajah pucat Zulaikha dipandangnya.

"Zu, aku janji.. kalau kau bangun, aku akan jaga kau baik-baik. Aku takkan biarkan kau sakit lagi. Aku akan makan apa yang kau masak. Cuma satu aje yang aku minta sekarang ni. Tolonglah bangun."rayu Thaqif dalam nada pilu.

"Tolonglah bangun, Zu."rayunya buat kali kedua.

Namun semuanya sia-sia sahaja. Zulaikha bukannya dengar pada permintaannya yang satu ini. Kalau dengar pun, Zulaikha tak mampu membalas. Dia masih terbaring koma di atas katil ,tak mampu untuk buat apa-apa.

"Thaqif.."seru mama Thaqif dari belakang.

Segera lelaki itu menoleh ke belakang. Bibirnya menguntum senyum kelat apabila melihat mama kandungnya itu. Wanita itu segera menghampiri Thaqif yang masih duduk di birai katil milik Zulaikha.

"Kamu dah makan?"

Thaqif sekadar menggelengkan kepala. "Belum."

"Hmm.. kamu pergilah makan. Biar mama pula yang jaga Zulaikha."

"Tak selera."spontan Thaqif membalas. Wajah pucat Zulaikha direnung kosong.

Mamanya sudah mengeluh perlahan. Bahu Thaqif diurutnya lembut. "Sampai bila lagi kamu nak bersedih macam ni, Thaqif? Mama yakin yang Zu pun taknak kamu jadi macam ni. Betul kan?"

"Thaqif cuma nak Zu aje sekarang. Thaqif nak tengok dia senyum semula macam dulu-dulu."ujar Thaqif perlahan.

"Mama faham. Hmm.. kamu makan dulu. Biar mama jaga Zu .Nanti kamu jagalah dia semula, okey?"soal mama kandungnya itu.

Thaqif mengeluh perlahan. Wajah mamanya itu dipandang sekilas. Akhirnya dia mengalah. Punggungnya di angkat dan dengan langkah malas, Thaqif melangkah keluar dari bilik Zulaikha.

Tittttt....

Tergamam Thaqif apabila terdengar bunyi ECG yang mendatar itu. Mamanya juga tidak terkecuali. Thaqif memusingkan kepala ke belakang. Dia lihat denyutan nadi Zulaikha mendatar. Kepala lututnya terasa lemah. Akhirnya dia tersungkur ke lantai. Matanya melihat tindakan mamanya yang cuba untuk mengejutkan gadis itu semula namun..

Tiada respons.

....

p/s>>

Hye guys, haha.. wou! Lagi sedikit saja lagi, cerita ini akan sampai ke penghujungnya. Untuk bab ni, hmm.. so sad. Entah korang dapat rasa ataupun tak aura kehilangannya itu. Memandangkan aku cuba usahakan untuk siapkan semua assigment di awal waktu, maybe cerita ini aku akan habiskan dalam minggu ni. Maybe lah. Hopinglah. Aku tak janji.

So, after this story has done. Aku akan tulis cerita baru. Story ni dah published but just only for tiga bab yang terawal saja. Try lah usha ceritanya ya. Manalah tahu kena dengan selera korang. I don't know lah. Still stick pada romantic genre.

*Misi Memburu Suami*

Special thank for those yang dah read, lepas itu vote and tak terkecuali juga yang comment. Thank you so much. Dalam banyak-banyak story yang aku buat, story ni lah yang paling banyak comment. Ahaha.. bangga sekejap.

Nak demand sikit boleh tak? Kalau bacaan lebih dari 5 orang aku update chapter baru malam ni. Ahaha!! Okey?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro