Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Farah,Farah!!!!"

Farah yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerjanya di meja makan terus mengeluh berat. Arghh!!! Stress betullah kalau tiap-tiap hari menghadap perangai kebudak-budakan Qaliesya ni. Itu sahaja yang mampu Farah lakukan, menggerutu dalam hati.

Wajahnya diraup. Dari belakang, dia dapat dengar derapan kaki bersepah dari si empunya nama. Si Qaliesya!

"Apa lagi, nok?!!!" malas-malas Farah membalas.

Matanya pandang malas ke arahku yang sudah menyeret kerusi di sebelahnya sebelum aku duduki. Riak wajah malas nak layan aku itu aku abaikan. Apa? Memang tiap hari pun aku kena menghadap muka malas nak layan Farah itu. Hmm.. dia itu yang terlampau matang sangat. Chill-chill sudahlah..

"Aku ada berita gembira untuk kau dan of course, berita paling menggembirakan untuk aku! Cuba teka apa?!" aku cuba bermain teka dan jawab dengan Farah.

Farah sudah buat muka sebal. "Beritahu ajelah. Aku banyak lagi kerja nak kena buat ni dari melayan kau. Haih!"rengusan Farah buatkan senyumanku yang tadinya melebar terus melorot. Apakah? Aku yang tadinya nak buat mood suprise, terus rasa hambar. Kacaulah!

Tak semena-mena aku keluarkan dua sampul surat dan salah satunya telah aku buka. Satu surat lagi itu untuk Farah dan satu surat itu untuk aku.

"Apa ni?"soal Farah sudah berkerut dahi. Terus tangannya mencapai sampul surat yang masih belum dibuka itu.

Soalannya tidak aku balas. Aku sudah menunggu dengan senyuman lebar. Tak sabar nak tengok reaksi Farah bila dapat kad undangan daripada universiti itu.

Untuk seketika, kad undangan itu dibelek oleh Farah. Sekilas, ekor matanya menjeling ke arah aku. Yurp, aku rasa Farah dah dapat baca mainpoint kad undangan itu. Tapi.. wait for a while. Aku nak tengok reaksi Farah bila baca kad itu!.

"Oh... maigod!!!"yes, thats true! Aku pun dah dapat agak itu yang Farah akan berikan. Terus aku terlompat menggedik dan teruja gembira.

Siapa yang tak gembira bila dapat kad undangan daripada universiti a.k.a dari junior kau? Terharu. Perjumpaan semula alumni itu buatkan Farah sudah tergedik-gedik menepuk-nepuk meja.

Mana tak gembiranya. Setelah hampir beberapa bulan tamatkan zaman universiti, akhirnya kami akan buat perjumpaan semula. Tak sabar nak jumpa kesemua bekas kawan-kawan gedik aku dan juga junior-junior manja aku. Erm.. yindu...!!

"Aku tak sangka, diorang akan ingat kita berdua! Ahai, aku terharu betul lah dengan diorang."ujar Farah yang masih tak puas membelek kad undangan itu.

Aku memeluk lengan Farah. Bibirku menguntum senyum lebar. "Yang penting, nanti aku dapat jumpa Thaqif.. my beloved boyfriend." ujarku mengada!

Dahi Farah berkerut. Terus senyum lebarnya luntur bila nama Thaqif meluncur keluar dari bibirku.

"Wait, dia bukan badge kita pun kan? Why dia nak datang pula? Apa kena-mengena dia?" bertubi-tubi soalan dimuntahkan Farah padaku.

Terus aku meleret sengih. "Kau lupa ke yang dia memang tetamu tetap untuk majlis alumni course kita? Dia tetamu VVIP okey?! Mesti kau lupakan? Haha, now you know." ujarku cuba menjelaskan perkara itu pada Farah.

Farah sekadar mencebik. Apa kisah aku kalau mamat itu nak datang ke tak? Bukan berkait hidup aku pun kan? Nak datang ke nak melantak ke yang penting Farah tahu yang dia kena cantik-cantik malam itu. Yurp..

Kena cantik-cantik sebab bak kata orang 'menyelam sambil minum air'. Sambil datang jumpa kawan lama itu, bolehlah dia searching cari jodoh.

"Whateverlah. Hmm.. jom petang ni kita keluar. Cari baju dan mekap! Handbag pun!!" bukan main gamak lagi semangat Farah petang ni.

Aku yang terkebil-kebil pandang Farah menguntum senyum. Sempat ekor mataku aku kalihkan ke meja makan. Masih kelihatan fail-fail kerja milik Farah berselerakan. Aku tersengih. Pantang kalau ajak keluar parti sikit, memang rajin!

Tanganku Farah tarik berkali. Nampak tidak kesabarannya itu untuk membeli belah pakaian atau seangkatannya itu untuk dipakai ke majlis alumni yang bakal berlangsung esok malam. Hmm..

Baru sahaja aku mahu berdiri, tak semena tekakku terasa loya. Terus aku berlari ke arah toilet sambil dadaku aku teput perlahan. Farah yang turut tergamam menuruti ku dari belakang.

Segala apa dalam isi perutku aku muntahkan. Farah disebelahku membantu menepuk belakangku. Aku masih seperti tadi loya dan muntah.

"Kau okey tak ni?" soal Farah bila melihat loyaku itu mulai redha.

Aku tarik nafas dalam. Kepalaku yang sedikit berpinar, aku urut perlahan. Erm.. peningnya!

"Kau makan apa petang tadi sampai boleh jadi macam ni?" soal Farah masih rajin tangan mengurut belakangku.

Aku sekadar gelengkan kepala. Kepalaku aku paksakan untuk fikir balik sajian yang mengisi perutku. Tiba-tiba aku teringatkan nasi goreng yang Farah masakkan pagi tadi.

"Aku makan nasi goreng kau lah. Lepas itu, aku tak makan apa-apa." ujarku memberi jawapan.

Farah ketap bibir. "Erm.. patutlah. Aku pun makan nasi goreng tu terus aku cirit. Kau salah makan ni. Haih, lepas ni aku takkan masak dah nasi pakai belacan. Okey?"soal gadis itu cuba memimpinku.

Akh anggukkan kepala perlahan. "Kau kata nak keluar tadi. Jomlah." ajakku apabila sakit kepalaku sedikit redha.

Dahi Farah kembali berkerut. "Kau okey tak ni? Kalau tak okey, kita tak payahlah keluar."

"Erm.. aku okey."
...
Suasana Shopping Complex My Town itu memang sesak bila hari sabtu mengunjung. Berasak-asak para pengunjung mengunjungi setiap kedai dan butik yang berkenan di hati.

Entah kenapa, hari ini mood keluar aku berubah hambar. Tak macam sebelum ni. Selalunya, akulah yang paling bersemangat kalau bab melibatkan habiskan duit mak bapak ni tapi hari ni mood aku tu kelaut. Apa yang aku buat serba tak kena.

Aku ni dah insaf ke? Insaf daripada membazirkan duit ibu dan abah? Mana taknya, singgah butik Prada pun aku boleh buat donno aje. Huh?! Aku dah berubah hati!

Lain pula dengan Farah. Setiap butik yang dia singgah, apa yang nampak cantik di mata, terus itu dia kebas. Aku tak terkejut pun dengan perangai boros Farah. Memang itu perangai dia yang sebenar tapi semenjak bekerja, dia jadi kurang bernafsu nak berbelanja sakan. Mungkin kerana stress bekerja kot?

Setelah puas berbelanja, akhirnya aku dan Farah sudah berkepul dengan beg shopping kiri kanan. Senyuman puas terukir di celah bibir Farah tapi lain dari aku.

Nak senyum? Kepala aku yang masih berpinar ni mengehadkan senyuman puas itu daripada terukir.

Sambil berjalan menuju ke tempat parking, aku bersembang sakan dengan Farah. Bila bersembang ni, lupalah sikit pada pening yang membebankan kepala aku.

Entah kenapa, sedari tadi beberapa orang memerhatikan kami dan selepas itu berbisik sesama sendiri. Farah sedar akan hal itu. Matanya meliar memerhatikan sekeliling kami. Aku pula? Tak sedar.

"Kau perasan sesuatu tak?" soal Farah mematikan langkahnya.

Aku sudah berkerut dahi. "Perasan apa?"

"Sejak kita masuk mall sampailah keluar mall, ada aje yang pandang kita. Aku rasa mesti ada something ni.." Farah sudah mulai membuat andaian sendiri.

"Mungkin perasaan kau kot." ujarku cuba menyedapkan hati Farah.

Sedang aku pandang Farah, mataku terpandangkan dua orang gadis yang kelihatan usianya lebih muda daripadaku. Mereka menghampiri aku dan Farah. Sebingkis senyuman aku berikan namun senyumanku dibalas mereka sinis.

"Akak ni.. ex-wife Engku Zafriel ek?" soalan salah seorang daripada mereka itu berjaya buatkan aku dan Farah jadi terpaku.

"Apa pasal kau ni, dik? Menyibuk hal rumahtangga orang ni?!"leter Farah sedikit geram dengan soalan itu.

Aku sudah ketap bibir. Wajah mereka satu persatu aku pandang. Soalan itu berjaya buatkan aku terimbau kenangan lama aku dengan Zafriel. Kenapa aku boleh terlupa yang aku pernah jadi isteri kepada lelaki itu?

"Kenapa korang berdua tanya?" soalku ingin tahu.

Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum akhirnya kedua-dua mereka menggelengkan kepala. Sebingkis senyuman diorang hadiah kan.

"Kitorang cuma tanya. Tak apalah, kak. Kami pergi dulu.." balasnya sebelum pantas mereka menjauhi kelibat aku dan Farah.

Dari belakang, aku dengar bisikan sinis dan tawa mereka. Sangat sakit dan menyiat hati aku.

"Itu ke isteri Engku Zafriel? Pfft.. bukan lawa mana pun. Patutlah Engku ceraikan dia. Tak berkenan.." bisik salah seorang daripada mereka.

"Entah.. kalau nak dibandingkan aku dengan perempuan itu, aku lagi lawa. Ahahaha!! Kesian janda Engku Zafriel itu kan?"kata-kata perlian itu disambut tawa oleh mereka berdua.

Ikutkan hati setan aku, seekor-seekot aku sembelih dengan high heels aku. Namun, aku cuba sabar kan hati. Farah disebelah sudah mengurut bahuku minta bertenang. Dia pun dengar apa yang budak-budak bawah umur itu bualkan. Tak padan dengan budak!

"Haih, apalah budak-budak itu belajar kat sekolah? Sibuk hal rumahtangga orang?! Tak padan dengan hingusan.." perli Farah masih memujuk aku.

Aku ketap bibir. Amarahku membara. "Bukan akulah yang nak jadi isteri dia, budak!"gertakku mengacip gigi kerana geram.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro