Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KELAS 3A4

' Tok! Tok! Tok!'

Keadaan kelas yang tadinya riuh rendah kerana tiada keberadaan guru di dalam kelas akhirnya berubah senyap.

" Bangun! Assalamualaikum cikgu," ucap Najwa selaku ketua kelas 3A4 diikuti dengan semua pelajar. Najwa bukan biasa-biasa eh, ketua kelas tau.

" Waalaikumussalam... semua boleh duduk," jawab Cikgu Zanura lembut selaku guru kelas merangkap guru mata pelajaran Matematik kelas 3A4. Cikgu Zanura memang sudah terkenal dengan sikapnya yang mudah mesra dengan pelajar membuatkan beliau disegani oleh semua.

" Hari ni kita ada seorang pelajar baru, sila masuk Naqib," panggil Cikgu Zanura kepada seorang pelajar lelaki yang berdiri di luar pintu kelas sejak tadi. Pelajar lelaki itu pun masuk sambil menayangkan wajah kosong.

" Sila perkenalkan diri kamu,"

" Assalamualaikum semua, saya Muhammad Naqib bin Hassan dari SMK Sri Pinang," Naqib memperkenalkan dirinya sebelum disuruh untuk mengambil tempat duduk di sebelah seorang pelajar lelaki.

" Hai Naqib! aku Amsyar," sapa seorang pelajar disebelahnya ramah sambil menepuk bahu Naqib.

" Naqib," balas Naqib sepatah sebelum mengeluarkan buku untuk sesi pembelajaran mereka yang pertama.

...

" Wei Aira, kau sempat tak salin jawapan Cikgu Ainnur tadi? Aku tak sempatlah. Dia cakap laju betul," celoteh Bella panjang lebar. Aira yang malas hendak melayan karenah sahabatnya itu terus meletakkan buku latihan Bahasa Melayu di atas meja Bella.

" Kalau nak pinjam cakap jer lah. Kau ni buat teruklah," jawab Aira agak sarkastik. Hari pertama di sekolah hatinya sudah panas menggelegak.

Matanya apatah lagi, menyampah dia melihat adegan mesra Mira bersama jejaka idamannya Azrul.

Ya, dia sudah sedia maklum bahawa Azrul dan Mira sudah rasmi menjadi pasangan kekasih sejak hujung tahun lepas. Namun kenapa mesti Mira? Aira sangat tidak suka dengan Mira dan ahli kumpulannya yang terdiri daripada rakan sekelasnya sendiri.

Semua yang berada dekat dengan mereka pasti akan menyanjung dan cuba untuk mendekati mereka. Namun tidak bagi Aira. Dia dan teman-teman rapatnya selalu menjadi mangsa Mira serta ahli kumpulannya yang lain tanpa sesiapa sedar. Itulah orang kata, kita tak akan faham tentang kesusahan orang lain selagi belum kena pada batang hidung sendiri.

" Aira!" panggilan Bella menghentikan lamunan Aira yang sangat mendalam tadi.

" Kenapa?" soal Aira tanpa sebarang reaksi.

" Aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi lebih baik kau tumpukan sepenuh perhatian dekat diri kau sendiri. Dia tak akan nampak kau melainkan ada something miracle yang berlaku sekarang ni,"

" Apa yang kau cakap ni Bella? Aku tak fahamlah," jawab Aira berdalih.

" Walaupun aku dah keluar asrama. Kau masih sahabat aku. Aku masih ambil berat tentang kau. Jadi jangan sakitkan hati sendiri, kau faham maksud aku?" soal Bella membuatkan Aira mengangguk faham.

Setelah menghadam kata-kata Bella sebentar tadi, Aira hanya mengeluh perlahan sebelum membuka sebuah buku untuk dibaca.

...

" Kau budak asrama kan Naqib?" soal Amsyar masih cuba untuk bermesra.

" Haah," jawab Naqib sepatah lagi membuatkan Amsyar mati akal untuk menyambung perbualan yang terlalu panjang itu.

Akhirnya gerangan di sebelah Naqib hilang dari radar. Naqib hanya memandang Amsyar yang sudah berada bersama rakan sekelas lelakinya yang lain sebelum menyambung ulang kajinya kembali.

" Kau tengah buat apa tu?" soal seorang pelajar perempuan pula menghentikan perlakuan Naqib.

Dilihat gerangan si gadis dengan wajah blur.

" Kau rasa aku tengah buat apa sekarang?" soalan cepur emas Naqib membuatkan orang dihadapannya tersengih janggal. Niat dia nak ajak bersembang, sekali dia yang malu.

" Macam mana duduk sekolah baru ni? Ada masalah tak?" soal si gadis ramah sambil mengambil tempat berhadapan dengan dengan Naqib kali ini.

Namun soalan itu hanya berlalu di bawa angin. Naqib masih tekun menelaah pelajarannya seperti tadi. Tekun betul dia ni.

" Kau boleh tak jangan jadi macam ni?" soal si gadis lagi dengan intonasinya yang agak menunggi kali ini. Hilang sabar agaknya.

" Jadi macam mana?" pertanyaan si dia dibalas dengan soalan.

" Pendiam macam ni lah," jawabnya lagi dengan penuh sabar.

" Salah ker?" soalan Naqib sekali lagi membuatkan seorang lagi manusia mati kata untuk menyambung perbualan bersamanya.

" Tak salah pun. Tapi..."

" Tapi?" potong Naqib apabila si dia masih tidak menyambung percakapannya.

" Tak apalah, esok aku sembang dengan kau lagi tau. Jumpa dekat asrama eh!" itulah perbualannya yang paling panjang sejak kali pertama di sekolah itu. Dengan seorang gadis yang masih tidak diketahui identitinya.

To be continued...

Hai! Lama saya tak menjenguk ke dalam dunia oren ni kan? Jadi akhirnya buku ini disambung ke bab 2. Kalau ada sambutan, saya akan upload bab seterusnya okay! Arigatou Gozaimasu.

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro