2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setahun selepas mama diceraikan Harun, emosinya kembali pulih. Mama bekerja semula. Sambil bekerja mama kemudiannya mula berniaga kain ela kecil - kecilan dan menjual jamu serta produk kecantikan. Perniagaan kecil itu akhirnya membuahkan hasil selepas beberapa tahun apabila mama berjaya buka kedainya sendiri dideretan kedai milik JKK dan berhenti makan gaji.

Adik - adik semakin besar dan aku bersyukur adik - adikku baik dan mendengar kata. Ada masanya, merekalah yang membela aku kalau dimarahi mama.

Aku semakin naik umur juga. 15 tahun. Mama sudah terdengar ura - ura mahu kahwin lagi. Nenek menasihati mama tapi seperti biasa, seperti mencurah air ke daun keladi. Adik - adik menangis bila tahu mama mahu kahwin lain. Mereka takut bapa tiri tidak sayangkan mereka. Aku pujuk mereka, beritahu mereka, kalau bapa baru tidak sayangkan mereka, aku ada. Nenek pun ada. Mereka pun senyum semula.

Wawa kini sudah 10 tahun. Fifi, 8 tahun. Si kecil, Mira, 4. Aku sayangkan adik - adik aku walaupun bapa mereka... Ahh, sakit hati aku! Pergi mampuslah lelaki tidak berguna itu. Adik - adik kahwin nanti, pakai wali hakim saja!

****
Bapa tiri kami, Rashid, hadir sewaktu aku umur 16. Kami panggil dia, ayah. Dia ada dua anak lelaki, dua anak perempuan. Dua anak perempuannya, sudah berkahwin. Dua abang tiriku, seorang sedang belajar diuniversiti dan seorang lagi, bakal masuk universiti pada kemasukan akan datang.

Ayah, baik orangnya. Kami empat beradik, dilayan elok macam anak sendiri. Aku baru merasakan kasih - sayang seorang bapa pada umur ini. Sekian lama aku mendambakannya! Ayah kandungku tidak pernah mencari aku. Bila aku cuba cari dia, aku dapat jumpa sekejap saja. Dia tanya khabar lebih kurang, hulur sedikit duit, ibu tiriku mula menjeling tajam, sejurus ayah akan segera bergegas pergi seolah - olah dia sangat sibuk. Macamlah dia Perdana Menteri! Tiga empat kali aku berjumpanya, keadaan itulah yang aku hadap dan aku tidak pergi lagi. Aku syukur saja dengan apa nenek dan mama bagi. Baik makan pakai, kasih sayang, mahu pun duit ringgit.

Lagipun, ayah jaga kami dengan baik. Kalau bapa tiri lebih baik dari bapa sendiri, buat apa aku buang masa cari bapa kandung aku? Kahwin? Aku harap dia mati sebelum aku kahwin supaya aku tidak perlu cari dia untuk jadi wali aku!

****
Mama entah kenapa, sukar benar mahu menunjukkan kasih sayangnya pada aku. Walaupun tidak lagi marah - marah melulu tapi dia tidak mesra langsung. Kami tidak ada perbualan yang mesra, tidak bergurau senda, tidak bertegur sapa! Aku hanya bercakap dengan dia bila aku perlu duit belanja, duit yuran atau duit untuk beli buku. Macam beremakkan mesin ATM pula. Mama beri aku duit, selalunya berlebih dari yang aku minta. Mungkin supaya aku tidak kerap meminta darinya... Dalam kata lain, kuranglah sikit aku bercakap dengan dia.

"Sabar ya... Mama kamu banyak tekanan tu." Kata nenek kala aku mengadu.

"Dengan adik - adik, elok aje. Boleh gurau, ketawa. Ajak makan sama - sama." Aduku lagi. Jauh hati benar aku dengan layanan mama.

"Dia tetap emak kamu. Syurga kamu. Ingat tu..." Ulang nenek untuk sekali lagi yang entah keberapa kali.

Akhirnya, aku pasrah jua apabila suatu hari, aku tidak dapat kawal mulutku dari terlajak kata.

"Mama tak sayang Along." Ganti nama along terpakai sejak aku tinggal dengan mama dan Harun dulu. "Mama sayang semua adik tapi mama tak sayang Along."

"Aku sayang ke, aku benci ke, aku dah bela kau sampai sebesar ni, kau nak apa lagi?"

"Kenapa dengan Along mama tak pernah tunjuk mama sayang? Cakap elok - elok. Makan sama - sama..." Aku rasa tercekik, tidak mampu meneruskan kata. Airmata bertakung dibibir mata.

"Kalau kau rasa tak cukup apa kau dapat kat sini, pergilah dekat ayah kau sana! Duduk dengan dia, dengan mak tiri kau tu. Tak payah menyusahkan aku bela kau lagi."

Aku tergamam seketika. "Mama..." Lafazku antara dengar dengan tidak. Airmataku meleleh kepipi. Tekakku kering dan perit.

"Lepas beranak kau, ayah kau ceraikan aku. Sebab engkau juga, Harun ceraikan aku. Entah bala apa entah yang kau bawa!"

Jadi, kerana itulah mama tidak sayangkan aku? Dia anggap aku bala? Dia anggap, akulah penyebab kepada kedua - dua perkahwinannya yang gagal itu!

****
Dimanakah bahagia kalau darah daging sendiri, syurgaku sendiri, menolak aku? Seperti jijik mahu membelai aku! Syurgaku sendiri mengatakan aku bala. Aku celaka dan tidak berguna!

Salah apa aku diusia satu tahun saat ayah talakkan mama? Salah apa aku diusia 11 tahun, hampir diratah bapa tiri, suami mamaku sendiri? Sekarang aku sudah 16 tahun, mama kan sudah bahagia dengan suami barunya, kenapa aku masih tidak diterima?

Aku kecewa. Aku hampa. Kosong jiwaku dek gersangnya kasih seorang ibu.

"Nenek sayang kamu, tak kiralah kamu bawa bala ke, kamu tak guna ke... Bagi nenek, kamu cucu yang baik. Tengok macam sekarang ni, kamu ulang - alik jenguk nenek, masak untuk nenek... Orang bawa bala macam ini ke?"

Aku melangut. Sedikit nyaman sanubariku dengan kata - kata nenek. Adikku, Wawa, angguk - angguk kepala.

"Kesian Along, nek. Mama asyik marah Along. Along hari - hari penat buat kerja rumah, kerja sekolah tapi mama tak cakap terima kasih pun. Mama marah aje!" Adu Wawa, menyokong aku.

Nenek berwajah muram dan kelat. Kepala Wawa diusap - usap.

"Wawa dengan Fifi, rajin - rajin tolong Along ya? Jadi perempuan baik dan rajin macam Along." Tutur nenek, lembut mendamaikan. Terasa rambutku dicium nenek.

****
Suatu hari, aku ditinggalkan sendirian dirumah. Mama, ayah dan adik - adik, keluar. Ayah mengajak aku tapi mama melarang aku ikut. Katanya baju belum basuh, kerja sekolah banyak, dapur belum kemas... Ada - ada saja alasan mama supaya aku tidak keluar bersama.

Dapur sudah kukemas, baju sudah siap cuci. Kerja sekolah, sedikit lagi mahu beres tapi aku memutuskan menyambung esok saja. Sudah pukul 10 malam. Letih sungguh rasanya badan. Mama belum balik. Aku pasti mereka menyinggah di mana - mana. Sambil duduk menyandar ditepi katil, aku kemas buku - buku. Sekejap - sekejap aku menguap. Kelopak mata berat sangat rasanya...

"Along!" Jerit mama.

Aku tersentak. Aku tertidur rupanya. Mungkin tidur mati sebab...

"Erk!" Aku tersentak melihat Fairuz, abang tiriku yang bongsu, didepan mukaku. "Fai?" Mukanya pucat dan panik.

"Apa kau buat ni, Along? Anak tak guna! Tak habis - habis memalukan orang tua!" Mama menjerit marah.

Aku tolak Fairuz yang terkaku didepanku. Pijamaku sudah terbuka butang. Aku terkejut!

"Along tak buat apa pun! Along tertidur!"

PANGGG!!

Kepalaku pening sekejap selepas ditampar mama. Kuat sungguh tamparan itu, kulit pipiku perit dan panas. Ayah cuma tergeleng - geleng.

Aku toleh pada Fairuz. Fairuz tunduk. Bila dia balik? Aku tidak tahu pun dia mahu balik. Cutikah? Aku tunduk melihat pijamaku. Terpandang pula dua lebam didadaku. Aku gigit bibir, menahan mulutku dari memaki. Segera aku butangkan pijamaku semula.

"Fairuz. Kau buat apa dalam bilik ni?"

"Saja jenguk adik, ayah. Fai nak keluar tapi dia tarik tangan Fai."

Aku rasa kepala aku ditembak dengan pistol dari jarak dekat. Bersepai!

"Keluar." Arah ayah. Fairuz keluar. Tunduk saja dia. "Kalau Along kunci pintu, benda macam ni takkan jadi." Kata ayah kepadaku pula.

Aku dipersalahkan lagi. Kenapa? Mama salahkan aku. Sekarang, ayah juga salahkan aku. Fairuz? Aku dengar dia dibebel ayah malam itu tapi esoknya, semua baik - baik saja. Mereka bercakap dan makan bersama. Nampak muka aku, semua jadi OKU. Bisu.

****
Aku rasa mahu ke JPN. Mahu menukar namaku supaya lebih kena dengan makna. Aku benci namaku sendiri. Wanita yang bahagia, konon! Huh! Semakin tidak bahagia hidup aku sejak kejadian 'diceroboh' si Fairuz itu.

Malam kejadian, bila aku fikir - fikir semula, iyalah, memang semua salah aku. Aku terlalu letih setelah siap semua kerja rumah. Aku terlalu mengantuk menyiapkan kerja sekolah. Aku tertidur tanpa menutup pintu dan memadam lampu. Semua salah aku. Betul, memang salah aku. Salah terbesar aku ialah... Aku tidur mati!

Kalau pintu berkunci dan lampu padam, Fairuz tidak akan masuk bilik. Fairuz tidak akan nampak butang bajuku lalu dia tidak bolehlah membukanya. Bila dia tidak masuk ke bilik dan tidak dapat membuka bajuku, kejadian itu tidak akan berlaku! Mama tidak akan memaki aku berhari - hari. Ayah tidak akan salahkan aku, membiarkan Fairuz masuk kebilikku. Fairuz juga tidak boleh menuduhku dengan mengatakan aku menarik tangannya.

Aku memukul - mukul kepala. Menyesali kebodohan diri. Mula menangis menyesali kesalahan - kesalahanku. Aku mula rasa, benar kata mama. Aku anak tidak berguna. Aku anak yang tidak layak dibela. Aku, bala!

Sejak malam itu, tiap - tiap malam aku mengunci pintu dan memeriksa adakah kuncinya betul - betul mengunci? Aku jadi fobia tertidur dalam terang lampu. Aku takut tiba - tiba, kunci rosak atau hilang fungsi dan ada orang curi - curi mahu mengapa - apakan aku. Nanti mereka akan dapat melihat butang pijamaku lalu membukanya. Aku takut!

****
Wawa memelukku. Memujuk aku. Fifi dan Mira, saling berpelukan dengan wajah sedih. Mereka berkongsi sedih dan pedih yang aku rasa. Mama memukul aku sebab dia nampak Fai menghendap aku dalam bilik. Masa itu, aku baru lepas mandi. Mama cakap aku sengaja bertuala sebab mencari perhatian lelaki. Aku menangis teresak - esak dalam pelukan Wawa.

Aku langsung tidak tahu Fai menghendap. Aku keluar dari bilik air, siap berbaju dan berkainkan tuala. Dalam bilik, aku buang tuala lalu salin pakaian. Pintu bertutup dan berkunci. Sepatutnya memang Fairuz tidak akan nampak apa - apa tapi mama tidak terima alasan itu. Sama ada Fairuz nampak atau tidak, aku tetap salah sebab berkainkan tuala keluar dari bilik mandi. Menarik nafsu orang yang memandang, kata mama. Dalam esak tangis, akhirnya aku akur, betullah, semua ini salah aku.

"Salah Along. Semua ni salah Along!" Kataku dalam nada bergetar.

"Mana ada... Salah abang Fai pergi hendap Along." Pujuk Wawa. Dia pun ikut teresak sama. "Kesian Along. Lebam - lebam belakang Along ni." Kata Wawa sambil mengusap belakangku.

Kemudian tiga budak itu memeluk aku. Kami menangis berjemaah.

****
"Mama, Along nak tinggal dengan nenek." Aku akhirnya bersuara. Aku sudah fikir habis dan inilah keputusanku.

Mama diam. Mukanya masam.

"Mama..."

"Kau nak mengelak dari buat kerja rumah ke? Atau kau nak menggatal kat sana pula?"

"Mama. Along dah cakap, Along tak salah. Along tak tau apa - apa. Kenapa mama masih nak salahkan Along?"

Mama bangun dari kerusi. Dengan riak muka yang seakan mahu menelan aku, mama cakap, "aku cuma percaya yang kau ni bawa bala."

Aku terlopong.

"Kau nak berambus ke rumah nenek kau, pergilah. Aku pun dah naik meluat tengok engkau ni. Ada - ada saja masalah yang kau buat. Kalau tak menyusahkan aku, tak sah!"

Mama hayun langkahnya masuk kebilik. Bergegar rumah bila dia menutup pintu. Aku menangis. Hati aku patah.

****
Beg baju sudah siap. Beg berisi barang keperluan lain pun sudah beres. Aku minta ayah hantarkan. Walaupun kami sedikit renggang dan dingin sejak peristiwa malam itu, dia masih sudi menghantarkan aku. Itu sudah cukup. Esok pagi, lepas sarapan, aku akan kerumah nenek dan aku harap, disana aku akan hidup lebih tenang.

Malam, cepatlah berlalu.

Aku terjaga sekitar 2 pagi. Pundi kencing yang penuh diwaktu yang tidak berapa sesuai ini minta dikosongkan. Dengan mata kelat, aku meraba - raba dinding menuju pintu. Sejak aku percaya, aku salah kerana biarkan lampu menyala sewaktu aku tidur sehingga Fairuz berjaya membuka butang bajuku, aku lebih senang tidur dalam gelap. Lampu tidur pun aku tidak nyalakan. Lagipun, samar lampu jalan masih mampu membantu retinaku melihat sedikit - sedikit.

Selesai melepas hajat, aku berjalan berjingkit - jingkit menuju ke bilik. Walhal lantai itu, jubin. Mana ada lantai jubin berbunyi bila dipijak tapi itulah, aku takut. Takut Fairuz terbangun.

Aku cepat - cepat kunci pintu dan  bersedia untuk menyambung tidur. Aku mengiring ke kanan. Aku suka tidur mengiring ke sebelah kanan.

"Shhh... Jangan jerit." Ucap suara itu sambil menekup mulutku.

Aku terkaku. Fai? Bila masa dia masuk ke bilik aku? Mesti masa aku dalam bilik air tadi, dia menyelinap. Menyesal pula aku kerana tidak menyalakan lampu tadi.

Aku meronta - ronta dan berjaya lepaskan tangannya yang menekup mulutku.

"Fai. Lepaslah!" Aku menekan suara supaya tidak melengking kuat.

"Kali ni, aku takkan lepaskan kau!"

Waktu itu, aku tidak tahu adakah aku patut menjerit atau tidak. Perlukah aku minta tolong? Adakah kali ini, aku tetap dipersalahkan?

Dalam meronta - ronta itu, Fairuz merentap pijamaku. Habis tercabut butangnya! Melihat dadaku terdedah, dengus nafasnya keras dan kasar. Dia makin menggila!

Aku nekad. Aku kena nekad!

"Mamaaa!"

PANGGG! Fairuz tampar aku sekuat hatinya. Dia lantas bangun mahu keluar bilik. Aku menangis antara takut dan sakit. Pipiku rasa kembang sebelah. Aku duduk bersandar dikepala katil sambil memeluk lutut.

"Fai! Along!" Jerkah mama dan ayah serentak sebaik Fai membuka pintu. Suis lampu ditekan. Terang - benderang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro