Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hai..." Samson menegur aku yang sedang duduk di balkoni rumah Mommy melihat pemandangan.

"Hai." Awkward and void.

"Mommy habis shooting what time?"

"Dua pagi rasanya. Itu pun biasa dia pergi minum dulu baru balik."

Sam mengangguk sahaja. Aku paling ke dalam dan nampak Fahmi sedang menaip sesuatu di laptopnya.

"Study ke budak tu?"

"Ha'ah. Nak buat postgrad."

"Budak pandai." Aku memujinya ikhlas.

"We share that one thing in common."

Aku senyum sahaja. Baru nak mengaku mamat seorang ni.

"Loan rumah kau dah approve ke?" Aku cuba berbasa-basi. "Mommy cerita kat aku."

"Oh dah. Tunggu few documents je lagi."

"Kau duduk mana tu?"

"Area Bradell Road sana. Pass down property jugak. Itu pun dapat two bedrooms je."

"Jadilah tu."

"Actually aku nak go northern sikit. Woodlands ke Hougang ke Mandai ke Yio Chu Kang ke tapi situ je yang ngam dengan budget. Kau tu pulak? Tak nak settle down sini je?"

"Entahlah. Ada plan tu tapi plan jelah. Kalau aku, aku nak stay area City. Tak nak aku duduk Woodlands sana tu."

"Kau pergi follow Neneklah duduk Siglap sana. Dekat dengan Kubur Boyan tu."

Aku tak ingat bila kali terakhir aku dapat bergurau tawa dengan Samson. Entah, macam tak pernah kut rasanya.

"Eh, aku tak pernah tengok pakwe kau. Macam tak sempat lagi?"

"Syaf?"

Dia mengangguk.

"Dia balik Malaysia awal sikit. Ada hal sikit."

"Tunjuklah kut ya pun."

"Haa kejap."

Baru aku hendak menunjukkan gambarnya di dalam phone, Fahmi datang menyertai kami.

"Fahmi join boleh?"

"Boleh, Sayang. Dah habis isi enrollment form tu?" Aku tak pernah nampak side Samson yang ni.

"Dah. Maybe next month tahu. Ni Fahmi nak cari kerja part time dulu." Fahmi juga nampak manja sahaja.

Aku anggukkan saja. "Dah jumpa ke?"

"Ada mintak kat Long John's kat Bugis tu tapi tak dapat callback lagi. Tunggu jelah kerja lain kalau ada."

Aku angguk sekali lagi.

Kami berborak seketika sebelum Fahmi meminta diri untuk ke tandas. Aku kembali merapat dengan Samson.

"Aku nak tanya."

"Apa?"

"Since when?"

"Aku dengan Fahmi? Baru lagi dalam few months macam tu."

"No. Maksud aku, sejak bila kau macam aku? Bukan kau jijik ke?"

Dia ketawa kecil.

"Kenapa kau ketawa?"

"Entahlah. Most of it, aku rasa berdosa kat kau. Kalau tak kerana aku, takdelah disastrous sangat zaman sekolah kau."

"Benda dah jadi. Aku pun dah bahagia dengan hidup aku sekarang. Not entirely happy tapi okeylah nak banding dengan sebelum ni."

"Aku admitlah, aku jealous tengok kau dengan Tony tu dulu. Bukannya sebab aku suka Tony tu kenapa. Sebab aku tengok korang freely express perasaan korang. Aku cemburu. Aku suka tengok kau dengan Tony and aku lowkey nak benda sama jugak."

"Then kenapa tak be yourself je?"

"Hasbabi tulah."

"Wow dah pandai babikan dia? I thought you guys were doing good?"

Dia diam sahaja. Aku pun tak ingin menerukkan lagi keadaan.

"Apapun..." Dia bersuara semula. "Maafkan aku sebab hancurkan hidup kau."

Aku angguk sahaja. "Aku tak nafikan memang kejam apa yang kau buat kat aku. Aku pun wonder sampainya hati kau buat adik kembar kau sendiri macam tu."

"Aku tahu aku bodoh."

"Kau tak bodoh, Sam..." Aku jeda seketika. "Kau selfish. Kau pentingkan diri sendiri. Kau selamatkan diri kau dengan baling aku bawah bas. Tapi aku patut berterima kasih juga pada kau for that. Tak kerana all the shit that happened tu, aku tak rasa aku kuat macam sekarang."

Dia tersenyum nipis. Aku tahu susah untuk dia menerima kenyataan yang dia memang indeed, hancurkan hidup aku.

"Aku mungkin marah kat kau tapi aku tak sampai tahap nak bencikan kau, Sam. Aku ada dengan kau dari kita dalam perut kut. Takkanlah aku nak benci kau."

"Even macam kau cakap, aku hancurkan hidup kau."

"Ala, hidup ni sekali je. Panjang lagi nak hidup ni. Tak kerana apa yang jadi masa umur aku 16 tahun, aku nak biarkan affect hidup aku selamanya."

"So yang bapak si Tony buat kau tu..."

"Ya, semua tu betul. Macam aku cakap, hidup ni sekali. Semua yang jadi aku just jadikan pengajaran."

"Positif sial kau."

"Kalau tak positif, aku dah lama mati, Sam."

Dia bersandar di bahuku. Aku pegang tangannya. Rasanya inilah kali pertama kami semesra ini.

"Aku sayang kau, Syah."

"Aku sayang kau jugak."

"So, boyfriend kau?"

"Oh, kejap." Aku keluarkan handphone aku dan aku tunjukkan wallpaperku kepadanya. "Kasyaf."

Melihat wallpaperku, senyuman di wajahnya memudar menjadi garisan linear dan matanya membundar. Seems like it's no good.

"Nama dia Zahiril Kasyaf ke?"

"Err yes?"

"Macam mana kau boleh kenal adik Hasbi?"

WHAT?!
----------

Guys jangan lupa jemput baca Rafael ya!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro