1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Huh malas gila nak pergi daftar masuk asrama ni, tak pernah-pernah aku nak masuk asrama ni alih-alih tahun ni duduk , daddy punya pasal lah ni, katanya 'daddy nak kamu berdikari,duduk kat rumah ni semua benda orang gaji buat' gaya macam aku ni tak buat kerja langsung! Err ada lah jugak buat kerja tu sikit atleast buat okay , tapi still daddy tak boleh paksa aku buat benda ni AEGHHH " rungut Ayra sambil berguling ke kiri kanan dengan tangan dok kutis bantal tu. Ni nanti bibik juga lah yang kemas, patut lah daddy kau suruh duduk asrama pon Ayra.

"Cik Ayra! Oh cik Ayra" panggil pembantu rumah bibik ami. " Lah kenapa tak siap lagi? Pak mad dah tunggu kat bawah tu , kereta pon dah siap " tegur bibik ami.

"Aikk asal pulak Pak Mad yang hidupkan kereta? Dia ke yang hantar Ayra kat asrama nanti? Mommy Daddy mana?" tanya Ayra pelik. Mommy ni kalau tak ikut aku sekali pergi daftar asrama sekolah entah pape entah aku tak ingat nama dia memang aku marah. Mana adil! Dia beria suruh orang duk asrama, siap tawar nak beli iphone X lagi , ni sekarang tak kan tak nak hantar aku kat asrama nanti?

"errr mommy daddy ke Singapore , dorang kata ada kerja sikit. Sebab tu dorang suruh Pak Mad yang hantar kamu" jawab Bibik Ami serba salah. Kesian anak majikan nye ini dah la dipaksa berpindah sekolah terpaksa lah budak ni berpissh ngan kawan lama dia tu , ni sekarang nak hantar ke asrama pon mommy daddy dia tak join sekali. Sibuk benor

Ayra sudah berjauh hati. Kalau tadi mood dia nak pergi asrama dah memang teruk tahap gila sekarang ni mood dia makin teruk namatey sampai rasa nak mogok tak nak pergi and rasa nak menangis. Huaa sampai hati mommy daddy.

"Ayra" melihat muka masam + bengang anak majikannya ini tahulah dia kejap lagi bakal tercetus tsunami tahap tiga. Habis dibaling semua barang dalam bilik ni kejap lagi. Ya Allah kau kawallah hati anak majikan aku ni. Aku dah letih nak kemas bilik dia. Anak dara ke anak apa ni?

"Ayra , mommy ngan daddy kan sibuk tu, lain kali diorang hantar Ayra erh. Harini biar Pak Mad hantar. Bibik ami pon ikut okay? Bibik Ami teman Ayra sampai depan pintu asrama. Biar sampai Ayra masuk dorm kemas-kemas baru bibik Ami balik erh? Boleh erh kita pergi sekarang tanpa mommy daddy?" pujuk bibik ami.

" Today is my first day okay , FIRST DAY! Tak leh ke mommy luang masa sikit kat Ayra? Sibuk je memanjang, sepanjang Ayra bersekolah dari Tadika sampai Form 5 ni bibik Ami je yang pergi tolong daftarkan, mommy daddy mana? Asyik alasan busy busy busy lain kali suruh mommy daddy  makan busy tu , suruh dia adopted anak angkat nama busy. Ugh " luah Ayra lalu terus melajukan kakinya melangkah keluar dari biliknya yang besar itu. Sempat lagi tu tendang katil , alih-alih dia jugak yang sakit.

" Nak buat macam mana Ayra, dah mommy daddy kamu tu selalu busy. Nasib kamu la. Aduh Dato ismail ngan Puan Arifah ni pon. Anak sendiri pon tak leh luang masa sikit. Astaghfirullahalazim. Tak baik ami kutuk majikan sendiri. Hurm nasib lah si Ayra tu tak mengamuk lempar barang-barang ni. " kata bibik ami lalu melangkah keluar juga dari bilik Ayra untuk menghantar budak Ayra tu ke asrama.

Pak Mad memberhentikan kereta Alphard ; kereta majikannya di hadapan sebuah sekolah besar. Terdapat satu signboard besar bertulis "SMK TUN ZAINAB AMIN".

"Jom Ayra, kita pergi daftar sekolah dulu pastu pergi daftar asrama" ajak bibik ami. Dengan langkah lemah longlai macam kaki tu tak de tulang, Ayra keluar dari dalam kereta dan mengikut jejak langkah Bibik Ami. Semua yang berada di situ memandang-mandang Ayra yang berjalan macam orang oku itu. Orang OKU pon jalan elok lagi dari si Ayra ni. Gaya dia jalan macam tak nampak. Habis benda dilanggarnya.

" Ya puan, nak daftar untuk form 1 ke?" tegur satu wanita yang aku agak cikgu lah kan? Memang lah cikgu. Nama pon sekolah. Apa ke bengap sangat. " Eh tak cikgu, ni saya nak tolong daftarkan anak majikan saya ni ke sekolah ni. Dia form 5 tahun ni."

"oh saya ingatkan nak daftar untuk form 1 tadi" apakah? Dia nampak muka aku macam budak form 1 ke? Muda sangat ke aku ni? Haah lah aku kan muda huhu bangga. Gila punya pompuan HAHAHA.

"Puan boleh masuk barisan di sebelah sana tu tepi meja pendaftaran form 4. Puan boleh berurusan di sana"

"oh terima kasih cikgu" ramah bibik ami. Bibik ami ni memang peramah arr. Semua orang dia tegur. Memang beza gila dari perangai aku yang tak suka bergaul + tak peramah ni.

Bibik Ami meneruskan pendaftaran untuk Ayra. Semua dia urus. Ayra? Hurm budak tu duduk goyang kaki sambil-sambil tengok orang sekeliling. Memang tak pandai berdikari sungguh budak ni. Selepas tamat pendaftaran aku tu , kami berjumpa warden dan warden membawa kami ke asrama.

"okey Ayra, dorm kamu di tingkat 1 ; dorm 1C mentari." "hah nana! Sini kamu, kejap lagi tunjuk akak senior baru ni mana dorm 1C mentari erh." kata warden tersebut kepada nana. Aku agak nana ni form 3. Muka dia matured je jadi form 3.

"okay cikgu! Jom kak" .
" hah ni bibik Ami nak balik dah ni, kamu okay kan kat sini? " laju Ayra geleng. Jujur sungguh budak ni HAHAHA. "Ayra takut la, Ayra segan, Ayra tak de kawan" kata Ayra sambil terus memujuk Bibik Ami supaya tak tinggalkan dia kat sini.

"Aduh kamu ni Ayra, ni asrama je, bukan lokap, taku apa nya? Dah bibik balik dulu bye" lambai bibik ami dengan muka gembiranya. Amboi bik jelas sangat tu suka Ayra tinggalkan rumah. Ayra surub daddy potong gaji bibik ami baru padan muka!

"jom kak" ajak budak bernama Nana itu sekali lagi. Aku hanya angguk dan mengikut jejak langkah dia. Sesampai disana aku melihat ada empat orang dalam dorm tersebut. Yang lain entah ke mana.

"err katil ni ada orang ke?" tanya aku sambil tangan tunjuk kat katil single yang berhampiran dengan pintu itu. Tapi tak de sorang pon jawab. Semua just fokus kat kerja masing-masing. Apa dorang ni pekak ke? Uh. "hello katil ni ada orang tak?" tanya aku sekali lagi. Okay aku betul tengah panas sekarang ni. Menguji kesabaran sungguh empat ekor kera tu.

"err kak tak de orang pon kat katil tu!" jawab sorang budak yang baru masuk. Budak ni sekali dorm ngan aku jugak lah kot. "oh okay thank you, nasib lah adik ni dengar kan, tadi akak masuk dalam bilik ni tanya ingatkan ada lah yang nak jawab , tak sangka pulak semua pekak." perli aku.

"WOII, kau pahal? Ada masalah ke? Bising ah kau ni , dah orang tak jawab tu makna nya orang tak nak jawab lah. Apa ke bodoh sangat!" tengking sorang budak perempuan yang duduk selang sekatil dengan katil yang akan aku duduki kejap lagi acewah.

" Lah kau terasa ke? Tak tahu pulak kau terasa. Aku tak mention sapa-ii or nama sapa pon tapi kau terasa. Hah elok la sedar diri " balas aku

"eii pompuan ni ka----"
"weh diam lah setan! Bising ah. Kau kalau nak gaduh keluar" dia menunding jarinya ke arah aku. " And kau kalau nak meroyan meraung menengking macam tu baik blah " seterusnya ditujukan pula kepada orang yang tengking aku tadi.

" Korang ni pahal? Hah? " sampuk sorang lagi.
"kau tu yang pahal? balas budak yang yang tengking aku tu.
" eii diam lah " marah budak sorang lagi.

"ermm akak-ii sekalian, erm bukan apa, tapi sekarang dah nak dekat asar. Apa kata kita tak yah gaduh-gaduh and turun sol---"

"Kau diam ah budak" sejurus itu 4 orang sekali gus tengking budak tu. Terus dis keluar daripada dorm. Baik mengelak sebelum terlambat. Nasib kau lah dik.

Aku memandang 4 orang yang aku agak sama umur ngan aku tu then jeling terus blah turun bawah ;surau.

——-—————-—

Vote and comment ❤💃🍃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro