part 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lysha, tu ada customer lah. Kau pergilah layan. Aku nak ke tandas kejap. Boleh kan?" pinta Ayu, rakan sekerja Delysha di kelab malam ini. Delysha mengangguk sahaja.

"Okay. Kau pergilah. Nampak macam tak tahan sangat dah tu. Hahaha," sakat Delysha lalu dibalas dengan jelingan tajam dari Ayu. Delysha tersengih sebelum melangkah ke meja tersebut. Dia mengeluh kecil apabila melihat ramai lelaki yang menjadi pelanggannya.

"Err, encik-encik sekalian nak minum apa ya?" soal Delysha sehabis lembut. Senyuman manis terbit di bibirnya. Lelaki-lelaki dalam lingkungan 30an itu memandang wajah Delysha atas bawah sebelum mereka tersenyum nakal. Salah seorang lelaki menarik tangan Delysha lalu ingin menciumnya. Tetapi Delysha lebih pantas, cepat-cepat tangannya ditarik semula.

"Err encik, nak minum apa?" soal Delysha sekali lagi. Malah lebih tegas. Marah. Geram. Menyampah.

Senyum-senyum dan pandang macam tu dah kenapa? Buang tebiat? Huh gila. Dasar mamat-mamat gatal.

"Just give me one coke and three wine. Can't you get it dear?" jawab salah seorang lelaki antara mereka itu dengan sungguh menggoda. Delysha mengangguk lalu tersenyum kelat. Terus dia melangkah ke tempat minuman untuk mengambil pesanan mereka. Nafas lega dihembus.

"Huh lega. Gatal sungguh mamat-mamat zaman sekarang ni. Pantang nampak yang lawa, cute-cute macam aku ni, hah mulalah nak miang keladi! Eh, hahaha sekali-sekala puji diri sendiri apa salahnya." Delysha mengomel seorang diri.

"Amboi! Senyum sampai ke telinga nampak. Hensem sangat ke mamat-mamat yang kau ambik order tadi? Jarang kau melayan eh!" sakat Zara yang entah dari mana datang. Delysha terus mencubit geram peha Zara.

"Auch! sakitlah!"

"Padan muka kau! Suka sakat aku lagi, kan? Hish tak ada maknanyalah aku nak terpikat dengan jantan-jantan semua tu. Not my taste. Playboy, gatal merenyam. Eeee, menyampah betul!"

Zara tergelak perlahan. Dia tahu, Delysha bukan jenis perempuan begitu. Memang kawannya tidak suka lelaki yang menggatal.

"Alalala not my taste konon. Kau tu yang memilih sangat. Aku tengok customers kita semua hensem-hensem tau. Kau tu je yang buta tak nampak dan tak pandai nak bercinta!" kutuk Zara selamba. Sekali lagi peha Zara terima cubitan maut Delysha.

'Suka suki dia je cakap aku memilih lah apalah. Aku nak lelaki yang boleh jadi imam aku.' desis Delysha lalu tersenyum seorang diri.

"Kau ni! Dahlah pergi buat kerja. Nah, air ni. Boleh tolong hantarkan tak? Aku malaslah nak jumpa mamat-mamat tu lagi. Gatal sangat. Aku tak suka. Bolehlah! Please-please!" rayu Delysha lalu membuat puppy eyes. Dia sangat berharap pada Zara sekarang agar wanita itu membantunya.

"Eh, aku pulak? Kau pergilah. Aku banyak lagi kerja lain. Lagi pun kau macamlah tak biasa layan customers yang 'merenyam' macam diorang semua tu. Dah, pergilah! Aku chau dulu. Bye, sistur!"

Zara pergi meninggalkan Delysha yang masih terpinga-pinga. Delysha mengeluh geram. Tak boleh harap langsung! Heh! Kaki mulai melangkah ke meja tadi. Dia cuba untuk mengukir senyuman sebelum gelas-gelas tersebut diletakkan di atas meja mereka.

"Jemput minum, semua."

Kakinya mahu melangkah ke tempat tadi semula. Tetapi belum sempat dia melangkah lebih jauh, tangannya ditarik oleh seorang lelaki tadi. Dia terkejut.

"Apa ni?"

"Ala baby, please lah teman kami ni."

Desak lelaki yang menarik lengan Delysha tadi. Nasib dia mampu mengawal keseimbangan badannya. Kalau tidak, confirm dia dah jatuh atas riba mamat gatal ini tadi.

"Erm, it's okay lah. Saya banyak lagi kerja lain nak kena buat," dalih Delysha takut-takut.

"Hurmm temanlah kami sekejap je. Lagi pun you look so sexy and... very pretty."

Seorang lagi lelaki menyampuk. Dia melihat pakaian Delysha yang agak ketat di bahagian bawah. Di bahagian lutut Delysha hingga ke kaki tidak ditutupi sebarang kain menampakkan kulit putih wanita itu.

"Baby, why you're so beautiful?"

Sekali lagi Delysha terkedu apabila tangan lelaki itu mengelus pipinya pula. Aduh, macam mana sekarang ni? Apa yang dia nak buat?

Melihat Delysha yang resah, lelaki itu pantas memegang pinggul Delysha. Leher Delysha ditarik merapat dan dibenamkan kepalanya di situ. Delysha semakin resah dan gelisah. Dia cuba menjauh. Tidak pernah lagi lelaki berani ingin menyentuhnya sebegitu rupa. Dia jadi gugup dan sangat tidak selesa.

"Ap... apa encik buat ni? Lepaslah! Saya bukan pelacur!" jerit Delysha menahan marah di hati. Suaranya tenggelam timbul.

"Aku tahu. Tapi, aku boleh bayar kau untuk 'seronok' kan aku. Kau mahu atau tidak, aku tetap nak kau."

Lelaki tersebut semakin mengganas dengan menarik Delysha dekat dengannya. Rambut Delysha yang ikal mayang diulus lembut.

Dia menghidu sebentar. Wangi!

"Bro, kami nak menari kejap dekat situ. Banyak awek lawa siot. Kau jangan nak menggatal dekat sini pulak. Aku nak pergi cari awek yang cun. Have fun, Adrian."

Adrian tergelak kecil. Rakan-rakan lelaki yang bernama Adrian itu meminta diri ke lantai tari. Mereka meninggalkan Delysha dan Adrian berdua di situ. Makin takut Delysha jadinya. Kelibat Zara dan rakannya yang lain dicari. Malah seorang pun tiada. Dia mengeluh berat.

"Encik, saya bukan pelacur. Kalau nak, cari yang pelacur. Bukan saya!" Tekan Delysha tegas. Geram apabila tubuhnya diratah-ratah dengan sengaja oleh mamat ini. Adrian tergelak besar.

"Aku tak nak pelacur-pelacur tu semua. I'm just want you tonight. Jom teman aku. Aku bayar kau. Don't worry," bisik Adrian sinis lalu tangan Delysha ditarik kasar membawa Delysha ke belakang bangunan kelab malam itu. Delysha meronta-ronta dalam pada itu dia berharap seseorang akan menyelamatkan dia. Namun dia tahu, tiada siapa yang akan kisah kerana semua orang juga lakukan perkara yang sama dan masing-masing buat haluan sendiri. Dia beristigfar beberapa kali.

Tubuh Delysha ditolak kasar ke dinding. Adrian sekali lagi membenamkan mukanya di ceruk leher jinjang Delysha. Dia suka di situ. Bau wangi yang mampu membuatkan nafsunya bangkit.

Delysha menangis teresak-esak. Tubuh Adrian berkali-kali ditolak tetapi tidak berjaya. Dia berasa sungguh menyesal kerana dilayan sebegitu rupa. Hina sangatkah dirinya?

"Aw... awak, saya tak nak. Tolong jangan. Say... saya bukan pelacur. Please," rayu Delysha sambil menahan esakan di bibir. Gelaran juga sudah bertukar kepada 'awak saya.'

Adrian diam. Terbit senyuman sinis di bibir. Dia suka perempuan yang baik seperti Delysha. Dia suka perempuan yang merayu-rayu kepadanya semata-mata tidak mahu dirinya disentuh. Dia suka Delysha kerana perempuan itu sangat naif. Terus terang semua perbuatan yang terdapat pada Delysha dia amat suka.

Delysha perempuan lain daripada yang lain. Tidak sama dengan perempuan yang dia pernah layan sebelum ini. Delysha perempuan yang mempunyai harga diri. Pandai jaga maruah. Dia dah lama perasan gadis itu semenjak dia menjadi pelanggan setia di kelab malam ini. Dia datang pun, hanya kerana ingin memerhatikan Delysha dari jauh. Sekarang barulah dia berani mengambil tindakan.

Tetapi kenapa Delysha bekerja di kelab malam? Satu soalan terdetik di mindanya.

"Aku janji aku tak akan seksa kau. I'm promise. Aku suka kau. Kau perempuan yang baik," terang Adrian serius. Tiba-tiba dia ungkapkan perkara sebenar itu. Selama ini tiada seorang perempuan pun yang akan tolak dia. Malah menggodanya lagi. Delysha betul-betul gadis yang lain. Dia suka perwatakan Delysha.

"Awak suka saya? Tapi awak siapa? Saya tak kenal awak! Saya tak pernah jumpa awak! Awak jangan macam ni. Saya bukan macam gadis yang awak pernah kenal. Yang awak pernah tidur. Saya ada maruah." Delysha cuba slow talk baik-baik. Mana tahu lelaki di hadapannya ini mahu ubah fikiran dan melepaskannya?

Adrian terdiam. Satu ayat yang menyentak akal fikirannya. 'Saya bukan macam gadis yang awal pernah tidur '. Ya dia akui. Ramai perempuan yang telah ditidurinya. Tetapi tidak sama. Mereka sendiri yang serah diri. Bukan salah dia.

Rayuan dan pujukan Delysha tidak diendahkan. Dia kembali melakukan perkara yang agak menyiksa batin Delysha. Delysha kembali menangis. Dia sudah penat merayu, menjerit, merintih, memujuk, meminta pertolongan tetapi semuanya tiada hasil. Akhirnya dia membiarkan sahaja tubuhnya diratah walaupun tangannya masih menahan tubuh lelaki itu.

Tetapi apabila dia berfikir semula secara waras, dia menolak dada Adrian kuat. Menjauhinya. Tak, dia tak boleh lemah. Delysha mula berlari ingin selamatkan diri.

"Delysha stop! Jangan lari!" Adrian penat mengejar saat Delysha lari meninggalkannya.

Delysha terkedu. Macam mana Adrian boleh tahu namanya pula? Mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini.

Sedar tidak sedar Adrian sudah berada di hadapannya. Adrian lagi laju lari dari dia. Delysha kembali menangis saat tangannya ditarik kasar. Tubuhnya ditolak ke dinding kembali. Bajunya sudah disisip ke atas dan...

Buk!

Buk!

Buk!

Adrian jatuh terbaring lemah. Mukanya habis ditumbuk dengan seseorang. Delysha tergamam. Semuanya berlaku dengan pantas. Wajah gerangan yang menyelamatkan dirinya tadi menjadi tumpuan mata. Matanya terus terbeliak besar.

Lelaki ini! Tengku Iyan Shah Darren?

Ya, dia masih ingat. Lelaki yang selalu diingatannya sebulan yang lepas. Lelaki yang membuatkan dia asyik angau dan dia asyik terbayang-bayangkan wajah kacak lelaki ini sebulan yang lalu.

Adakah ini semua mimpi?

"Don't you dare to touch my baby girl. Kau jangan kacau dia lagi. Walaupun seinci tubuh dia kau sentuh, memang nahas dengan aku. Kalau kau berani buat, mampus kau aku kerjakan!" Perut Adrian ditendang kuat. Puas hatinya bila melihat jantan itu sudah terbaring lemah tidak sedarkan diri.

Wajah Delysha yang ketakutan itu direnung lama. Delysha juga sama, merenung lelaki itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Segan yang dirasakan.

Kenapa lelaki ini muncul sebagai hero dalam hidupnya?

****

Done update.
Sorry lambat.
Memang takde idea. Maaf.
Hehehe
*Vote
*Comment.😛

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro