part 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Delysha hanya memandang pemandangan di luar sahaja dari tadi. Jalan agak sesak juga petang-petang begini. Ramai orang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja gamaknya petang-petang begini.

Dia mengeluh kecil. Lama lagi ke nak sampai? Tangannya sudah berpeluh akibat tidak biasa dan tidak selesa berdua-duaan bersama lelaki ini. Itu pun nasib jalan sesak dan ramai orang. Kalau jalan raya pun lengang? Mahunya Delysha keluar terus dari kereta lelaki ini. Bukan apa,  mamat ni bukannya boleh percaya sangat. Seram dan menakutkan!

"Lama lagi ke nak sampai?"

Dari masuk kereta sehinggalah sekarang, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Delysha. Sekarang barulah dia bersuara. Dia tiada mood. Nasib juga lelaki ini turut sama mendiamkan diri. Selalunya Faiq ada sahaja kata-kata yang bakal menyakitkan hati dia. Walaupun baru sahaja mereka berjumpa sekali, tetapi Delysha bagaikan sudah masak dan sangat kenal dengan perangai lelaki itu. Sakitkan hati orang sahaja!

"Aku ingatkan kau betul-betul ada masalah mulut sebab kau akan bercakap bila ada perkara penting je yang kau mahukan. Tapi rupanya kau normal," ujar Faiq selamba. Matanya memandang sedikit wajah gadis itu sebelum Faiq kembali menumpukan perhatiannya semula pada pemanduan.

Delysha mendengus geram. Masalah mulut? Hampeh betul dia ni.

"Saya okay. Saya tak ada sakit apa-apa," balas  Delysha sebal. Faiq tersenyum senget.

"Ada aku tanya kau okay ke tidak?"

Sinis sahaja bunyinya. Delysha hanya mampu mendiamkan diri. Lagi dilayan, lagi sakit hatinya. Dia fikir mamat ni dah insaf dari terus nak sakitkan hati dia. Tapi rupanya tidak. Sama sahaja perangai tu. Haish!

Suasana kembali senyap seperti tadi. Masing-masing buat hal sendiri. Tiada sebarang suara di dalam kereta sehinggalah mereka selamat sampai di sebuah restoran yang agak asing bagi Delysha. Restoran ini sangat mewah.

"Kita buat apa dekat sini?" soal Delysha hairan.

Faiq parking betul-betul keretanya berhampiran restoran tersebut. Dia memandang wajah Delysha yang sedari tadi asyik terpinga-pinga sahaja.

"Dah sampai... jom keluar. Ummi aku dah tunggu tu," balas Faiq singkat. Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, Delysha terus menyoal lagi.

"Kalau ummi awak tanya kenapa kita naik sekali macam mana?" soal Delysha cemas. Dia baru teringat akan hal ini. Apa yang dia nak jawab pula nanti kalau wanita itu tanya soal ini sedangkan Tengku Dina tahu hubungan mereka tidak baik.

Faiq tersenyum sinis. Keningnya terangkat.
"Kenapa? Takut? Takut ummi aku marah?"

Delysha diam.

Dia bukan takut, tapi erm entahlah. Lebih kepada risau nak menjawab soalan-soalan cepu emas Tengku Dina itu nanti sahaja.

"Ummi aku yang suruh ambil kau tadi. Kau ingat aku ambik kau ni sebab aku hadap sangat ke dengan kau? Sorry to say but aku banyak lagi kerja lain yang aku boleh buat dari ambil kau. Dahlah jauh pula tu. Hish... turun cepat."

Sebaik sahaja Faiq mengungkapkan sebegitu,  terus Faiq keluar tanpa berpaling lagi. Malas dia tunggu perempuan itu. Terhegeh-hegeh dari tadi!

Delysha sudah menggenggam buku lima. Panas sahaja hatinya sekarang ini.

"Ingat aku hadap sangat ke hah nak naik kereta dengan kau? Tak inginlah! Kau tu yang sibuk ambik aku. Siap nak dukung aku bagai la kalau aku tak ikut kau. Heh, dia salahkan aku pula sekarang ni? Gila ke apa mamat ni? Annoying!" desis hati Delysha.

Delysha berjalan perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang. Dan matanya tertumpu pada sebuah meja kayu. Baru sahaja dia ingin senyum, terus senyumannya kembali pudar apabila melihat susuk tubuh lelaki itu turut sama ada di situ. Menyakitkan hati betul!

Delysha menarik nafas terlebih dahulu sebelum melangkah ke arah mereka. Senyuman manis cuba dititipkan agar mereka tidak nampak mukanya terlampau meluat sekarang ini.

Tengku Dina terlebih dahulu sudah nampak kelibat Delysha. Tersenyum dia melihat wajah gadis itu.

"Assalamualaikum," ujar Delysha lembut. Dia menunduk sedikit bagi menutup wajah kekoknya apabila mata-mata memandang ke arahnya.

"Waalaikumsalam. Meh duduk sini Delysha," jemput Tengku Dina. Kerusi di sebelahnya yang berhadapan dengan Tengku Faiq ditunjuk. Delysha sedikit kaget. Duduk sahajalah kan?

Lambat-lambat dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Terus tangan Tengku Dina di ambil dan disalam tanda hormat. Tengku Dina hanya tersenyum.

"Err, aunty sihat?" soalnya cuba beramah mesra. Walaupun dia tahu, ada mata yang sedang memerhatikan tindak tanduknya kini. Siapa lagi kalau bukan anak Tengku Dina ni? Mamat  annoying!

"Alhamdulilah aunty sihat. Kamu?"

"Delysha alhamdulilah sihat. Maaflah lambat sikit," ujar Delysha serba salah. Ini kalau bukan sebab teksi yang tidak muncul-muncul, sudah lama dia tepati janjinya. Walaupun dia tidak berjanji dengan Tengku Dina, tapi dengan anak lelakinya, namun janji tetap janji. Perlu ditunaikan juga.

"Eh, tak apa. Salah aunty juga sebab suruh kamu datang petang-petang macam ini. Terpaksa aunty suruh Faiq ambil kamu," balas Tengku Dina mesra. Faiq sedari tadi hanya memasang telinga. Tetapi matanya hanya tertumpu pada telefon bimbit. Ada client send email tentang projek baru kepadanya.

"Err, boleh saya tahu kenapa aunty nak jumpa saya? Ada hal penting ke?" soal Delysha tanpa berselindung. Penat juga otak ni berfikir kenapa Tengku Dina mahu berjumpa dengannya.

"Okay, biar aunty berterus-terang jelah ya? Tapi sebelum itu, aunty nak tanya. Delysha kerja mana ya selama ni?" soal Tengku Dina serius. Delysha tegur liur. Kesat.

Nak jujur ke tidak? Ah, jujur sahajalah kan?

"Err, sebenarnya saya kerja dekat cafe kakak angkat saya. Tapi baru-baru ni saya terpaksa cari kerja lain sebab kakak saya suruh cari kerja yang sesuai dengan kelayakkan saya. Jadi buat masa ni saya masih mencari lagi. Kenapa ya, aunty?" soal Delysha pelik.

"Oh, macam tu. Lagi senang kerja aunty. Kalau aunty tawarkan kerja yang lebih bagus untuk Delysha... Delysha nak tak?" soal Tengku Dina.

Delysha tergamam dan terkedu. Betul ke apa yang dia dengar ni? Alhamdulilah sangat kalau betul. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja ini?

Delysha memandang Tengku Dina tidak percaya. Matanya bersinar-sinar.

"Kerja apa ya aunty?" soal Delysha memandang tepat anak mata Tengku Dina.

Tengku Dina tersenyum. Dia memandang anaknya Faiq, dan Faiq juga memandang wajah umminya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Delysha yang melihat sudah berkerut dahi.

Ada apa ni?

"Kerja dengan anak aunty. Jadi personal assistant anak aunty. Boleh kan?" Tengku Dina mengharap.

Berkerut dahi gadis itu. Personal assistant? Layak ke dia?

"Boleh saya tahu, erm anak aunty yang mana ya?"

Sejujurnya Delysha risau. Kalau anak Tengku Dina yang ini macam mana? Ah,  tak mungkinlah dia. Nak ke lelaki itu?

Tengku  Dina tersenyum. "Yang mana lagi? Tu depan Delysha tu la. Jadi PA pada Faiq Idlan. Delysha setuju kan?" Kenyataan itu berjaya menyentakkan tangkal hati Delysha.

Tersandar terus tubuh Delysha di kerusi. Sudah diagak. Berat permintaan Tengku Dina ini. Memang dia perlukan kerja, tapi memang taklah dia nak bekerja dengan lelaki itu. Kalau jarang jumpa pun boleh bergaduh, apatah lagi bila mereka berkerja di satu bumbung? Confirm bergegar bangunan nanti. Matilah woi!

"So, macam mana? Delysha terima tak?"

"Err, kenapa aunty tiba-tiba nak Lysha kerja dengan anak aunty?" Soalan yang bermain difikiran disoal jua. Agak tiba-tiba sahaja. Bukannya wanita itu tidak tahu hubungan mereka tidaklah baik mana.

Tengku Dina memandang anak lelakinya dan dia menjawab. "Memang aunty dah lama nak tukar PA Faiq ni. Aunty tak berkenan sungguh dengan PA dia. Buat kerja tak pandai tapi suka menggatal dengan Faiq. Dan aunty rasa Delysha sesuai menjadi PA Faiq. Sebab aunty percayakan Delysha. Dan Faiq juga setuju terus. Entah kenapa anak lelaki aunty ni tak kisah pulak bila aunty nak Lysha jadi PA. Mungkin sebab dia dah mula..."

Tengku Dina memandang Faiq dengan sengihan.

"Ummi! Jangan nak mengarut." Pantas sahaja Faiq membalas. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Janggal seketika situasi mereka.

Delysha hanya diam. Dia memandang Faiq sekilas. Lelaki itu mula hanya ralit pada handphonenya sahaja. Seolah-olah dia tidak peduli langsung apa yang sedang terjadi ini. Adakah mamat itu sudah tahu semuanya apa yang dia tidak tahu? Dan adakah lelaki itu tidak kisah sekiranya dia menjadi pembantu peribadinya? Ah, Delysha serabut!

*****

"Assalamualaikum!"

Pintu rumah ditutup perlahan. Delysha terduduk lemah di atas sofa. Fikirannya mula melayang jauh. Dia kembali teringat tentang perkara yang terjadi tadi.

Flashback.

"Kenapa kau terima?"  soal Faiq yang sedang ralit memandu itu. Delysha disebelah hanya mampu mengeluh kasar.

"Saya tak sampai hati nak tolak permintaan aunty. Lagi pun, saya perlukan kerja ni. Tapi sorry sikit eh? Saya pun tak hadap. Lagi-lagi awak tu yang akan jadi boss saya. Dah tentu-tentu awak  asyik buli saya je kan?" Delysha mendengus. Pelipis diurut. Pening sedikit kepalanya memikirkan tentang hal ini.

Kalau terima, payah dia nanti. Dia akan dapat susah. Tapi kalau dia tak terima... lagilah berganda-ganda susah. Tawaran begini bukan selalu dia dapat.

"Baguslah kalau kau dah tahu. Aku pun tak hadaplah nak kau kerja dengan aku dekat office tu walaupun aku dah setuju. Aku nak kau kerja dengan aku dekat rumah. Jadi suri hati aku setiap masa. Kan sweet macam tu?"

Delysha sengih janggal. Apa kena mamat ini? Betul ke tidak? "Cia cia cia! Fikir sweet ke?"  jawab Delysha selamba. Padahal jantung sudah berdegup kencang.

Faiq tersenyum sinis

"Tak sweet ke? Aku fikir sweet tadi. So, kau terima la kan bekerja sebagai PA aku?" soal Faiq semula.

"Mungkin. Kenapa?"

"Are you ready?"

Faiq tersenyum senget. Berkerut dahi Delysha dibuatnya. 

"Ready for what?"

"Nak jadi suri hati aku?" Faiq tahan gelak melihat wajah memerah gadis itu.

"Hish, betul-betul lah!" bentak Delysha marah. Dia malu sebenarnya.

"Tak adalah. Ready ke nak jadi PA aku? Percayalah cakap aku, kau akan menyesal. Nope, lebih kenapa susah."  Faiq tersenyum senget lagi.

Delysha sedikit kaget. "Kenapa pula saya akan dapat susah?" Kening diangkat.

"Sebab aku akan treat kau macam bini aku." 

Jawapan yang simple tetapi berjaya membuatkan mindanya terjerit.

"Maksud awak?" soal Delysha masih belagak selamba. Padahal hati sudah main peranan.

"Yelah, aku ni sejenis lelaki yang hardworking.  Workaholic orang kata. So, aku perlukan PA aku  untuk sentiasa bantu aku. So, bermakna kau akan selalu berkepit dengan aku. Ke mana sahaja aku akan pergi kau harus ikut. Understood?" 
Kini kening Faiq pula yang terangkat. Dah macam gaya Ziana Zain.

"Kalau saya tak nak? Eee, memang tak la saya nak ikut awak. Duduk dalam kereta ni pun dah buat saya rasa sesak nafas apatah lagi selalu dengan awak kan?  Awak rasa? Awak tu bukan boleh dipercayai sangat!" bentak Delysha.

Faiq tersenyum senget.  Eleh jual mahal.

"So? Kalau kau tak nak maknanya kau tak payah bekerja dengan aku. Settle masalah. Aku tak suka pekerja yang tak serius dalam kerjanya. Menyusahkan!l!" ujar Faiq. Bengang dengan sikap gadis itu. Delysha boleh cakap macam tu depan dia? Kau rasa? Dia tak terasa ke apa?

Delysha mengeluh.

" Okay, sorry. Awak betul ke terima saya sebagai pekerja awak  ni? Ummi awak paksa ke apa?  Awak sebenarnya dah  lama tahu eh yang saya akan bekerja dengan awak? Awak tak kisah? Awak tu..."

Belum sempat Delysha ingun menyambung soalannya yang tergantung itu tadi, pandangan Faiq yang menyeramkan itu berjaya membuatkan Delysha terdiam.

Terdiam Delysha. "So, betul la kau ni normal kan? Tak bisu? Ada masalah mulut?" soal Faiq tiba-tiba.

Berkerut dahi gadis itu. "Kenapa awak tanya saya macam itu? Dah semestinya betul! Saya normal! Ada masalah ke?"

"Hm, aku dah  faham dah. Patutlah kau banyak tanya tadi. Rupanya mulut kau ni dah kembali normal semula!"  Faiq tergelak besar.

Mata Delysha membulat. Kejam!

"Diam lah awak! Bising je tahu!" 

Delysha tersenyum segaris. Entah apa-apa sahaja 'bakal boss' dia tu. Kadang-kadang annoying, kadang-kadang menyakitkan hati. Lawak juga perangai lelaki itu. Hm.

"Amboi! Masuk je dalam rumah...  terus senyum-senyum eh? Jumpa siapa tadi? Boyfriend ya?" Suara Kak Wardah itu menyentak Delysha dari lamunannya. Perlahan-lahan senyuman gadis itu mula pudar.

"Eh, mana adalah. Erm akak,  Sha ada berita gembira nak bagitahu ni. Akak nak tahu tak?" Terus tangan Kak Wardah ditarik supaya wanita itu duduk disebelahnya.

Kak Wardah hanya menurut.

"Berita apa tu?"

"Guess what? Lysha dah dapat kerja!" Beritahu Delysha dengan mimik wajah gembira. Dia terlebih excited nak beritahu Kak Wardah tentang perkara ini. 

Kak Wardah tersenyum gembira.

"Betul ke? Alhamdulilah. Kerja apa tu?"

"Lysha dapat kerja dekat sebuah syarikat. Jadi PA kepada anak boss company tu. Okay kan kak?" soal Delysha teruja. Dia tahu pasti Kak Wardah juga turut gembira. Sama sepertinya. Kerana Kak Wardah yang beria sangat nak dia dapat kerja yang lagi baik dari sebelum ini.

"Okay sangat tu. Alhamdulilah, rezeki Lysha la ni. Tapi siapa yang bagi Lysha kerja ni? Akak kenal tak?" soal Kak Wardah ingin tahu.

Berubah terus air muka Delysha. Tak jadi nak teruja dah.

"Anak Tengku Dina kak. Yang Lysha cerita pagi tadi tu. Lysha jumpa diorang la tadi. Aunty Dina tawarkan Lysha kerja dengan anak dia. Tak sangka pula yang dia nak tawarkan kerja ni dekat Lysha. Tapi kak, Lysha layak ke? Dah la Lysha ni cuma ada SPM sahaja. Tak belajar sampai ke menara gading pun. Keputusan SPM pun tak adalah cemerlang macam orang lain," kata Delysha berjauh hati.

Ya, perkara itulah yang dia difikirkan sejak tadi. Macam mana Tengku Dina boleh tawarkan dia kerja di syarikat yang maju seperti Mega Holdings jtu. Syarikat yang agak terkenal. Siapa sahaja yang tidak sudi bekerja di situ? Tambah pula dirinya yang menjadi sebagai PA kepada boss.  Anak Tengku Dina. Confirm ramai lagi yang layak. Siapalah  dia kalau nak dibandingkan dengan pekerja-pekerja di company itu. 

" Lysha, kenapa cakap macam tu? Lysha antara pelajar yang terpandai dekat sekolah Lysha dulu kan? Keputusan SPM pun bukan calang-calang. Apa yang Lysha risaukan? Tak masuk universiti? Kejayaan seseorang itu bukan terletak pada kepandaian. Tetapi terletak pada cara seseorang itu, dan rezeki yang Allah berikan. Kalau Lysha pandai menguruskan bidang pekerjaan Lysha ni,  InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.  Pekerjaan memerlukan kerajinan dan kebolehan.  Bukannya sijil dan ijazah semata-mata. Rebut peluang yang ada ni. Mana nak dapat peluang macam ni dah kan? Fikir dalam diri. Betul yakin ke yang Lysha boleh buat atau tidak. Allah dah bagi rezeki ni. Tak akanlah nak sia-siakan macam tu je?" pesan Kak Wardah panjang lebar.

Delysha terdiam buat seketika sebelum dia mula mengangguk faham. Terus tubuh Kak Wardah ditarik dalam pelukan. Ya, peluang hanya datang sekali seumur hidup. Jangan dilepaskan peluang yang ada. Kita harus rebut dan berusaha yang terbaik.

"Thank you, akak sebab dah banyak bantu Lysha."

"Lysha cuba ya? InsyaAllah, Allah tolong. Umur pun dah 22 tahun kan? Kerja betul-betul dulu. Nanti nak sambung belajar senang sebab dah ada experience dalam bekerja. Okay?" ujar Kak Wardah.

Delysha mengangguk. Memang niatnya untuk masuk universiti suatu hari nanti. Tapi dia perlu kumpul wang terlebih dahulu. Bukan sikit wang yang diperlukan untuk masuk universiti. Banyak duit yang perlu digunakan nanti.

InsyaAllah, one day. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

Press ⭐ and leave your comments...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro