part 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Good morning awak!"

Ucapku sedikit teruja. Entah kenapa aku jadi macam ini hari ini. Dah macam orang tak betul. Happy bukan main lagi. Teruja lain macam. Padahal sehari yang lepas baru sahaja aku kena kacau dengan orang jahat. Hubungan aku dan Faiq bukannya elok sangat sejak kes itu. Tapi hari ini aku yang tegur dia dahulu. Tak naklah diam sahaja. Membosankan.

Faiq mengangkat keningnya. Dia berasa hairan melihat aku begitu.

"Morning. Happy semacam je kau ni. Ada apa-apa ke?" soal Faiq hairan.

Bibirku memuncung. Jahatlah! Happy sikit pun tak boleh ke?

"Salah ke saya nak happy? Yelah sebab lepas meeting ni kan kita nak pergi jalan-jalan dekat Penang ni. Saya teruja  lebih pula. Dah lama tak jalan-jalan. Hehehe!" Aku tayang sengih.

Faiq senyum tanpa sedar. Syukurlah Delysha tidak memarahinya tentang kes tersebut. Fikirnya gadis ini akan memarahinya. Tetapi rupanya tidak. Cepat betul mood perempuan ini berubah.

"Tapi... ada aku cakap ke lepas meeting kau boleh pergi jalan-jalan?" duga Faiq. Kening di angkat sebelah. Wajah serius sengaja dibuat-buat.

Mati terus senyuman aku. Apa dia kata?

"Ala, tak boleh ke? Saya bosanlah awak," bentak aku sedih bercampur kecewa. Tak boleh pergi jalan-jalan ke? Huwaaa bosannya! Nak pergi jalan-jalan!

Faiq tahan senyum dalam hati. Comel!

"Kau boleh pergi... tapi dengan satu syarat."

Wajahku kembali bersinar-sinar. Apa? Boleh pergi?  Ala tapi ada syaratlah pula. Tak apalah, asalkan aku boleh jalan-jalan. Aku sanggup buat apa sahaja!

"Apa syarat dia?"

Ya Allah, kenapalah aku teruja lebih ni. Eee, mesti dia kutuk aku dalam diam kan? Yelah aku ini macam tak pernah pergi jalan-jalan dekat Pulau Pinang saja. Pernah tu memanglah, tapi nak juga jalan-jalan!

Faiq tersenyum senget.

"Syarat dia... aku ikut sekali. Kau boleh pergi jalan-jalan dekat sini dengan aku je. Tak boleh pergi sorang. Ada faham cik adik manis?"

Faiq senyum bangga bila wajah aku terus bertukar masam.

"Yelah-yelah. Janji saya boleh pergi jalan-jalan. Tapi awak kena ikut ke mana saya nak pergi tanpa banyak soal. Dah jomlah. Temu janji kita pukul berapa?" soalku. Mata ralit memandang kiri dan kanan.

"Lagi sepuluh minit. Jomlah. Nanti lambat, aku salahkan kau!" Faiq buat muka garang.

Aku mencebik. Aku pula yang disalahkan? Jahat!

***

"Awak cakap lagi sepuluh minit. Ni dah lima belas minit kita tunggu tau. Seorang pun tak datang lagi. Jangan-jangan dia cancel lagi tak?" sangkal aku dengan perasaan bengang. Penat dah tunggu! Lama pulalah mereka ini nak sampai. Nak meeting buat cara nak meeting.

Dah tu apa sekarang ni? Orang-orang kaya memang selalu tak pandai tengok jam ke apa? Buat apalah beli jam mahal-mahal. Membazir sahaja. Tak tepati janji betul.

Sakit pula hati kita ni.

Faiq mengangkat bahu. Tak tahulah. Dia pun penat dah menunggu. Kalau bukan sebab projek dia dengan client ini sangat penting, dia pun sudah lama angkat kaki. Cau dulu. Buat penat saja tunggu. Tunggu Delysha pun dia tak tahan apatah lagi tunggu client yang tak tepati masa macam ini.

"Sabar jelah. Nanti datang la tu. Macamlah kau tak pernah lambat."

Bebola mata aku naik ke atas. Eeee menyampah! Tengok tu... tengok! Sempat lagi dia nak kutuk aku! Tak sayang mulut betul!

Cili mulut tu nanti baru tahu. Nasib boss aku sahajalah.

"Hah tu dah sampai dah," ujar Faiq bersiap sedia. Aku yang menyandarkan kepala di kerusi mula duduk sedia. Dahiku sedikit berkerut. Mata mula meneroka sekeliling dengan wajah gembira. Mana orang tu? Mana?

Selepas itu, kedengaran Faiq ketawa kuat.

Mataku memandangnya dengan tajam. Dia tipu aku rupanya! Jahat weh perangai!

"Eee, dahlah. Malas layan awak. Saya nak ke toilet sekejap. Jaga barang saya." Terus aku berdiri ingin ke tandas berhampiran. Malas aku layan dia. Menyakitkan hati!

Faiq tersenyum-senyum. Senang kena tipu rupanya.

"Encik Faiq Idlan kan?"

Soalan itu menyentak Faiq dari terus hanyut dari memandang aku yang semakin menjauh.

Faiq mengangkat wajah. Ya, ini barulah betul client yang ditunggu-tunggu kan sejak tadi. Dia tersenyum pendek.

"Ya saya. And you're... Tengku Iyan Shah Darren?" soal Faiq inginkan kepastian.

Lelaki itu mengangguk sedikit.

"Just calling me Encik Iyan."

Faiq tersenyum faham. Tak suka rupanya orang panggil dia dengan gelaran Tengku sekali.

"Eh, duduk dululah," pelawa Faiq. Lama sangat berdiri.

Darren mengangguk kecil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Faiq. Lelaki itu memandang beg tangan yang berada di atas meja tersebut dengan dahi berkerut. Handbag siapa pula ni?  Tak akanlah Encik Faiq suka pakai beg tangan perempuan? Heh, dah gila ke apa? Desis Darren hairan.

"Err boleh saya tahu... siapa lagi ya yang join kita berdua meeting?" soal Darren ingin tahu.

Faiq tersenyum hambar. "Personal assistant  saya. Dia ke toilet sekejap...."

"Hah itu pun dia." 

Kini sepasang mata lelaki itu menoleh ke arah seorang gadis yang menghampiri mereka dengan dahi yang sedikit berpeluh. Matanya membulat besar.

"Ya Allah, maaf sangat sebab saya lambat. Ni semua salah awaklah! Tengok saya dah lambat," ujarku mencebik. Namun aku masih belum lagi perasan siapa gerangan lelaki di hadapanku itu.

"Eh apasal aku pula?" Faiq mengerutkan dahinya. Aku mengecilkan mata. Eee, mamat ni!

"Dah awak tu yang..." 

Aku tersentak apabila terpandang wajah lelaki di hadapanku sekarang.

Jantung entah kenapa berdebar semacam. Bila teringatkan semula semua memori lama, aku menjadi gugup, resah, gelisah, takut, teruja, dalam masa yang sama, aku rindukan dia.

Ah, aku benci perasaan ini.

Dan Darren tidak lekang dari merenung aku. Aku juga membalas renungannya dengan mata yang hampir berkaca. Lama kami saling berbalas pandangan sesama sendiri. Seolah-olah melepaskan rindu yang berbulan-bulan tidak berjumpa.

Wajahnya aku tenung tidak lepas walau sesaat.  Lelaki ini... masih lagi sama. Cuma Darren sudah ada misai sedikit dan dia ada kumis. Wajahnya masih sama seperti dulu. Tetap kacak. Tetapi nampak berbeza dan nampak matang.

Dan wajah inilah yang aku pernah jatuh cinta, wajah inilah yang buat aku belajar erti cinta, wajah inilah yang membuat aku rasa perasaan suka dan duka. Wajah inilah yang mengajar aku erti apa itu 'cinta sebenar'. Wajah ini jugalah yang pernah sakiti aku dulu. Wajah inilah yang membuatkan aku tergila bayang. Dan wajah ini jugalah yang aku rindu sangat-sangat. Dulu, kini sehinggalah sekarang... perasaanku tidak pernah berubah walau sesaat. Dia tetap berada di dalam hati aku.

Ah, tapi aku benci dia.

Darren juga tidak melepaskan peluang  merenung wajah cantik Delysha. Gadis yang sangat-sangat dia sayang, gadis yang buat dia jatuh cinta, gadis yang buat dia hilang arah, gadis yang berjaya buat dia berubah, gadis yang banyak mengajarnya erti kehidupan. Gadis yang dia kejar-kejar selama ini, gadis yang selama ini dicari, dan gadis yang dia cinta separuh mati berada di depan matanya sekarang.

Apa yang harus dia lakukan seterusnya?

"Ehem!"

Faiq yang dari tadi menjadi pemerhati mula berdehem kuat. Dah kenapa main tenung-tenung ni? Ingat apa? Cinta pandang pertama ke apa? Dari mata turun ke hati? Macam itu? Tiba-tiba hatinya berasa panas pula.

Aku bagaikan tersedar. Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

Kenapa semua yang aku rasa, indah-indah sahaja apabila dapat bertentang mata dengannya? Kau lupa ke yang dia... bukan sesiapa lagi untuk kau.

Sedarlah, Insyirah Delysha!

"Korang kenal ke?" soal Faiq. Menyibuk!

Aku memandang Darren sekilas. Ah! See, dia pun tengah tengok aku juga. Aku jadi tidak selesa. Aku dah tak nak ada kaitan lagi dengan dia.

"Actually kami ke..."

"Tak! Saya tak kenal dia. Dia ni client kita kan?" Pantas aku memotong percakapan Darren. Aku tahu dia nak cakap perkara sebenar pada Faiq. Tapi aku tak nak Faiq tahu. Aku tak nak! Kalau boleh aku undurkan masa, aku tak nak kenal dia pun.

Tak nak! Tapi aku dah sayangkan dia. Perasaan bukan mudah untuk dipaksa dan bukan senang untuk bertukar benci.

Aku pandang Darren.

Jelas riak wajah lelaki itu berubah bila aku mengungkapkan ayat itu pada Faiq. Seolah-olah aku sememangnya tidak mengenali Darren. 

Kecewa kah dia?

"Ouh haah, dia la client kita tu. So, boleh kita mulakan Encik Iyan?" soal Faiq. Darren diam. Dia ralit sangat tenung aku sampaikan tidak dengar apa yang Faiq tanya.

Aku hanya menunduk. Tak berani nak pandang mata dia. Mesti dia kecewa dengan aku hmm tapi aku tak perlu lagi peduli entah apa yang dia rasa. Itu bukan lagi urusan aku untuk tahu.

"Encik Iyan?"

Darren tersedar.

"Hah? Oh ya. Mari kita mulakan," balas Darren mula serius.

Maka bermulalah perbincangan kami. Aku akan menyampuk sekali-sekala sahaja. Darren pula langsung tidak boleh fokus. Fokusnya hanya pada aku. Kadang-kadang aku perasan yang dia tengok aku. Tapi aku buat-buat  tidak nampak sahaja. Tolonglah, jangan buat hal. Faiq dah tengok kami semacam dah ini. Aku tak nak Faiq syak apa-apa. Be a professional, please!

Sejak bila Darren tak fokus macam ni? Adakah sebab aku? Darren bukan seorang yang membuat kerjanya sambil lewa.

Setelah hampir satu jam lebih, habis juga meeting ini. Ahamdulilah. Seksa aku tau! Darren ni dah kenapa? Tengok-tengok aku dari tadi. Malu tahu tak? Panas betul hati aku.

"So, Encik Iyan semuanya awak setuju la ya? Jadi ya Encik nak tolong kami dalam masalah projek besar ini?" soal Faiq setelah lama berbincang dari tadi. Dia perlukan persetujuan lelaki itu sahaja sekarang.

"Ya, saya tanggung semuanya. Saya setuju," balas Darren berbasa-basi. Sempat dia jeling aku sekilas. 

Faiq tersenyum lega. Fuh, alhamdulilah!  Tak sia-sia dia tunggu lama tadi.

"Kalau macam tu terima kasih banyak ya? Kalau tak ada apa-apa kami pergi dulu?" pamit Faiq. Darren mengangguk sebelum tangan mereka berjabat buat seketika.

Aku langsung tak tengok Darren. Tak nak tengok muka dia, tak nak! Takut aku nangis nanti.

"Jom Delysha."

Aku mengangguk. Faiq berjalan terlebih dahulu sebelum aku mengikut langkahnya kerana tugas aku untuk mengemas semua fail yang berselerak di atas meja itu. Baru sahaja aku ingin mengikut langkah Faiq yang semakin menjauh, lengan aku terasa dipegang. Aku berpaling, lantas tangan aku ditarik kembali dengan kasar. Ewah, ewah dia ini. Sesuka hati saja tarik tangan orang. Hish!

"Betul ke kau tak kenal aku?"

Aku tergamam. MasyaAllah, lamanya tak dengar suara dia.

Aku pandang dia sekilas sebelum menunduk. Kenapa dia tanya soalan itu? Adakah itu yang dia fikiran semasa kami meeting tadi sehinggakan dia tidak boleh untuk fokus?

"Maaf ya Encik Iyan? Saya tak kenal Encik. Boleh saya pergi sekarang?" soal aku lembut. Cuba tenangkan diri dan hati yang rasa nak pecah dah sekarang ini. Muka Darren berubah 100%.

'Sorry awak, saya terpaksa,' desisku.

"Sampai hati kau cakap macam tu. Aku cari kau macam orang gila. Tapi kau boleh lupakan aku macam tu sahaja?" soal Darren berjauh hati.

Argh, aku lemah bila dengar suara dia macam tu. Aku tak boleh! Aku rasa... serba salah.

"Sorry again, saya kena pergi ni." Dengan lekas aku melangkah pergi. Meninggalkan Darren yang masih terpinga-pinga.

"Insyirah Delysha! Lagi kau lari dari aku... lagi itulah aku akan kejar kau. Aku akan tunggu kau. Aku tak akan lepaskan kau!" Jeritan Darren langsung aku tidak pedulikan.

Kenapa kau buat aku macam ini Darren?

Kenapa kau masih lagi nak tunggu aku?

Kenapa kau tak boleh lepaskan aku? Kenapa kau muncul? Kenapa kau kena seksa hati dan perasaan aku macam ni? Kenapa?

Perlahan-lahan air mata menitis dipipi.

"Aku minta maaf. Aku tak boleh terus macam ni."

*****

Siapa yang tunggu sis update tu, sorry sangat!
😭


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro