part 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku terima nikahnya Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq dengan emas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Darren sudah melafazkan ayat keramat itu dengan senang tanpa sebarang gugup di dalam hatinya. Dia sudah kata, dia sudah bersedia lama dah menanti saat ini. Namun hatinya sedikit gelisah apabila risau memori hitam yang lama datang kembali saat majlis akad nikah mereka yang pertama dahulu. Tapi dia percaya, InsyaAllah kali ini akan dipermudahkan.

"Sah?"

Semua saksi yang ada mula menganggukkan kepala. Pak Su Delysha sebagai wali gadis itu mula mengukir senyuman kecil. Anak saudara perempuannya telah pun selamat bernikah.

Dengan sekali lafaz sahaja Delysha sah bergelar isteri kepada Tengku Iyan Shah Darren. Air mata kegembiraan mengalir perlahan-lahan di pipi gadis itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa hari ini, detik ini dan saat ini dia sudah pun menjadi isteri orang. Tanggungjawabnya juga semakin bertambah. Dia berharap agar ini merupakan satu permulaan sinar kebahagiaan yang diberikan Allah untuknya. Setelah apa yang mereka tempuhi, alhamdulilah inilah masanya untuk mereka berdua hidup bahagia bersama.

Tengku Sheila di sebelah Delysha terus memeluk gadis itu erat. Dia juga turut berasa sebak apabila anak yang dijaga selama ini telah pun berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Walaupun Darren bukan anak kandungnya, dia tetap menganggap lelaki itu seperti anak kandungnya sendiri. Akhirnya dia dapat tebus kembali dosa-dosanya yang lampau  kepada pasangan ini dengan melihat hari bahagia anaknya hari ini dengan senang hati.

Selepas sahaja mengaminkan doa dan pihak pengantin lelaki sudah selesai menunaikan solat sunat, kini tibalah masanya acara batal air sembahyang dilakukan. Darren sudah siap sedia berlutut di hadapan gadis yang sudah sah bergelar isterinya itu.

Satu kotak baldu yang dihulurkan itu diambil baik oleh Darren. Seutas cincin yang berkilauan itu diambil lalu perlahan-lahan disarungkan pada jari manis isterinya. Dapat Darren rasakan bahawa Delysha gementar kerana tangan putih gadis itu sejuk apabila pertama kali dia menyentuh secara halal untuk menyarungkan cincin sebentar tadi.

Setelah itu, Delysha menyalam tangan suaminya  dan dilabuhkan ciuman di telapak tangan Darren. Darren pula mengambil bahagian dengan mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu. Delysha sudah memejamkan matanya apabila terasa dahinya disentuh dengan seulas bibir hangat suaminya. 

Photographer pula mula memainkan peranannya. Pelbagai gambar ditangkap untuk dijadikan sebuah kenangan buat pasangan pengantin baru itu.

Darren menjauhkan mukanya dari dahi licin Delysha. Sempat dia membisikkan sesuatu di telinga Delysha apabila mata mereka bertemu lalu air mata lelaki Darren juga turut sama mengalir. Akhirnya gadis yang dia cinta menjadi miliknya yang sah.

"Thank you for accepting me as your husband. I will take care of you always and forever, my wife." Itulah ucapan yang Darren katakan tadi.

Perlahan-lahan senyuman terukir dibibir masing-masing. Senyuman bahagia. Mereka bahagia. Alhamdulilah.

***

Setelah penat melayan tetamu yang hadir, Delysha terlebih dahulu meminta izin untuk naik ke bilik dan dia mula mendaki tangga lalu pintu bilik suaminya dibuka dengan perlahan. Matanya terus terpandang katil. Jadi apa lagi, terus tubuhnya dibaringkan di atas katil itu. Dia tersenyum nipis. Walaupun terasa penat, namun dia rasa berbaloi. Kerana dia bahagia.

Cincin yang tersarung pada jari manisnya dibelek. Senyuman terukir dibibir lagi. Dia tak sangka hari ini dia sudah sah bergelar isteri. Cincin ini merupakan lambang cinta yang terdekat antara mereka berdua. Cincin tanda bahawa dia milik suaminya.

Terdengar pintu bilik dibuka dari luar, dengan pantas Delysha menutup matanya rapat. Buat-buat tidur. Terasa katil berat sebelah apabila suaminya duduk di situ. Matanya masih lagi terpejam. Takut nak buka.

Serta-merta matanya terbuka luas apabila terasa dahinya dicium lama. Wajah suaminya yang tersenyum suka itu dipandang tajam. Ish dia ni. Suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

"Aku dah agak dah yang kau tak tidur lagi," ujar Darren lalu dia merapatkan lagi jarak antara mereka. Delysha sudah mencebik. Kantoi tak tidur. Dia mula duduk kembali.

"Awak nak apa ni?" soal Delysha agak cuak. Duk tersenyum-senyum dari tadi dah kenapa? Adalah tu benda lain yang dia fikir.

"Nak apa ya? Hmm... aku nak kau boleh?" Matanya tidak lepas walau sesaat merenung wajah cantik isterinya.

Delysha berdecit kecil. Mulalah tu nak menggatal. Haih, otak tu... cubalah fikir benda yang elok sikit. Suka buat orang malu.

"Eee, tepilah awak. Apa ni dekat-dekat dengan saya? Jauh sikitlah." Badan lelaki itu ditolak menjauh darinya. Tapi lagi dia tolak, semakin lama semakin dekat pula Darren dengannya.

"Tak nak! Nak kiss sikit boleh?" Darren mendekatkan wajahnya dengan wajah Delysha. Delysha terdiam. Tidak membenarkan dan tidak juga menolak permintaan suaminya. Apabila mereka semakin dekat, Delysha sudah memejamkan matanya.

Dia kembali membuka matanya apabila mendengar gelak tawa dari suaminya itu. Mencerlung tajam matanya memandang lelaki yang baru beberapa jam sah menjadi suaminya itu. Dia kenakan aku! Hish jahat.

"Aku ingatkan kau tak nak, rupanya nak juga eh? Sama naik gatal kau dengan aku ni," usik Darren lalu terhambur tawanya semula. Wajah merah isterinya ditatap tanpa jemu.

Delysha mencebik menyampah. Fikir dia macam lelaki itu ke? Dia tu lagi gatal!

"Dahlah, malas layan awak. Buat sakit hati je!" Delysha berdiri lantas ingin melangkah menuju ke bilik air. Lebih banyak dia membersihkan diri terlebih dahulu. Belum sempat Delysha melangkah semakin jauh, tangannya ditarik dari arah belakang dan menyebabkan gadis itu jatuh terduduk di atas riba suaminya.

Darren tersenyum sinis. Delysha dah pandang tempat lain. Dia ni ambik kesempatan ke apa? Malu yang dirasakan apabila mereka sangat rapat sekarang.

"Lepaslah!"

Dipukul-pukul dada suaminya supaya lelaki itu melepaskan dirinya. Beberapa kali dia cuba berdiri tetapi tidak berjaya kerana Darren memeluk pinggangnya dengan begitu kemas. Kekuatan suaminya lebih kuat. Akhirnya dia mengalah dan membiarkan tangan Darren melingkar memeluk pinggangnya. Dia memandang wajah Darren dari tepi, lalu menjeling manja lelaki itu.

"Sayang, jangan gerak. Please stay like this."  Suara lembut Darren itu membuatkan Delysha terpaksa akur. Mengalah. Deruan nafas Darren di telinganya membuatkan dia terasa geli. Dia menahan perasaan yang hadir saat ini apabila kedudukan mereka sangat dekat. Tak nak kena usik lagi! 

Darren meletakkan dagunya di atas bahu Delysha lantas lengan lelaki itu melingkar di pinggang. Delysha hanya kaku di atas riba Darren. 

"Kenapa diam je ni? Merajuk eh?"

Soalan Darren itu sengaja tidak dijawab. Dah tahu kenapa nak tanya lagi! Dia malu.

Darren mengeluh kecil. Dah pandai merajuk dah isterinya ini. Pipi tembam Delysha diusap lembut sebelum pipi itu dicium bertalu-talu. Delysha tersenyum lebar tanpa sedar.

Pandai ya Darren pujuk?

"Senyum pun. Lepas ni kalau merajuk, aku cium terus je. Baru tak merajuk dah. Comel tau isteri aku ni."

Sekali lagi pipi itu dicium. Sekali cium, rasa macam nak cium lagi dan lagi. Seperti ada magnet pula di pipi Delysha sehingga buat dia rasa ketagih untuk terus cium. Wangi pula tu. Padahal isterinya belum mandi lagi, dengan berpeluh-peluh lagi. Tapi macam mana boleh wangi sangat ni? Dah macam baby!

Kalau dia tahu begini perasaan orang yang sudah halal, sudah lama dia kahwin dengan Delysha. Mereka sebenarnya sudah banyak membazir masa.

"Kau wangi sangat. Bau macam baby. Aku rasa macam nak gigit-gigit je. Geram!" Delysha tersenyum malu. Eh, kenapa dia cakap macam tu? Malu tahu tak!

"Dahlah awak. Saya nak mandi. Malas layan awak. Makin dilayan, makin merepek je." Kali ini tiada lagi halangan untuk dia berjalan ke bilik air. Darren sudah pun melepaskan pelukan.

"Tak nak mandi dengan aku ke?" Semakin galaklah Darren mengusik apabila melihat muka merah isterinya. Nampak comel sangat bila Delysha malu.

"Tak hingin! Bluek!"

Sempat dia menjulurkan lidah sebelum Delysha masuk ke dalam bilik air. Pintu itu dikunci bagi langkah berjaga-jaga. Darren ketawal kecil. Bahagia yang dirasakan.

***

"What?"

Jeritan Darren itu bergema di setiap pelosoh rumah. Darren mendengus tidak puas hati. Tadi dia rasa bahagia, tapi sekelip mata sahaja dia rasa panas hati.

Apa mama ni?

"Keputusan mama muktamad. Iyan tak boleh tidur sekali dengan Delysha malam ni!" Tengku Sheila menegaskan lagi penderiannya.

Delysha sudah ketawa kecil. Yes, selamatlah dia malam ini. Teringat kembali apa yang Darren katakan semasa dia selesai mandi tadi.

"Tak apa, tadi kau kedekut kan nak mandi sama? Malam ni jangan ingat kau boleh lari lagi dari aku. Our first night baby. I can't wait to make you mine, wifey." Darren tersenyum gatal. Sengaja ingin mengusik isterinya.

Delysha menegur liur. Alamak! First night?

" Ish, tak senonoh betul la awak ni!" Terus Delysha berlari jauh dari Darren.

Ya Allah, bagus betul lah mama ni. Tak adalah dia nak kena melayan perangai miang suami dia itu nanti. Eeei gatal betul. Depan family dia pun sempat lagi nak menggatal.

"Tapi kenapa mama?" Jelas sekali wajah tidak berpuas hati pada mukanya.

Dia baru kahwin kot. Tak akanlah mama tak benarkan dia tidur dengan bini sendiri? Tak adil betullah mama ni.

"Tapi apanya? Lusa kan majlis resepsi korang. Jadi, sebagai pengantin perempuan, seri pengantin tu perlu ada. Ah, tak ada... tak ada. Iyan tetap tak boleh sebilik dengan Delysha. Ala, untuk malam ni je pun." Tengku Sheila tersengih mengusik. Nampak sangat muka anaknya  sedang kecewa sekarang.

"Seri muka apanya ma? Papa tengok mama ni!" Darren mula mengadu pada Tengku Malik pula. Meminta bantuan papanya untuk memahami dirinya sebagai seorang suami dan lelaki.

Tengku Malik mengangkat bahunya. "Papa tak tahu apa-apa. Papa tak masuk campur okay? Alaa, tapi bukannya lama pun. Dua hari je. Lusa kamu nak buat apa, buatlah. Tapi malam ni.. no means never! Kan Ila?" Mendapat anggukan dan senyuman puas Tengku Sheila, membuatkan mereka sama-sama ketawa. Nampak gayanya Tengku Malik berpihak pada isterinya kali ini.

Makin kuatlah Darren merungut, dan semakin lebarlah senyuman Delysha. Yes!

"Awak, tak apalah. Awak tidur jelah bilik lain eh? Dengar cakap mama dan papa tu." Delysha dari tadi diam mula bersuara. Entah apa-apa saja perangai suaminya. Macam budak-budak.

Darren menayangkan wajah sedih. Apa ni! Isteri sendiri pun tak support suami langsung!

"Okaylah kalau macam tu. Kali ni je!"

Darren akhirnya mengalah. Pantas lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik tetamu tanpa berpaling langsung ke arah yang lain yang seronok mengetawakannya sekarang. Bilik sementaranya itu dituju dengan perasaan sebal.

Tengku Sheila dan Tengku Malik sudah tersenyum-senyum.

"Delysha pergi tengok kan sekejap ya?"

Terus Delysha melangkah masuk ke bilik tetamu juga apabila mendapat anggukan dari mama dan papa. Pintu bilik dibuka berhati-hati. Suaminya itu sedang berbaring membelakangkan pintu.

Bila mendengar pintu bilik dibuka, terus mata lelaki itu tertutup. Tahulah dia bahawa isterinya yang masuk ke dalam. Nak pujuklah tu!

Delysha duduk di sebelah Darren bertentang dengan lelaki itu. Sempat dia tersenyum kecil mengenangkan perangai Darren. Macam budak-budak betul!

"Awak..." panggil Delysha meleret. Namun panggilan itu langsung tidak dijawab. Malah Darren kekal diam tanpa sebarang suara. Nak pandang wajahnya pun tak mahu.

"Darren!"

Senyap.

"Sayang..."

Kali ini barulah suaminya berpaling menghadapnya. Dia tahu Darren mahu mengukir senyuman tetapi sengaja buat muka beku pula. Dia pula yang terasa geli hati bila panggilan manja itu yang terkeluar dari mulutnya tanpa sedar.

"Apa kau nak?" Delysha simpan senyum. Merajuklah tu! Baby tua ni, aduh macam-macamlah perangai.

"Awak jangan la merajuk. Bukannya lama pun, lusa kita boleh jumpa dah. Kita serumah kan? Lagi pun kita bukannya pernah tidur sekali. Kenapa awak nampak macam tak puas hati sangat ni? Bilik saya selang dua buah je dengan awak tau."

Delysha cuba memujuk. Darren nampak dah okay sikit bila dia cakap macam ini. Air mukanya sudah berubah mendung tidak seperti tadi, masam mencuka.

"Ala, tapi nanti aku rindu kau macam mana? Mama tak adil lah. Kita baru je nikah petang tadi, dah mama nak pisahkan kita. Kau pula macam tak kisah je. Suka lah kau kan tak tidur dengan suami?"

Delysha sudah menepuk dahinya. Pulak dah! Ke situ dia fikir.

"Bukan macam tu la awak. Dah petua orang tua-tua memang tak boleh tidur sekali... nak buat macam mana? Lagi pun dulu sebelum kahwin mama awak cakap kita tak boleh jumpa selama seminggu. Tapi kita tak jumpa cuma dua hari je. Awak tetap tak nak ikut cakap mama awak ke kali ni hmm?" Suara Delysha sudah mula lembut. Sengaja sebenarnya. Cepat sikit hati Darren faham dan lembut hati.

Darren sudah pandang Delysha semacam. Tangan isterinya digenggam.

"Kau saja kan? Nak pujuk aku ke nak goda aku ni? Aku boleh ikut cakap mama tu, tapi dengan satu syarat..."

Melihat suaminya yang mula tersenyum gatal membuatkan keningnya naik serta-merta.

" ...kiss aku dulu!"

Darren tersenyum miang. Delysha tersentak. Mati kata. Apa? Cium Darren? Eee, suka ambil kesempatan betul!

"Err, tak naklah!" Delysha menjauhkan jarak antara mereka. Darren berdecit. Wajahnya kembali seperti tadi. Tegang.

Delysha mengeluh perlahan. Nak tak nak terpaksa juga dia tunaikan. Perlahan-lahan wajahnya dekat dengan lelaki itu sebelum kucupan hinggap dipipi kiri suaminya.

Darren tersenyum sedikit sebelum pinggang isterinya ditarik dan dikepung. Delysha sudah memejamkan matanya apabila Darren mendekat.

Cup!

Matanya membulat apabila sasaran yang disangkakan meleset. Bibirnya yang baru lepas dikucup itu disentuh. Matanya tajam menikam suaminya.

"Ciuman ni yang aku nak, thank you sayang. Good night." 

Darren tersenyum sinis. Bila tengok muka terkejut si isteri, dia mula ketawa kecil. Fikir dia nak cium pipi la tu!

"Awak curi first kiss saya!"

Membulat matanya bila pertama kali bibirnya dicium sang lelaki. Hish, dia ni. Nasib suami sendiri.

Lambat-lambat bibirnya menguntum senyuman kecil. Dia bahagia. Syukur, alhamdulilah.

***

Yeay. Dah kahwin. Selesai satu masalah.
Bye... pergi dulu.  🚴

.
.
.

Vote okay!😍❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro