part 56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari yang semakin larut malam membuatkan Delysha terjaga dari lenanya. Matanya digosok supaya penglihatannya lebih jelas. Setelah itu, dia cuba berdiri lalu mata memandang sekeliling bilik hotel. Ingin mencari kelibat suaminya.

Dimanakah Darren?

Lekas-lekas dia berdiri lalu menghampiri bilik air. Mana tahu suaminya berada di dalam. Keluhan dilepaskan apabila tiada siapa di dalam bilik air.

"Awak!"

Panggilan Delysha tidak bersahut. Delysha diruntun perasaan risau. Dia cuma terlelap sahaja tadi. Tak akan Darren tinggalkan dia seorang diri? Ke Darren dah pulang ke Kuala Lumpur?

Oh no! Please, jangan kata betul.

Perasaan tak enak di hatinya semakin bertambah apabila langsung tiada satu pun mesej yang diberikan oleh Darren. Di mana lelaki itu sekarang?

Mengenangkan hari semakin lewat malam, semakin risaulah gadis itu. Tak akanlah Darren tinggalkan dia di sini. Dia yang beria ajak datang sini sebab nak berbulan madu bagai. And now what?

Lelaki itu hilang. Tiada.

Ke Darren tak sayangkan dia? Hah, mulalah dia nak fikir bukan-bukan.

Jam di skrin phone dilihat. Sudah 9.00 malam? Darren ke mana malam-malam begini? Kalau ya pun nak pergi jalan-jalan malam-malam ni, tak boleh ke kejutkan aku dulu? Dia tahu kan aku takut sorang-sorang sejak peristiwa hitam aku dulu itu? Eeee! Sampai hati.

Dalam sibuk dia melayan perasaan, matanya tertacap pada sekeping kertas yang berada di atas meja solek. Dengan pantas dia berlari ingin mendapatkan kertas tersebut. Dibaca satu persatu perkataan yang tertulis oleh suaminya.

Sayang cari aku ke? Sorry tinggalkan sayang seorang diri. Aku tunggu kau dekat restoran hotel. Siap cepat please. Your dress ada dalam almari. Pakai okay? I waiting you here.

- your husband.❤️

Lekas-lekas kakinya menuju ke almari. Dibuka almari itu dan dia terpesona seketika melihat dress itu. Wah! Cantiknya dress merah ni! Labuh dan sangat simple tapi tetap cantik. Siap ada shawl sekali di sediakan.

Awhh, so sweet my husband.

Dengan pantas dia bersiap. Tidak mahu suaminya tertunggu-tunggu pula. Nasib baik juga dia tidak boleh solat, lagi banyaklah waktu untuk dia bersiap.

***

Dengan berhati-hati Delysha berjalan masuk ke dalam restoran hotel tersebut. Dress nya yang agak labuh itu menyukarkan untuk dia berjalan dengan laju. Masuk sahaja ke dalam, terus kelibat suaminya di cari. Mana Darren? Dan kenapa restoran ni tak ada orang? Mana pelanggan yang lain? Hairan.

"Excuse me, you're Mrs Darren right?"

Soalan dari seorang pelayan itu membuatkan Delysha menoleh ke arah gerangan suara itu. Mrs Darren, huh? Ahaks.

"Yes, i am. Awak ada nampak suami saya?" Terus Delysha menyoal. Manalah tahu wanita ini tahu di mana suaminya bukan? Yelah, nampak macam pekerja di sini sahaja.

"I'm here, wifey." 

Dapat dia rasa lingkaran tangan pada pinggang dan deruan nafas Darren di ceruk lehernya. Tahulah dia bahawa suaminya ada di belakang. Pekerja wanita tadi hanya tersenyum sebelum dia berlalu pergi.

"Awak, kenapa tinggalkan saya tadi?"

Terus Delysha menyoal. Dia bukan apa, dia risau yang Darren tinggalkan dia. Haih, suami dia ni pun. Ingatkan merajuk ke apa tadi.

"Sorry, but I have surprise for you,"

Dengan tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Matanya sudah ditutup dengan kain. Delysha terjerit kecil apabila terasa pipinya dikucup sekilas. Menyempat Darren ya.

Eeei nakalnya suami dia ni!

"Awak, kenapa tutup mata saya?" Delysha menjadi takut sendiri. Kenapa Darren diam? Kenapa tidak menjawab soalannya? Hatinya semakin berdebar-debar apabila terasa tangannya ditarik dan di bawa entah ke mana.

"Don't be scared. I'm here baby."

Apabila melihat wajah gelisah isterinya dan tangan Delysha sedikit bergetar, Darren bersuara. Dia tak nak isterinya berasa takut. 

Delysha tersenyum lega. Suami dia yang memaut tangannya ini. Ingatkan siapalah tadi. Agak lama mereka berjalan, Delysha dapat mengagak di mana mereka sekarang.

Pantai!

Kulitnya terasa sejuk dan suasana di sini dingin sahaja. Bunyi ombak juga dapat di dengar dengan jelas. Tak lain tak bukan pasti mereka di pantai sekarang. Buat apa malam-malam di pantai ini?

Tiba-tiba matanya yang tertutup dengan kain terlepas dari ikatan. Perkara pertama yang menjamah mata adalah suaminya, Darren. Darren nampak begitu segak dengan memakai baju kemeja berwarna merah sama tema dengan pakaiannya dan diluarnya pula memakai tuxedo hitam.

Darren serius kacak. Melting sekejap dia. Suami saya handsome awak-awak semua. Jangan jealous tau. Ahaks.

Dan matanya tertarik pula pada meja di belakang Darren.

Wah! Candle light dinner?

Roses yang mengelilingi meja makan itu menambahkan lagi seri pada malam ini. Di tepi meja tertulis perkataan I LOVE YOU dengan hanya menggunakan pasir pantai. Delysha memandang Darren tidak percaya. Dia speechless. Cantiknya!

"Apa semua ni awak?"

Darren hanya tersenyum manis melihat isterinya yang seperti mahu menangis itu. Mata isterinya sudah pun berkaca-kaca.

"This is surprising for you. Do you like it, my dear wife?"

Delysha mengangguk dengan pantas dan dia mengukir senyuman manis. Terharu!

"I love it so much, sayang.

Semakin lebar senyuman Darren. Dia memaut tangan isterinya lalu di bawa ke arah meja. Sejambak bunga mawar merah diambil lalu diserahkan kepada sang isteri. Delysha mengambilnya dengan baik.

"Thank you, husband."

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi apabila Darren menariknya untuk duduk. Dan suaminya pula duduk di hadapannya. Kini, mata mereka saling bertentangan. Tiada perasaan malu buat kali ini. Yang mereka rasa sekarang hanyalah bahagia.

"Ini antara surprise untuk kau. Kau cakap kau nak aku pujuk kau kan? Ini antara salah satunya.  So before kita makan, I just want to say that I love you and really-really thank you because you always in my side and I hope you'll always in my heart too. Cuma nak cakap aku tak suka berayat manis, macam kau juga cakap yang kau suka aku jadi diri sendiri kan? Jadi aku betul-betul cuba untuk menghargai kau dalam hidup aku. Aku selalu akan sayang kau, appreciate kau. Cause what? Because I really love you, my lovely wife."

Ucapan ikhlas dari Darren itu berjaya membuatkan Delysha tersenyum-senyum malu. Macam ni kata tak sweet? Eeei, sekali lagi dia jatuh cinta pada suaminya. Dan kali ini dia sendiri dapat dengar pengakuan dari Darren yang lelaki itu betul-betul cintakannya. Dari mulut lelaki itu sendiri. Sumpah terharu!

"I love you more."

Entah kenapa dia berani untuk membalas ayat keramat itu juga. Bila melihat keikhlasan di wajah suaminya, dia tidak ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata cinta itu. Dan itu juga ikhlas dari hatinya.

Darren hanya mengukir senyum lebar.

"And before kita makan, boleh tak kalau kita main QnA dulu? Saya nak luangkan masa dengan awak. Can you?" pinta Delysha tiba-tiba.

"Sure, baby!" Delysha senyum lagi. Macam budak-budak pula main macam ni. Tapi untuk orang yang tersayang, semua boleh.

Sweet apa suami isteri nak main QnA?

"Okay biar saya start okay? Kita selang-selang. Saya tanya, awak jawab dan awak tanya saya jawab. Okay, first question for you... saya nak panggil awak apa eh? Awak saya tu okay kan?" soal Delysha polos.

Darren menggeleng laju. Tangan Delysha digenggam. "Tak okaylah baby. I want you to call me, 'hubby.' Can you?"

Membulat mata Delysha. What? Hubby? Erm, seriously?

"No, and never. Tak naklah awak, saya malu."

"Nak jugak. Please."

"No means never!"

"I said yes!"

"No, tak nak!"

"Yes! I want it. I'm your husband, Insyirah Delysha. Dengar cakap suami boleh? Nak masuk syurga kan?" Delysha mengeluh tidak berpuas hati. Dah mulalah tu nak gunakan kuasa veto dia sebagai suami. Geramnya!

"Yelah... yelah. Suka paksa orang!"

Terpaksalah dia mengalah. Nanti sampai pagi esok pun tak habis kalau 'nak' 'tak nak' saja jawapan mereka.

"Good wife! So I call you sayang, okay?"

Hah sayang? Suka tu... memanglah. Tapi malulah kalau hari-hari panggil macam tu. Sayang dan hubby? What did you guys think?

Cliché right?Hm, geli tekak dengar.

"Okay next question. So, hubby tanya sayang okay?" Delysha  mengangguk. Pasrah.

Eeee, gelilah. Huh, tak apa Delysha. Dah suami kau yang nak sangat, nak jadi isteri derhaka? Tak nak, jadi tak payah nak membantahlah ya. Redha sahajalah. Hestag isteri mithali is real here. Tibeh.

"Sejak bila sayang mula sukakan hubby? I mean, suka bukan cinta tau. So, sejak bila?"

Delysha berfikir sejenak. Sejak bila ya? Seketika, dia mula teringat.

Alamak, kena jawab juga ke? Malu weh nanti!

"Kalau tak jawab boleh ke?" Darren dah menggelengkan kepala.

"Permainan dia ask and answer. Now is my turn, sayang. Kenapa nak tanya hubby pulak soalan tu? Faster, you need to answers my question!" Darren tersenyum sinis.

Eeeee, suka paksa-paksa orang! Nampak gayanya terpaksalah dia jawab. Menanggung malulah lepas ni ya, Puan Delysha? Heh. Menyesal pula rasanya ajak main permainan macam ni!

"Okay saya suka awak sejak awak goda saya masa dekat kedai kak Reena. First time  saya rasa macam lainlah dengan awak. Mula-mula rasa benci sebab awak berani dekat dengan saya, siap pegang-pegang rambut saya lagi masa tu. Sumpah saya geram dengan awak. Tapi saya betul-betul sure yang saya sukakan awak masa awak selamatkan saya dari kena rogol dulu. Bukan sekali awak selamatkan saya, tapi dah dua kali.Then, saya dapat rasakan yang saya mula suka awak. But, suka je okay. Belum cinta lagi!"

Muka Delysha sudah memerah. Huwa, ni malas nak mengaku tau. Tengok, Darren dah senyum-senyum macam tu. Adalah tu dia fikir! Rasa menyesal pula ajak main game macam ni. Yelah, memalukan diri sendiri saja rasanya.

"Elelelelele sayang suka hubby masa tu lah.  Eeee, tak sangka pula, I'm so lucky to meet you." Darren tergelak mengusik.

"Eh diam eh awak! Okay giliran saya pula kenakan awak. Soalan saya... sejak bila awak jatuh suka dekat saya?" Kita kenakan awak semula lah ya Encik Darren? Hehehe.

"Mana aci tiru soalan orang!"

Bentak Darren tak puas hati. Delysha hanya tersenyum sinis. Okay, tadi rasa menyesal, sekarang rasa best gila!

"Tak ada aci-aci. Aci dekat India sana. Kena jawab juga!" Darren memuncung bibir.

"Okay, aku cakap ni kau jangan nak gelak pula eh? Aku mula sukakan kau masa kita main pondok-pondok dulu. Kau sebagai Syira tembam dan aku Shah celup kau. Sejak keciklah katakan. Tapi aku anggap masa tu cinta monyet je, perasaan aku pada kau tak serius pun. Sampailah aku jumpa kau semula, dan aku baru tahu kau budak perempuan yang pernah aku suka sejak dulu, jadi aku yakin yang aku masih suka kau sampai sekarang. Tapi aku tak sangka bila besar ni, kau jadi isteri aku. Jodoh kuat la tu." Delysha tersengih lebar mendengarnya.

Dia suka aku masa kecik dulu? Rasa macam nak nyorok bawah meja la muka ni. Malu pula rasa. Hekhek comel je laki saya! 

"Oh, I see. Next question. Saya nak tanya pasal Arissa dengan papa. Macam mana dia boleh ambik awak sebagai anak angkat. Dan mana uncle Hadi sekarang?"

Darren terdiam. Lama.

"Soalan kau tu, aku jawab esok boleh? Aku belum bersedia nak cerita lagi."

Delysha mengangguk setuju. Dia tengok muka Darren dah berubah bila dia tanya soalan macam tu. Adoi kau Delysha, tak kena tempat betul nak tanya pun.

"Okay saya tukar soalan. Awak pernah menangis sebab saya?"

Eee, rasa macam lucu pula nak dengar jawapan Darren. Entah-entah tak ada? Macam tak pernah saja! Heh, perasan sahajalah dia ni.

"Pernah."

Jawapan Darren buat dia mengangkat wajah memandang lelaki itu. Pernah? Wow, just wow!

"Ingat  tak masa kita nak kahwin dulu? Hah, masa kau tinggalkan aku dulu dan kau larikan diri, aku  nangis teruk masa tu. Aku nangis sebab aku tahu kau pergi tinggalkan aku. Dan yang paling sakit, kau tak nak dengar penjelasan aku masa tu. Aku betul-betul nangislah cerita dia. Dah tak malu dah orang nak tengok ke apa. Dan disebabkan itu jugaklah aku menangis masa aku selesai akad nikah kau beberapa hari yang lepas. Aku dah dapat balik Delysha gadis yang aku cinta separuh mati dulu kini dan selamanya. Aku dah dapat kau untuk selamanya. Kau milik aku. Tak sangka kan yang kita hampir menikah dulu?"

Entah kenapa Delysha rasa serba salah dekat Darren. Sebab dia... patutlah masa Darren cium dahinya selepas akad nikah, dia menangis. Rupanya sebab ini.

Allahuakbar!

"Tak sayang, tak payah nangis. Aku okay. Tak perlu rasa serba salah. Aku salah juga masa tu. Dan disebabkan semua perkara yang terjadi tu, kita juga kembali bersama macam nibkan? So, next question." Delysha hanya mengangguk. Dah tak perlu nak sedih, please.

Semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan sekarang, mereka kembali bersama. Hebat sungguh perancangan Allah yang Maha Esa.

"Esok start kau panggil aku hubby okay?" Delysha pasrah. Esok pun esoklah. Hish, tak menyempat betul!

"Soalan aku... bila kita nak buat anak?"

Delysha tergamam. Apakah?

Darren sudah gelak terbahak-bahak melihat wajah merah isterinya. Hey, soalan apa tu? Eee! Suami siapalah ni!

"Awak ni... hish. Tak senonohlah!" Darren terkekek-kekek ketawa. Itu pun nak marah. Delysha, Delysha.

"Aku kalau boleh nak ada empat orang anak. Kita kena start malam nilah rasanya. Kena usaha lebih sikit..."

"Tengku Iyan Shah Darren!" 

Delysha memekik lantang. Makin kuatkan Darren ketawa.

***

Tak sweet ke tu? Hekhek sis bosan asyik nama panggilan abang, biy apa semua tu. So, hubby okay kan? Hikhikhik.

Okay, larikkkk!🏃🏃








































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro