part 64

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Delysha memeluk lengan suaminya ketika dia ingin menuruni anak tangga satu persatu dengan berhati-hati. Perutnya yang semakin besar sememangnya menyukarkan untuk dia berjalan dengan lebih laju. Haih, nak turun tangga pun mesti tunggu Darren ada dengannya, dan barulah dia boleh pergi ke bawah. Susah betul kalau macam ni.

Nampak macam Darren terlampau overprotective kan? Yelah, dia tahu Darren buat semua tu pun sebab Darren sayangkan dia. Sangat-sangat sayang.

Dia nak marah atau membantah pun tak sampai hati. Sebab ini semua untuk kebaikan dirinya juga. Lagi pun memang agak susah untuk dia naik turun tangga seorang diri. Disebabkan itulah mereka terpaksa menetap di bilik bawah sebentar sementara tunggu dia bersalin. Kata Darren, senang dia nanti nak ke sana ke mari. Tengku Sheila pun setuju dan tidak mahu dia lasak sangat jikalau bilik mereka masih di tingkat atas.

Siapa saja yang tak risau keselamatan isteri bila dah sarat mengandung macam ni? Eh, sarat ke? Baru nak masuk tujuh bulan. Tapi perutnya kembang bukan main. Besar macam belon. Delysha rasa yang dia akan dapat anak kembar.

Yelah, perut bukan main besar lagi. Tapi boleh jadi juga besar kerana dia terlampau banyak makan. Kalau dapat kembar pun okay juga sebenarnya. Dia dan Darren tidak kisah, asalkan anaknya baik-baik sahaja. Harap semuanya dipermudahkan Allah SWT.

"Hubby, kita nak ke mana hari ni?" soal Delysha sebaik sahaja mereka sudah selamat masuk ke dalam kereta Audi 8 milik Darren.

Darren menutup pintu kereta lalu memakai tali pinggang keselamatan. Dah ready nak memandulah kononnya. Sempat dia memandang Delysha sekilas sebelum fokusnya kembali pada jalan raya di hadapan.

"Surprise! Mana boleh bagitahu sayang. It's a secret baby." Darren mengukir senyuman sinis.

Delysha rasa nak hempuk sahaja kepala Darren dekat dashboard ni tahu tak? Dari dia bersiap tadi dia dah tanya banyak kali nak ke mana, nak ke mana, tapi jawapan Darren masih lagi sama.  Surprise apa benda entah. Rahsia kononnya! Eee, sabar sahajalah.

"Hubby, beritahu jelah! Tu pun susah ke?" Delysha mendengus geram. Ke manalah Darren nak bawak dia dan anak mereka ini.

Darren menggeleng lagi. Eee, degil! Elok lah tu, sama-sama degil.

"Kenapa? Sayang tak percayakan hubby ke?" Soalan itu menyentak dirinya. Dia... tak percayakan Darren, suami sendiri? Hey, merepek!

"Saya sentiasa percayakan awak. Tapi, saya cuma nak tahu je kita nak pergi mana. Susah ke awak nak jawab soalan saya?" Kini Delysha menyoal dengan lembut. Tiada lagi kasar dan tegas seperti tadi. Dia sebenarnya tak suka menunggu dan Darren suka sangat buat dia tertanya-tanya. Itu yang meluat kadang!

"Kalau sayang percayakan hubby, sayang sabar sekejap tau. Okay?" Delysha mengangguk dalam  masa yang sama dia tidak berpuas hati. Mengalah sahajalah! Selagi dia tanya, selagi itulah Darren berdegil tak nak jawab. Baik Delysha diam sahaja. Darren pun diam kerana fokus memandu.

****

Setelah agak lama dalam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang di tuju. Delysha memandang sekeliling. Dahi sudah berkerut-kerut. Rumah siapa pula ni? Wah, cantik betul rumah ni!

"Rumah siapa ni awak?"

Soalan Delysha membuatkan Darren berpaling ke arahnya sebelum membuka tali pinggang.

"Secret sayang."

Serentak itu Darren menghadiahkan wink kepada Delysha sebelum berlalu keluar. Mata Delysha membulat. Lambat-lambat dia mengukir senyuman kecil.

Eeee, cair mak! Handsome betul laki aku tu. Hiks, hiks geram.

Pantas Delysha sedarkan diri sebelum mengikut langkah Darren yang sudah berdiri terpacak di hadapan rumah banglo cantik itu.

Wait, rumah siapa ni?

Delysha berdiri tegak di sebelah Darren sambil wajah suaminya dipandang hairan.

"Awak, rumah siapa ni?"

Soalan yang sama dari Delysha itu membuatkan Darren mendongak memandang wajah si isteri sekilas sebelum bibirnya tersenyum sinis.

Eh eh, dah kenapa suami dia ni?

"So, this is your surprise! Nak tahu kan ni rumah siapa?" Mendengar soalan Darren itu, terus kepalanya diangguk laju.

Wait, entah-entah rumah... Hish, tak akanlah. Sebab kami kan dah ada rumah apartment sendiri.

"Rumah siapa?" Delysha tanya lagi untuk sekian kalinya.

Darren tersenyum sinis lagi. Terbit idea jahat dalam fikiran apabila melihat wajah isterinya yang tertanya-tanya dari tadi. 

"Okaylah hubby cerita. Ini sebenarnya rumah isteri kedua hubby, madu sayang. Puas hati?"

Dan Darren terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu balasan dari Delysha yang  sememangnya sudah tercengang itu.  

Manakala Delysha rasa nak pengsan sekarang ni! Rebah ke bumi tanpa sedarkan diri buat selamanya. Wait, dia tak salah dengarkan tadi? Rumah isteri kedua Darren? Madu dia?

Delysha ulang sekali lagi...

ISTERI KEDUA?

MADU AKU? LAKI AKU DAH KAHWIN LAIN!

Like seriously?

Sekarang ni Delysha tak tahu sama ada dia nak terkejut atau nak rasa sedih bila dapat tahu Darren dah kahwin lain. Isteri dia tengah sarat mengandung macam ni pun dia boleh cari yang lain?

Persoalannya, bila? Bila dia kahwin hah? Haih, panas pulak hatinya!

Sekejap, Darren kahwin lain maknanya lelaki itu dah tak sayangkan dia lagilah kan?

Serta merta tubi mata Delysha terasa panas. Ugh, tolonglah jangan menangis! Delysha perlu dengar penjelasan Darren dulu. Mana tahu Darren main-mainkan dia sahaja?

Kan?

No, tak mungkin! Masa Darren cakap tadi, muka dia memang serius. Tak nampak macam main-main pun!

Huwaa, serius ke? Suami sendiri kahwin lain dan Darren boleh bawa Delysha datang sini lagi? Sebab nak kenal kan bini muda dia ke apa? Tak nampak ke dia ni tengah mengandungkan anak Darren? Masih sempat lagi Darren nak menggatal dengan bini baru?

Darren tak fikir ke perasaan dia sekarang ni?

Delysha tak tahu kenapa, tapi hati dia pedih sangat bila tahu semua ini. So, maknanya dia dah lama kahwin ke apa? Tapi dengan siapa? Kenapa? Macam mana? Hish, semua Delysha nak tahu kalau boleh!

"Eh, kenapa sayang nangis pulak ni?"

Darren yang perasaan isterinya masih lagi tidak masuk ke dalam, mula keluar dari rumah dan mendekati isterinya. Dia agak terkejut melihat Delysha menangis. Pantas lengan isterinya ditarik agar jarak mereka lebih dekat sedikit.

Serta-merta Delysha memandang Darren. Hah, Darren cakap dia menangis? Bila masa dia... eh?

Haah, Delysha dah menangislah! Ah, teruklah dia ni. Bila air mata ni keluar pun tak sedar. Eh, Darren yang jahat sebab buat dia macam ni!

Bila teringatkan kata-kata Darren tadi, secara tiba-tiba Delysha menepis tangan Darren yang masih memaut lengannya itu. Delysha tahu Darren terasa dengan perbuatannya, namun hatinya lebih sakit.

"Don't touch me! I hate you."

Eh, tadi pegang-pegang tangan orang, sekarang siap nak lap air mata dia lagi? Eh, ini dah melampau. Darren tak sedar ke yang dia dah sakitkan hatinya? Delysha mengetap bibir.

"Sayang, kenapa ni? Cakap dengan aku."

Darren mengetap bibir menahan marah. Ewah, kenapa tiba-tiba pula isterinya ini?

Delysha tahu yang Darren tengah menahan rasa padanya. Jarang sangat dah Darren guna aku kau itu. Bila dia marah memang dia akan tukar panggilan. Eh, dia yang sepatutnya marah.  Bukan Darren!

Apa ni? Mamat ni kan, ada yang dia tarik rambut tu biar sampai botak licin! Baru puas hati dia.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Saya bukan isteri yang terbaik untuk awak ke selama ni? Sanggup awak buat saya macam ni! Awak sakitkan hati saya, jiwa saya, perasaan saya! Awak dah tak sayangkan saya kan? Awak jahat! Sampai hati awak buat saya dengan anak kita macam ni," luah Delysha lirih. Delysha menarik hingus yang ingin keluar dari hidungnya.

Dari mana datangnya kekuatan, Delysha menolak tubuh Darren menjauhinya. Tapi hm, Darren hanya berganjak setapak sahaja. Dia tolak bukannya kuat mana pun. Tak sampai hati nak tolak suami sendiri. Lagi pun Darren kuat, memang taklah nak jatuh bila dia tolak perlahan tadi.

Jelas sekali wajah Darren terpinga-pinga. Dia memandang wajah isterinya meminta penjelasan.

"Wait, apa yang sayang merepek ni? Aku buat apa dekat kau?"

Darren tengah cabar tahap kesabaran dia ke apa hah? 

Boleh lagi dia tanya soalan bodoh tu?
Heh, nak mengamuk rasanya sekarang ni!

"Awak kahwin lain... awak curang... awak tipu saya... awak tak sayangkan saya dengan anak kita. Awak permainkan saya."

Delysha menangis lagi. Emosi ibu mengandung membuatkan dia rasa sekejap nak menangis, sekejap nak marah dengan perangai Darren ini.

Darren pula masih lagi cuba menghadam apa yang Delysha maksudkan. Dia terdiam dan terpinga-pinga sendiri. Seketika kemudian, barulah dia teringat tentang prank bodoh tadi.

Tiba-tiba Darren ketawa terbahak-bahak. Sumpah lawak. Delysha boleh percaya? Melihat wajah masam mencuka isterinya membuatkan Darren berhenti ketawa. Dia berdehem kecil.

"Kenapa awak gelak?" Darren seronoklah tu sebab boleh tengok dia sengsara. Jahatnya!

Serius kejam. Dia boleh gelak lagi masa isteri dia tengah sedih?

Darren menahan gelak. Wajah comel kemerahan Delysha membuatkan dia tidak sampai hati ingin ketawa lagi. Kasihan isterinya. Sampai nangis disebabkan percaya dengan kata-kata bodohnya tadi.

"Sayang, hubby main-main jelah. Mana ada hubby kahwin lain. Hanya sayang seorang je isteri hubby. Sayang kenapa semudah tu je percaya apa yang hubby cakap?" Setelah mengungkapkan itu, terus Darren kembali ketawa. Terkekek-kekek dia ketawakan Delysha.

Alahai sayang, kenapalah comel sangat? Senangnya dia menangis disebabkan benda bodoh macam ni.

Delysha masih terkebil-kebil tidak mengerti. Dan seketika kemudian, Delysha baru faham. Dia mengetap bibir menahan geram.

Darren kenakan dia tadi? 

Oh, bodohnya dia sebab percayakan suami sendiri ni! Dia tak tahu pula Darren nak menipu masa-masa macam ni.

Tahu tak perasaan ibu mengandung ni cepat sensitif? Darren boleh nak main-mainkan dia lagi macam tu?  Masih boleh cakap lagi tentang kahwin lain semasa mood isterinya on off begini? Delysha teringin sangat hantukkan kepala Darren dekat dinding. Biar sedar sikit yang isterinya tengah sarat mengandung! Bergurau tak kena tempat betul laki aku ni!

Eeee, geramnya!

"Tengku Iyan Shah Darren!" Delysha menjerit geram. Dan Darren semakin sakan ketawa.

Eeee, jahatnya! Sumpah, tak nak kawan! Ada yang tidur luar kang malam ni.

****

"Sayang dah la tu. Jangan la merajuk dengan hubby lagi. Sorry lah." Delysha buat tak dengar. Dia sibuk dengan handphone di tangan.

Buat pekak saja, Delysha. Jangan sekali-sekali kau layan dia. Dia mainkan kau tadi. Kau siap menangis disebabkan Darren tahu tak? Jangan termakan dengan pujuk rayu dia! Desis Delysha dalam hati.

"Sayang..." Senyap.

"My baby." Juga senyap.

"My wife, janganlah ignore hubby macam ni.  Hubby boleh sesak nafas tahu tak?" pujuk Darren lagi.

"Okay, hubby belanja aiskrim nak?"

"Tak nak!"

Dia fikir aku ni budak-budak ke apa?

"Alaa, sayang janganlah marah hubby. Hubby bukan sengaja pun nak sakat macam tu. Tak sangka pula yang sayang percaya betul-betul. Kalau hubby tahu, hubby tak akan cakap macam tu tadi. Kesian isteri hubby menangis teruk tau. Senangnya air mata sayang menitis sebab hubby kan?"

Delysha buat muka meluat.

"Tahu tak hati perempuan mengandung ni macam mana? Hampir putus nafas tahu tak bila hubby cakap macam tu?" Delysha jeling Darren.  Darren menghela nafas. Tahu, salahnya tadi. Tak pasal-pasal Delysha tak nak layan dia dah!

" I'm sorry sayang. Janji tak buat dah lepas ni." Sumpah, dia tak akan buat lagi. Memang taklah dia berani nak buat lagi. Dia tak nak Delysha abaikan dia macam ni!

Delysha pandang Darren sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Tipu!" Bantah Delysha.

Terus Darren mengangkat tangannya. Tanda sumpah lah kononnya! Heh.

"Trust me please. Tak tipu dah kali ni sayang. Hubby sayang awak seorang je. Hubby tak akan pernah ada niat nak duakan saya. Hubby janji."

"Tak percaya."

Sengaja. Delysha suka lihat wajah bersungguh-sungguh Darren. Tahu cuak bila dia merajuk. Main-main lagi perkara macam tu!

"Betul sayang." 

"Tipu!"

"Betul lah. Mana ada tipu."

"Tipu jugak!"

"Okay fine, kalau macam tu hubby kahwin betul-betul, lepas tu tinggal dengan bini baru hubby dekat rumah kita ni baru tahu. Baru padan muka sayang kan? Itu yang sayang nak?" Darren jeling Delysha. Jelingan manja gituw.

Delysha mengeluh kasar. Eleh, kahwin baru konon! Macamlah berani.Trust me, Darren tak akan berani punya. Nak kena cepuk dengan mama buat lah macam tu... Eh?

Apa dia cakap tadi?

"Rumah kita?"

Delysha pandang Darren minta kepastian. Sejak bila dia ada rumah dengan Darren? Sebesar ini pula tu. Hampir sama rumah ini dengan Tengku Malik. Jika mahu dibandingkan, pasti rumah Tengku Malik yang lebih besar tetapi rumah agam mereka apa kurangnya. Semasa dia masuk tadi, dia perasan ada kolam renang. Mesti best!

Darren tersenyum merenung anak mata isterinya.

"Yes, rumah kita. Kita datang ni sebab nak tengok rumah kita lah sayang. Cantik kan? Actually, hubby nak buat kejutan untuk sayang masa sayang selamat lahirkan anak kita nanti.  Tapi takutlah nanti dah tak jadi surprise dah."  Darren tergelak kecil.

Mata Delysha mula berkaca.

"Untuk apa surprise ni?"

Jadi inilah kejutan yang Darren asyik sebut dari tadi? Ah, sekarang baru dia faham. Dia ingat bini kedua yang Darren maksudkan tadi adalah kejutan buatnya. Rupanya rumah ini, MasyaAllah.

"Kita akan tinggal dekat sini. Hubby beli rumah besar ni untuk keluarga kita. Nanti hubby, sayang dan anak-anak kita semua akan tinggal sekali dekat sini. Kita sekeluarga akan tinggal sini tau? Sorry, hubby dah beli lama dah rumah ni sebenarnya. Tapi, beberapa bulan yang lepas baru rumah ni siap. So, sekarang baru sempat nak bawa sayang datang sini. We will start a new life with our babies here okay? I love you sayang." Ubun-ubun isterinya dikucup lama.

Air mata Delysha menitis lagi. Ya Allah, tak sangka pula yang Darren belikan rumah untuk kami anak beranak.

"Thank you so much, hubby. I love you too." Pipi kiri Darren dikucup Delysha. Spontan tindakannya.

Darren tersengih suka. "Nak dekat sini?" Bibirnya ditunjuk. Delysha mengangguk. Oh, nak dia kiss dekat situ...

Eh, Darren tengah menggatal ke ni?

"Hubby ni kan! Mengadanya!" Darren tergelak lepas melihat tangan isterinya yang mula ingin mencubitnya.

"Sorry tau buat sayang menangis tadi," ucap Darren ikhlas. Pipi isterinya diusap lembut.

Delysha memuncungkan bibirnya. "Saya boleh maafkan hubby tapi dengan syarat." Delysha tersengih jahat.

"Apa dia?" Kening Darren terangkat.

"Saya teringin nak makan bihun tomyam!" Delysha pandang Darren dengan mata yang bersinar-sinar. Dia mula membayangkan bihun tomyam di depan matanya sekarang. Nyum sedap!

Darren tersenyum. Alolo, ibu mengandung ni. Semua benda dia teringin.

"Boleh sayang. Nanti hubby belikan eh?"

Wajah Delysha kembali masam. "Tak nak hubby belikan. Nak hubby masakkan untuk sayang. Please hubby. Anak kita yang nak makan ni." Delysha muncung panjang. Wajahnya sengaja dicomelkan. Matanya pula dikedip berkali-kali. Ingin memancing hati Darren supaya lelaki itu setuju dengan permintaannya kali ini.

Darren tersenyum lucu. Pipi tembam Delysha digomol-gomol. Geramnya dengan ibu mengandung ni!

"Boleh sayang. Untuk sayang semua boleh. Tapi hubby masak dekat rumah mama lah ya? Dekat sini tak ada barang dapur lagi. Nanti kita pergi beli sama-sama," ujar Darren.

Nasib juga dia seorang yang pandai masak. Dulu sewaktu dia masih bekerja sebagai seorang pilot, dia masak semuanya sendiri sewaktu tinggal berseorangan di sana. Sewaktu di Amsterdam pun, dia tinggal seorang. Sudah pasti dia sudah biasa dengan dapur. Tak adalah menyusahkan dia kalau dalam keadaan genting begini. Lagi pun senang, nanti dia boleh jaga isterinya dalam pantang.

Delysha mengangguk setuju.

"Thank you hubby!" Bibir Darren dikucup sekilas. Tak lebih dari tiga saat. Happy punya pasal.

Yeay, yeay Darren nak masak untuk dia! Masakan Darren boleh tahan sedap juga. Sepanjang mereka kahwin, banyak kali juga Darren yang masak untuk menu harian mereka. Jadi sememangnya dia tahu lelaki itu pandai memasak.

Darren tersenyum nakal apabila bibirnya baru sahaja melekap di bibir Delysha yang merah.

"Nak lagi!"

"Eee, jangan nak mengada! Tumbuk kang!" Tangannya dikepal lalu diacukan ke arah Darren. Darren mencebik. Eleh, ada hati nak tumbuk orang. Tangan pun kecik saja. Heh ingat dia takut.

****

Sorry, terbagi 'fakehope' kononnya cerita ni nak habis. Sis akan buat yang terbaik okay? ;)

Apa-apa pun sis nak ucapkan Happy New Year dekat semua! ❤️

Semoga tahun ni kita akan jadi manusia yang lebih baik dari tahun yang lepas. 😉❤️

Stay happy and stay safe semua! ♥️

Now, are you guys ready for epilog? Here we go! Vote banyak-banyak dulu! Ahaks.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro