part 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari berganti hari. Keputusan masih lagi belum dibuat. Dia tiada keputusan yang muktamad lagi. Delysha sendiri masih buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Dia tidak mahu lukakan hati sesiapa dan tidak mahu salah buat keputusan.

Baru semalam dia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari-Nya. Sampai sekarang masih lagi tiada apa-apa petanda.

Dia takut. Takut salah pilih. Mampu ke Darren menjadi imamnya? Membawanya ke syurga? Adakah benar lelaki itu jodohnya? Kalau pemuda itu sendiri masih lagi jahil, apa gunanya semua ini? Dia sebagai isteri pula yang harus bimbing suami? Dia bukannya pandai sangat dalam hal agama.

Dia perlukan seseorang lelaki yang dapat membimbingnya. Iaitu seorang bergelar suami yang sah. Dia sendiri masih lagi banyak melakukan dosa. Kalau sama-sama masih jahil, siapa pula yang mahu mengajar mereka nanti selepas berkahwin? Adakah hubungan mereka akan hanyut di lembah kesesatan? Ah, serabut. Makin dia fikir, maki dia tiada jawapan.

"Fikir apa? Dari semalam aku nampak kau gelisah semacam je. Aku ajak bersembang pun macam tak ada mood. Kenapa? Kau ada masalah?"

Zara masuk ke dalam bilik Delysha lalu duduk di sebelah Delysha di atas katil gadis itu. Dia memandang wajah kawannya yang nampak seperti ada masalah. Correction! Memang dalam masalah. Persoalannya kenapa? Macam ada benda tak kena sahaja. Semenjak pemuda kacak itu datang ke rumah, Delysha terus jadi begini. Dia sendiri hairan tak tahu kenapa. Bukannya dia tak perasan perubahan kawannya.

"Tak ada apalah Zara. Aku okay."

Delysha masih lagi tidak mahu berterus-terang. Menafikan selagi boleh. Dia tak nak Zara risau pula tentangnya.

"Kau boleh tipu aku. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Just tell me, babe. What's wrong?  Dari hari mamat tu datang rumah kita lagi kau dah macam ni. Ada apa sebenarnya yang berlaku? Mamat tu ada buat apa-apa dekat kau ke? Tell me now!" 

Suara Zara sudah meninggi. Geram dengan sikap kawannya yang suka berahsia itu. Macam mana masalah nak selesai kalau tak cerita? Manalah tahu dia boleh bantu serba sedikit.

Delysha mengeluh berat. Dia tiada pilihan selain memberitahu Zara perkara sebenar juga. Lagi pun dia juga perlukan pendapat seseorang dalam masalah yang membelenggu fikirannya ini.

"Kalau aku bagitahu ni, kau jangan terkejut tau." Zara pantas mengangguk. Mata mereka bersatu.

"Hari tu, Darren melamar aku."

Zara terperanjat. Matanya terbeliak memandang Delysha meminta kepastian. Gadis itu pula sudah mengangguk kecil. Dia cerita perkara benar.

"Seriously, babe? Wow, benda baguslah tu. Jadi itu masalah kau? Apa yang kau nak gelisah sangat? Mamat tu dah lamar kau kan? Cop cop cop! Kau bukan baru kenal ke dengan mamat tu?"

Zara menjadi kelam-kabut pula. Dia terperanjat. Baru dia teringat tentang hal satu itu.

"Ya, itulah masalahnya. Aku baru kenal dia. Dia pulak playboy, keluar masuk kelab malam, perempuan keliling pinggang. Mampu ke dia jadi imam aku? Aku risau. Dia orang kaya pulak tu. Aku ada apa je weh? Family dia dah tentu tak suka aku punya. Lagi pun dia ada seorang girlfriend ni. Tapi dia kata kawan dia je. Aku buntu Zara. Apa yang patut aku buat dan apa jawapan yang terbaik untuk masalah ni. Apa pendapat kau?" luah Delysha sebal.

Zara mengeluh kecil. Dia faham perasaan Delysha. Berat juga kes kawannya ini.

"Pendapat akulah kan, aku rasa dia baik je. Hensem pula tu. Dia memang jahil. Kaki perempuan semua macam kau cakap tu. Tapi aku yakin dia boleh berubah. Pernah dia sentuh kau? Buat benda yang terkutuk dekat kau?"

Delysha menggeleng lemah. Ya, memang tidak pernah. Naughty sikit tu adalah. Tapi Darren bukan seperti lelaki lain yang hanya inginkan daranya sahaja.

"See, tak ada kan? Jadi, maknanya dia lelaki yang baik. Cuma dia tersilap langkah saja. Dia mungkin kaki perempuan. Tapi dia boleh setia dengan kau babe. Aku tengok cara dia pandang kau pun, aku dah tahu yang dia betul-betul sayangkan kau. Dari segi dia pandang kau, aku dah dapat agak perangai dia. Dia playboy. Tapi mungkin baik. Dia banyak kali protect kau. Itu menundukkan yang dia boleh jadi pasangan yang baik untuk kau. Apa lagi yang kau musykil kan?"

Delysha bermain dengan jari-jemarinya. Apa yang Zara katakan ada betulnya juga.

"Aku takut dia main-mainkan aku. Dia anggap aku macam perempuan-perempuan lain. Dia tak serius pun nak halalkan aku. Aku takut. Sebab macam-macam benda boleh berlaku kalau aku buat keputusan nak hidup dengan dia," luah Delysha lagi. Perkara itu juga bermain di mindanya.

" Kau sendiri yang nak hidup dengan dia, kau kenalah tempuhi liku-liku hidup ni bersama dia. Mana ada hubungan yang tak ada masalah. Dan kau rasa dia main-main? Dia tak serius dengan kau? Hmm, aku rasa kau silap ni babe."

"Kalau dia main-main dengan kau, dia tak ikhlas, dia tak akan lamar kau. Dia tak akan jujur dengan kau. Dia tak akan luahkan perasaan dia dekat kau kalau dia main-main sahaja. Kau sendiri tahu kan perangai lelaki? Lelaki kalau dah betul-betul sayangkan perempuan tu, suka dan cintakan perempuan tu, dia akan memlikinya. Dia akan berterus-terang. Kalau dia nak, dia betul-betul nak juga. Dia juga sanggup berubah demi gadis yang dia cintai. Jadi aku rasa dia nampak kau adakah perempuan yang sesuai untuk dia buat semua tu. Apa lagi yang kau ragu-ragu?" pujuk Zara memahami kawannya itu.

"Family dia macam mana pulak?" Satu lagi masalah yang bermain di fikirannya. Bagaimana penerimaan keluarga Darren tentangnya? Riaksi mereka sekiranya mereka tahu semua tentang kehidupan yang dilalui olehnya?

"Kau belum jumpa diorang lagi kan? Kau tak kenal lagilah perangai diorang macam mana. Mereka mungkin tak kisah pun pasal semua kisah hidup kau. Asalkan anak dia bahagia cukup. Kau ni pun! Tak semestinya anak jahat, mak bapak pun jahat," sindir Zara. Agak kolot pemikiran Delysha. Selalunya tak macam ni pun.

Delysha melepaskan nafas. Entahlah. Dia rasa apa yang dia rasakan adakah betul. Tapi ketakutan yang mengganggu dirinya sekarang.

"Now, kau jawab soalan aku. Kau suka dia?"

Delysha senyap, memandang Zara yang berubah serius. Dia suka? Sayang? Dan cinta lelaki itu?

"Aku dah start suka dia semenjak dia selamatkan aku dari Adrian," luah Delysha perlahan. Jujur dari hatinya. Dia percaya yang dia memang sudah terjatuh hati, tapi banyak perkara yang menghalang untuk perasaan suka itu menetap di hati.

Zara senyum. Dia sudah dapat mengagak. Mustahil Delysha tidak mempunyai apa-apa perasaan pada lelaki seperti Darren itu. Lagi pun Delysha jarang bercerita atau rapat dengan mana-mana lelaki sepanjang dia kenal dengan Delysha. Kawannya itu memang malas dengan lelaki. Cukuplah pelanggan mereka sahaja yang ramai lelaki.

"Dah tu? Apa yang kau nak takut?"

"Aku kerja dekat tempat terkutuk, terhina. Tempat jijik macam tu, babe. Tak akanlah parents dia nak bermenantukan aku? Darren tu, betul ke boleh terima kisah silam hidup aku?  Perempuan macam aku ni? Harga pun tak ada. Tak ada apa yang istimewa yang perlu dibanggakan. Apa yang dia dapat? Dapat malu sajalah." Delysha sebal.

Zara memegang tangan Delysha, menyalurkan kekuatan. Dia tak nak kawannya berasa terhina dengan diri sendiri. Delysha bukanlah perempuan seperti yang dia ungkapkan tadi.

"Kau memang kerja tempat macam tu. Tapi kau adalah satu-satunya perempuan yang paling baik yang aku pernah jumpa. Kau masih solat walaupun kau rasa kau diri kau jahat. Kau masih percayakan Allah walaupun kau diduga pelbagai masalah. Kau buat semua ni sebab apa? Sebab ayah kau kan?"

Delysha diam. Dia angguk sekali-sekala.

"See, kau buat sebab family kau. Bukan kehendak kau sendiri. Terus terang dengan mereka babe. Aku sentiasa support kau. Trust me, Darren tu baik. Dia mampu terima kau. Dia mampu bimbing kau walaupun lambat. Kau kena ajar dia. Ubah dia, babe. Dalam hidup berumah tangga ni, mesti lakukan sama-sama. Jangan harap dia boleh buat semuanya seorang diri. Kau perlu ada untuk dia jugak. Aku sayang kau. Buatlah keputusan yang sebaiknya untuk kau. Aku nak tengok kawan aku ni bahagia. Gembira macam orang lain. Jadi buatlah keputusan yang tepat untuk masa depan kau."

Menitis air mata Delysha. Dia tersenyum nipis. Gembira dan bersyukur memiliki kawan seperti Zara. Sungguh memahaminya. Dia agak terharu.

"Thank you so much, babe. Aku pun sayangkan kau." Delysha menarik Zara masuk ke dalam pelukannya. Dia tersenyum lagi. Sekarang ni adakah dia yakin dengan keputusan dia?

Handphonenya yang berdering menandakan mesej baru masuk itu menyentak diri. Mereka melepaskan pelukan dan dia melihat mesej itu

Unknown number?

Sehari lagi sebelum aku nak dengar keputusan dari mulut kau. I really miss you.

Dahi Delysha berkerut. Darren!

Sah, mamat tu. Siapa lagi yang nak berayat manis macam ni kalau bukan Darren? Dan hanya Darren sahaja yang ingin tahu keputusannya sekarang. Mana mamat ni dapat nombor aku? Setahu dia, dia tak pernah bagi nombor telefonnya pada Darren atau mana-mana lelaki. Delysha terus memandang Zara yang tersengih memandangnya dengan tajam.

"Weh Zara! Kau bagi nombor aku dekat Darren?" tekanya. Zara tersengih-sengih tak bersalah.

"Hehe, sorry lah. Dia yang minta masa dia datang sini hari tu. Aku bagi jelah. Kau tu bukannya nak bagi dia nombor telefon kau. Kasihan dia tak dapat nombor bakal isteri sendiri. Apalah nasib badan."

Perut Zara terus Delysha siku. Eeeii sakitnya hati! Sesuka hati Zara sahaja!

"Babe! Jahatlah kau. Tengok dia dah chat aku," adu Delysha geram. Zara tersengih.

"Alaa, tak apalah. Sweet apa? Kau tak suka?" Delysha diam. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyuman kecil.

"See! Kau sendiri suka. Aku dah agak dah. Jual mahal konon eleh!" sakat Zara. Dia semakin kuat mengetawakan Delysha yang sudah berubah malu.

"Shut up!" 

Zara tergelak. Melihat rakannya bahagia, adalah satu perkara yang terbaik dalam hidupnya. Siapa sahaja yang tidak mahu melihat kawan baik sendiri mencapai kebahagiaan.

********

Darren menarik luggage kecil miliknya itu dengan berhati-hati. Langkahnya semakin laju. Dia mengejar masa. Dia masih lagi di balai perlepasan. Tiba-tiba sahaja, lengannya dipeluk. Pantas Darren menoleh dengan terkejut.

"Baby, kenapa tak tunggu I? You hantar I balik boleh? Please-please!" Arissa mendesak manja. Darren naik meluat. Dia lagi nak cepat, tiba-tiba boleh ada minah ni pulak yang menyibuk.

"Sorry, Rissa. I nak cepat ni. My mom suruh I terus balik rumah. Sorry eh? Lain kali sajalah I hantar you.

Lengannya yang dipeluk itu terus direntap kasar.  Rimas betul dia dengan perempuan ini. Suka sangat bermanja dengannya. Delysha pun tak pernah berkelakuan begini. Gadis itu sentiasa menjaga batas dengan lelaki.

"Iyan! Iyan Shah Darren!"

Laungan Arissa tidak dipedulikan. Dia melangkah laju ke arah parking lot dengan tergesa-gesa.

Rindu sungguh dia pada Delysha. Sampaikan nak buat kerja pun tidak senang. Angaukah dia? Pfft, macam orang pertama kali bercinta pula. Walaupun dia pernah bercinta sebelum ni, tetapi tidaklah sebesar ini rasa cintanya pada Delysha. Sekarang hatinya hanya milik gadis itu. Kerana dia telah memilik gadis itu yang berhak berada dalam hatinya.

"Hish! Tak guna kau Iyan! Dia blah macam tu je!  Tunggu sayang, kau tetap milik aku. Aku tak akan lepaskan kau senang-senang macam tu saja. Huh!" Arissa tersenyum sinis. Dia menghentak kaki dengan geram.

Tengku Iyan Shah Darren harus menjadi miliknya seorang. Itu tekadnya.

***

Done.

*Vote
* Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro