008

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bagitau aku sekarang dekat mana jalan keluar! Aku nak keluar dari sinilah setan! Aku nak teruskan hidup! Aku tak nak mati!"

Ppuk!

Yoongi terbaring ke lantai. Tangannya memegang kepalanya yang sudah berdarah. Matanya pandang ke atas. Ingin melihat gerangan yang memukulnya. Namun... tanpa sempat Yoongi berbuat apa-apa, satu hayunan kayu mendarat di kepalanya.

Ppuk!

Ppuk!

Ppuk!

Kepala Yoongi dipukul dengan kayu berkali-kali. Lagi, lagi dan lagi. Darah pekat banyak melimpah dari kepalanya. Mata Yoongi berkerdip-kerdip perlahan. Dia bernafas tersekat-sekat. Nyawanya seakan di hujung tanduk.

Namun, satu lagi pukulan hinggap dikepala Yoongi dan akhirnya dia sudah tidak bernyawa lagi. Badannya kaku terbaring di atas lantai. Gerangan itu bernafas tercungap-cungap. Kayu yang sudah berlumuran dengan darah Yoongi itu dicampak ke tepi. Percikan darah yang berada di wajahnya di lap dengan kasar. Kemudian matanya beralih pula pada wajah Taehyung dengan pandangan yang menakutkan.

Taehyung terpempan. Mata Taehyung membulat saat melihat jasad Yoongi yang sudah tidak bernyawa lagi. Kepala Yoongi bagaikan sudah pecah kerana pukulan demi pukulan yang sangat kuat. Perlahan-lahan dia mengesot ke belakang. Gerangan yang membunuh Yoongi itu dipandang seakan tidak percaya.

"Apa yang k... kau buat ni, J... Jungkook?" soal Taehyung takut-takut. Badannya mula menggigil. Semakin Taehyung mengesot ke belakang, Jungkook semakin mara ke hadapan.

"Orang selfish macam dia tak layak untuk hidup, hyung."

Tanpa menunggu lama, Taehyung berlari selaju yang boleh menuju ke arah pintu keluar. Tombol pintu dipulas berkali-kali namun ia berkunci. Dia cemas. Pintu itu ditendang sekuat hati namun tetap tidak berhasil.

"Dan kau pun patut mati, hyung."

Taehyung terkedu. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Terlihat Jungkook sedang memegang pisau yang tajam sambil tersenyum sinis.

"Kau tak boleh keluar dari sini, hyung. Kau perlu ikut abang-abang kau ke neraka!"

"J... jadi kau yang b... bunuh..."

Jungkook tersenyum sinis.

"Aku jujur jelah eh. Semua penghuni homestay ni mati dengan tangan suci aku. Termasuk... abang-abang kau."

Penumbuk digenggam erat. Wajah Taehyung sudah berurat-urat dengan amarahnya yang membuak-buak. Satu jeritan keluar dari kerongkongnya. Taehyung bangkit lalu dengan pantas dia berlari ke arah Jungkook yang tidak jauh darinya untuk membalas dendam.

Namun, Jungkook menunjukkan pisau di hadapan Taehyung membuatkan langkahnya terbantut. Taehyung jatuh terduduk. Dia mengesot ke belakang hingga badan terkena dinding. Wajah Jungkook dipandang dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Jungkook mempunyai senjata. Mustahil Taehyung ingin melawannya dengan tangan yang kosong.

Jungkook ketawa besar. Hampir terguling Jungkook dibuatnya kerana ketawa yang terlalu kuat.

"Kau takut dengan pisau ni?"

Sekali lagi dia ketawa besar. Namun Taehyung hanya diam. Tangannya sibuk meraba-raba sekeliling untuk mengambil sesuatu yang boleh mempertahankan dirinya.

Setapak demi setapak Jungkook mendekati Taehyung lalu mencangkung di hadapannya. Pisau yang berada di tangannya dibelek-belek lalu dicium berkali-kali. Wajah Taehyung yang sedang takut itu dipandang. Mata bulatnya fokus melihat mata milik Taehyung.

"Pisau ni lah yang banyak berjasa dengan aku. Semua orang mati dengan pertolongan pisau kesayangan aku ni. Ops! Kecuali Namjoon hyung. Dia mati sebab Hoseok hyung, kan? Thanks to him sebab dah tolong aku. Tak sangka pula ubat yang aku taruh dalam minuman dia betul-betul menjadi! I'm proud of myself."

Jungkook menepuk dadanya bangga. Dia tergelak kecil. Lelaki bertopengkan syaitan itu betul-betul bangga dengan perbuatan kejinya. Taehyung mengepal penumbuknya. Wajahnya berkerut menahan amarah.

Namun, tiba-tiba sahaja Jungkook ketawa besar. Taehyung memandangnya dengan dahi berkerut.

"Aku teringat dengan muka kau yang serupa pengecut bila papan Ouija tu bergerak sendiri. Hahaha! Padahal benda tu bergerak sebab remote control ni! Hahahaha!"

Remote control yang berada di tangan Jungkook itu dipandang. Taehyung kembali melihat wajah Jungkook yang sukar ditafsirkan. Selama ini dia melihat papan Ouija itu bergerak sendiri bukan kerana alam ghaib, namun Jungkook yang mengawalnya. Tak sangka yang dia diperbodohkan dengan mainan bodoh yang diciptakan oleh Jungkook.

"Kau memang binatang, Jungkook. Kau memang binatang!"

Jungkook ketawa sinis. Pisau itu dimainkan pada pipi Taehyung. Perlahan-lahan pisau itu melalui ke seluruh wajah Taehyung dan akhirnya ke dagu. Taehyung berasa cemas. Lelaki itu sedaya upaya untuk tidak bergerak dari tidak sengaja melukakan dirinya.

"Kau cakap aku apa tadi, hyung? Kau cakap aku binatang? Kau sedar tak yang kau ni tengah cakap depan cermin? Kau memang dah lupa apa yang kau dah buat dekat aku dulu? Atau... kau buat-buat tak ingat?" soal Jungkook bertalu-talu. Mata Taehyung dipandang sedalam-dalamnya.

Dahi Taehyung berkerut. Tidak faham dengan maksud sebenar yang dikatakan oleh Jungkook.

Pisau itu pula beralih ke dagu Jungkook. Sebahagian kulit dibahagian dagunya ditoreh sedikit sehingga mengeluarkan setitis darah. Topeng itu ditanggalkan perlahan-lahan dari wajah aslinya. Jungkook tersenyum senget melihat reaksi Taehyung yang terkejut itu.

"K... kau... urgh!" Taehyung memegang kepalanya yang terasa sakit itu. Mata dipejam rapat. Tiba-tiba satu persatu kejadian terlayar di mindanya.

15 years ago

"Argh! Sakit! Janganlah pukul saya... sakit!" rintih budak lelaki itu. Kedua-dua belah tangannya diletakkan pada wajah untuk mempertahankan dirinya. Namun, badan pula yang menjadi mangsa.

"Kau cakap apa budak? Kau nak kena pukul lagi? Oh, sekejap eh."

Taehyung mengambil batu kerikil yang berdekatan dengannya lalu batu kerikil itu dibaling ke arah budak lelaki itu bertalu-talu. Tanpa rasa belas kasihan. Dia merintih kesakitan. Terdapat banyak kesan luka pada badannya termasuklah dahinya yang sudah berdarah.

"Lain kali..."

Sebiji batu kerikil dibaling kuat pada lengan budak lelaki itu.

"Kalau nak jalan..."

Sekali lagi sebiji batu kerikil dibaling pula pada tangannya.

"Guna mata. Bukan guna..."

Dan batu kerikil yang terakhir dibaling kuat pula pada dahinya.

"Kepala lutut kau!"

"S... saya minta maaf. S... saya tak s... sengaja." Terketar-ketar suaranya ingin berkata. Badannya sudah menggigil kerana ketakutan.

Taehyung tersenyum sinis. Sempat dia menendang perut budak lelaki itu sebelum berlalu pergi.

"Dasar sampah!"

Taehyung kembali membuka matanya. Wajah asli si dia yang berada di hadapannya dipandang. Akhirnya soalan yang selalu bermain di fikirannya semenjak dia hilang ingatan sudah terjawab.

"J... Junghyun. Kau... Junghyun, kan?"

Junghyun senyum senget.

"Kau dah ingat aku? Baru sekarang kau nak ingat budak lelaki yang kau seksa dulu?"

Taehyung menggeleng perlahan. Tidak sangka yang dirinya dahulu terlalu kejam. Dan berhati binatang!

"Dan sekarang sudah tiba masanya untuk aku membalas dendam," kata Junghyun dengan penuh rasa dendam di dalam diri.

"Kenapa kau tak bunuh aku dari dulu? Kenapa kau perlu bunuh orang lain yang tak bersalah? Kenapa kau perlu bunuh abang-abang aku?"

"Aku bukan binatang macam kau! Aku tak akan bunuh orang yang tak bersalah. Mereka pun ada hutang dengan aku."

Satu persatu plastik yang berisi tahi anjing itu dibaling pada badan Junghyun. Semua pelajar di sekolah itu ketawa keriangan. Puas melihat Junghyun yang diseksa.

Junghyun memeluk erat tubuhnya. Dia hanya mampu berdiam diri. Ya! Dia sangat malu kerana diperlekehkan oleh semua pelajar di sekolahnya. Hanya disebabkan dirinya yang lemah dan naif, dengan senang dia dipijak oleh orang ramai.

"Baling lagi!" jerit seorang budak lelaki yang bernama Jung Hoseok itu dengan semangat. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Budak lelaki itulah yang menyediakan semua bahan-bahan yang sangat menjijikkan ini. Demi memuaskan nafsunya.

Jung Hoseok. Akan dia ingat nama itu sampai bila-bila.

●●●

Kelam-kabut Junghyun berlari masuk ke dalam tandas. Hajat dia yang ingin membuang air besar selama ini akhirnya terlepas jua. Dia menghembus nafas lega.

Flash ditekan sebelum Junghyun memakai seluar seragamnya. Jam di tangan dipandang sekilas. Matanya membulat. Tak lama lagi subjek Sejarah akan menyusul. Disebabkan cikgu Sejarahnya terlalu garang, jadi dia harus bergegas balik ke kelas sebelum kena marah di hadapan kelas.

Pintu tandas dibuka lalu pantas sahaja dia berlari keluar. Namun baru sahaja Junghyun ingin melangkah, dia tergelincir lalu tersungkur ke belakang. Kepalanya terhentak kuat pada lantai. Junghyun merintih kesakitan. Kepalanya dipegang lalu dia dapat merasakan cecair pekat di tangannya. Matanya terbutang saat melihat tangannya yang penuh dengan darah.

Gerangan yang sedang ralit membetulkan rambutnya di hadapan cermin dipandang. Boleh pula budak lelaki itu selamba aje betulkan rambut bila ada orang kemalangan?

"Awak... tolong saya... Kepala saya berdarah..." kata Junghyun dengan sisa tenaga yang masih ada. Tunggu beberapa minit sahaja lagi dia akan pengsan.

Gerangan itu menoleh sedikit melihat Junghyun yang sudah terlantar itu. Matanya terbutang.

"Omo! Kau terjatuh ke? Sakit tak? Woah! Ada darahlah kat kepala kau! Mesti lagi sakit, kan?" soal Jimin dengan riak wajahnya yang terlalu terkejut. Namun... sepertinya dibuat-buat. Sengaja.

"Awak... tolong panggilkan cikgu... Sakit..." kata Junghyun lagi, lemah. Mungkin buat kali terakhir sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Sakit ke? Alahai kesiannya. Tapi... bilik guru jauhlah. Rasa malas pula. Kau panggil sendirilah eh? Bye, Junghyun. Goodluck!"

Dengan selamba budak lelaki yang bernama Park Jimin itu meninggalkan Junghyun yang masih terbaring lemah. Lemah sahaja dia mengeluarkan suara untuk meminta tolong namun, dalam beberapa saat sahaja pandangannya menjadi gelap.

●●●

5 years later

Junghyun menarik nafas dalam lalu dihembus. Bangunan sekolah yang berdiri tegak di hadapannya dipandang. Dipandang dengan penuh harapan yang kejadian di sekolahnya yang lama tidak akan berulang.

Junghyun melangkah masuk ke dalam sekolah itu dengan semangat yang membara. Namun... tiba-tiba dia merasakan seperti seseorang menariknya dari belakang membuatkan dia tersandar di dinding. Di mana sebuah lorong yang sunyi dan tidak ada sesiapa.

Gerangan yang sedang memegang kolar bajunya dipandang dengan rasa takut. Badannya sudah menggeletar hebat dengan pandangan yang menakutkan dari mata sepet milik gerangan itu.

"Bagi aku duit," minta Yoongi selamba sahaja sambil tangannya sedang menghulur.

Namun Junghyun enggan. Dia tidak mahu memberi wang belanjanya kerana wang yang dia ada sekarang ini cukup-cukup buat dirinya.

Yoongi menunggu lama untuk menerima duit daripada Junghyun namun Junghyun hanya diam. Wajah Yoongi yang selamba itu bertukar bengis. Seperti harimau yang mahu mencari mangsanya. Mata Junghyun dipandangnya tajam.

"Kau tak nak bagi aku duit?" Soalan Yoongi dibalas dengan gelengan Junghyun.

Ppang!

Tamparan hebat mendarat di pipi kanan Junghyun. Terteleng Junghyun dibuatnya.

"Kau masih tak nak bagi aku duit?"

Namun jawapan Junghyun kali ini hanya diam. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dan sekali lagi tamparan hebat mendarat pula pada pipi kiri Junghyun. Dia merintih kesakitan. Pipi Junghyun sudah merah menyala. Perlahan-lahan darah mengalir di bibirnya.

"Masih tak nak bagi?"

Laju sahaja tangan Junghyun mengambil duit dari poket seluarnya lalu diberikan pada Yoongi. Yoongi mengambilnya dari tangan Junghyun kasar sambil tersenyum sinis.

"Ini je kau ada?"

Junghyun hanya mengangguk. Dia hanya menunduk. Tidak sanggup ingin bertentang mata dengan mata tajam Yoongi. Yoongi senyum senget lalu duit yang sedikit itu disimpan ke dalam poket seluarnya.

"Lain kali..."

Bbuk!

Tumbukan kuat mendarat di wajah Junghyun. Dia menyeringai kesakitan.

"Kalau aku minta duit..."

Satu lagi tumbukan hinggap di wajah Junghyun. Junghyun sudah jatuh tersungkur.

"Bagi aku duit yang banyak."

Dan tumbukan yang terakhir hinggap di wajah Junghyun. Junghyun sudah terbatuk-batuk mengeluarkan darah.

Yoongi bercangkung di hadapan Junghyun yang sudah terbaring meniarap itu. Rambut Junghyun yang hitam bersinar itu ditarik kuat oleh Yoongi hingga dia mendongak ke atas. Sekali lagi Junghyun merintih kesakitan.

"Faham?"

"F... faham."

Lelaki yang bernama Min Yoongi itu senyum sinis. Rambut Junghyun yang berada di genggamannya dilepaskan dengan kasar. Sempat dia meludah ke arah Junghyun sebelum dia melangkah pergi.

Junghyun menutup matanya rapat. Pedih apabila mengenangkan kisah silamnya yang seperti neraka.

"Taehyung, kau nak tahu? Sebab abang-abang kau! Mak aku mati!"

"Eomma... eomma betul-betul tak nak pergi hospital?" soal Junghyun risau sambil melihat wajah ibunya yang pucat. Namun seseorang yang bergelar ibu itu sangat luar biasa. Beliau tetap tersenyum walaupun dalam keadaan lemah. Senyuman terukir di bibir pucat si ibu untuk menyedapkan hati si anak.

"Junghyun janganlah risau... Eomma pening kepala sikit aje. Hm?"

Junghyun hanya mengangguk kecil. Terasa lega sedikit apabila ibunya berkata begitu. Junghyun berasa kesian pula pada ibunya kerana baru sahaja bercerai dengan ayah kandungnya.

"Puan Jeon?" panggil seorang jururawat di klinik itu. Puan Jeon mengangkat tangan tanda dia sudah bersedia. Jururawat itu mengangguk faham.

"Junghyun duduk sini diam-diam, okey? Tunggu sini sampai eomma balik. Jaga adik tu elok-elok," pesan Puan Jeon sebelum kaki melangkah ke bilik doktor.

Adik lelakinya yang sedang tidur di atas pehanya dipandang sekilas. Rambutnya dibelai lembut dengan penuh kasih sayang.

"Comel," ucap Junghyun sendiri. Wajah comel adik lelakinya diteliti dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Beberapa minit menunggu namun ibunya masih lagi tidak keluar dari bilik doktor. Adik lelakinya pun sudah bangun dari tidur. Budak lelaki itu menggeliat kecil lalu memandang wajah abangnya.

"Hyung... lapar... Nak jajan..."

Junghyun pandang sekilas wajah adiknya yang meminta simpati. Bibirnya dimuncungkan kedepan. Bertingkah comel adalah kuasa senjata adik lelakinya jika ingin meminta sesuatu.

"Kita tunggu eomma, eh?" Junghyun cuba memujuk.

"Nak jajan sekarang... Lapar..." rengek budak lelaki itu. Disebabkan abangnya hanya menggaru kepala, budak lelaki itu mengguling-guling di atas lantai. Dia memang mahukan makanan ringan itu sekarang juga.

"Okey okey... Kita pergi sekarang. Tapi kita kena datang sini balik tau. Nanti eomma risau."

Budak lelaki itu mengangguk yakin. Terus dia menarik tangan Junghyun keluar dari klinik itu. Kedai yang tidak jauh dari klinik itu dituju.

Beberapa minit mereka berdua mengelilingi kedai itu namun tiada satu pun yang menarik minat adiknya. Namun mata budak lelaki itu tertarik dengan kedai yang berada di seberang jalan. Dia menarik lengan abangnya untuk melintas. Junghyun hanya menurut. Dia mendukung adik lelakinya sambil melintas jalan dengan berhati-hati.

"Hyung, hyung! Tu Junghyun, kan? Jiran dekat sebelah rumah kita tu?" soal Namjoon sambil menepuk-menepuk bahu lebar abangnya.

"Mana, mana?" Mata Seokjin jadi mengecil saat mencari gerangan yang dimaksudkan oleh adiknya.

"Tu, tu!" Jari Namjoon ditunjukkan pada Junghyun yang sedang menggendong adik lelakinya. Wajah Seokjin bertukar bengis. Minyak motor dipedal kuat.

"Kau nak buat apa ni, hyung?" soal Namjoon yang sedang duduk di penumpang motor milik Seokjin.

"Dia dah buat taik dekat kita. Jadi aku nak bayar balik hutang yang dia cipta."

"Kau seriuslah, hyung? Dia tengah gendong adik dia tu! Kalau adik dia yang kena macam mana?" soal Namjoon cemas. Disebabkan kejadian yang Junghyun dibuli oleh mereka berdua dan Junghyun memberitahu ibu mereka, membuatkan Seokjin dan Namjoon dimarah teruk oleh ibunya. Sehingga menimbulkan perasaan dendam di dalam diri mereka.

"Dia akan selamatkan adik dia dulu. Dan dia... akan menjadi mangsa."

"Iyelah! Okey, hyung. Bersiap sedia." Namjoon tersenyum senget. Dia membetulkan duduknya ke posisi yang bersedia. Mata Seokjin pula tidak lepas memandang Junghyun yang sedang melintas itu.

Minyak dipedal lalu laju sahaja motor itu menuju ke arah Junghyun. Mata Junghyun membulat. Dengan pantas dia menyelamatkan adiknya dahulu sebelum motor itu beberapa meter sahaja mahu melanggarnya. Matanya terpejam rapat.

Bbam!

Namun... Junghyun merasakan seperti badannya ditolak kuat ke tepi. Dia kembali membuka matanya. Badannya diraba-raba namun tiada luka langsung di badannya. Junghyun memandang gerangan yang sudah terbaring kaku dan berlumuran darah. Dia terpempan. Dengan pantas dia mendekati gerangan itu. Laju sahaja air mata mengalir membasahi wajahnya.

"E... eomma..."

"Hyung! Kita terlanggar mak dia! Kalau mak dia mati macam mana?" soal Namjoon panik. Kepalanya ditoleh memandang orang-orang yang sudah berkerumun itu.

"Tutup je mulut kau! Jangan sampai orang lain tahu, faham!"

Namjoon hanya mengangguk akur. Seokjin menunggang motornya laju meninggalkan kawasan itu. Tanpa rasa belas kasihan.

"Eomma!" rintih adik lelaki Junghyun. Dia sudah meraung melihat ibunya berlumuran darah. Seperti nyawa-nyawa ikan.

Ambulans sudah dipanggil. Cuma sedang menunggu ambulans datang. Namun... masa terlalu singkat. Ibunya sudah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Terus Junghyun memeluk badan ibunya buat kali yang terakhir.

"E... eomma... Junghyun minta maaf."

Air mata Junghyun perlahan-lahan mengalir. Tidak sanggup dia ingin mengenangkan nasib ibunya mati disebabkan mahu menyelamatkannya.

Taehyung sudah menggeleng-geleng tidak percaya. Dia sudah tidak mahu mengetahui kebenaran.

"Dan adik lelaki aku, Jeon Jungkook... Kau bunuh dia. Kau bunuh adik aku!"

"Argh!"

Semuanya sudah menjadi kenangan, kenangan yang penuh dengan dendam.


-TBC-

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Sorry chapter ni panjang sangat. Chapter ni banyak flashback jer. Kenapa aye rasa makin hambar ni huwaaaaa!

Cian Jungkook sebab korang pi tuduh dia pembunuh hiks!

Jungkook: Pai ati tuduh saya ni pembinuh 😭 Saya budak baik tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro