i d l a n | 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"It's not fine."


       "HAIDEN aku rasa baik kau berhenti melawan. Ini bukan nasihat. Tapi amaran. Kau tak mampu nak bersemuka dengan dia apatah lagi nak berunding dengan dalam cara yang tentu-tentu kau tahu...kau akan jumpa ajal kau sendiri."

Pundak bahu lelaki bernama Haiden itu dipegang kuat. Sebuah amaran itu tulus dari hati sebagai rakan sekerja. Dia tak sanggup diperintahkan untuk menjadi salah seorang manusia yang bakal menyaksikan hari kematian Haiden kelak.

Namun tutur kata yang dipersembahkan tadi seolah tiada guna. Haiden malah tertawa besar tanpa berfikir kematian. 

"Jumpa ajal aku sendiri? Cih..."

"Ya, silakan! Silakan kalau dia berani datang untuk bunuh aku! Tuan tak guna..."

"Entah-entah ibyan's itu sekadar nama untuk menunjukkan dia memiliki penguasaan yang kuat. Sedangkan lemah dibelakang tirai...hah,"

Gang!

Hancur menjadi kepingan tajam pintu besi itu selepas menerima tendangan kaki dari luar. Mata Haiden dan Khalid mengecil. Susuk bertubuh tegap dan tinggi itu seperti dikenali. Aroma yang menemani sang manusia itu juga tidak asing buat mereka.

"Silakan...silakan kalau dia berani..." ajuk figura itu. Terdengar kikihan tawa halus sebelum digantikan pula dengan dengusan kecil dan membosankan.

Khalid tergamam. Terbumkam matanya tatkala wajah yang terhalang dek kegelapan disudut hadapan kini sudah menunjulkan wajah di tengah gudang. 

Idlan menyerot senyuman mencemuh. Bekas luka di kulit tangannya dibelek sambil menggilirkan tulang yang sudah terasa lenguh. Tak apa...selepas ini, tangan inilah yang jemputan terakhir ke alam kematian untuk sang pengkhianat.

"Tu...tuan!" Khalid tertunduk tubuh. Gemuruh dadanya. Debaran yang dirasai kali ini sungguh menggeletarkan setiap sendi saraf. Bukan takut jikalau dia yang harus mati. Namun Haiden. Dia pasti, Tuan Idlan mendengarnya secara jelas dan teliti. Lelaki itu tidak kurang dimanapun. Jiwa kejamnya sungguh dasyat untuk ditolak bandingkan.

"Khalid..." nama itu diseru. Suaranya seksi. Serak dan basah. Lalu terdengar garau dewasa. Namun itu, suara sang kejam.

"Ada apa tu...tuan berkunjung ke sini?"

"Ini tempat aku. Saham aku. Peti. Emas. Aku."

Keningnya digaru lalu mencerlung tajam wajah Khalid.

"Salah ke aku datang ke sini? Kan Khalid?"

Khalid menggeleng laju. "Tidak salah Tuan. Tidak salah."

"Giusto." Idlan membetulkan. Bibirnya menyinis. Nyeri rasanya bila lihat tatapan seorang Idlan yang benar-benar mendahagakan titisan darah.

Siapa yang minta dikunjung. Juga siapa yang tiba-tiba terkelu lidah.

Haiden.

Lelaki itu terpempam akan kehadiran Idlan. Sang iblis yang disebut-sebutkan. Juga seorang yang pintar bermain permainan kekotoran.

Licik.

"Tapi itu bukan tujuan aku ke sini Khalid."

Suasana hening. Haiden meneguk liur yang kesat. Payah rasanya dia untuk menelan liur. Terasa pasir tajam menjalar keserongga tekak. Nampaknya dia sudah perlu berlatih untuk mematikan nafas. Kerana selepas ini, dia tidak punya jasad di dunia.

Idlan tak akan berbolak-balik dengan keputusan yang dibuat. 

"Aku dengar...ada yang tak sabar nak mati. Rindu dengan tuhan. Ya kan Haiden?"

"Shhh..."

"Rileks,"

"Aku boleh hantar kau...berjumpa tuhan." lirikan matanya. Psycho.

Haiden terdiam. Tangan yang kian dibasahi peluh digenggam erat hingga terketar-ketar.

"Aku suruh kawal isi gudang...kau rupanya yang bocorkan maklumat."

"Lama aku tahu...kau dalangnya,"

"Tapi aku diam. Kenapa? Kenapa aku diam...ya?" bibir atasnya ternaik senyum misteri. Sungguh mengerikan.

"Adik kau...adik kau huh..."

"Ergh!" leher Haiden dicengkam kuat dengan sebelah tangannya. Merah dengan urat-urat hijau menimbul. Mulut Haiden ternganga. Mencari oksigen yang kian kehabisan. Idlan menahan rengusan. Penuh kebencian dan dendam yang berselirat disekitar wajahnya. 

"Kau memang minta mati lah bodoh!" tengkingnya bersama makian. Giginya dikacip dengan rahang yang bergerak geram. Mahu sahaja diputuskan terus leher si pembelot ini hingga terputus dari badan.

"Sial!"

"Kau hantar adik kau sebagai pekerja rumah aku. Tapi kau hasut betina tu untuk bunuh bonda! Kau memang tak guna!"

Pisau belati kecil dicapai lalu dihunus dengan tolakan yang kuat dan dalam menerobos kulit dan daging bahu kiri Haiden. "Uergh.." tak mampu melawan. Isi kulit itu digerudi kejam.

Khalid tergamam. Cemas sekitar wajahnya. Kakinya meluru ingin menghampiri. Jika tuan besar sudah marah. Memang inilah akibatnya. Datang seolah membawa damai. Wajah suci itu sebenarnya penuh dengan likatan darah manusia.

"Setapak kau hampir. Keluarga kau! Aku bunuh satu demi satu, Khalid." ancam Idlan dalam emosi yang berkecimuk api dendam.

Dia mungkin tak semarah ini. Andai khabaran kematian bonda tidak sampai ketelinganya. Sungguh benci apabila diketahui ini adalah dalang musuh. Lalu mempergunakan orang bawahannya.

Akhirnya siapa yang harus menerima cacian penyebab bonda mati?

Dia.

Tuan Idlan.

Dia yang harus menanggung kesalahan itu. Biarpun tiada yang berani menjatuhkan hukuman padanya. Namun, ini salah. Ini sungguh menyayat hati lelakinya. Dia terlalu terkesan akan kematian itu. Lagi-lagi dipandang sebagai pembunuh bonda.

Wanita yang disayangi. Manakan sanggup dia untuk membunuhnya? Bahkan selembar kertas putih pun tak mampu dihalakan ke arah kulit bonda. Apatah lagi senjata tajam lain.

Hari ini. Dia kehilangan wanita yang sering memeluk kedukaannya.

"Kalau aku hilang bonda...kau, tahulah apa akhirnya takdir kau."

"Io, signor Idlan. Nn dimenticare di incidere il mio nome nel tuo mondo piu profondo." (Aku, tuan Idlan. Jangan lupa untuk ukir nama aku dalam dunia terdalam kau.)

Bum!

"Menyebalkan."

Mayat itu dilangkah.

"Khalid,"

Lelaki yang sudah jatuh ke lantai bersama air mata itu dipandang dingin.

"Aku tahu kau tak sanggup. Berambus. Ada yang akan uruskan sampah ni nanti."

Dia berlalu pergi. Meninggalkan dendam yang separuh dilangsaikan. 



        KIPAS helikopter berputar mengibas angin. Jaraknya beberapa kaki meter lagi mencapai darat. Pintu ditarik buka. Mata dibalik kaca mata hitam menilik keadaan dataran dibawahnya.

"Ci vediamo signore." (Jumpa lagi tuan.) ucap kapten helikopter tersebut setelah pendaratan tiba ditengah-tengah kawasan lapang dengan keluasan tak terhingga milik kepunyaan keluarga Ibyan's.

Idlan mengangguk. Kakinya mula menjejak tanah. Berkibar rambut dark brown dan kemeja putih yang dipakainya. Tiga butang baju yang terbuka itu makin menyerlahkan lagi tato yang terlukis dibahagian dada kanannya.

Lambang kepunyaan Ibyan's.

Meskipun dia tak mahu. Tapi itu sudah dijadikan parut paling sengsara buatnya sejak kecil.

"Tuan, perempuan tu ada di bilik. Kami dah uruskan seperti yang Tuan pinta." ujar Lucas. Pembantu atau orang kepercayaan Idlan yang paling rapat dengannya.

"Bagus."

Dia kejam. Tidak berhati perut. Ketampanan dan punya idea yang licik. Kadang terlihat psycho pada hal tertentu. Yang pasti, dia tak dipandang dalam sisi baik. Ada sesuatu yang menjadi asbab orang-orang menundukkan kepala padanya.

Dan dia, cucu kesayangan Datuk Le Syerif. Ketua yang mengusai Ibyan's. Tiada pewarisan khusus melainkan itu yang dipinta dari sang ketua. Namun balik-balik, yang dipilih adalah Ferhad Idlan. Tak ingin yang lain melainkan lelaki itu. Lelaki liar. Liar dan buas. Serakah membalas dendam. 

Badan wanita bernama Amelia itu ditindih. Siapa sahaja tidak cair jikalau yang bersamanya adalah Idlan. Tuan Idlan.

Tangannya menjalar ke serata lekuk tengkuk milik Idlan. Bibir seksi itu tersenyum menggoda. Dijalarkan lagi tangannya hingga ke dada lelaki itu. Butang kemeja Idlan dipilin buka. 

Namun.

Idlan lebih pantas menangkap tangan nakal itu. Terlihat menggoda namun padanya, itu menjijikkan.

Sayang sekali perempuan...kau bukan selera seorang Idlan.

Tak sempat diapa-apa, laju tangan Idlan naik menampar wajah itu sekuat hati. Nafas lelaki itu turun naik. Marah tiba-tiba merasuki diri. Lantas wajah Amelia dicengkam kuat dengan tangannya.

"Aku bahkan tak pernah menyerahkan tubuh untuk dijamah sesiapa. Dan kau tiba-tiba mengatakan benih aku tertanam dalam rahim kau?!"

"Woi perempuan,"

"Bukan aku yang kau bersama."

"Bukan aku..."

"Jangan lepas kau capai nikmat kau, tapi kau lupa siapa bapak budak ni kau faham tak!" senjata pistol glock-17 diacu tepat menekan kawasan rahim Amelia. Tangisan yang lahir dari benak suara wanita itu langsung tak memancing rasa kasihan dari Idlan.

"Silap besar. Berani-berani kau kata aku bapa anak haram kau ni. Kau fikir aku kilang keluaran haram ke?"

Klik!

"Shts...tuan..maafkan i..."

Idlan tertawa halus mendengar rayuan itu. Terlambat. Terlambat. Mungkin andai kesilapan kedua bukanlah Amelia yang melakukannya. Dia mungkin akan berfikir untuk melepaskan nyawa wanita ini saja. Tetapi..

"Abang kau, Haiden."

"Perempuan..."

"Jangan sentuh aku. Atau milik aku. Kalau tak ingin kesudahan kau jadi seperti ini. Tapi kau yang terhegeh-hegeh dan nantikan sendiri saat ini!"

"Kau fikir abang kau siapa? Kau fikir sampah tu boleh selamatkan kau? Ha!?"

Suara Amelia melambung tinggi. Nak terkeluar anak tekaknya ketika dirinya ditikam dengan kejam pada bahagian perut. Sakit yang tak terhingga. Darah keluar membuak-buak dari dalam mulutnya.

Cadar tilam digenggam erat. Membulat mata menatap Idlan yang penuh aura menakutkan, sedang mencengkam bahunya di atas katil bersama tangan yang menghunus senjata ke perutnya.

"Aku benci orang yang sentuh aku." senjata itu didalamkan lagi. Dari adanya nafas...hingga berakhir dengan hembusan terakhir.

Amelia mati.

"Kau bunuh bonda."

Idlan memejam mata. Tanpa sedar air matanya mengalir lalu jatuh menitis ke atas wajah yang tidak bernyawa lagi.

Gara-gara telah menjentik rasa marahnya, tiada peluang kemaafan yang dibuka untuk sesiapa. Serakahnya dia. Dia benci akan dirinya yang kejam ini. Namun itulah dia. Tak berperasaan.

Tangisan ini. Atas hati yang punya rasa guris pada tindakannya sendiri. Bukan penyesalan terhadap kematian bodoh ini.

Cih.

"Menyebalkan."

Jangan mengenali dia. Kerana tiada sifat malaikat yang bakal ditunjulkan. Entah siapa. Manusia mana. Jangan sesekali datang dengan tujuan mengunjungi. Melainkan untuk menginap di dunianya. Dan bersama tujuan yang tak terfikirkan oleh lelaki itu.

Idlan.

"Aku durjana yang bergelar Tuan."





n o t e : 

Hye readers! sihat?

So bagaimana dengan chapter ini? Macam 18 kiler je ni...ehe taklah

so...nk i up lagi?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro