20 Lemas

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Khairul dah bangun?" Dato Muhsin mengangkat wajah seiring derapan kaki bekas isterinya mengisi benak. Begitu risaukan keadaan anak tunggal di bilik. Mereka sekeluarga pulang ke rumah tengah hari tadi sebaik sahaja selesai pengurusan jenazah sang pembantu rumah. Dikhabarkan pula Khairul pengsan, keadaan dalam rumah kekal menyepi tak ubah seperti tanah perkuburan.

Sekelumit rasa bersalah hadir mengisi hati.

"Belum. Badan dia panas. Mungkin sebab penat sangat," jawab Datin Farina. Wanita itu tersenyum nipis sebelum duduk di sisi Dato Muhsin.

"Oh..." Dato Muhsin menghela nafas halus. Kehilangan mak teh begitu terasa buat mereka sekeluarga, apatah lagi pada Khairul Iddin yang membesar dengan kasih sayang sang pembantu rumah semenjak bayi. Malam kian lewat buat mereka berdua yang tidak punya ikatan suami isteri.

"Awak, patut ke kita paksa Khairul bernikah dengan Asyilla? Maksud saya... keadaan anak kita sekarang ni..." Datin Farina bertanya. Lengannya direhatkan di tempat penyandar sofa. Ruang tamu itu menjadi tempat mereka berdua, tak ubah seperti Khairul masih kecil. Cuma, ketika Khairul sesuci kain putih tak siapa pun endah akan perkembangan Khairul. Sudah besar panjang begini, hendak marah sang anak pun kelak Khairul yang akan mengamuk teruk.

"Biarlah Khairul rehat. Tak usah bincang soal ni depan dia nanti." Kata putus diberikan setelah apa yang terjadi. Tak ada gunanya Khairul dipaksa buat bernikah sedang anaknya masih belum bersedia untuk m menanggung amanah sebagai seorang suami.

"Saya akan beritahu Mona yang Khairul perlu berehat." Datin Farina mengangguk setuju.  Tangannya laju mencapai telefon pintar dari meja kopi. Biar pun tindakan ini akan melukakan hati Asyillah, kesihatan mental Khairul perlu dijaga rapi. Tak mahu anak mereka mengalami tekanan melampah hasil perbuatan mereka sendiri.

Dato Muhsin termenung beberapa detik
Ingatannya mengulang tayang Khairul sebagai imam solat jenazah di masjid siang tadi. Lelaki setengah abad itu agak terkejut melihat anak yang disangkakan hina mampu mengimamkan jenazah sang pembantu rumah. Benarlah, mak teh banyak mengajar ilmu agama kepada Khairul tika dia sibuk di pejabat.

Dato Muhsin melirik ke tangga yang menuju aras kedua kediamannya. "Kita tak boleh paksa dia. Dia cuma akan memberontak lagi dan lagi... Keadaan sekarang pun makin sukar. Jujurnya, saya tak tahu betapa kosongnya Khairul esok lusa... tanpa mak teh."

Usia mengikis masa. Banyak masa yang disia-siakan sewaktu muda. Datin Farina tersenyum nipis.  "Khairul masih ada kita. Kita boleh cuba gantikan kasih sayang mak teh... Kita kan papa dan mama Khai?"

Selagi boleh dibaiki hubungan kekeluargaan, akan dicuba hingga Khairul mengecapi erti kebahagiaan.

"Iya... Saya akan cuba. Patut ke saya minta maaf sebab tampar dia semalam?" soal Dato Muhsin.

Datin Farina menjatuhkan kepala sekali tanda setuju. Lega hatinya tatkala amarah bekas suami beransur pergi. "Tak salah kalau kita minta maaf pada anak sendiri..."

"Khai dah kena buang kolej... Saya ingat nak ambil dia kerja dengan saya terus. Biar saya yang jaga dia dekat pejabat."

"Kalau Khai duduk jauh daripada kawan-kawan dia yang suka meliar... mungkin dia boleh berubah perlahan-lahan," bilang ibu kandung Khairul. Tak seharusnya mereka mendesak Khairul hingga perkara buruk terjadi.

Barangkali ini pilihan terbaik jika hati masing-masing telah sebulat suara. Dato Muhsin memandang bekas isterinya. "Farina, kita nikah dan jaga Khairul sama-sama. Dia je anak yang kita ada... Dia je yang akan jaga kita bila mana kita dah nyanyuk dimakan usia... Saya dah penat nak kejar harta. Sekarang ni, saya cuma... nak bahagia dengan keluarga sendiri."

Terbit senyuman nipis pada bibir delima Datin Farina. Tanpa berfikir lama, kepala menangguk setuju. "Sebelum balik saya nak jenguk Khairul lagi sekali."

Hati mereka mula melihat betapa Khairul itu perlukan perhatian daripada insan sekeliling. Yang dahulunya dipinggirkan dengan sangkaan bahawa Khairul 'budak mengada'. Jika Khairul tidak mengada dengan keluarga sendiri, pada siapa lagi harus ditagih kasih dan simpati?

Tingkat atas dijejaki pasangan tua itu. Sungguh banyak bersembang pada malam hingga tidak sedar masa melewati satu pagi.

Gusar hati Dato Muhsin hendak melepaskan bekas isterinya pulang seorang diri. "Farina, tak payahlah balik. Tidur sini pun takpe... Tidur dengan Khai dan tengok-tengokkan anak kita. Khai pun tengah demam, kan? "

"Boleh juga." Datin Farina akur lalu memulas tombol pintu bilik Khairul yang tidak berkunci. Katil bersaiz queen di hadapan mata sepatutnya menempatkan sekujur tubuh anak bujang mereka. Wanita itu terus melangkah ke katil apabila menyedari tiada Khairul di situ. Dia meliarkan mata sekeliling bilik, rasa risaunya menjadi-jadi dek memikirkan keadaan Khairul yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Takde dekat sini," bilang Dato Muhsin. Pintu bilik air dalam ruangan bilik Khairul dibiarkan terbuka. Tiada pun tanda-tanda Khairul melangkah ke dalam bilik air. Kakinya menuju ke balkoni bilik pula.

"Mana Khai..." Terduduklah ibu itu di birai katil. Sungguh dia terkedu kerana satu jam yang lalu, Khairul Iddin sedang berbaring di atas katil ini.

Pada mulanya Dato Muhsin tidak mengendahkan apa yang dilihat. Lama-kelamaan, bagai hendak luruh jantung di dada. Daripada atas, agak dukar buat meneka kesahihan apa yang dilihat. Ditambah pula pantulan cahaya pada biasan air menyukarkan penglihatan.

***

Terbaring sepi di dasar kesejukan. Sendirian di situ membiarkan buih-buih udara menghabiskan sisa daripada mulutnya. Pedih di hujung anak tekak terasa tatkala batuknya diselaputi deruan air yang berpusu-pusu masuk memenuhi rongga.

"Kenapa Khai tak mahu ke sekolah?" Kali ini Mak Teh menyoal baik-baik. Takut ada lagi yang berkecil hati setelah disamakan dengan lembu.

"Sebab Khai nak tolong Mak Teh buat kerja rumah..." Keikhlasan Khairul itu membuatkan Mak Teh tersenyum kecil. Rambut Khai diusapnya, terharu mendengar ayat sedemikian. Hati Khairul terlalu suci dan hanya mahukan kebaikan.

"Mak teh..." bisik hati Khairul Iddin. Lemah semangat buat terus hidup sebagai seorang Khairul, yang dibuang kolej, dibenci ibu bapa sendiri. Sesak di dada ditahannya.

Sesaat dua sahaja lelaki itu mampu bertahan di dasar kolam renang. Genggaman tangan Khairul perlahan-lahan terbuka setelah tiada daya dan kekuatan. Buih udara terakhir daripada mulut dibawa ke permukaan air yang tenang di malam hari.

Bunyi terjunan kolam mengisi benak halaman rumah Dato Muhsin.

Diheret tubuh Khairul yang kekal di dasar kolam buat segera naik ke darat, namun bagaikan ada penahan daripada dilaksanakan hasratnya. Sang bapa sedikit terkejut apabila matanya dapat menangkap ikatan tangan yang disengajakan pada tangga kolam renang yang paling bawah. Dato Muhsin cuba sesaat dua buat meleraikan ikatan itu, sayang sekali hasilnya tidak mengubah apa-apa. Tangan Khairul terikat di dasar kolam, sedang anak tunggalnya sudah tidak sedarkan diri.

"Farina, cepat ambil pisau!" Dato Muhsin meraup wajah kasar. Tubir matanya menitiskan air. Dia harus lekas membawa Khairul ke atas sebelum segalanya terlambat.

Kelopak mata Khairul terpejam rapat. Sebelah tangan lelaki itu terikat ke dasar sementara tangan yang lagi satu terapung ditolak daya apungan isipadu.

Sebilah belati tajam digerap Dato Muhsin. Sekali lagi sang bapa terjun menuju ke dasar kolam 2.4 meter di kediamannya. Dia memotong tali itu, tanpa sengaja tercederakan tangan Khairul yang begitu erat terikat. Sudah tidak pedulikan cecair merah pekat berkenaan, nyawa Khairul lebih penting bahkan sedang menjadi taruhan.

Datin Farina menghulurkan bantuan meniarapkan tubuh badan anak bujangnya. Sungguh wajah Khairul teramat pucat, bibir merahnya bertukar putih.

"Khai, bangun!"

Dada bidang Khairul ditekan dengan kedua-dua tangan. Dato Muhsin memberikan tekanan tepat pada sternum rusuk Khairul berkali-kali. Setiap 10 saat, telinga didekatkan pada wajah Khairul untuk memeriksa apa-apa tindak balas.

Dada Khairul terus ditekan dada sebanyak 30 kali berturut-turut kemudian berikan dua nafas mulut ke mulut diberikan. Kitaran yang ketiga disusuli batukan kecil Khairul Iddin.

"Khai," panggil Dato Muhsin. Diiring kepala Khairul ke kiri bagi memuntahkan segala air yang mencemari anak tekak. Kemudian, Khairul kembali terbaring di atas lantai di sisi ayahnya. Bukaan mata Khairul lemah sahaja.

Huluran tuala putih bersih Datin Farina digunakan untuk mengelap wajah dan kepala anak mereka. Khairul dibawa ke dalam dakapan, dadanya diurut Dato Muhsin perlahan. Habis basah baju yang dipakai sang ayah, telefon pintar juga telah tenggelam ke dasar. Keadaan Khairul lebih dipedulikan.

"Papa minta maaf," bisik Dato Muhsin. Ubun-ubun kepala Khairul diciumnya. Dipeluk Khairul dengan balutan tuala pada tubuh. Tekanan yang menghentam anaknya telah membawa ke tahap berbahaya. Entah pada waktu bila Khairul turun ke bawah dan cuba melemaskan diri sendiri di dalam kolam renang kediaman mereka.

Khairul hanya tidak mampu hidup tanpa mak teh di sisi. Lebih baik mati sahaja andai begini nasibnya.

Kerdipan kelopak mata Khairul melemah di sisi sang ayah. Haba badan terkongsi melalui dakapan itu. Terduduknya Datin Farina berdekatan dalam keadaan sayu.

"Papa minta maaf sebab paksa Khai buat benda yang Khai tak suka... Jangan buat macam ni lagi... Papa dan mama sayang Khai." Tidak sangka air mata Dato Muhsin jatuh bercucuran di kedinginan malam. Sekali lagi sisi wajah Khairul dikucup dan didakapnya erat ke jinjang leher sendiri.

"Mama minta maaf, Khai," bisik Datin Farina pula. Kesan luka torehan pisau yang terjadi ketika hendak menyelamatkan anak mereka di dasar kolam renang dipandang lama. Butir mutiara wanita bergelar ibu itu pun gugur.

***
votexkomen
***

maaf lama menyepi! tapi ada ke yg tunggu cerita ni? sebab ramai silent reader je:(

kepada yg komen dan vote, thank you sangat tauuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro