24 Hero

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

"So macam mana pertemuan pertama dengan sugar daddy baru?" Laila tersenyum seperti kerang busuk. Bukan main ceria lagi wajah rakannya sejak dihantar pulang oleh sebuah kereta mewah.

"Seronok!" kata Fatihah.

Dua dara itu duduk di bangku batu taman berhadapan rumah. Rumah di taman perumahan ini adalah kepunyaan ibu bapa Laila, Fatihah pula hanya menginap di sebuah flat yang tidak jauh dari situ. Kurang 20 minit juga jika berjalan kaki.

"Hensem ke orangnya?" Sesi mengorek cerita mengisi senja petang bermula. Laila tak kurang terujanya.

"Lagi hensem daripada gambar dalam website," puji Fatihah. Mungkin ini dinamakan cinta pandang pertama. Tekad buat meninggalkan Ikram menggunung tinggi.

"Untung la kau... Bayangkan dapat sugar daddy umur 50-an... Geli!" Sempat Laila membuat wajah jijik yang kemudian disambut tawaan Fatihah.

"Dia bagi aku RM200 tadi."

"Kaya sangat ke Khairul tu?"

Fatihah menjongketkan bahu dan mencebik bibir. "Katanya office boy... Aku tak tahu sangat dia kerja apa."

Tidak padan pula lelaki bekerja biasa-biasa hendak mengambil sugar baby dengan bayaran yang agak mahal. Kepala yang tidak gatal digaru Laila. "Apa yang korang sembangkan tadi?"

"Banyak sembang pasal aku je. Dia tak sentuh langsung pasal diri dia... Dia tanya aku sekolah dekat mana, susah ke belajar. Tanya pasal mak ayah aku..." terang Fatihah. Perkenalan pertama dia berlangsung begitu baik.

Terangguk fahamlah Laila. Tidak sia-sia hasil cadangan untuk Fatihah membuat akaun di website sugar baby tempoh hari. "Bagus la kalau dia jenis yang ramah bersembang. Kau tak tanya pasal girlfriend atau isteri dia?"

"Dia kata dia bujang dan tak ada kekasih."

"Dia okay ke dengan syarat kau?"

"Ya, dia setuju untuk tak melampaui batas seorang kawan. Aku rasa... Aku suka dia."

Fatihah memyimpulkan senyuman manis. Terasa masa hadapannya semakin cerah jika Khairul terus ada. Untung badan sekali pertemuan makan dibayar RM200. Otak Fatihah ligat berfikir hendak membeli apa pada petang itu. Dia menundukkan wajah ke riba. Duit pemberian Khairul yang terselit dalam tas tangan dilihat lama.

"Awal sangat. Kau tak tahu apa perangai sebenar dia," potong Laila tidak bersetuju.

Pesanan Laila berlalu seperti angin petang yang menerap hadir dan pergi. Fatihah berasa seronok dengan dunia baharunya. "Esok aku kena teman dia outstation 3 hari 2 malam dekat Cameron Highlands."

"Kau nak ponteng sekolah?"

"Bukan selalu." Fatihah mengenyitkan mata.

"Kau jaga diri tau. Jangan sampai balik sekolah nanti termengandung pula." Perasaan berat menghenyak hati Laila. Sungguh dia tak mahu Fatihah terus keluar bermalam bersama-sama lelaki asing di laman sesawang. Kebanyakan lelaki yang memerlukan perhatian sugar baby akan inginkan lebih daripada sekadar borak kosong.

"Takdelah macam tu. Khairul kata cuma nak ajak jalan-jalan je. Kau sendiri kata sugar daddy ni kadang-kadang nak kan peneman je."

"Lelaki ni bukan boleh percaya," balas Laila pula.

Senyuman Fatihah tersemi di wajah. Menyatakan perasaan terujanya ingin bercuti secara percuma di Cameron Highland. "Tapi aku percayakan dia."

"Macam kau percayakan Ikram?"

Terus mood Fatihah menghilang. Nama bekas teman lelakinya tidak patut lagi disebut. Tas tangan dikatup Fatihah. "Jangan sebut nama dia. Aku dah putus dengan lelaki tu."

Laila melepaskan keluhan halus. Niat hendak mencari duit saku secara begini mempunyai risiko yang besar. Maruah mereka berdua akan dijadikan taruhan. "Hm... Aku risau kalau kau pergi. Sebabnya... Aku tak kenal siapa Khairul. Boleh jadi nanti, dia aniaya kau..."

"Kau cemburu kan sebab aku dapat sugar daddy yang elok macam Khairul?"

Sangkaan Fatihah jauh tersasar. Laila mengerutkan kening tidak bersetuju. "Aku cuma risaukan kau."

"Jangan risau, aku pandai jaga diri. Dah lah, aku nak balik. Nanti lewat sampai rumah," putus Fatihah. Hatinya cukup tidak selesa jika Laila terus menerus menyekat kebebasan darah mudanya.

Langkah dibuka dalam keadaan kesal. Sepatutnya sahabat sendiri menyokong akan keputusan yang dibuat. Ini lain pula jadinya.

Gadis berseluar jeans itu memuncungkan bibir. Terkumat kamit sepanjang berjalan di bahu jalan. Tak mahu menolehkan pandangan ke arah Laila. Hatinya menjadi sakit.

"Nak pergi jalan-jalan pun tak boleh ke? Aku bukannya selalu dapat peluang macam ni..." geram Fatihah dibuatnya.

Di usia 17 tahun, sekali pun dia tidak pernah bercuti di mana-mana negeri dalam Malaysia. Terkadang rasa sedih menyengat hati. Hidup malang sebagai anak terbiar amat menyakitkan. Banyak nikmat tak dapat diperoleh.

Sekurang-kurangnya Laila mempunyai ibu bapa, Fatihah pula sekadar memiliki penjaga yakni ibu saudaranya. Perhubungan Fatihah dan sang ibu saudara tidaklah begitu baik. Mereka sering bertelingkah atas perkara yang kecil.

Tidak perasan telah jauh kaki berjalan, jua tidak menyedari ada sebuah kereta yang sedang mengikuti. Semakin lama semakin deruman pacuan empat roda itu menghampiri.

Lalu Fatihah berpaling ke belakang buat melihat siapa yang sedang membunyikan hon kereta. Buat bingit telinga sahaja.

"Ikram," bisik Fatihah. Telapak kakinya terpasak ke tanah.

"Nak aku tumpangkan kau balik rumah?" Cermin tingkap kereta menurun lalu memperlihatkan sang pemandu di dalam. Ternyata itu Ikram dengan senyuman manisnya.

"Aku boleh balik sendiri," khabar Fatihah tidak terusik dengan kehadiran Ikram.

"Masuklah, sayang. Rindu..." pinta Ikram.

Wajah Fatihah tegang sahaja. Tak sudah dengan Laila yang menyakitkan hati, datang pula si Ikram. "Kita dah tak ada apa-apa."

Ikram mengangguk setuju. "Kalau macam tu... Kau pulangkan balik duit yang aku pernah bagi dekat kau."

"Aku takde duit."

Jawapan pendek itu menjemput Ikram menapak keluar kereta. Dia mahu melihat sejauh mana Fatihah berani melawan.

"Kalau kau takde duit, aku tak boleh lepaskan kau." Seraya dengan itu lengan halus Fatihah dicengkamnya.

"Kau bukan siapa-siapa pada aku! Jangan nak kongkong aku," bentak Fatihah. Tangan Ikram habis ditepis kasar. Makin menjadi-jadi pula sketsa sakit hatinya pada senja berkenaan.

Beberapa kenderaan lalu lalang tidak mengendahkan mereka berdua. Jalan yang dilintasi pun bukanlah jalan utama, maka tak banyak pacuan melintasi.

"Wau..." Satu tepukan gemuruh diberikan Ikram. Dia menyindir Fatihah yang dahulu asyik mengikut ke mana sahaja dia pergi, kini menjadi segarang singa.

Sekali lagi lengan Fatihah dicengkam kuat. Lebih kuat berbanding tadi sehingga terbit aduhan kesakitan dari bibir Fatihah. "Kalau kau melawan kuat mana pun, kau takkan dapat larikan diri daripada aku. Kau ni lembik."

Dalam keterpaksaan, Fatihah masuk ke dalam perut kereta. Ruang tempat duduk belakang mahu dijadikan Ikram sebagai tempat pemuas nafsunya. Setelah pintu kereta dikatup, lelaki itu tersenyum.

"Aku tak nak lah!" tengking Fatihah. Badan dikalih ingin membuka kunci pintu kereta berhampiran.

Benar tebakan Laila. Lambat laun Ikram akan mencari cara buat menodai mahkota Fatihah. Bahu gadis kecil dihadapannya ditekan kuat.

"Aku tak nak..." rayu Fatihah.

"Tapi aku nak," balas Ikram. "Siapa nak tolong kau sekarang ni?"

Peha Fatihah turut dipijak dengan tempurung lutut. Seluruh berat tubuh badan Ikram sedang menghimpit Fatihah. Tekanan bahu dan peha tidak tertahan sakitnya.

Air mata Fatihah mengalir dengan sendiri. Dia tahu sesaat sahaja lagi Ikram akan mengoyakkan pakaiannya.

PANGG

Berkecai cermin tingkap di kanan kereta.

Ikram yang hendak menanggalkan tudung Fatihah menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya terdapat seorang lelaki tinggi lampai sedang berusaha membuka pintu kereta yang berkunci. Tingkap kereta dijadikan laluan buat tangan mencapai penyelak kereta.

Ikram turun segera daripada menindih tubuh kecil Fatihah. Dengan tidak semena-mena leher baju ditarik lalu tubuhnya terhumban ke bahu jalan sekelip mata.

DUSH

Tak cukup dengan itu, perut Ikram dipijak lelaki berkenaan. Ringisan kesakitan kedengaran mengisi detik tegang. Ikram tidak mengenali langsung si fulan yang sedang memeriksa keadaan Fatihah di dalam kereta.

***

"Boleh bangun?"

Fatihah menggeleng perlahan. "Sakit..."

Bagaikan hendak patah tulang peha ditindih lelaki seberat 70kg.

Air matanya dikesat satu telapak tangan hangat. Dia yang terbaring berusaha perlahan-lahan hendak bangun. Sakit ditahan, bibir bawah digigit seiring dengan itu. Pergerakan menjadi semakin mudah tika lelaki dihadapannya menghulurkan bantuan. Dia dipapah dengan baik untuk berdiri di luar kereta. Pada mulanya tangan berpaut di atap pacuan Ikram. Hinggalah terasa sedikit kuat untuk berjalan tanpa bantuan, Fatihah mengatur langkah.

Tulang bahu dan peha kedua-dua masih sakit.

"Nak saya hantar balik rumah?"

"Kenapa awak ada dekat sini?" soal Fatihah perlahan. Lengan Khairul dijadikan pautan.

Lima minit berlalu barulah Fatihah menyedari bahawa itu Khairul Iddin. Terselamatlah dirinya daripada jantan sampah seperti Ikram. Rasa takut menghimpit jiwa. Kehadiran Khairul memujuk hiba.

Selang 10 minit pemanduan, Khairul member hentikan kereta hitamnya di kawasan parkir berhadapan deretan bangunan kedai dua tingkat.

Air mata Fatihah menitis-nitis tidak henti. Dakapan Khairul menjadi tempatnya menyelindungkan wajah. Dia membiarkan lelaki itu memeluk. Setidaknya perasaan takut berkurangan sedikit.

" Dah, jangan takut..." pujuk Khairul. Belakang gadis dihadapannya dielus lembut. Tidak kisah baju kemejanya dicomoti tangisan Fatihah.

Figura Khairul yang lebih kepada seorang pelindung menjadikan keyakinan Fatihah kuat bertakhta. Dia akan selamat bersama-sama Khairul. Kasihan gadis naif ini.

"Esok kita nak pergi jalan-jalan. Janganlah sedih," kata Khairul.

Fatihah menarik nafas dalam.

"Lepas subuh kita gerak... Jauh daripada jantan tadi. Mesti dah lama kan awak tak pergi jalan-jalan? Asyik sekolah je..." Aura Khairul membaluti jiwa Fatihah. Lelaki itu lebih pandai memujuk dengan nada suara yang menyejukkan hati, mengelap tangisan hangat tadi.

Tangisan Fatihah menyepi. Sebahagian wajah melekap di bahu Khairul. Betapa rapatnya mereka berdua di dalam ruangan kereta, bahkan Fatihah tidak mahu menjauhkan diri. Dia selesa dengan lelaki itu.

Penyelamatnya.

"Nanti kita makan strawberi coklat dekat sana. Satu sen pun awak tak payah keluarkan duit, biar saya yang bayar. Asalkan awak tak sedih dah..." tambah Khairul lagi. Kali ini senyuman membentuk. Dipandang wajah Fatihah.

Bekas kesakitan tinggalan Ikram diusap Khairul penuh prihatin. Bahu gadis itu yang berlapikkan baju dielusnya. Panahan mata bertaut pada renungan redup Fatihah.

Seorang gadis 17 tahun yang berdahi licin. Masih dara dan bakal menjadi milik Khairul selamanya.

"Saya tak suka baby saya menangis."

Segala tindakan Khairul menyejukkan hati Fatihah. Terlayang dalam taburan kebaikan budi. Yang kelak akan memakan diri.

"Terima kasih," ucap Fatihah.

"Anything for you."

***
votexkomen
***

Makin berdebar apa jadi lepas ni tapi rasanya semua dapat agak dah. Dah suka sama suka. 😓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro