38 Syarat Haji Daud

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Gadis yang membawa kandungan tujuh bulan itu duduk sendirian di pangkin rumah. Dia merenung kawasan sekitar. Hanya jasad yang ada di sini, fikiran jauh melayang ke pelusuk lain.

Sebahagian hati menolak kuat untuk bersuamikan Khairul Iddin. Syaitan itu terlalu kejam di suatu ketika.

Alya terkadang buntu.

Dia berpeluk tubuh tatkala angin petang meniupkan kain selendang. Melihat pada diri sendiri yang telah mengalami banyak perubahan fizikal, masa depannya jauh sudah berubah juga. Bahtera kehidupan dibawa badai untuk berlabuh entah di mana hentiannya.

Khairul itu bukanlah lelaki yang baik. Bahkan seorang penjenayah yang telah merogol dua orang gadis dan hampir meniduri isteri ustaz Mahfuz. Pernah di waktu ketika Khairul melawat di hospital, bau asap rokok menjengah rongga. Lelaki itu seorang perokok. Benda haram seperti arak dan dadah pun berkemungkinan besar tuk menjadi rutin lelaki seperti Khairul.

Tidak pernah sekali Alya berharap tinggi pada manusia hatinya sudah tawar, asyik dikhianati.

"Assalamualaikum, Alya."

Alya mengangkat wajah. Anak mata beralih ke arah lain. "Baik kau pergi sebelum ayah aku bawa parang keluar."

Lelaki berkenaan tidak mengendahkan ancaman gadis yang sedang sarat hamil anak luar nikah. Dia datang mendekati dan memerhatikan Alya yang sedang duduk bersimpuh. Sudah lama tidak bertemu, dia agak hairan melihat perut Alya yang membukit. Gadis kecil yang dikenali selama ini telah sedikit berisi.

"Kau dah kahwin ke Alya?" soal Azzam.

"Kau tak perlu tahu." Selipar di tanah dikuis kaki gadis itu. Kawasan halaman rumah Haji Daud ini terbentang luas dengan redup pokok rambutan di pangkin. Seharusnya petang ini menjadi keselesaan untuk Alya bersantai, lain pula yang muncul.

"Kenapa kau bencikan aku sangat ni? Kita pernah bercinta dulu."

"Itulah benda paling bodoh pernah aku buat. Untuk percayakan lelaki tak guna macam kau." Kulit putih melepaknya jadi kemerahan. Wajah Alya berona menahan perasaan yang berkecamuk di dada.

"Dah suka sama suka atas katil, alih-alih cuma salahkan aku," sindir Azzam. Sengaja mahu menyakitkan hati Alya. Bahu diangkat tanda tidak bersalah.

"Kau tak kahwin lagi, kan?" Azzam melihat jemari bekas teman wanitanya. Sebentuk cincin pun tiada di situ.

Langsung Alya menyorokkan tangan ke belakang. Situasi petang itu mahu segera dileraikan. Keberadaan Haji Daud di surau yang masih tidak pulang seolah memberikan Azzam peluang keemasan buat melakukan sesuatu kepada Alya.

Alya bangkit perlahan-lahan setelah menyarungkan selipar. Lelaki di hadapan sebolehnya tak mahu dilayan. Kelak bikin membarah di hati. Dia mula membuka langkah namun di hadang tubuh bidang Azzam. Azzam mendepakan kedua-dua tangan sambil tersenyum sinis.

Matanya mengerling ke arah perut Alya. "Anak siapa ni kau hamil? Kau ni bodoh sangat percaya lelaki luar, sampai boleh termengandung."

"Kenapa kau datang ke rumah aku?" Alya masih menyoal dengan baik.

"Aku cuma nak get back dengan kau. Tapi... Dah tengok keadaan kau yang menyedihkan, aku matikan hajat aku," terang Azzam. Jambangan bunga ros tiga kuntum dicampakkan ke atas pangkin. Dia membeli gubahan jambangan untuk mendapatkan hati Alya. Sayang sekali bekas teman wanitanya telah jadi begini.

"Baliklah," mohon Alya.

"Tak, hingga aku tahu siapa ayah dalam kandungan kau. Selera betul dia dengan kau yang ada penyakit kelamin. Atau kau terdesak nak kan duit, lepas tu bekerja sebagai ibu tumpang. Jadi doktor suntik benih lelaki tu dalam rahim kau? Dahsyat betul anak imam kampung buat perangai perempuan jalang macam ni."

Vermilion gadis itu terjongket. Senyuman nipisnya membentuk dalam sakit di hati. Dia memandang sahaja lelaki yang begitu berani menghinanya seperti tiada maruah. Alya terlupa, maruahnya telah dicarik Azzam. Berkaca-kaca mata memandang.

" Menangis?" Azzam melangkah mendekati, benar-benar berhenti di hadapan gadis itu. Telapak tangan mengusap wajah Alya yang dirindui. Tiba-tiba sahaja suara dilunakkan memujuk. "Aku dah kata... Semua dekat luar sana jahat."

"Jangan sentuh," bisik Alya. Air mata jatuh berlinangan. Wajahnya dijarakkan daripada terus dielus lelaki bukan mahram berkenaan.

"Tak rindu abang? Abang nak jaga Alya tapi bukan dalam keadaan macam ni. Gugurkan anak haram ni dulu."

DUSH

Khairul menggibas penumbuk kanannya ke udara. Dia terus menerkam lelaki berkenaan hingga Azam terbaring di atas pangkin rumah. Tajam pandangan menikam. "Aku bagi kau pilihan berhambus, atau mati petang ni."

Cengkaman pada leher baju Azzam dikuatkan jerutannya. Meskipun hanya berkeupayaan satu tangan, amarahnya mengetepikan soal kelemahan tangan kiri yang masih belum sembuh.

Bertentanglah mata, lelaki yang terbaring itu tidak berganjak. Dia malah kaku setelah menyedari perogol adiknya ada di hadapan mata. Inilah musuh yang dikejar, cuba dibunuh.

"Khairul Iddin..." kata Azzam tidak percaya.

Khairul menarik batang leher lelaki asing itu, lalu menghumbankannya ke tanah. Dia benar-benar bengang pada perbuatan Azzam yang sudah keterlaluan. Agak menakjubkan bagi Khairul, lelaki itu maklum pula tentang identitinya. Mungkin Khairul tidak mengenali Azzam, namun Azzam menyebut nama Khairul Iddin setiap hari umpama zikir.

"Kau blah sekarang!" tengking anak Dato Muhsin.

"Alya, siapa lelaki ni?" Azzam bangkit dalam keadaan terpinga-pinga.

"Aku suami Alya," jawab Khairul. Nadanya menghiris rantaian soalan yang hendak dituju. "Kau cari masalah dengan Alya, itu maksudnya kau cari pasal dengan aku juga."

Setapak Alya menyorok di belakang Khairul. Pasangan itu hanya memerhatikan tetamu tidak diundang berkenaan berlalu pergi.

"Masuk rumah, Alya. Ayah kau takde dekat rumah untuk halau siapa-siapa..." Motorsikal yang sering diguna pakai Haji Daud tiada di hadapan rumah. Khairul melihat sahaja wajah yang dikotori air mata.

Gadis itu mengesat tangis dengan lengan baju. Dia mengangguk kecil.

Deruman motosikal Haji Daud meleraikan suasana pada petang itu. Kelihatan lelaki tua berkopiah melangkah ke arah mereka berdua sebaik sahaja enjin motosikal dimatikan.

"Azzam datang?" Pemergian Azzam sempat dilihat mata orang tua itu. Tidak sempat dia menghalau, ternyata ada yang sudah menghalau.

"Ayah..." panggil Alya. Pucuk hidungnya yang kemerahan menjadi tatapan Haji Daud. Haji Daud menghela nafas halus. Pantang ditinggalkan sekejap, ada saja masalah yang menghidu.

"Masuklah, Khairul. Aku akan berikan syaratnya," bilang Haji Daud mendatar. Dua hari berlalu tanpa apa-apa cetusan onar daripada pihak Khairul Iddin. Semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Khairul sudi bersabar buat memperolehi syarat-syarat sebelum bernikah dengan Alya.

Ada sebuah sangkaan mengunjungi pemuda tinggi lampai itu. Sepanjang berjalan menaiki tangga rumah, dia banyak mengelamun. Lelaki asing yang membuat kacau bilau tadi pasti mempunyai hubungan dengan Alya di suatu ketika.

Khairul tahu, Alya bukan anak dara di saat dia menjadikan gadis jururawat berkenaan sebagai tempat menghamburkan nafsu serakah. Selaput dara gadis berkenaan telah terkoyak, yang pasti bukanlah Khairul lelaki yang meragut dara Alya. Ada lelaki lain yang telah melakukan  itu terlebih dahulu.

Kepala menoleh ke pagar rumah yang terbuka. Wajah Azzam bermain di fikiran. Tebakan Khairul benar sekali. Itulah lelaki pertama yang pernah meniduri Alya. Dia ini pula hanya pengutip bekas orang seperti mana Mahfuz yang mengutip Fatihah.

***

Masa yang dinantikan lelaki itu akhirnya tiba. Pada mulanya, Khairul menganggar bahawa Haji Daud hanya akan meletakkan syarat hantaran kahwin yang mahal. Maklumlah ingin menantukan orang kaya seperti Khairul, bikin rugi sahaja jika tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Khairul tersenyum kecil. "Apa syaratnya?"

" Syarat pertama... belajar ilmu fardhu ain. Khatamkan kitab pengajian dengan mana-mana ustaz yang thiqah (dipercayai)."

Semakin kendur senyuman lelaki itu.

"Kedua, solat subuh setiap hari di masjid. Ketiga, berhenti merokok. Aku tak nak ada bau busuk asap rokok datang ke dalam rumah aku lagi macam hari ni."

Umpama satu jenaka di petang hari. Manakan semua itu dapat dilakukan Khairul dalam masa terdekat. Lalu menggelenglah dia dengan wajah tidak percaya. Diingatkan Haji Daud sekadar bergurau.

" Pak cik bergurau, bukan?" Khairul menyoal.

"Itu sahaja syarat yang aku tetapkan. Kalau kau berjaya patuhi, aku akan nikahkan kau dengan Alya. Kalau kau tak mahu, mimpikan saja hajat kau nak sentuh bayi Alya," ujar Haji Daud mendatar. Sarat kandungan Alya yang hampir tujuh bulan dipantau setiap hari oleh sang ayah. Tentang pinangan Khairul tidak akan diambil mudah. Ini soal masa hadapan Alya juga.

Tiga syarat yang berat. Niat di hati hanya ingin menjaga Alya. Apa yang susah sangat?

Orang tua seperti Haji Daud hanya mahu menyusahkan penyatuan dua jiwa. Tawaran berkenaan dimenungkan Khairul sesaat dua. Dia kembali mengangkat wajah.

Rasanya tidak adil jika begini. Lagipun Alya itu bukan perawan, sudah ditebuk lelaki lain sebelumnya. Khairul menggeleng tidak puas hati.

"Pak cik, kenapa nak letak syarat macam-macam? Pak cik patut bersyukur ada orang nak jaga anak pak cik yang dah terlanjur... Masa saya rogol dia tu, saya dapat rasa yang ada lelaki lain pernah berzina dengan dia," balas Khairul selamba. Padanya segala syarat itu kedengaran bak jenaka. Manakan mampu untuk solat subuh berjemaah di masjd setiap hari? Penzina sepertinya tidak ingin berubah. Masa mudanya mahu digunakan lagi buat berfoya-foya.

" Habiskan minuman kau dan keluar dari sini. Cukup sampai saat ni kau tunjukkan muka pada keluarga aku," balas Haji Daud tenang. Tidak guna bertekak dengan ego seorang anak bandar. Mereka ini cuma keluarga kampung dan tidak setaraf dari aspek harta.

"Pak cik... Niat saya baik. Berapa wang yang pak cik nak? RM50 ribu? RM100 ribu? Saya boleh bayar asalkan Alya diserahkan pada saya." Tekak Khairul tidak merasa mahu meneguk air teh panas di meja.

"Aku tak menjual anak. Simpan kesemua duit kau. Kami tak kebulurkan duit siapa-siapa." Haji Daud memandang pemuda di hadapannya. Diikutkan rasa, parangnya akan sampai ke leher Khairul petang itu juga. Khairul terlalu naif dan asyik membesarkan nafsu dunia.

"Dah tu? Kenapa nak letak syarat merepek?" langsung tidak berpuas hati. Dasar orang tua tak reti bersyukur, itulah cemuhan Khairul.

"Untuk lihat sama ada layak atau tak lelaki yang nak jaga anak aku. Kalau setakat duit saja banyak, ilmunya tak ada... lebih baik aku saja yang jaga Alya. Kalau buruk perangainya, nanti Alya juga yang jadi mangsa. Kalau tak reti bezakan rezeki halal haram, anak cucu aku akan makan makanan haram. Kau tak mampu penuhi syarat aku? Baliklah. Cari perempuan lain untuk layan nafsu kau... Alya tak perlukan suami, tapi dia perlukan seorang imam."

Itu sahaja balasan Haji Daud. Orang tua itu bangun dan beransur pergi, wajahnya kelihatan kecewa. Walaupun niat Khairul baik, namun mustahil untuk seorang ayah serahkan anak perempuan yang dijaga sejak kecil kepada seorang lelaki jahil.

Khairul juga bangkit.

Perkara mudah mahu disusahkan. Sudah ada lelaki hendak menuntut bela, mahu jual mahal pula. Walhal maruah Alya bukanlah mahal mana sehinggakan syarat merepek harus Khairul patuhi.

Belajar agama? Mati hidup semula pun tidak akan sesekali Khairul melakukan sedemikian. Tiada siapa berhak menyuruh dia melakukan itu ini.

***

votexkomen
***

Macam mana ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro