51 Lia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Kelopak mata ditarik naik. Anak matanya mengerling ke sekeliling.

Dia berseorangan di situ. Terbaring di atas katil bujang sebuah rumah berdinding kayu.

Liur ditelan perit. Seperti dicucuk saluran esofagus dengan miang buluh setiap kali mahu menelan liur sendiri. Alunan dada jua terasa lemah. Naik turun rusuk tidak seperti selalu. Dia terpaksa memberikan lebih tenaga semata-mata untuk mengalirkan udara ke luar dan dalam badan.

"Ya Allah..." bisik Khairul. Seluruh tubuhnya berasa sakit walaupun sekadar berbaring di situ.

Rasa dahaga bukan kepalang. Dia mahukan air tuk membasahi keperitan anak tekak.

Seketika terdengar gelak ketawa asing di luar rumah.

"Padan muka." Hilaian ketawa seorang perempuan mengulang ayat yang sama. berkali-kali. Pada ruang tingkap yang terbuka, seperti ada satu mata merah bercahaya sedang mengintainya yang kini terlentang lemah.

Khairul memejamkan kedua-dua mata. Rasa lemah dan takut bercampur baur. Bunyi cengkerik di rumah kampung berkenaan menjadi irama yang mengerikan setiap kali ada suara asing menerpa.

Mulut mahu membaca beberapa kalam Alquran, tetapi dadanya kosong. Tidak terlintas apa-apa ayat suci buat mententeramkan hati. Makin kuat hilaian ketawa berkenaan mentertawakan Khairul yang ketakutan. Bagaikan lembaga hitam itu telah berada di sebelah. Suaranya lebih jelas kedengaran mengusik Khairul.

Nafas yang mahu ditarik jadi tersekat di anak tekak. Hendak meminta tolong namun tiada sepatah suku kata dikeluarkan.

Kedua-dua kaki menolak selimut menjauhi. Wajahnya terlangut ke siling rumah, mencari sisa nafas yang berbaki.

Kehadiran Haji Daud di saat kemelut sakitnya, memulangkan kembali daya pernafasan. Khairul tercungap-cungap  dengan mulut yang terbuka. Peluh dingin merembes tidak henti di ruas dahi dan ceruk lehernya.

Hilang hilaian ketawa itu daripada terus mengetuk pintu gegendang telinga. Kini yang kedengaran hanyalah lantunan ayat suci Alquran daripada bibir imam kampung di sebelahnya.

"Khairul tidur dengan pak cik lah malam ni... Bahaya tidur sorang-sorang," kata Haji Daud sambil memandang wajah pucat Khairul Iddin.

Pemuda itu mengangguk akur. Hati masih terkejut, dikira ajalnya sudah hampir tadi. Makhluk itu benar-benar mahu membunuhnya.

Haji Daud memapah Khairul, membantunya perlahan-lahan menapak kaki ke kamar utama. Pada malam itu Hajah Norma beradu bersama-sama Alya dan bayi mereka di kamar yang lagi satu. Malam yang panjang buat mereka sekeluarga. Bermula dengan muntah darah Khairul ketika maghrib, disusuli tangisan Zahra yang tidak henti.

Ada sesuatu sedang menanti di luar pagar rumah Haji Daud. Puteri kecil Khairul tidak berasa senang dengan kehadiran makhluk itu. Lama berteriak hingga akhirnya terlelap sendiri pada jam 12 malam.

"Minumlah air yassin ni," bilang Haji Daud. Sebotol air mineral 500ml dibuka penutup sebelum di hulurkan kepada tangan Khairul.

Khairul yang bersandar pada bahu katil menarik nafas dalam. Dadanya masih sakit namun tidak seperti waktu maghrib sebelum ini.

"Ada orang hantar 'benda' dekat kau. Rehatlah, Khairul. Esok kita minta bantuan untuk berubat."

"Siapa?" bisiknya lemah. Titisan air mata di tubir pantas dikesat dengan perut telapak tangan. Rasa sakit kali ini jadi semakin teruk. Dia bisa bertahan pada gangguan di malam hari kecuali jika berlaku serangan yang entah dari mana.

Rasa takut beransur ganti.

"Usahlah fikir. Kau rehat sahaja malam ni," balas Haji Daud. Hati tuanya kasihan melihat keadaan Khairul yang sebegini.

Hendak diluahkan sangkaan kemungkinan bahawa penghantar santau ini barangkali sama seperti cubaan menyantau Alya melalui makanan tempoh hari. Tetapi Haji Daud memilih untuk berdiam diri, tak mahu memberatkan fikiran Khairul yang sudah keletihan.

Khairul meneguk air yassin itu beberapa kali. Setidaknya rasa bisa dan miang yang menyucuk badan sedikit berkurangan berkat air itu. Dia kembali berbaring lalu mengatupkan kelopak mata.

***

Ritual pada setiap malam Jumaat dituruti Azzam. Tingkat teratas sebuah bangunan lama dijejakinya tanpa sebarang gentar. Makhluk itu memerlukan 'makanan' untuk terus melaksanakan perintah bagi membinasakan Khairul Iddin. Di dalam kegelapan malam, cahaya lilin menerangi ruangan bangunan terabai itu.

Senyuman Azzam terbentuk, rasa puas mendengar jeritan Khairul memenuhi hasrat di hati. Sengaja bersinggah ke seberang rumah Haji Daud, mahu memastikan makhluk suruhannya menepati janji. Dia semakin galak mentertawakan keadaan yang menimpa calon menantu Haji Daud.

"Matilah kau, Khairul. Kau bunuh adik aku..." katanya.

Ayam jantan berwarna hitam bulu pelepahnya dicampakkan ke penjuru bilik. Menitis-nitis darah membasahi lantai sebaik sahaja pisau dihunuskan ke urat tekak haiwan berkenaan, menjadi makan malam pendampingnya. Beberapa ayat yang pernah diajarkan bomoh dibaca Azzam. Terkumat kamit, mahu menyeru lembaga hitam yang berkhidmat dengannya mendapatkan habuan.

Deruan bayu malam menerpa kulit lengannya.

Kedua-dua hujung bibir terjongket naik.

Bayang-bayang hitam terlihat di dinding bangunan usang itu. Azzam tidak bersendiri. Pendampingnya sedang melantak hidangan. Bau hanyir darah ayam membaluti rongga hidung tidak direndahkan Azzam lagi. Ini bukan kali pertama dia memberi makanan pada makhluk itu.

Umpama menjadi tuan baharu.

Bahana di hadapan mata langsung tidak terlihat dek dendam yang memenuhi dada.

Usai melakukan ritual pada malam itu, dia menuruni anak tangga dengan hati yang riang. Bibir dimuncuncungkan, angin siulan mengisi perjalanannya ke tingkat bawah. Betapa gembira diri pada malam itu. Kunci kereta dilambungkan ke udara lalu cuba digarap.

Sayang sekali gugusan kunci jatuh ke lantai bangunan. Agak sukar buat Azzam  mengesan di mana tempat jatuhan kerana kekurangan sumber cahaya. Dia mengecilkan mata sambil teraba-raba mencari kunci keretanya.

Yakin bunyi jatuhan hanyalah berhampiran, tidak jauh. Tubuh dibongkokkan mahu mencari barangnya.

Seketika, hujung jari bertemu dengan kaki seorang gadis tidak berkasut ataupun berselipar. Lelaki itu terpaku.

"Abang."

Suara yang amat dikenali Azzam. Mukanya dilangut ke atas. Alangkah terkejut, itu Lia yang sedang memandang. Mata bundarnya membalas pandangan Azzam di bawah kegelapan malam. Hanya sedikit sahaja cahaya mengizinkan susuk tubuh kelihatan.

Kunci kereta diambil lalu dia berdiri tegak. Bersikap tidak endah, berpura-pura seperti tidak terlihat apa-apa yang aneh.

"Abang yang bunuh Lia," bisik suara itu lirih.

"Mengarut. Khairul yang bunuh kau!" tempik Azzam. Bergema suaranya dilantunkan dinding di kiri dan kanan bangunan. Rasa geram menyucuk dada.

"Khairul cuma rogol Lia. Yang bunuh Lia dari dalam ialah abang. Alya juga kena rogol, tapi dia mampu hidup bahagia tapi Lia tak... Sebab ada abang yang perangai macam dajjal." Suara itu berbisik  ke tepi telinga.

"Tak, aku tak bunuh kau," bilang Azzam. Kepala menggeleng berkali-kali. Matanya meliar ke sekitar kegelapan malam, mencari susuk tubuh Lia yang terlihat tadi. Retina hitam mengembang, tiada sesiapa pun di situ. Yang ada cuma beberapa serangga kecil merayap di dinding, menghasilkan bunyian.

Azzam mempercepat langkah menuruni anak tangga yang terakhir.

"Tak mahu mengaku? Abang hanya nak selamatkan diri daripada rasa bersalah. Semua kesalahan abang hempap atas Khairul," kata suara itu lagi. Nadanya makin keras seperti mahu mempersalahkan Azzam. Lantunan kata-kata sangat dekat kedengaran. Lelaki itu pun berpaling ke kiri dan kanan.

Pintu keluar ditujunya pantas. Diredah semak samun setinggi satu meter buat sampai ke pacuan yang terparkir jauh di atas tanah denai.

Jantung berdetak laju. Sesekali mata mengerling ke arah bangunan tiga tingkat yang baru sahaja ditinggalkannya. Tangan sedikit menggigil mahu memasukkan kunci kereta. Seminit berlalu, enjin kereta tidak pun dihidupkan. Dia jadi kosong, tidak tahu hendak berbuat apa untuk menggerakkan kereta dek rasa takut yang menghantui diri.

Lembaga yang menyerupai Lia sedang berdiri terpacak di hadapan kereta, mencerlung tajam ke arah Azzam.

"

Balas dendam ini tak akan selesai. Khairul dan abang patut mati sekali."

***
votexkomen

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro