Epilog 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tiga hari..." Khairul menjatuhkan kepala.

Buat ke sekian kali, Alya akui untuk memahami seorang lelaki itu teramat sukar. Detik sepi berkunjung. Hati rapuhnya tak mampu membalas apa-apa.

Ayat terakhir Khairul tidak disambung dengan patah perkataan lain. Khairul membisu di sisi.

Tidak lama selepas itu, air mata jantannya jatuh menitis. Dia memejamkan mata seerat mungkin, cubaan menghalang aliran tangis sendiri. Dia tak mahu Alya melihat dia yang begini. Bukanlah tiga hari itu untuk Alya tetapi sebaliknya buat dia, Khairul Iddin. Buat dia bertenang dan tidak bercakap lepas seperti pada malam itu. Andai berterusan bercakap tanpa berfikir panjang, inilah jadinya.

Pertama kali, tuk melihat Alya menangis kerananya. Menangis kesakitan, mungkin juga kebencian. Dia tidak tahu yang mana satu. Yang pasti setiap kali Alya menitiskan air mata, jiwa suaminya tergugat.

"Kenapa abang paksa saya buat pilihan?"

"Abang takut abang akan sakitkan awak lagi... That's why I m letting you to chose your own path. You still young and deserve a better future rather than staying with a bratt like me."

Pernah sekali.

Situasi yang hampir sama, namun insan kesayangan tidak tahu akan perkara sebenar dan insan itu ialah mak teh. Mak teh hidup bahagia atas pembohongan Khairul. Situasi kini pula berbeza. Alya sudah tahu Khairul Iddin mencuba kembali pada perangai lamanya. Dan itu teramatlah menyakitkan buat Khairul sendiri. Dia sayangkan Alya, sebahagian dirinya pula tersisa pada kisah lama.

Alya membalas dengan sebaris soalan. "Abang sayang saya?"

"Sayang."

"Kita baiki."

"Susah." Sudah puas menghambur, menyakitkan Alya tanpa sedar dan memenangkan ego. Tekak lelaki itu berpasir.

Gadis di sebelah pula tidak mengalihkan pandangan pada profil sang suami.

Barulah mengerti bahawa tiada manusia yang sempurna.

Tiada.

Setiap mereka, setiap dari manusia, punya sesuatu yang mereka bergelut. Perjuangan yang tidak berpenghujung. Perjuangan yang tidak akan disedari sesiapa melainkan diri sendiri.

Diingatkan Khairul sudah berubah sepenuhnya adalah suatu tanggapan salah. Sisa jahiliahnya masih ada tersemi. Kini, terbuka pula di hadapan Alya.

Sebolehnya gadis itu mahu mengamuk lebih lagi, mahu meraung semahunya dan hendak membidas penyataan ego Khairul. Tetapi siapa dia tuk menghukum?

Itu tidak akan menyelesaikan kemelut rumah tangga ini.

"Saya terima abang. Saya nak hidup dengan abang," bilang Alya kepada lelaki itu. Setelah berfikir buat beberapa ketika. Setelah jauh, sejauh ini mereka perjuangkan hubungan.

Berat pada Khairul. Bagi menerima hakikat bahawa Alya terluka kerananya . Dia menggeleng sebelum merehatkan diri ke pembaringan. Pandangannya ke siling. Tubir mata kelihatan bercahaya dengan pantulan lampu tidur.

"Saya tahu kisah silam abang macam mana. Fatihah pernah ceritakan..."

"Jadi kenapa masih pilih untuk kahwin dengan saya?" Sedar diri itu terlalu banyak kekurangan.

"Sebab apa yang Fatihah ceritakan tu cuma masa silam. Waktu sekarang, Khairul yang saya kenal sangat berbeza. Masa silam ialah sebahagian daripada abang... kita tak boleh padam. Yang boleh kita baiki ialah waktu sekarang. Baiki lagi dan lagi..."  Sejuta harapan. Alya memaksa diri menyimpulkan senyuman manis. Agak kejam jika hendak membuang segala pengorbanan Khairul Iddin selama ini. Baru satu kesilapan yang dibuat, tidaklah menguburi segala itu.

Senyuman manis Alya berjaya menangkap pandangan Khairul. Betapa kuatnya gadis ini. Dia memandang jauh ke dalam retina hitam suaminya. Tangis ditahan.  "Layanan abang pada saya... pada Zahra... sangat berbeza dengan cerita Fatihah. Fatihah kata abang panas baran, kaki pukul.  Malam ni, abang boleh lagi cakap baik dengan saya dan ajak berbincang walaupun tengah geram. Abang tak nampak? Yang abang jadi lebih baik dari sebelum ni. Cuma, iyalah. Takde manusia yang sempurna... Abang tetap buat silap. Tapi tak apa, kita boleh baiki. Macam abang baiki solat sebelum ni dengan ayah... Abang dah banyak sangat berubah. Pernah tak saya cakap? Yang saya bangga dengan abang..."

Kelopak mata menjatuhkan linangan air. Sekali lagi Khairul menangis, dalam pandangan isterinya. "Abang minta maaf, Alya."

Ya, Khairul mula meletakkan segala salahnya tadi di atas bahu. Berasakan seperti raksasa yang akan mengurung Alya dalam sangkar fantasi. Itulah penyebab untuk dia bertekad mahu berpisah.

Andai perpisahan benar-benar terjadi, Khairul akan jatuh kembali dalam lembah kemurungan kerana Alya dan Fatimah Azzahra adalah kekuatannya.

Kering sudah air mata di pipi Alya. Sembap matanya terpamer. Tangan perlahan-lahan mendakap tubuh suami. Pelukan itu dibalas Khairul Iddin yang turut hauskan kasih isterinya.

"Saya nak tanya satu perkara." Alya mengusap rahang lelaki itu. Merah mata suaminya dek menangis ditatap sementara menunggu Khairul membalas.

"Apa?"

"Abang akan cuba lagi untuk berubah?"

"Ya."

Jawapan ini mengubati hati Alya.

"Betul ke abang nak hantar saya balik rumah ayah malam ni?"

"Ya."

Namun, jawapan soalan kedua ini pula membungkam jiwa. Alya tidak ingin berjauhan dengan Khairul Iddin. "Tapi kenapa? Kita boleh baiki balik..."

"Abang tahu awak terima abang. Tapi abang perlukan masa... Untuk terima yang awak dah tahu banyak sisi gelap abang," kata Khairul.

Gugur air mata sang isteri. "Saya terima abang."

"Abang perlukan masa, sayang. Untuk baiki balik," pinta Khairul lembut. Air mata itu diseka dengan ibu jari.

"Tiga hari?" Kembang kempis hidung merah Alya. Dia menangis. Takut kehilangan, berjauhan dan berpisah.

"Mungkin sebulan."

"Sebulan??" Lagilah lebat tangisan.

"Ya. Awak dan Zahra duduk dekat rumah ayah sepanjang tu. Abang nak bersendiri."

"Ta-tapi..." Jeda. Andai ini yang Khairul mahukan, tidak mengapa. Lelaki itu bukanlah kanak-kanak, usianya hampir mencecah 30-an. Alya harus menghormati keputusan itu meskipun perit ditanggung. Sejujurnya, dia belum puas mengubati diri dengan pelukan tadi. "Okay, abang ambil lah masa abang. Tapi janji abang akan datang balik?"

"Ya, abang janji." Khairul mengangguk dan tersenyum nipis.

***
bersambung...!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro