Bab Lapan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Xandra Olive mengeluarkan kunci dari begnya. Dia membuka pintu pagar tadika.  Lalu dia membuka suis aircon. Dia meletak beg di atas meja sebelum menuju ke dapur untuk memasak air. Ketika dia tengah mengisi air di jug eletrik, tiba-tiba seekor kipas terbang ke arahnya Xandra Olive membuatkan jug yang di tangannya dicampak.

"Adoi!" Kata Umar Affan.

Dengar sahaja suara yang dia kenalinya, terus badannya memusing.

'Alamak! Jug melekat kat dahi Tuan Umar pula! Matilah aku!' Xandra Olive marah dirinya sendiri.

"Teacher, are you okay?" Tanya Umar Affan.

'Eh?! Sepatutnya aku yang tanya macam tu,' desis hati kecilnya Xandra Olive.

"I am Okay. And I apologize for sticking close to Tuan Umar's forehead," kata Xandra Olive.

"It's okay. Hmm.... Teacher duduk diam-diam kat situ," kata Umar Affan.

"Ah!? Why?" Tanya Xandra Olive pelik.

"Teacher relax okay,"

Umar Affan pun melangkah ke arah Xandra Olive. Dan tangannya mencapai sesuatu dari atas tudung wanita itu.

"Ada apa kat atas tudung saya?" Tanya Xandra Olive.

"Ni ah," jawab Umar Affan sambil menunuk seekor lipas ke Xandra Olive.

"Arghh!!! Bawa benda tu jauh-jauh dari saya. Saya geli," arah Xandra Olive.

Umar Affan pun mencampak lipas itu ke luar jendela dapur.

"Tak sangka ye teacher takut juga dengan lipas," kata Umar Affan.

'Nak ejek akulah tu,'

"Saya bukan takutlah. Tapi gelilah," balas Xandra Olive.

"Yela. Oh ye, saya nak bagi tahu yang si kembar tak dapat datang sekolah tau hari ni,"

"Tak datang? Kenapa? Si kembar tak sihat ke?" Tanya Xandra Olive bertubi-tubi.

"Eh taklah. Tok mak dan Tok ayah dia datang dari Amerika. And mereka nak bawa si kembar jalan-jalan," jawab Umar Affan.

"Oh okay. Oh ye, persiapan majlis ulang tahun si kembar dah siap ke?"

"Dah separuh siap. Tapi tulah, kek belum ada lagi,"

"Kenapa tak tempah?"

"Teacher tahu kan saya busy dengan kerja. Mana ada masa nak buat semua itu. Tu pun saya upah orang untuk siapkan majlis si kembar tu,"

"Hmm.... Kalau macam tu, kek biar saya buatlah. Lagi pun majlis tu malam ni kan?"

"Yup. Tapi teacher tak penat ke? Siang mengajar. Dan petang pulang mesti teacher dengan harian teacher kan?"

"It's okay Tuan Umar. Saya boleh aje buat kek itu. Bukan lama pun. Campak-campak aje dah siap,"

"Hmm... Kalau teacher dah cakap macam tu, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Nanti teacher bagi no account kat saya. Nanti saya transfer duit untuk beli barang-barang buat kek,"

"Eh takpelah. Barang-barang buat kek tu saya dah ada. Lagi pun saya ada kedai bakery sendiri. Tuan simpanlah duit tu. Ataupun tuan sedekah kat orang-orang yang memerlukan," tolak Xandra Olive.

"Baiklah. Kalau ada yang kurang, teacher call saya ye,"

Xandra Olive mengangguk. Umar Affan pun pergi dari tadika. Dari jauh ada seorang lelaki memandang mereka berdua. Kedua-dua tangannya sudah gengam kerana marah melihat mereka yang sembang mesra itu.

......

A

lex Nubhan menghempas tubuhnya di kerusi kulit. Hati dia seperti api bara kerana melihat crush nya berbual dengan lelaki lain. Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya di buka.

"Encik Alex, ni saya ada ba...."

"Kau berambus!" Halau Alex Nubhan.

"Baik encik Alex,"

Orang yang masuk tadi pun keluar balik.

"Bos kau tu dah kenapa? Pagi-pagi dah naik angin?" Tanya Saleha Husna.

"Entahlah," jawab Rossa Adelin.

"Period kot," kata Zakwan Amir.

"Mungkinlah," balas Rossa Adelin.

Mereka bertiga ketawa.

"Tak guna punya jantan. Berani-berani dia sembang dengan crush aku. Dia memang nak mati ke ah?" Marah Alex Nubhan.

"Apa bising-bising ni? Sampai kat tingkat atas dengar?" Tegur Hairul Haziq.


"Huh!" jawab Alex Nubhan.

"Kau dah kenapa wei? Pagi-pagi dah naik angin?" Tanya Hairul Haziq.

"Kau nak tau tak, ada seorang mamat ni, boleh pula dia sembang dengan crush aku," jawab Alex Nubhan.

"Siapa? Xandra ke?"

"Yela siapa lagi crush aku kat kolej tu,"

"Hmm... Mungkin mamat tu parents yang hantar anak kat tadika Xandra kan?"

"Parents apanya. Kalau dah sembang mesra macam tu," kata Alex Nubhan.

"Alah kau ni. Biasalah tu parents bercakap dengan Xandra. Nama pun tadika kan? Kau ni kuat sangat cemburu lah," balas Hairul Haziq.

"Mestilah aku cemburu. Aku crush dia dari kolej sampailah dia bercerai tau,"

"Kau ni, dah,dah lah tu. Kau nak cemburu kenapa pula? Bukanya kau dengan Xandra ada apa-apa pun kan?"

"Kau tak faham Erul. Bertahun-tahun aku suka kat Xandra tau. Mana mungkin aku nak lupakan dia macam tu je,"

"Haih... Tulah kau. Aku suruh kau luahkan perasaan kat dia tak nak,"

"Aku bukan tak nak. Tapi aku ta..."

"Takut dia tolak cinta kau macam tu?" Teka Hairul Hazriq.

Alex Nubhan mengangguk.

"Kau tak luahkan lagi macam mana dia nak tolak cinta kau? Macam nilah, kalau betul kau suka dia, kau pergilah jumpa dia dan berterus terang kat dia. Aku tengok kau pun dah macam ayam berak kapur je," cadang Hairul Hazriq.

Alex Nubhan tidak menjawab.

"Okaylah aku nak sambung buat kerja dulu. Fikirlah apa yang aku cadangkan tadi. Ciou!"

Hairul Hazriq pergi. Alex Nubhan memusing kerusinya menghadap ke luar jendela.

~bersambung~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro