Bab Tiga

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setitik demi setitik darah pekat keluar dari plastik hitam yang di letak di pembuangan sampah. Kebetulan seorang lelaki tua lalu di kawasan tersebut. Tapak kasutnya terpijak sesuatu yang berair dan percik ke baju lelaki tersebut. Lelaki tua itu menunduk dan mengambil sehelai kertas untuk lap di kasutnya. Tetapi hidungnya terbau sesuatu yang sangat busuk. Dia hidu bau busuk itu sehinggalah dia berdepan dengan sebuah plastik hitam. Dia yakin bau busuk itu datang dari plastik hitam tersebut. Dia pun membuka plastik itu dan terkejut.

"Manusia ke ni?" Tanya lelaki tua itu terkejut.

Dengan agak panik dia telefone polis. Nasib baik dia tak terkena serangan jantung dek terkejut.

Berita tergempar!!! Seorang lelaki tua telah menjumpai seorang kanak-kanak yang sudah di kerat 18 menemui di pembuangan sampah kawasan rumah. Kes kanak-kanak tersebut masih di dalam kawalan polis. Tidak ada apa-apa bukti yang curiga sekeliling pembuangan sampah.

Umar Affan menutup television. Dia mengeluh berat.

"Kenapalah manusia sangat kejam? Dia tak fikir ke seorang kanak-kanak tu adalah anugerah dari tuhan dan pembawa rezeki untuk kita? Kenapa mereka sanggup membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah? Mereka bukannya tau apa-apa. Kenapalah masih ada manusia yang kejam di muka bumi? Aku mesti buat sesuatu," kata Umar Affan.

Dia keluar telefonnya dan mendail seseorang.

....

Waktu balik sekolah pun sudah berlalu. Ammar Affan dan Amyra Affiyah masih berada di pondok jaga. Dalam waktu yang sama, Xavier Olivia bersama dengan ibunya melangkah menuju ke kereta.

"Mama, tu Myra dengan Ammar kan?" Tanya Xavier Olivia.

"A ah lah. Mereka buat apa lagi kat sekolah? Kan dah waktu balik sekolah," kata Xandra Olive.

"Hmm... Mungkin mereka tunggu driver datang jemput?"

"Tak mungkinlah. Mereka berdua tu pergi dan balik sekolah naik bas taska,"

"Kalau macam tu, Xavier nak ajak mereka sekali lah pergi jalan-jalan boleh?" Tanya Xavier Olivia.

"Boleh. Tapi mama kena call daddy mereka dulu mintak izin,"

Xavier Olivia mengangguk.

Lagu 'Left and Right' yang di nyanyikan Jungkook(bts) dan charlie berbunyi di telefone Umar Affan.

Umar Affan yang saat itu tengah mesyuarat dengan anak-anak buahnya pun angkat panggilan itu.

"Assalamualaikum Cikgu Xandra. Ada apa ye telefon saya? " Tanya Umar Affan.

"Waalaikumussalam... Maaf menganggu Tuan Umar. Saya nak mintak izin nak bawa Myra dengan Ammar pergi jalan-jalan. Boleh tak?" Tanya Xandra Olive.

"Anak-anak saya masih ada kat sekolah lagi ke?" Tanya Umar Affan ingin kepastian.

"Ye. Mungkin mereka tertinggal bas. Lagi pun saya memang nak bawa anak saya pergi jalan-jalan kat mall. Tapi saya kesian kat anak-anak tuan kalau menunggu tuan ambil," jawab Xandra Olivia.

"Baiklah. Saya izinkan cikgu bawa anak-anak saya. Nanti saya sent alamat rumah kat cikgu," kata Umar Affan.

"Baiklah terima kasih tuan," ucap Xandra Olivia.

"Sama-sama,"

Panggilan pun di matikan.

"Macam mana mama? Daddy mereka bagi ke ikut kita?" Tanya Xavier Olivia.

Xandra Olive mengangguk.

Yeah!!! Terus Xavier Olivia berlari ke arah Amyra Affiyah dan Ammar Affuan.

~bersambung~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro