ITY 2 BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ITY 2 BAB 2

SELEPAS menidurkan Ayisha, aku berehat sebentar membaringkan diri di atas katil beralasankan lengan. Yusuff nampaknya dah lena, selamatlah aku hari ni. Sungguh mencabar kerenah Ayisha hari ini, agak lewat anakku tidur.  Hampir jejak pukul 11 malam. Entah kenapa agaknya anakku meragam teruk. Mungkin ini salah satu ujian buat aku bergelar ibu muda. Itulah dulu menggatal sangat nak kejar lelaki kononnya pujaan hati, sekali dah kahwin baru tahu dugaan menjaga anak bagaimana. Tak selamanya indah dalam rumahtangga. Ada pelangi, ada hujan, ada ribut.

Mahu atau tidak aku perlu bersabar. Besar pahalanya. Aku tak boleh mengeluh.

Mataku hampir layu, tapi pergerakan katil disebelah membuatkan aku celik kembali. Yusuff dah bangun ke? Aku teguk liur apabila pinggangku dirangkul dari belakang. Tak cukup itu, belakang tengkukku dikucup lembut. Aku terkaku melayan debaran yang menghinggap. Sesungguhnya sentuhan Yusuff berjaya menggetarkan jiwaku. Lama juga kami tidak seintim ini, semuanya kerana aku selalu tertidur awal disebabkan kepenatan. Lepas itu saja sikap Yusuff juga semakin dingin.

"Sayang... I miss you... Can you seduce me like before?" Meremang terus bulu romaku. Kenapa aku rasa takut sangat. Sejujurnya sejak hubungan kami renggang, aku tak pernah dengar lagi suara romantiknya. Kata-kata rindu juga tiada dibisikkan untukku. Malam ni tiba-tiba dia macam ni sedangkan tadi kasar saja bicaranya menikam hatiku.

"Abang? Saya belum mandi. Er, saya..." Terhenti untuk menyambung kata apabila pinggang ditarik mudah menghadapnya. Matanya galak merenungku, naik seram aku dibuatnya.

"No hal, sayang. I love your scent." Katanya dengan nada menggoda. Aku tak boleh menolak kerana sinar matanya sangat menuntut aku untuk melayani kehendaknya. Aku cuba mengukir senyuman manis, penat macam mana pun suami adalah utama. Aku merelakan.






"A... abang Isha nangis," ujarku perlahan. Aku meminta pengertian dari dia. Naluri keibuanku merombak kuat pabila hampir 2 minit rengekan Isha tidak dipedulikan oleh Yusuff. Aku pula tak sedap hati kerana Isha jarang terjaga pagi-pagi buta begini.

"Sekarang baru fikir anak tu menangis? Sayang nak mengelak ke? Bosan dengan abang?" Yusuff merenggus kasar. Dia rebahkan tubuh bersebelahan aku, melepas kesal mungkin.

"Bukan macam tu. Saya risau kat Isha. Saya minta maaf..." Aku harap dia faham. Pakaian yang berselerak atas lantai aku pakai terus. Tak tunggu pun balasan dari Yusuff.

"Hm... kalau Isha dah okey, datang sini semula. Abang tunggu."

Aku angguk saja dan melangkah deras keluar setelah memulas tombol pintu.

Mataku menangkap wajah sang anak. Merah kerana tangisan. Aku dukung. Terasa berlainan, badan anaknya panas. Dan dahinya aku sentuh. Ya Allah, panas. Segera aku berkejar ke bilik sebelah.

"Abang. Isha demam panas!"

Yusuff mendongak memandangku, riaknya terkejut.

"Sayang bersiap. Kita pergi klinik sekarang!"








"JANGAN sampai jadi apa-apa kat anak abang. Dari awal kan abang cakap jaga Isha elok-elok. Bukan bermalasan, sekarang ni sakit siapa jugak susah? Abang jugak kena cari klinik pagi-pagi buta macam ni. Dah menyusahkan orang."

Aku mengesat hingus anakku dengan perasaan sebak. Terasa gagal menjadi ibu kerana sindiran dari suami sendiri. Dan, perkataan anak abang itu menjadikan hatiku nyilu. Kenapa ya Yusuff tak boleh tenangkan hati gundah aku, malahan dia terus perli aku. Aku pun tak terniat nak menyusahkan sesiapa. Kebetulan Isha sakit...

"Maafkan saya..." Aku akui kesalahan aku. Gugusan air mata turut berderaian, dalam hati aku tidak berhenti mendoakan anak aku hanya sekadar demam biasa.

"Hish, serabut!" Rungutan Yusuff membelah dalam hatiku. Kenapa dia buat aku rasa teruk sangat? Tolonglah tenangkan jiwa aku.

"Anak tu tolong bagi diam. Tahu tak bingit? Aku sakit telinga. Dengan pening kepala aku nak cari klinik."

Aku terkedu. Dia gelarkan dirinya, 'aku?' Mana perginya gelaran abang?

"Abang... kenapa bahasakan diri sebagai aku?" soalku tidak dapat tahan dari terasa hati. Takkan kerana hari ini, Yusuff hendak terus-terusan bercakap kasar dengan aku sehinggakan bahasakan dirinya sebagai 'aku.' Itu dah melampau.

"Ikut suka aku lah. Kau diamkan Isha tu, jangan buat aku naik angin."

Ombak berhempas memukul dadaku kuat kerana kasarnya bicara Yusuff, seperti tidak memikirkan langsung perasaan aku yang berdarah ini. Sangat - sangat perit. Aku tunduk, kertap bibir dengan berusaha memujuk sang anak. Berbagai cara aku gunakan dengan deraian mataku turut berambu. Sudah lama gelaran aku dan kau tidak digunakan. Setega itu Yusuff... Dia berubah hati ke? Atau sudah tawar hati dengan aku?

"Itulah nak jadi ibu pun kena belajar. Jangan asyik nak berangan sebab kahwin dengan lelaki kacak dan berharta macam aku. Harta tu pun kerja keras aku. Siang sampai ke malam aku kerja untuk kau dan Isha. Kau tak boleh duduk rumah bersenang lenang goyang kaki tanpa hiraukan anak." Nadanya keras, masih tak jemu menguris sekeping hatiku. Isu pemalas masih dilabel pada aku. Sendat rasa di dada. Seperti ditumbuk-tumbuk.

"Hari ni baru Isha merengek. Bukan selalu... Kenapa abang dari tadi nak salahkan saya? Sebab saya diam, abang boleh suka hati nak sindir dan marah-marah saya?" Tak dapat ditelan saja tuduhan itu, aku sembur dengan bicaraku. Tangisan Isha sudah berunsur, kelihatan anakku pejam mata, pasti penat sangat. Maafkan mama, sayang...

"What? Baru hari ni? Aku masih belum pekak, Asiah. Ya, walaupun bukan hari-hari. Tapi tiap kali aku balik mesti Isha merengek. Dan, kau macam tak pandai nak jaga dia. Ingat aku tak perasan kau selalu berangan. Entah apa difikirkan, mesti dah bosan hidup berumah tangga kan? Bosan jaga anak? Ke kau sebenarnya nak hantar Isha kat taska atau rumah pengasuh? Supaya kau boleh shopping sakan?"

Tak disangka Yusuff terus merobek jantungku. Tidak berlapik langsung kata-katanya dengan nada meninggi. Seperti melepas semua kemarahan kepadaku. Sudahlah dituduh aku bukan-bukan, dan dikatanya aku hendak shopping sakan? Sejak bila pula aku teringin sangat nak perabis harta dia? Pakaian aku pun sekadar biasa-biasa.

"Saya mengaku saya kurang pandai jaga anak. Saya pun baru pertama kali ada pengalaman jaga anak sulung. Semua ibu pun macam tu sebab kurang pengalaman. Tapi abang tak boleh nak tuduh saya ni berangan sebab nak shopping bagai. Saya bukan perempuan kaki kikis!" nafiku sekerasnya, walaupun nadaku tidak meninggi. Tidak mahu sang anak sakit telinga mendengar kami bertelagah.

"Masih nak menafikan? Aku tengok pun sejak akhir-akhir ni kau malas nak layan aku. Asyik mengelak bila aku nak sentuh kau dengan alasan penat. Tanggungjawab isteri yang satu tu pun kau abaikan. Lagilah tangggungjawab jaga anak, kan? Kau sebenarnya kenapa, Asiah? Dah tak sanggup jadi isteri aku?"

Isu itu dibangkitkan. Aku tekan dada yang terasa sangat sebu, menular darah hasil dari torehan bicara Yusuff terhadapku. Pandangan aku buang ke luar tingkap, aksara tidak terungkap untuk membalas. Teruskan saja sakiti aku, Yusuff. Manik-manik yang menelusuri cengkung pipiku terbiar begitu saja. Lelah hendak menghapuskannya.

"Ke kau ada sembunyi sesuatu belakang aku?" Sengaja dikuatkan suaranya bagaikan mahu telingaku terbakar kerana tebaknya itu.

Aku tarik nafas yang begitu menyesakkan. Kekuatan digali, kemudian aku membuka mulut. Ingin membalasnya juga dengan sindiran.

"Atau abang yang ada sembunyikan sesuatu?"

Kedengaran tawanya terletus, seakan mengejek aku.

"Kau yang sembunyi. Kau cakap aku pula?"

"Dah lah abang. Kesian Isha, abang cakap kuat-kuat macam tu. Nanti dia nangis lagi macam mana?" Terus aku hentikan bicaranya daripada menular yang tidak tentu hala. Semuanya menyakitkan hati.

"Tahu pulak sekarang risau anak menangis."

"Salah saya... Saya minta maaf, tapi jangan tuduh benda yang saya tak buat. Saya takde sembunyi apa-apa dari abang. Satu pun takde." Kendur suaraku memberi balasan.

"Bagus. Satu je aku nak pesan. Jangan ingat aku ni kawan- kawan kau. Kau kena ingat aku ni suami kau. Kau kena hormat. Jangan cabar aku dengan perangai dan sikap kau. Berubah jadi elok sikit. Jangan jadi pemalas sangat. Bersyukur sikit sebab aku terima kekurangan kau. Jangan cuba-cuba seru balik panas baran aku dulu. Nanti kau juga menyesal."

Aku memandangnya dengan renungan berkaca-kaca. Sangat menyakitkan. Teruk sangat ke perangai dan sikap aku? Kenapa cara dia cakap seperti aku ni isteri yang tak berguna dan menyusahkan dia?

"Sikit-sikit nak menangis. Dulu berani goda aku, sekarang ni takkan kau hanya bermodalkan air mata? Jadi matang sikit, Asiah. Aku pun tak suka tengok air mata kau tu, simpan ajelah. Buat sakit mata aku tengok."

"Cukuplah, abang. Saya pun ada hati dan perasaan. Manusia ada air mata, bila disakiti. Saya bukan robot." Aku memejam mata rapat, berusaha membuang jauh-jauh perasaan benci terhadap Yusuff. Walau dibunuh jiwa ini, Yusuff tetap suamiku. Aku sayangkan dia.

Suasana sunyi sepi. Tiada kata-kata berbuah di bibir masing-masing. Aku saja yang berusaha menahan diri dari menangis. Yusuff kan benci sangat tengok aku menangis begini. Mesti sebab muka aku hodoh sangat, dia meluatlah tu.

Kereta diberhentikan terus apabila destinasi kami sampai iaitu klinik 24 jam.




"Macam mana kau jaga ni? Sampai Isha keracunan. Kau bagi dia makan apa?" soal Yusuff setelah kami masuk ke dalam perut kereta.

Aku cuba mengulang kembali menu makanan yang aku berikan pada anakku. Tapi, masih tiada jawapan. Aku bingung, ditambah dengan aku terkejut dengan sakit yang dialami oleh anakku.

"Jawablah!" Bentak Yusuff kegeraman kerana aku senyap.

Aku tersentak. Terkulat-kulat aku membina patah bicara, terasa kering otak dan fikiranku. Semuanya berlaku tiba-tiba, aku seperti sasau. Tak tahu, kenapa aku jadi seteruk ini.

"Mungkin sebab dia kutip dari lantai lepas tu dia telan."

"Apa? Kau tak tengok betul-betul ke? Ni mesti berangan tak tentu masa. Buang masa dengan televisyen, handphone sampai lupa anak telan benda bukan-bukan. Kenapa kau jadi ibu yang tak bertanggungjawab?"

Aku terkelu. Terluka dalam hatiku. Namun, semuanya telah terjadi. Doktor pun kata tiada apa yang teruk, semua akan baik-baik saja. Tubuhnya aku peluk erat dalam dukungan. Pipi anakku disentuh lembut, matanya terpejam rapat kerana telah disuntik ubat tadi. Tertidur kerana kepenatan. Maafkan, mama...

"Serabut kepala otak aku!" Dengus Yusuff sebelum menghidupkan enjin. Sepanjang pemanduan, dia tidak bersuara begitu juga aku. Perasaan bersalah mampat menghempap pundakku. Semuanya kesalahan aku. Cuai dan lalai, aku seorang ibu yang jahat kan? Tak layak jadi ibu, mungkin.


...

Writer's comment : aku yg tulis aku pulak sakit hati dgn yusuff ni😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro