BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KELAS hujung sekali..." gumam Zayyad sendirian.

Papan tanda pada pintu hadapan kelas yang ditujunya makin jelas terpampang. Tak terbayang baru sahaja menamatkan peperiksaan besar, dia dicampakkan pula ke sekolah harian.

5 Sains Tulen.

Zayyad mencuri lihat keadaan kelas itu dari luar tingkap. Langkahnya dijaga sepanjang koridor agar kekal berketerampilan. Kira-kira bilangan pelajar kelas tersebut barangkali sekitar 30 orang dan majoriti jumlah dipelopori kaum perempuan.

Kelas yang agak besar. Enam bilah kipas siling meniup angin petang. Untung tinggal di kawasan pinggiran, tanpa penyaman udara pun masih tiada setitik peluh merembes.

Zayyad yang kemas beruniform sekolah sudah bersedia untuk mengetuk pintu kayu. Ini adalah pertama kali dia mengenakan pakaian sebegitu. Tidak pernah kemeja putih menjadi pakaian rasmi di sekolah lamanya.

Buku lima kanan ditemukan pada papan kayu sekali dua.

TOK TOK

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.. Ya?"

Salamnya dijawab seorang guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Guru wanita itu memandang Zayyad, begitu juga perhatian setiap pasang mata pelajar yang kini tertumpu padanya.

"Saya pelajar baharu," suara Yusuf Zayyad kedengaran sopan.

"Oh, Yusuf Zayyad?"

"Erm, ya."

Cikgu Zaiton tanpa segan silu memperlawa anak itu. "Jemput masuk. Kami semua memang sedang tunggu awak sampai ke kelas ni. Awak boleh duduk di meja hadapan yang kosong ni."

Zayyad menyimpulkan sebuah senyuman lalu membuka langkahnya untuk ke meja yang dimaksudkan guru itu. Manis wajahnya dihiasi lekukan lesung pipit di kiri dan kanan garisan pipi.

Beg galas kelabu disangkut pada bahu kerusi sebelum mengisi tempat duduk. Sempat uraian rambutnya diraup ke belakang sekali bagi menghapuskan peluh penat lelahnya mendaki tangga ke tingkat empat. Di sini tiada lift.

"Sebelum saya sambung pelajaran, awak ada lima minit untuk perkenalkan diri," Cikgu Zaitun berkata. Marker whiteboard ditutupnya lalu dia memandang Zayyad.

"Nama saya Zayyad. Berusia 17 tahun... Saya tinggal dengan nenek saya. Itu je..."

"Yang lain ada soalan?" Cikgu Bahasa Melayu itu membesarkan perspektifnya. Dia tahu kehadiran pelajar baharu akan menjadi buah mulut sekolah kerana jarang sekali untuk sekolah harian seperti ini menerima pendaftaran tatkala si tingkatan lima.

Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, pelajar-pelajar kelas itu memandang Yusuf Zayyad. Apatah lagi pandangan daripada pelajar perempuan yang mendominasi kelas 5 Sains Tulen.

"Dah berpunya ke belum?" Suara seorang gadis menerpa.

Zayyad menoleh ke belakang sebelum menjawab. "Belum."

"Yes!" Gadis yang sama membuat sorakan kecil secara tidak sedar. Terus satu kelas menyambut dengan tawaan.

"Sebelum ni sekolah dekat mana? Kenapa pindah sekolah?" tanya pula pelajar lelaki berbaju biru dan bertali leher yang sebaris susunan meja hadapan dengannya.

"Sekolah dekat-dekat sini je.. Pindah sekolah sebab mak ayah saya ke luar negeri. Jadi sekarang ni saya tinggal dengan nenek."

"Ouh..." Sang ketua pengawas membuat bibir berbentuk 'O'. Dia mengangguk faham.

"Lepas ni Aizat ada pesaing la," Cikgu Zaiton tiba-tiba mencelah. Rekod latar belakang Yusuf Zayyad ada digembar-gemburkan di dalam bilik guru sewaktu makan tengah hari tadi.

Pelajar pintar yang dimaksudkan Cikgu Zaiton mengerutkan kening tidak enak. "Kenapa pula?" soal Aizat kembali.

"Zayyad top student untuk peperiksaan IGCSE baru-baru ni. Dia dah baca buku teks Biologi, Campbell. Cikgu harap kehadiran Zayyad ke kelas ni dapat tingkatkan prestasi pelajar yang lain juga. Zayyad sudi ke ajar kawan-kawan yang lemah?"

Buku teks Campbell adalah buku teks rasmi yang diguna pakai untuk pembelajaran di peringkat asasi atau pun matriks sebelum melangkah ke alam universiti. Melihat pada rekod Zayyad sendiri, Cikgu Zaiton benar-benar mengharapkan Zayyad mampu membawa perubahan ke sekolah itu meski hanya sekadar pempengaruh rakan sebaya.

"Saya okay je nak kongsi ilmu dengan orang lain. Tak ada masalah," jawab Zayyad.

"Terutama sekali Lutfi," sambung Cikgu Zaiton.

Sekali lagi para pelajar kelas 5 Sains Tulen menghamburkan tawa gara-gara nama yang disebut Cikgu Zaiton.

Zayyad yang terpinga-pinga meliarkan mata ke sekeliling hinggalah dia dapat meneka siapa insan bernama 'Lutfi' itu. Dalam hingar suara yang lain, ada seorang pelajar lelaki bertubuh kecil di barisan meja belakang sedang memandang ke arah lain seolah-olah tiada niat mahu memyambut gelakkan rakan-rakannya.

Wajah itu merundum, pasti tidak suka diperlaku begitu. Tebak Zayyad.

Zayyad mengalihkan badan menghadap ke hadapan kembali. Bibirnya tidak renggang, kekal terketap dengan wajah biasa.

Dia tidak tahu tentang pelajar-pelajar kelas itu.

Dia tidak tahu di manakah deruan takdir akan menolaknya tatkala hati kuat ingin melangkah ke luar Malaysia.

Namun, jika sudah ditetapkan begini. Bagi Zayyad, pasti ada sesuatu yang menantinya.

"Zayyad, selamat datang ke Sekolah Menengah Pelagat." Cikgu Zaiton kelihatan benar-benar menyambut kehadirannya.

Lalu pelajar lelaki kacukan itu menyimpul senyuman manis.

***

"ABANG Faiz."

Hampir sahaja lelaki yang berkulit sawo matang itu tidak sedar akan kewujudan anak majikannya. Dilihat wajah itu lama. Cermin mata hitam Rayband-nya diturunkan dengan jari telunjuk.

"Abang." Zayyad memanggil buat kali kedua. Tali leher yang menjerut dilonggarkannya perlahan-lahan. Hairan pada lelaki yang berkaca mata hitam itu.

Selang beberapa detik, barulah lelaki itu meneriak teruja. "Zayyad!"

"Abang tak kenal saya ke?" Zayyad menjongketkan kening. Butang baju kemeja sekolah ditanggalkan pula. Panas mentari membuatkan peluhnya merembes laju.

Bergegas Faiz mempelawa Yusuf Zayyad masuk ke perut kereta BMW i7 milik Dato' Malik.

"Papa baru beli kereta ni?" Hembusan angin penghawa dingin kereta menyapa lembut wajah remaja lelaki itu. Lega rasanya. Kemaja putih di badan terus ditanggalkan. Tinggallah pada batang tubuhnya sehelai singlet buat menikmati kesejukan udara.

"Ya, untuk kau la. Tapi kau bawah umur... Aku yang bawa buat masa ni. Smart, kan?" Tidak lekang senyuman pada wajah Faiz, dapat melihat Zayyad kesayangannya semakin membesar menjadi seorang lelaki.

Zayyad memerhati bahagian interior kereta. Tangannya memegang setiap bahagian yang bisa dicapai walaupun tidak diketahui harga pacuan empat roda itu yang mencecah angka RM800 000. Dari ketebalan cermin pintu, turun ke lantai.

"Kereta elektrik... Kalis peluru... Am I right? " teka Zayyad.

"Bingo, clever boy! Pakai seat belt, Yayad. Kita nak ke rumah Nekma." Sikap Faiz yang seperti seorang abang ini menjadi kegemaran Zayyad. Dalam banyak-banyak bodyguard berwajah beku, Faiz sahaja yang akrab dengannya. Sekali pun Faiz tidak pernah melayan Zayyad seperti orang asing atau majikan. Zayyad telah dianggapnya seperti adik sejak pertama kali mengambil jawatan pengawal peribadi secara kontrak dengan Dato' Malik.

Tali pinggang keselamatan dipakai Zayyad  kemas. "Bila dia beli kereta ni?"

"Actually dah lama tempah. Tapi baru dapat semalam. Papa tempah atas nama kau," bilang Faiz.

Pacuan empat roda itu pun memasuki jalan raya. Dek kepadatan pelajar sekolah di kiri dan kanan bahu jalan, Faiz hanya membawa kereta elektrik itu dengan kadar perlahan. Banyak mata-mata memerhatikan kereta mewah berkenaan. Logo BMW menjadi tarikan dari luar selain sang penumpang yang menjadi bualan satu sekolah di dalam perut kereta. Kereta elektrik dan kalis peluru milik Yusuf Zayyad ini mempunyai banyak aspek perlinsungan. Lapisan perisai khas terletak pada bahagian bumbung, pintu dan lapik lantai. Kaca cermin yang digunakan juga boleh menahan serangan dari luar. Walaupun pancit tayarnya, masih boleh dibawa pada kelajuan 80km/jam.

"Okay apa kena tinggal. Dapat kereta," sakat Faiz.

"Hm... Tak tahu nak gembira ke apa. Yayad tak kisah pun pasal kereta. Yayad gembira sebab ada abang teman sekali. Tu je," bilang Zayyad. Tangannya memeluk tubuh sendiri.

Vermillion bibir Faiz terjongket. Selain menjaga Zayyad, dia juga ditugaskan untuk menjaga keselamatan Nekma pada kontrak kali ini. Hanya setahun. "Kenapa mata kau hitam..."

Itulah yang meragukan pekerja Dato' Malik tersebut. Seingatnya anak tunggal majikannya bermata biru.

"Ni contact lense."

"Kenapa pakai contact lense? Kau rabun ke? Kuat belajar sangat ni..."

"Tak ada la... Cuma malas nak jadi attention seeker. Saya rasa macam ni lebih baik." Padanlah matanya asyik berair, kanta lekap itu mengeringkan mata.

"Suara kau pun dah lain." Faiz menegur suara garau Yusuf Zayyad.

"Saya 17 tahun, bang. Last kita jumpa waktu saya tingkatan satu..."

Faiz ketawa halus.

Betul apa yang dikatakan remaja lelaki berkenaan. Kali terakhir dia melihat Yuzuf Zayyad adalah sewaktu enam tahun lalu iaitu sebelum Zayyad masuk ke sekolah berasrama penuh. Langsung kontraknya tamat dan disambung pula untuk menjaga keselamatan Dato' Malik di pejabat.

"How's school?"

"There's a lot of thing I wanna say about this school. Oh god, I bumped into a stupid bully in the toilet. He asked me to kneel but I played stupid. And then... he looked at me upside down like... Lucky me we were not in the same class... I don't know if this could be worse," omel Zayyad.

Faiz ketawa sahaja melihat Zayyad begitu kecewa pada hari pertama persekolahan. "Dia datang seorang je ke masa tu?"

"No, there's another person with him... Erm, but... I guess the other one is not a bully. Since that stupid bully strangled the neck of that boy's shirt..."

"And? What happened to that helpless boy?"

Zayyad termenung sejenak. Cuba mengingati wajah mangsa buli sewaktu di dalam tandas. "I- I dont know. I ran away from that scene. "

"I-" Jeda. Kepalanya diangkat memandang Faiz.  "That boy and me are in the same class."

Akhirnya dia dapat mengingati wajah mangsa buli itu.

"Terutama sekali Lutfi," sambung Cikgu Zaiton.

Sekali lagi para pelajar kelas 5 Sains Tulen menghamburkan tawa gara-gara nama yang disebut Cikgu Zaiton.

Zayyad yang terpinga-pinga meliarkan mata ke sekeliling hinggalah dia dapat meneka siapa insan bernama 'Lutfi' itu. Dalam hingar suara yang lain, ada seorang pelajar lelaki bertubuh kecil di barisan meja belakang sedang memandang ke arah lain seolah-olah tiada niat mahu memyambut gelakkan rakan-rakannya.

"You gonna be in a big mess, matte. I warn you to stay aside if anything happens... I can't enter the school. This is not our place, Zayyad. We are outsider." Awal-awal lagi pengawal peribadi itu membuat pesanan khidmat masyarakat. Zayyad adalah tanggungjawabnya. Apa sahaja yang berlaku, dialah orang pertama yang akan dipersoal serta disalahkan.

"Ya, abang. Yayad pun tak nak masuk campur hal orang," akur Zayyad tanpa banyak mulut.

"Aight, ariving. Nekma's house!"

Sedar-sedar, pacuan hitam berkilat itu tiba di sebuah perkarangan rumah kayu tradisional. Zayyad tersenyum kecil. Lama rasanya dia tidak berlari-lari di serambi rumah.

Benar kata Dato' Malik, sudah terlalu lama Yusuf Zayyad tidak menjejak kaki ke sini. Namun, walaupun sudah sekian lama tidak berkunjung, rupa bentuk rumah kayu Nekma tidak sedikit pun terjejas dengan urbanisasi. Identiti rumah melayu tradisional Nekma kekal terlindung daripada pengaruh luar. Bukannya Dato' Malik tidak pernah menjanjikan untuk mendirikan sebuah rumah batu, Nekma sahaja berkeras tidak mahu menghapuskan kenangan lama.

"Assalamualaikum.... Nekma?" Zayyad meletakkan tapak kaki setapak di anak tangga pertama. Kayu jenis cengal adalah bahan utama binaan rumah itu. Dinding, anak tangga dan tinggkap kesemuanya berupaya menongkah peredaran zaman, indah dipandang.

"Waalaikumussalam, siapa tu?" Lantunan suara seorang wanita 60an mendahului sebelum pintu utama dikuak dari dalam.

"Ini Zayyad."

"Ouh, Zayyad. Dah besar baru nak tunjuk muka?" Nekma memandang remaja lelaki itu tajam.

"Bukannya Zayyad tak call Nekma setiap bulan. Kira okay apa?" Lain pula pada Zayyad. Dia bersikap acuh tidak acuh. Tangga seterusnya didaki.

"Call je tak cukup. Nekma rindu Zayyad." Setiba cucu kesayangan di hadapan mata, tubuh remaja itu didakap erat.

Zayyad tersenyum kecil. Lengannya membalas pelukan itu. Pelukan insan yang menjadi pengasuhnya dari tadika hingga ke penamat alam sekolah rendah.

Dato' Malik lebih tahu jika Zayyad mengikuti mereka ke luar negara, sudah tentu Zayyad akan jarang pulang untuk bertemu neneknya.

"Nekma, abang Faiz ada juga... Dia teman Zayyad dekat sini," kata Zayyad.

"Faiz tu pun satu, lama tak nampak," gumam Nekma. Figura di belakang tubuh Zayyad diintai.

Faiz umpama penonton sahaja pada mula. Cermin mata hitam kekal dipakainya. "Nekma. Hai!" Lambaian halus diberikan berserta senyuman kerang busuk.


"Zayyad dah solat Asar?" Nekma kembali melihat cucu kesayangannya.

"Nekma, Zayyad tak tahu solat," jujur Zayyad.

"Tak apa. Nekma ajarkan."

* * *
vote x komen
.
.
.
dah add dlm libary belum tu ? jangan lupa vote untuk unlock chapter seterusnya.

40 vote 🔓 = BAB 6

.

Next episodes:
"Aku Lutfi, Wan Lutfi. Kau anak orang kaya, kita jauh berbeza."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro