BAB 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

YUSUD Zayyad tidak berganjak dari tempat duduknya meski rata-rata pelajar telah pun beransur pulang. Menungannya tidak bertemu jawapan. Senyum riang para pelajar kelasnya tadi, tidak sedikit yang menunjukkan raut kegelisahan. Sedangkan Wan Lutfi sudah dua hari hilang dari radar. Batang hidung remaja lelaki berkenaan tiada kelihatan di mana-mana.

Sebuah beg kertas berisi kalkulator saintifik dipandangnya sepi.

"Kenapa Lutfi tak datang sekolah minggu ni?" getus hati kecil Zayyad.

Persoalan yang sama berlegar-legar di minda sejak pagi lagi.

"Zayyad, tak balik lagi?" sapa seorang remaja lelaki berbaju kemeja biru. Langkah pengawas itu terhenti di bingkai pintu kelas setelah menyedari keberadaan Yusuf Zayyad.

"Tak lagi."

"Nak join kitorang berlatih bola sepak petang ni?"

Zayyad menggosok belakang leher. "Tak kot. Aku tak biasa buat aktiviti lasak."

Ajakan itu ditolak. Wajahnya yang putih bersih terpampang tiada minat untuk menceburi bidang sukan. Zayyad tidak biasa berjemur di bawah terik mentari apatah lagi membanjiri tubuh dengan peluh yang dianggap merimaskan.

"Kelakar la kau ni. Macam putera lilin. Aku pergi dulu..."

Tinggallah Zayyad sendirian.

Kedengaran azan Zuhur berkumandang dari corong pembesar suara surau di dataran bawah. Kebiasaannya Faiz akan mengambil dia sedikit lewat gara-gara paksaan Nekma yang mahu Zayyad menunaikan solat di surau sekolah terlebih dahulu.

Beg kertas yang sepatutnya diserahkan pada Lutfi diambil Zayyad. Kerusi ditolak masuk ke bawah meja selepas beg sekolah digalas pada bahu kanan.

Tiba-tiba sepucuk surat jatuh daripada laci mejanya.

Dahi Zayyad berkerut.

Badannya dibongkokkan sedikit untuk mencari surat berkenaan. Tangannya turut meraba ruangan laci meja bagi mencari apa-apa lagi barang kiriman peminat. Hujung jari pun bertemu sebuah bungkusan coklat bar.

"Coklat lagi," keluh Zayyad. Bungkusan coklat berkenaan diletakkan pula ke dalam sebuah beg plastik yang mengandungi beberapa jenis coklat kiriman pelajar perempuan.

Kakinya melangkah keluar kelas. Daun pintu dirapatkan lalu penyelak kunci ditolak. Setelah memastikan pintu kelas selamat dikunci dari luar, Zayyad meneruskan niat untuk ke surau sekolah.

Dalam perjalanannya menuruni anak tangga, dia ditemani seorang gadis yang turut mahu ke tingkat bawah. Derapan tapak kaki berselang seli. Zayyad mengekalkan jarak di belakang sebanyak empat ke lima anak tangga. Gadis berpakaian putih itu diperhatikannya buat beberapa detik sebelum dia berani membuka mulut.

"Adkayra," tebak remaja lelaki berkenaan.

Gadis itu pun menoleh ke belakang. Kakinya tidak lagi melangkah.

"Kau makan coklat?" tanya Zayyad. Dia tidak menang tangan mahu membawa beg kertas dan beg plastik serentak. Jemarinya mahu bebas bergerak tanpa bebanan. Zayyad mendekati rakan sekelasnya yang bernama Adkayra.

Seorang gadis pendiam. Ketinggiannya sederhana seperti kebanyakan gadis Malaysia.

"Makan," jawab Adkayra perlahan. Suaranya cukup perlahan bahkan jarang sekali Zayyad mendengar gadis itu melantangkan suara di dalam kelas sewaktu ketiadaan guru.

Dengan pantas, Zayyad menghulurkan beg plastik berisi beberapa bar coklat. "Bagus. Nah coklat untuk kau."

Mata Adkayra membulat. "Banyaknya."

Zayyad tersenyum senget. Dia boleh mendapat penyakit diabetes gara-gara makan coklat kiriman peminat setiap hari. "Ada peminat bagi. Tapi aku tak suka makan makanan yang manis."

Detik selepas itu diisi dengan derapan tapak kaki mereka berdua. Adkayra diam membisu. Beg plastik pemberian pelajar lelaki berkenaan digenggam erat.

"Adkayra... Aku nak tanya tentang Lutfi," kata Zayyad.

"Apa yang awak nak tahu tentang dia?"

"Dia anak yatim." Jeda. "Lutfi selalu jadi kuli budak-budak nakal sekolah. Ada apa-apa lagi yang aku tak tahu?"

"Saya tak tahu banyak tentang dia kecuali tentang kemalangan tahun lepas."

Zayyad mematikan langkah. Matanya memandang ke arah kerusi batu berdekatan. Keinginannya untuk mengorek perihal Lutfi membuak-buak. "Siapa?"

Adkayra mengikuti langkah pelajar lelaki itu. Wajahnya yang segan berduaan dengan Zayyad tersorok di sebalik tudung putih sekolah."Mak Lutfi kemalangan kereta dan sekarang guna kerusi roda. Rasanya sejak dari tu Lutfi rela jadi kuli dorang."

"On what purpose?" Zayyad melabuhkan punggung. Matanya tak lepas dari menikam wajah Adkayra yang menunduk.

"Saya tak tahu, Zayyad. Lebih baik awak tak masuk campur urusan dorang."

"Kalau aku masuk juga?" Memang Zayyad tak mahu melepaskan tangan seperti orang lain yang tidak kisah langsung pada kehilangan Lutfi selama dua hari.

Adkayra menggeleng perlahan. Tekad di wajah Zayyad mengundang perasaan tidak enak. "Lutfi bukan budak baik. Dia cuma sampah masyarakat. Sama macam Shah dan Farhan. Awak pula dari keluarga yang baik... Bekas pelajar sekolah elit diraja. Awak tak patut kotorkan tangan dalam perkara yang tak ada keperluan."

"You seems to know a lot about me, isn't it? I bet nobody know regarding my previous school..."

"Awak famous. Semua orang tahu," pangkah Adkayra. Dia lekas berdiri mahu beredar apabila Zayyad mencuriga.

"Tunggu Adkayra. Atleast, bagi tahu aku dekat mana alamat rumah Lutfi." Zayyad lekas mendepakan tangan, menghadang jalan gadis itu. Jelas dia sedang buntu dan terdesak.

"Saya tak simpan alamat rumah orang."

"Please do me this favor, Adkayra. Semua orang dah balik sekolah, tinggal kita je. I will do anything for you. Tell me what you want?"

"Boleh jadi kawan belajar saya?"

"Study-mate? Okay, boleh."

"Saya pergi bilik guru untuk periksa buku rekod pelajar. Awak pergilah solat dulu."

Setelah Adkayra hilang dari pandangan, Zayyad kembali duduk dan memegang pelipis. Maklumat yang diperoleh kini berlegar di ruang minda.

Lutfi, seorang anak yatim. Seorang pelajar lelaki yang sangat bersemangat untuk belajar andai diberi peluang. Kesihatan ibu kandungnya terjejas kesan kemalangan lalu. Mungkinkah kerana masalah keluarga?

Zayyad menanggalkan tali leher. Kesaratan hati naik ke dada.

***

Adkayra menggigit bibir kegembiraan. Dia cuba mengawal riak teruja yang terpeta di wajah apabila berhadapan dengan Yusuf Zayyad. Pelajar lelaki baharu itu memang berjaya memukau mana-mana mata yang memandang seperti diperkatakan ramai.

Usai memberikan sekeping kertas yang tercatat alamat sebuah rumah, gadis itu mendaratkan matanya pada Zayyad seolah menanti sesuatu. Tali beg sekolah digenggam erat bagi mengurangkan gemuruh yang memijak-mijak hati.

"Ya?" Zayyad memasukkan kertas itu ke dalam saku seluar.

"Bila kita boleh mula belajar?" soal Adkayra perlahan. Andai sahaja Zayyad tahu betapa kelajuan jantung itu hingga menyekatkan suara.

"Aku tak tahu... Kenapa tiba-tiba kau nak jadi study-mate aku?" Hairan Zayyad. Apa yang diminta telah dapat. Sebagai lelaki yang berpegang pada janji, Zayyad cuba menyambut keinginan Adkayra.

"Saya nampak awak selalu tolong pelajar lain belajar. Kelas kita nampak berbeza... Budak-budak meja belakang dah mula tumpukan pelajaran dalam kelas. Jadi, saya pun nak juga belajar dengan bekas pelajar sekolah asrama."

"Ouh, hm.... Kau tak kisah kalau belajar sekali dengan Lutfi?"

"Maksudnya?"

"Aku dah jadualkan masa aku untuk ajar Lutfi lepas maghrib setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Kalau kau nak join kitorang sekali boleh je. Nanti aku bagi alamat rumah aku."

Adkayra berfikir sejenak. Nama Lutfi yang disebut Zayyad mematikan separuh kegembiraan tadi. Hatinya berbelah bahagi. Namun, ini sahaja peluang yang ada untuk menghampiri Yusuf Zayyad. Mustahil buat Zayyad untuk mempelawa tawaran emas ini kelak. "Malam ni?"

"Ouh, ya. Itu pun kalau aku dapat jumpa Lutfi petang ni. Sebenarnya malam ni ialah hari pertama untuk aku mulakan sesi belajar dengan Lutfi. Dia hilang pula dua hari..."

Hanya Zayyad seorang yang kisahkan kehilangan Lutfi. Adkayra atau bahkan satu sekolah bersikap tidak endah kerana itu perkara biasa yang disajikan pelajar-pelajar masalah setiap hari. "Macam mana saya nak contact awak?"

Zayyad mengeluarkan sebatang pen. Tanpa berfikir panjang, dia menulis alamat rumah Nekma yang dihafal. "Tak payah contact. Datang je alamat ni..."

Senyuman Adkayra terlakar di bibir delimanya. Anggukan kecil diberikan. Untuk kesekelian kali, tangan itu tidak bertepuk sebelah.

Sepanjang berjalan ke pagar sekolah, Adkayra sudah seperti berada di syurga. Senyumannya tidak lekang, wajah itu berseri-seri ditampar panas mentari petang. Namun, sepanjang berkongsi langkah dengan Zayyad wajahnya berpaling ke arah bertentangan. Dia tahu Zayyad sedang melangkah di sebelah. Derap kakinya amat dikenali. Bunyi tapak kasut yang bertemu jalan itu hanya dimiliki Zayyad seorang kerana dia sahaja pelajar yang memakai kasut kulit hitam bertumit.

Kelibat Zayyad pun hilang setelah memasuki perut sebuah kereta. Barulah Adkayra dapat menghela nafas tenang. Gadis itu meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah melalui batang jalan yang berbeza. Sebuah buku catatan dikeluarkan dari beg galas. Halaman demi halaman diselak.

Tiba di suatu muka surat, nama Yusuf Zayyad menghiasi permulaan perenggan.

***
votexkomen
.
.
.
Inspektor Yusuf Zayyad :))
.

40 vote 🔓 = BAB 9


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro