Please take note

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai, lama sudah tidak update tuto book.

Okay, so sebenarnya saya terpanggil untuk cakap tentang satu perkara. First, saya akan turunkan part 2 tutorial which is tentang pinterest.

Kenapa?

Sebab pinterest ada hak cipta yang dijaga. Jadi, seeloknya kita tak gunalah gambar-gambar di sana, lagi-lagi tak diberi kredit kepada pemilik asal.

Lama sudah nak cakap di sini tetapi masa tak mengizinkan. Jadi, saya harap semua orang faham maksud saya di sini.

Memanglah kita buat cover tu sementara dan tiba masa kita nak tukar cover tu kan? Tapi deep in my heart, saya rasa serba salah kalau tak cakap di sini.

Seeloknya, kita tak guna gambar pinterest. Boleh ya adik-adik? 

Jangan risau. Bukan saya kata tak boleh guna, terus buntu nak cari gambar dekat mana. Saya akan selitkan beberapa website yang free copyright. Maksudnya, kita bebas untuk gunakan gambar tersebut. Tapi, jangan serang saya kalau banyak gambar tak cantik.

Kita kena pandai cari gambar. Tak bermaksud gambar dia tak cantik, terus tak nak buat cover. Jangan begitu, sebaliknya kita belajar. Editing adalah skill paling hebat untuk jadikan gambar tak lawa kepada lawa. Percayalah. Dan nak capai ke tahap editing skill kita hebat, semua makan masa. Perlu belajar, perlu usaha dan jangan putus asa.

Macam waktu kita baru nak belajar jalan. Ada ke sekali cuba berjalan terus boleh berjalan? Tak kan? Mesti banyak kali jatuh. Mesti banyak lebam sebab jatuh. Tapi ada ke kira terus give up and go on dengan terlentang sahaja? Tak. Kita usaha juga sampai kaki ni kuat untuk berjalan. Betulkan?

Sama juga dengan belajar. Jangan letakkan harapan yang mustahil. Step by step.

Jadi, tanpa membuang masa, saya senaraikan website yang kalian boleh guna dengan bebas tanpa fikirkan copyright.

1. pexels.com

2.unsplash.com

3. pixabay.com

4. videvo.com

5. burst.com

6. stocksnap.io

itu sajalah setakat ni. ataupun boleh simple type dekat google "Free Copyright Images"

website ni semua besar. Kena rajin explore kalau nak jumpa gambar cantik-cantik.

Oh ya, kalau korang malas sangat pun, boleh juga guna canva. Kau orang punya guna yang free je ke atau guna pro/premium?

Hehe, siapa student dekat sini pakai free sangat rugi ya. Sebab kalau kau orang guna acc edu.my macam account moe tu, kau orang boleh guna canva pro/premiun dengan free je tau. tak payah bayar. Haaa, tahu tak ni?

Siapa tak tahu angkat tangan! Nak aku ajar ke macam mana sign up for free? Tapi wajib ada account education. Bukan gmail biasa tu tau.

Okay sekian saja dari saya. Kalau ada soalan tentang cover ke apa, boleh komen di bawah. Jangan segan silu tau! Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro