UXL- Out from the jail

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AFTER 10 YEARS IN JAIL .

// Jihyo pov //

SEKELILING dipandang .banyak yang berubah .
Lama aku meringkuk dalam penjara , akhirnya aku dapat juga melihat dunia Seoul .

Nak tau sebab apa aku meringkuk dalam penjara neraka ni ?
Sebab aku dah bunuh mak ayah aku . terkejut tak?
But jangan judge aku dulu .
Aku bunuh pun bersebab .

Diaorang tak patut bergelar mak ayah aku .
Diaorang patut digelar sampah yang patut dibuang segera .

Tiada siapa yang tau, keperitan hidup aku selama ni .
Hari -hari dilayan seperti hamba oleh ibu bapa aku sendiri .

Aku pun tak faham, kenapa diaorang buat aku macam tu.
Tapi apa yang aku tau,
Start kakak aku mati .
Aku terus dianggap 'anak pembawa sial' .
Padahal kakak aku mati disebabkan ajal dia yang nak sampai .

Bodoh kan? itulah,mak ayah aku. Pemikiran cetek .

Walaupun aku meringkuk dalam penjara ni sepuluh tahun, tapi aku puas.
Puas dapat bunuh orang yang aku benci . Lepas ni takde lagi dah yang nak pijak aku .

Well..aku lupa nak kenalkan diri, nama aku song Jihyo .
Cantik nama seperti orang nya .
Jangan gelak, ni fakta .

Sekarang aku nak balik semula kerumah lama aku .
Harap rumah tu ada lagi lah.
kalau ada pun mesti dah usang ,tikus mesti dah berjoget -joget dekat rumah aku tu .
Tapi takpe lah, nak taknak tempat tu je yang aku ada .


Jalan punya jalan, akhirnya sampai.
ha terkejut tak?well aku ni jalan pantas tau! Atlet terbangga di bangku sekolah dulu .

Cis!

Betul sangkaan aku .
Rumah ni ...dah usang .
Warna pun dah luntur .
Daun pula penuh menimbun .
Aish apa lah masyarakat sekarang, bukannya nak tolong bersihkan .

Aku ambik penyapu yang dah hampir patah dicelah pintu lalu menyapu daun -daun kering yang gugur. 

Well, aku ni memang rajin sejak lahir.
Siapa yang nak jadikan aku bini meh beratur, nak yang handsome je.
yang muka buat surgery berlipat-lipat macam oli London tu sorry, aku reject awal .

// End Jihyo pov //

Jihyo mula melangkah masuk kedalam rumah .
Dalam rumah usang itu dibersihkan bersungguh sungguh .
Nak duduk kan ? mestilah kena bersih .

Hampir 4 jam dia mengemas rumah, kini sudah bersih sepenuhnya .
Nak kata bersih tu tak lah sangat, tapi ni je yang mampu.
Rumah dah buruk, bersih macam mana pun tetap buruk . 

Kriuk!

"Aduh cacing, time ni jugak kau lapar "
Keluh Jihyo sambil memegang perut nya yang kempis .
nak beli makanan macam mana ni? Duit langsung takde . Shit!

"Terpaksa lah kau mencuri Jihyo .
Muka dah la baru keluar jail, keluar -keluar buat perangai setan lagi"

Kutuknya pada diri sendiri .

Nak taknak dia kena juga mencuri .
at least seketul roti untuk perutnya yang sudah meronta -ronta mahukan makanan .

To be continue ...

Thank you pada readers yang baik hati kerana sudi menekan vote, semoga dimurahkan rezeki ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro